Para ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah amat menganjurkan untuk kita beramal menghidupkan bulan Rejab dengan amal soleh berdasarkan dalil-dalil yang sohih dan sabit daripada Al Quran dan As Sunnah serta ijmak ulamak.
Dan semestinya bagi para pengamal menjaga adab berzikir antaranya ialah
1. Niat beramal kerana Allah, bukan kerana tujuan yang lain, kerana ibadah yang sempurna dan dinilai oleh Allah ialah ibadat pengabdian semata-mata kepada Allah.
2. Tidak menggerakkan tubuh ketika berzikir iaitu menetapkan tubuh tanpa memusingkan kepala, menggoyangkan tubuh dan sebagainya.
3. Sekiranya zikir berjemaah, mestilah mengikut bacaan imam/ketua
AMALAN ZIKIR SELAWAT
Antara amalan zikir selawat yang dianjurkan oleh ulamak rabbani adalah seperti berikut ;
A. Zikir Harian
Waktu beramal ; sebelum / selepas Subuh dan selepas Asar
1. Istighfar. 100 kali. استغفر الله
Dalil : وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
سورة الانفال : 33
Maksudnya : Dan tidaklah Kami mengazab mereka dalam keadaan mereka memohon keampunan kepada Allah
Ayat ini jelas menyatakan tentang Allah tidak akan mengazab sesuatu kaum yang memohon keampunan Allah
وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ
سورة المزمل : 20
2. Selawat 100 kali
Dalil :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
سورة الاحزاب : 56
Firman Allah ini menyatakan tentang kewajipan berselawat kepada orang-orang yang beriman, dan Allah memulakan perintah berselawat dengan menyatakan bahawa Allah dan Malaikat juga berselawat kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
Dan berkata para ulamak Rabbani seperti Syeikh Daud Al Fatani dalam kitabnya Munyatul Musolli, Syeikh Abdus Somad Al Falimbani dan Syeikh Wan Ali Kutan yang merupakan murid kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Karim Al Hasani As Samman yang merupakan anak murid kepada Syeikh Mustafa Al Bakri As Siddiqi bahawa selawat yang baik untuk diamalkan adalah selawat Al Fatih sebagaimana lafaz berikut;
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
3. Tahlil 100 kali لا اله الا الله
Dalil : Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ; "Sebaik-baik Zikir adalah Lailahaillallah"
B. Zikir Mingguan (Hari Jumaat)
Diamalkan selepas Solat Asar dan sebaiknya sejam sebelum waktu Maghrib
Sama dengan zikir harian dan sebaiknya diperbanyakkan lagi Selawat Fatih sebagaimana anjuran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk memperbanyakkan bacaan selawat pada hari Jumaat dan waktu yang mustajab pada hari Jumaat ialah selepas Asar hingga Maghrib.
Tuan/puan juga boleh menyertai majlis zikir selawat fatih sekiranya ada di sekitar kawasan tuan/puan, selamat beramal kerana Allah.
Semoga Allah memberikan hidayah dan kekuatan kepada kita untuk beramal mengikut para ulamak pewaris para Nabi Alaihimussalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan