Tazkirah...
Dunia ada kelebihannya, akhirat ada kelebihan nya, semua penzahiran
*bumi ini lebih mulia dari syurga kerana Rasulullah lahir, membesar di sini, dan ditanam di sini, asal yang meliputi Rasulullah adalah dari bumi, bumi adalah tempat paling mulia cara hakikat*
Sayyidi
18.1.19
*Turbah (tanah) makam wali Allah asalnya dari turbah makam Rasulullah dan turbah Rasulullah dari turbah Kaabah dan Kaabah dari peluh hakikat Rasulullah*
Sayyidi
19.1.19
Kewujudan alam dengan kejadian wali2 Allah
Yang pegang bukit bukau adalah wali2 Allah
Semua tempat ada wali
Wali penzahiran Rasulullah
Wali hadiah kpd bumi tersebut
Air telaga Syeikh Tijani sama air zam2
Masa wafat keluar air susu syurga dr sebelah kepala...masih kekal sampai hari ini
GELARAN SULTAN
*DULI YANG MAHA MULIA*
DULI = DEBU
YANG MAHA MULIA = ALLAH
*SERI PADUKA BAGINDA*
PADUKA = KASUT
BAGINDA = RASULULLAH
Dikisahkan bahawa Sidi Abdul Qadir Al Jailani dihadiahkan seekor ayam bangkai tapi dimasak dengan masakan yang enak, maka Sidi makan dengan biasa, maka orang yang menghadiahkan ayam itu hairan kenapa Sidi makan juga walaupun haram, selepas makan Sidi menunggang kuda terjun ke dalam sungai paras dada lalu meluahkan ayam tersebut dan ayam itu keluar dan hidup kembali, lalu berkata Sidi adakah kamu menyangka najis akan mengotorkan aku sepertimana kotoran yang ada pada kuda ini boleh mengotorkan sungai? Pastinya tidak
Amalan kamu itu selain Allah, manakala gurumu adalah penzahiran kpd Allah, pintu kamu kpd hadrat Allah
Sayyidi
15.2.19mlm kl
Zikir amalan kamu tak boleh ganti guru kamu
Guru kamu itulah pintu kamu ke hadrat Allah
Sayyidi
15.2.19
Pandangan ambo daurah kali ni cukup penting sbb membicarakan 3 perkara utama
Pagi jumaat, membicarakan ttg kelebihan ahbab Syeikh, cara kurniaan bukan kelayakan
Malam sabtu, membicarakan ttg kepentingan guru murabbi sbg pintu murid ke hadrat
Pagi sabtu, membicarakan ttg pemantapan syariat pd diri ahbab
cerita sayyidi yg sy faham :
العارف فلا يؤثره شيء كالبحر لا ينجسه النجس.
(قصة والي النقشبندي)
ada seorg lelaki hendak pergi ziarah wali tersebut dgn membawa bekalan atas bahunya. lalu bila sampai di satu kawasan tanah yg penuh dgn kebun, ternakan yg banyak, dia tya ni milik siapa?lalu dijawab ini milik wali itu. lalu terdetik dlm hatinya, mcmn seorg wali mempunyai kebun yg mcmni..lalu dia berjalan lg sampai ke rmh wali tersebut, seperti istana raja, lalu terdetik lg dlm hatinya mcmn seorg wali memiliki rmh sebegini..lalu khadam membenarkan dia masuk ke dalam, dia rasa malu nk bawa bekalan td, lalu dia fikir2, akhirnya amik kputusan letak bekalan td belakang pintu, tp dlm hatinya bimbang akan bekalan itu..bila jumpa je wali itu, terus wali itu mengatakan, apa yg kamu lihat itu semuanya tdk memberi kesan sedikitpun pd hatiku, tak seperti engkau, yg terkesan dgn bekalan yg kau bawa (dia kashaf)..
Tafakkur paling utama ialah tafakkur tentang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Sayyidi
اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما اغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي الى صراطك المستقيم وعلى اله حق قدره ومقداره العظيم
Daripada Sayyiduna Umar bin Al Khattab Radhiallahu Anhu berkata, beraabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, apabila Nabi Adam menyesali "kesilapan" lalu berdoa, Ya Allah kupohon dengan haq Muhammad, ampunilah daku
Maka berfirman Allah, Wahai Adam, bagaimana kamu kenal akan Muhammad sedangkan Aku belum menciptanya (secara jasad)?
Berkata Nabi Adam, kerana sesungguhnya Kami bila menciptakanku dan meniupkan ruh lalu kuangkat kepalaku melihat tiang2 arasy tertulis Lailahaillallah Muhammad Rasulullah, maka kutahu bahawa sesungguhnya Kamu tak akan menambah pada namaMu kecuali ciptaan yang paling Kamu kasihi
Maka Allah berfirman, kamu benar wahai Adam sesungguhnya dialah yang paling Kucintai, berdoalah dengan haqnya, maka kuampunimy dan kalaulah tidak kerana Muhammad tidaklah kuciptakanmu.
Hanya golongan arifbillah tahu beza mana haq Allah dan haq Rasulullah, tak bercampur
pg26.1.18 iroah ms28
Maka ahli tarikat ini mereka lah yg benar2 memegang perintah, mengikut keredhaan Allah bukan kehendak mereka, juga meninggalkan larangan mengikut yg diredhai Allah, tertegak di sisi hak syariat, sebagaimana kedudukan mereka diletak di sisi makam syeikh dan nabi, diiikat mrk dgn kurniaan Ilahi dgn makam dan martabat syeikh, itulah makam pilihan tanpa usaha mereka, semata mata iradat Allah, apabila mengetahui bahawa tarekat ini bebas ia dr penyakit2 batin yg berpunca dr habuan dunia dan akhirat, punca penyakit batin adalah wujudnya tujuan beserta Allah, dunia ataupun akhirat, kalau dia meletakkan matlamat amalan mereka adalah kepentingan dunia atau akhirat maka ketua mereka adalah iblis, sbb dialah yg mula2 bina tarikat tujuan
Satu perumpamaan
Seorang dr kampung membawa satu hadiah berupa segenggam beras utk dipersembahkan kpd raja, sampai di pintu istana lalu berkata sy layak nak masuk ke istana eaja sbb sy nk hadiahkan segenggam beras kpd raja, adakah dia akan dibenarkan oleh raja masuk? Secara asasnya, tidak sbb raja tidak berhajat kpd hadiahnya sekelumit pun
Tapi siapakah rakyat yg raja suka dia masuk ke istana? Iaitulah org yg fakir, rasa tidak memiliki apa2 (fana), walaupun dia rakyat yg patuh kpd rajanya
Intipati Tausiyah Sayyidi r.a ptg td:
1) Setiap zaman ada Bayangan Rasulullah Sollollohu Alaihi Wasallam melalui para Wali2Nya...ambillah manfaat drp mereka
2) Cinta kepada Wali melebihi segala ibadat2 yg dilakukan, malah ia puncak segala ibadah
3) bertarekat ni bagai me jadi penumpang dalam gerabak keretapi, duduklah dgn menuruti segala peratutan sbg penumpang, jgn kacau penumpang lain, jgn kacau drebar, sentiasalah tenang, taslim, yakin dan berbaiksangka dgn drebar keretapi...jgn buruk sangka...jika keretapi berhenti ditengah jln...atau ada halangan di tgh jln...itu bukan urusan kamu yg harus kamu runsingkan...ptg penting kamu yakin dan tenang duduk diam2 dlm keretapi tu...insya Allah kamu akan sampai ke hadratullah
2) syurga yg paling besar adalah mendapat makrifah di dunia lg
Sayidi sebut.selagi x dpt pembukaan a'zom..selagi tu ada keakuan.wpun rasa tkde keakuan dah.maknanya kita dlm keakuan..X dpt lari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan