Para ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah amat menganjurkan untuk kita beramal menghidupkan malam pertama bulan Rejab berdasarkan dalil-dalil yang sohih dan sabit secara umum daripada Al Quran dan As Sunnah serta ijmak ulamak.
Dan semestinya bagi para pengamal meniatkan amalan mereka hanya kerana Allah semata-mata, bukan kerana tujuan yang lain, kerana ibadah yang sempurna dan dinilai oleh Allah ialah ibadat pengabdian semata-mata kepada Allah.
Antara amalan yang dianjurkan oleh ulamak ranbani adalah seperti berikut ;
1. Istighfar. 100 kali. استغفر الله
Dalil : وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
سورة الانفال : 33
Maksudnya : Dan tidaklah Kami mengazab mereka dalam keadaan mereka memohon keampunan kepada Allah
Ayat ini jelas menyatakan tentang Allah tidak akan mengazab sesuatu kaum yang memohon keampunan Allah
وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ
سورة المزمل : 20
2. Selawat 100x
Dalil :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
سورة الاحزاب : 56
Firman Allah ini menyatakan tentang kewajipan berselawat kepada orang-orang yang beriman, dan Allah memulakan perintah berselawat dengan menyatakan bahawa Allah dan Malaikat juga berselawat kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
Dan berkata para ulamak Rabbani seperti Syeikh Daud Al Fatani dalam kitabnya Munyatul Musolli, Syeikh Abdus Somad Al Falimbani dan Syeikh Wan Ali Kutan yang merupakan murid kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Karim Al Hasani As Samman yang merupakan anak murid kepada Syeikh Mustafa Al Bakri As Siddiqi bahawa selawat yang baik untuk diamalkan adalah selawat Al Fatih sebagaimana lafaz berikut;
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
3. Tahlil 100x لا اله الا الله
Dalil : Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ; "Sebaik-baik Zikir adalah Lailahaillallah"
Semoga Allah memberikan hidayah dan kekuatan kepada kita untuk beramal mengikut para ulamak pewaris para Nabi Alaihimussalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan