SELAWAT FATIH
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
“Allahumma shalli wasallim wabaarik ‘alaa sayyidinaa Muhammadinil faatihi limaa ughliqa, wal khaatimi limaa sabaqa wannaashiril haqqi bil haqqi walhaadii ilaa shiraathikal mustaqiimi, shallallaahu ‘alaihi wa ‘alaa aalihi haqqa qadrihii wamiqdaa rihil ‘adziim.”
Ertinya:
“ Ya Allah limpahkanlah rahmat keatas junjungan kami Nabi Muhammad yang membuka
kunci sesuatu yang dikunci dan penyudah bagi Nabi yang terdahulu daripadanya dan yang
menolong (membela) kebenaran dengan kebenaran dan memberi petunjuk ke jalan yang
benar dan lurus dan kurniakanlah rahmat dan sejahtera keatas keluarganya dengan kurnia yang layak dengan kadarnya dan makamnya yang mulia .”
Ringkasan Sejarah.
Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin
Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah
SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana
mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang maha agung
KEUTAMAAN SELAWAT FATIH
- Menghapus dosa selama 400 tahun
Membaca selawat fatih sebanyak 100 kali pada malam jumat dipercaya dapat menghapus dosa-dosa selama 400 tahun. Fadhilah ini tentu sangat diidamkan setiap umat muslim.
- Memperoleh pahala yang menyamai ibadah para wali
Lagi-lagi, fadhilah selawat fatih terletak pada jumlah pahalanya yang berlimpah. Membaca selawat fatih sebanyak 10 kali pada malam jumaat maka pahalanya setara dengan ibadah para wali selama 1 juta tahun.
- Menetapkan iman
Fadhilah selawat fatih yakni dapat menetapkan iman seseorang. Menurut beberapa ulama, barang siapa yang membaca sholawat fatih secara rutin maka imannya akan dikuatkan dan menetap hingga akhir ajalnya. Dan ia meninggal dalam kondisi yang baik (husnul khotimah).
- Mempermudah datangnya hidayah
Fadhilah selawat fatih yang berikutnya yakni mempermudah datangnya hidayah. Menurut beberapa ulama, seseorang yang membaca selawat fatih selama 40 hari berturut-turut maka ia akan tergerak hatinya untuk melakukan taubat dari segala kemaksiatan
#####
Perbanyakanlah Selawat Al Fateh.
SELAWAT FATIH DAN ASAL USULNYA
#Banyakkan selawat atas Baginda SAW
#Kelebihan selawat,selawat fatih dan sejarah selawat fatih ...
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
Segala puji bagi Allah yang membuka daripada kunhil ghoib akan tampalan kaa-inaat.
Dan menjadikan asal kunhi itu Nur Hakikat Sayyidina Muhammad.
Maka adalah Nur Hakikat Sayyidina Muhammad itu asal Maujudaat.
Maka Allah SWT telah meng-adakan daripada sekelian Maujudaat dengan KekuatanNya yang Qudsi dan KalamNya yang Azali,
Dengan menjadikan fitrah semula jadi anak Adam. Kemudian menjadikan rangka fitrah anak Adam akan rupa alam ini dan mengajarkan anak Adam akan Asma’ sekeliannya.
~Dan menjadikan anak Adam daripada sekelian ciptaanNya sebagai rumusanNya dan pilihanNya.
~Maka bagi Allah SWT segala pujian bahawa telah menjadikan akan Nabi SAW sebagai hamba yang terpilih, yg menjadikan hakikat Nabi SAW salinan asal yang sempurna lagi agung dengan semata-mata tiada dan ada
~Dan telah membuka dihadapan Rasulullah itu khazanah-khazanah yang kamilah bagi segala kemuliaan dan kemurahan.
~Dan dgn bersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang satu pada zatNya,
yang satu pada Asma’Nya dan SifatNya.
~Dan aku bersaksi bahawa Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam hambaNya dan utusanNya yang dimuliakan dan kekasihNya yang diagungkan dan NurNya yang Mutholsam dan jalanNya yang sempurna yang lurus.
~ seseungguhnya Telah berselawatlah oleh Allah atas Rasulullah SAW dan atas keluarganya yang suci lagi terpilih
dan juga selawat atas pencinta Rasulullah SAW dari golongan orang2 soleh dan juga ucapan sejahtera atas mereka ...
~maka ketahuilah wahai penggemar yang hendak sampai kepada hadrat Tuan bagi segala Tuan,bahawasanya pintu hadrat itu satu jua..
~* iaitu kasih akan Nabi SAW *
-Telah berkata Hujjatul Islam Mujaddidul Millah As-Syeikh Abd Wahhab As-Sya’rani RA dalam Kitab Lawaqi-’ul Anwar al-Qudsiyyah fil ‘Uhuudil Muhammadiyah :
“Ketahui wahai saudaraku bahawa jalan untuk sampai ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala daripada jalan berselawat atas RASULULLAH SAW adalah sedekat-dekat jalan utk sampai kepada Allah SWT.”
~Dan telah berkata olehnya lagi Radhiyallahu Anhu pada tempat yang lain.
“Maka jika memperbanyak oleh engkau dgn berselawat serta salam atas Nabi SAW,
boleh jadi engkau sampai kepada maqam melihat Rasulullah SAW
~Dan iaitulah cara yang dibawa oleh as-Syeikh Nuruddin as-Syuuni, Syeikh Ahmad az-Zawawi ,Syeikh Muhammad bin Daud al-Manzalaawi dan satu kelompok daripada syeikh-syeikh sezaman.
~Maka berterusanlah setiap daripada kalangan mereka berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam.
~Dan membersih oleh mereka daripada segala dosa(yakni dgn berselawat) sehinggalah berhimpun bersama Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam secara Yaqozhoh,
Dan pada bila-bila masa yang dikehendaki.
Dan sesiapa yang masih tidak berhasil baginya akan pertemuan ini (bertemu dengan Rasulullah) maka adalah dia hingga sekarang ini sesungguhnya ia masih tidak memperbanyakkan membaca selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam dengan sebanyak yang dituntut bagi menghasilkan sampai ke maqam ini.”
Dan telah berkata Ibnu Farhun al-Qurthubi al-Maliki Radhiyallahu Anhu :“Sesungguhnya pada selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam ada 10 karomah :
1. Yang terbesarmya ialah dapat selawat daripada Allah Yang Maha agung
2. Mendapat syafaat Sayyidina Muhammad.
3. Mengikut sunnah Malaikat.
4. Menyalahi orang-orang Munafik dan Kuffar.
5. Memadamkan kesalahan dan dosa.
6. Membantu menunaikan hajat dan permintaan.
7. Menyinari zahir dan batin.
8. Kejayaan do negeri kebinasaan.
9. Memasuki negeri yang kekal abadi.
10. Ucapan selamat dari Allah.
~Dan telah berkata as-Syeikh al-Hadhrami Radhiyallahu Anhu :
“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam satu tangga, tempat naik, dan jalan kepada Allah Taala sekiranya tiada bagi murid itu, seorang Syeikh yang Mursyid.”
~Dan telah berkata anak muridnya al-Wali al-Kamil Sayyidi Ahmad Zuruq al-Maliki Radhiyallahu Anhu tuan al-Qowaidus Sufiah :
“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam memberi semangat kpd orang yang sedang berhadap kpd Allah,jika adalah orang itu berada dlm terumbang-ambing kerana bahawasanya berselawat itu adalah Nur dan Hidayah.”
~berkata al-Allamah al-Kamil al-Wali al-Washil as-Syeikh as-Sunusi Radhiyallahu Anhu :
“Sesiapa tiada Syeikh yang Mursyid maka memperbanyaklah oleh ia dgn berselawat atas Rasulullah SAW
Maka sesungguhnya selawat itu menyampaikan kepada pembukaan yang nyata.”
~berkata Syeikhul Islam al-Hafidz Ibnu Hajar :
“Sesungguhnya selawat atas Baginda Shollallahu Alaihi Wasallam dpt membuka kimia kejayaan yg penyebab kpd pembukaan beberapa pintu yang tidak boleh dibuka oleh yang lainnya.”
~Dan disebut didalam Bughyatus Saalik bagi Imam as-Saahili Radhiyallahu Anhu :
“Bahawa diantara sebesar-besar hasil dan sebaik-baik faedah yang diusahakan dengan selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam ialah tergambar (wajah) Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam pada diri seseorang itu akan sebagai gambaran yang melekat sehingga berakar umbi.
~Dan untuk mencapai akan demikian itu, hendaklah ia berusaha untuk menghasilkannya –( dengan syarat mengekali atas berselawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam)
Yaitu dengan tujuan yang ikhlas,mengikut syarat-syarat, adab-adab dan memahami makna-makna hingga tetaplah pada seseorang itu di dalam batinnya akan sebagai ketetapan yang benar lagi suci – cantuman nafas orang yang berselawat dengan nafas Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan sehingga terhasil kemearaan diantara keduanya pada tempat yang dekat dan suci akan sebagai kemesraan yang dengan sekira-kira tidak dapat dibezakan lagi.
*seseorang itu bersama sesiapa yang disayanginya.*
Cukuplah setakat ini kami jernihkan segala kekeruhan yang ada yang kami pindahkan daripada perkataan orang-orang yang baik-baik.
~sesungguhnya tiada kemampuan atas hendak menceritakan kesemua keterangan mengenai perkara ini.
Dan telah menaqal sekelompok orang-orang Muhaqqiq daripada Jumhur Arifin yang Muta-akkhirin Radhiyallahu Anhum :
“Bahawa ibu selawat dan puncanya dan ruhnya dan rahsianya, selawat yang dinamakan dengan al-Yaquutatil Faridah dan masyhur diantara manusia dengan Selawat al-Fatih.
~Dan mengisyaratkan kepadanya di sisi pemimpin al-Arifin dengan kunci Hakikat Muhammadiyyah.
~Dan orang yang pertama menimbulkannya ialah al-Qutbil al-Kamil as-Syeikh al-Washil, pensyarah titik ba’ pada basmalah di dalam 2001 majlis, yaitu Muhammad Mushthofa al-Bakri as-Shiddiqi al-Kholwati Radhiyallahu Anhu.
Maka sesungguhnya beliau telah bertawajjuh kepada Allah selama 17 tahun,memohon kpd Allah swt bahawa diberi satu selawat yang padanya terkandung sekelian rahsia selawat.
~Maka datanglah Malaikat dengan helaian kertas daripada cahaya yang ditulis padanya Selawat Fatih.
(sila rujuk kitab fadhlus Selawat imam Nabhani)
Dan telah berkata olehnya Radhiyallahu Anhu :
"Sesiapa yang membacanya sekali seumur hidup padahal memasuki ia ke dalam neraka, maka peganglah tangan aku di hadapan Allah SWT.”
Dan telah berkata Abul Abbas Tijani RA :
"Talqinlah/ijazahlah manusia dengan selawat fatih, supaya mereka mati dlm keimanan ..."
####
ﺑِﺴْـــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
SELAWAT FATIH :
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ * بِالْحَقِّ
وَالْهَادِى اِلى صِرَاطِك َالْمُسْتَقِيْم وَعَلى الِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ
Allaahumma sholli wa sallim 'ala sayyidina Muhammadinil fatihi lima ughliq wal khotimi lima sabaq wannashiril haq bil haq wal hadi ila shirotikal mustaqim wa 'ala alihi washohbihi haqqo qodrihi wa miqdarihil 'adhiim
Manfaat dan Pengamalan :
1. Membaca selawat al-Fatih 1x setiap hari di jamin hidup bahagia dunia dan akhirat
2. Membaca selawat al-Fatih 1x menghapus semua dosa
3. Membaca selawat al-Fatih 1x menyamai pahala ibadah semua mahluk di alam semesta ini 6000x lipat
4. Membaca selawat al-Fatih 1x menyamai pahala selawat yang dibaca oleh seluruh makhluk dari awal di ciptakan sampai sekarang 600x lipat
5. Membaca selawat al-Fatih 1x setiap hari, di jamin mati membawa iman ( husnul khotimah ).
6. Membaca selawat al-Fatih 10x di malam Jumaat lebih besar pahalanya daripada ibadah seorang wali yang tidak membaca selawat al-Fatih selama 1 juta tahun.
7. Pahala selawat al-Fatih dapat menutupi dan mengganti kesalahan yang pernah ia lakukan terhadap orang lain, sehingga ia dapat mengganti tuntutannya di hari kiamat.
8. Membaca selawat al-Fatih 100x di malam Jumaat menghapus dosa 400 tahun.
9. Syekh Ahmad at-Tijany r.a berkata :”Keistimewaan selawat al-Fatih sangat sukar di terima oleh akal, kerana ia merupakan rahsia Allah SWT yang tersembunyi.
Seandainya ada 100,000 bangsa, yang setiap bangsa itu terdiri dari 100,000 kaum, dan setiap kaum terdiri dari 100,000 orang, dan setiap orang diberi umur panjang oleh Allah SWT sampai 100,000 tahun, dan setiap orang berselawat kepada nabi setiap hari 100,000 x, semua pahala itu belum dapat menandingi pahala membaca selawat al-Fatih 1x.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan