Rabu, 6 Mac 2019

KUDRAT DAN IRADAT ALLAH TAALA YANG MAHA AGONG

KUDRAT DAN IRADAT ALLAH TAALA YANG MAHA AGONG

Telah menceritakan guru kami yang dikasihi Al Alamah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Taala bahawa;

Pada setiap setitis air hujan itu Allah menciptakan malaikat baginya yang membawa air hujan itu jatuh ke bumi. Dan beserta dengannya (malaikat itu) sebuah kitab yang mencatitkan dan menerangkan tentang pada apakah setitis air hujan itu akan menimpa nanti dan rezeki siapakah pada setitis air hujan itu nanti.

Seandainya air hujan itu menimpa keatas sebutir biji rambutan, maka telah tercatat baginya (biji rambutan itu) dengan setitis air hujan itu ia tumbuh dan bercambah, membesar menjadi pohon dan berbuah pula, dan apabila berbuah maka siapakah pula yang akan memakannnya.

Sesungguhnya semuanya itu telah tercatat didalam kitabnya (yang dibawa oleh Malaikat).

Subuh Sabtu 16 Februari 2019, Zawiyyah Ira'ah, Gombak.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Fb Sidi Nazrul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan