Ahad, 31 Mac 2019

Makna Tasawuf

Maulana Yusuf Motala menceritakan kisah gurunya Maulana Zakaria rah dan Syaikh Habib Al Rahman yang menjadi pengasas dan mengetuai parti Ahrar di India.

Beliau mencari cari makna Tasawwuf dan telah membuat keputusan untuk singgah di Saharanpur untuk bertanya kepada Maulana Zakaria rah definasi Tasawwuf.

Beliau telah pun menyediakan jawapan bantahan kepada apa apa yang difikirkan akan dijawab oleh Maulana Zakaria rah.

Apabila beliau sampai di Saharanpur Maulana Zakaria rah pada masa itu berada di dalam perpustakaan.Beliau kemudian pergi menemuinya di perpustakaan.

Beliau membuka bicara, "aku bermusafir ke Raipur dan berhenti disini hanya untuk bertanyakan satu soalan yang ringkas, kamu boleh fikirkan jawapannya semasak masak.Perjalananku ke Raipur mengambil masa selama seminggu dan dalam perjalanan pulangku nanti sekali lagi aku akan singgah disini untuk mengambil jawapan dari mu.

Beliau kemudian mengajukan soalan "Apakah Tasawwuf?"

Maulana Zakaria rah menjawab "Ambil jawapannya sekarang."

Beliau berkata "Sediakan jawapanmu pada masa yang baik"

Maulana Zakaria rah berkata "Tidak, Tasawwuf adalah mengikhlaskan niat"

Syaikh Habibul Rahman berkata beliau terkejut dengan jawapan ini dan berlalu dari situ tanpa sepatah kata pun.

Sumber : Mohd Dailami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan