اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Nasihat Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Taala yang bermanfaat bagi mereka2 yg menginginkan jalan2 keselamatan dalam perhambaan;
× Seorang hamba tidak akan berbekas di dalam hatinya akan amalannya dan mengembalikan setiap amalannya atas pilihan dan iradat Tuannya atas dirinya
× Seorang hamba tidak berhajat ia pada fadhilat akan amalannya bahkan berasa satu aib yang besar apabila berhajat pada fadhilat dlm amalannya
× Seorang hamba tidak ia memandang pada amalannya yang akan menyampaikannya (kpd Tuannya) bahkan malu ia pada amalannya yang serba kekurangan
× Seorang hamba tidak beramal melainkan utk sekadar menzahirkan ketaatan syariat semata2 (sebagaimana yang diperintahkan Tuannya)
× Seorang hamba tdk akan merasakan amalannya sempurna bahkan mengiringi setiap amalannya dgn istighfar pada akhirnya (kerana malu pada mempersembahkan amalannya yang penuh kekurangan)
× Seorang hamba sentiasa merasakan dirinya dibawah tapak kaki orang lain
× Seorang hamba tdk akan menzahirkan sifat2 ketuanan yg ada di dlm dirinya, bahkan berasa satu aib yg besar (haidhul rijal) pd menzahirkan sifat2 ketuanan
× Seseorang hamba sentiasa menanggalkan sifat layak dalam dirinya dan sifat keakuan serta ketuanan yg tdk layak bagi dirinya - perasaan hebat, lebih dari org lain, tinggi dr org lain, mulia dari org lain, alim dari org lain, dan sifat2 layak yg lain
Semoga Allah SWT merahmati dan melimpahkan barakahNya keatas guru kami Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau dikalangan kekasih2Nya yang mulia dan terpuji, yakni disisi Sheikh Ahmad At Tijani r.a dan Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad SAW.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Via Sidi Nazrul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan