اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Sedikit perkongsian utk hari ini, dalam memahami makna ' attabaruk Binnabi' iaitu mengambil keberkatan dari Diri Nabi, athar (kesan tinggalanya), ahli keluarganya, dan warisanya serta tabaruk dgn ulamak dan auliya yg soleh.
Berkata Assayid Muhammad b Alwi al Maliki al Hasani, dalam karanganya Mafhum attabaruk (memahami makna tabarruk) tabarruk ialah suatu perbuatan tidak lain hanyalah tawasul(tali rantai) kpd Allah dgn mohon keberkatan melalui kemulian dari athar, tempat atau seseorang yg mulia.
-Memohon keberkatan dari org yg soleh kerana menyedari hampirnya mereka dgn Allah Azzawajalla berbanding diri kita, dgn keyakinan kita bahawa tiada kemampuan mereka utk mendatangkan kebaikan dan menolak bala dan keburukan melainkan dgn izin Allahy azzawajalla semata-mata.
-Mengambil keberkatan dgn athar (tinggalan,lebihan) dari seseorang yg mulia, di cinta Allah. Spt para sahabat mendapatkan keberkatan dari rambut nabi Muhammad SAW. Berebut2 mendapatkan lebihan wudhuk Nabi Muhammad SAW.
- Keberkatan tempat. tempat menjadi berkat apabila dilakukan padanya perbuatan soleh dan baik, Spt didirikan di sana solat, zikrullah dan lain2 amalan yg soleh. Maka tempat itu berkat di sebabkan turunnya rahmat Allah dgn hadirnya para malaikat, dan ketenangan jiwa sewaktu berada di tempat tersebut.
Tidak membawa kpd syirik selagi mana iktikad kita jelas bahawa tiada yg dpt memberi kebaikan dan keburukan melainkan dgn izin Allah.
Mengambil keberkatan adalah antara sunnah mahmudah kerana ia amalan salafuna assolehin di kalangan para sahabat khulafa arrasyidin, ummu Salamah, Khalid Al Walid, Wasilah b al Asqa', Salmah b al Akwa'., Anas b Malik, Malik b Sinan, Asma' bt Ab Bakr, Imam Malik b Anas dan ramai lagi syeikh2 dr Ahli Madina spt Said alMusaib dan Yahya b Said.
Amalan ber 'tabaruk' merupakan amalan yang baik kerana ianya akan melahirkan sifat rendah hati, dpt mencontohi amalan org soleh yg berkat tersebut. Dapat menghidupkan jiwa serta memotivasikan diri dgn melihat kesan2 peninggalan mereka para nabi dan wali Allah tersebut, agar dpt mencontohi kebaikan mereka. والله أعلم
Cpf : Muqaddam Selangor Ustz Azharudin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan