Khamis, 28 Februari 2019

KELUHKAN SEMUA MASALAH, SETELAH WAKTU ASAR PADA HARI JUMAAT

KELUHKAN SEMUA MASALAH, SETELAH WAKTU ASAR PADA HARI JUMAAT
.
Dan jangan hanya berdoa untuk dunia sahaja, berdoalah juga untuk alam barzakh/kubur dan alam akhirat kelak.

Hadith dari Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,
.
إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ
.
Pada hari Jumaat, terdapat satu waktu, di mana jika ada seorang hamba Muslim yang memanjatkan doa kepada ALLAH bertepatan waktu tersebut, ALLAH akan memberi apa yang dia minta. Waktu itu adalah setelah asar. [HR. Ahmad 7631]
.
Waktu mustajab itu jatuh setelah asar. Ini merupakan pendapat Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu, Imam Ahmad dan beberapa ulama lain'. Ada beberapa hadith yang mendokong pendapat ini.
.
.
Hadith dari Jabir bin Abdillah radhiAllahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
.
يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ
.
Pada hari Jumaat ada 12 jam. Di antaranya ada satu waktu, apabila ada seorang muslim yang memohon kepada ALLAH di waktu itu, nescaya akan Allah berikan. Carilah waktu itu di penghujung hari setelah asar. [HR. Abu Daud 1048, an-Nasaei 1389]

*Jom sertai MAJLIS ZIKIR SELAWAT selepas Solat ASAR setiap hari JUMAAT di seluruh negara di seluruh dunia, carilah ahlinya*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan