Selasa, 5 Februari 2019

Iraah pagi 18.1.19 ms60


18.1.19 pagi ms60

Berkata Sidi Ahsan AlBa'qili Al Hasani Al Maghribi Attijani Rahimahullah sebagaimana yang dihuraikan oleh guruku yang mulia Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi Attijani hafizahullah,

Maka sebagaimana Allah Taala tiada disembah akanNya kerana tujuan, tidaklah Allah ciptakan kita untuk tujuan, dan kerana inilah Sidi Ahsan telah istinbat, telah mengasaskan satu asas dalam masyrab (aliran) nya,
كما خلقك الله من غير غرض
فاعبده من غير غرض
Sepertimana Allah menciptakan kamu tanpa tujuan, maka sembahlah Allah tanpa tujuan

Inilah hakikat yang menjadi satu syiar dalam masyrab kita secara khusus

Maha Tinggi (suci) Allah daripada ada padaNya tujuan2 duniawi atau ukhrawi, bahkan disembah Allah kerana kesempurnaan tauhid wijhah, wijhahnya terhadap kesempurnaanNya, kerana tertentu pada ketinggian dan  kerajaanNya, kerana melaksanakan dengan apa yang telah dipertanggungjawabkan dengannya kepada hamba daripada tugas2 kehambaan  yang menunjukkan kepada kesucian kehambaan hambaNya, dan maksud mensatukan akan wajah sudut ibadah untuk mensatukan hadrat ketuanan, itulah semata mata kehambaan,

Satu peringatan (daripada Sayyidi) bahawa penyucian dari segala tujuan itu awalnya dengan usaha dan penghujungnya anugerah Allah, kerana tiada jalan untuk hamba menyucikan diri dari tujuan sehingga penyuciannya itu ain gharad (tujuannya), itulah jaza' (balasan) dari Allah bila seseorang hamba berusaha keras untuk menyucikan dirinya dari tujuan dan takut akan tujuan itu masuk ke dalam dirinya, dan mentohmah (menghina) dirinya dengan ada tujuan itu sentiasa, sehingga rasa itu tak boleh berpisah dengannya, akhirnya Allah akan membalasnya balasan, akan menyucikan dirinya dari tujuan, sebagaimana firman Allah,

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ (69) العنكبوت
Dan orang yang berusaha kepada  Kami, maka Kami akan memberi hidayah jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang muhsin

Ini satu kaedah, barangsiapa yang berusaha keras, Allah memberikan kepadanya akhirnya, walaupun dia orang kafir, bila usaha dengan cara betul, Allah akan memberikanya hasil atas usahanya, furman Allah,
اللَّهَ لَا يَظْلِمُ النَّاسَ شَيْئًا    يونس 44
Allah tidak menzalimi manusia dengan sesuatu

Dan segala ibadah itu akan mengesahkan, jadi segala ibadah yang Allah syari'atkan akan menjadi bukti ubudiyah, yang menunjukkan kehambaan, banyak segala ketaatan yang Allah kurniakan kepada hambaNya tapi tujuan satu iaitu memperkemaskan kehambaan dan buang segala tujuan, habuan serta Allah dan menjadikan diri sendiri satu hanba yang benar kepada Allah, bukan hamba kepada selainNya, semua ibadah solat zakat haji dll kalau kita cari pasti ada dalaman batin rahsianya, sebab itu ibju arabi dalam kitabnya Futuhat makkiyah buat satu ibadah dan selepasnya huraian tentang rahsia ttgnya, menerangkan apakah tujuan yg betul di sebalik sesuatu ibadah, dia mensyarahkan ibadah secara zahir dan mensyarahkan apa yang di sebalik ibadah, seperti solat, apakah rahsia takbir, rukuk, sujud, salam dll, rahsia2 ibadah, ibadah pelbagai, banyak, tapi tujuan satu, bagaimana memperkemaskan kehambaan serta Allah

Semua ibadah menunjukkan kepada kehambaan kerana penghujung ibadah yang benar itu adalah kehambaan, kerana sesungguhnya kalau menyembah tuhanmu untuk tujuan kemanusiaan duniawi atau ukhrawi, Sidi Ahsan menerangkan tentang penafian tujuan2 atas manusia yang berbentuk duniawi, ukhrawi, barzakhi, semuanya, jadi mestilah hamba yang merdeka itu membebaskan dirinya dari belenggu tujuan2, dan habuan2.

Bagaimana nak menghilangkan tujuan2 dan habuan2?
Iaitu dengan membuang segala iradat sendiri, kena hilang ikhtiar sendiri. Adapun tarekat lain mengharuskan tujuan ukhrawi, bukan setakat mengharuskan tapi menjadikannya matlamat bagi mereka, nak dapat pembukaan, dapat tazkiyah, walhal tujuan itu selama mana ada ikhtiar, selama mana ada tujuan, selama itulah ada keakuan, bagaimana kita nak robohkan keakuan? iaitu dengan buang iradat, tak perlu ikhtiar dengan Allah, hamba itu terhenti dengan Tuhan, tidak boleh mendahului tuannya, tak boleh fikir kalau saya buat macam ni, tuan akan buat balas saya mcm tu, ini nak merampas ambil alih tugas tuan, bolehkan hamba mendahului tuan walaupun dengan cara khawatir? Tak boleh, kalau ada lintasan seperti itu, hamba itu belum sihat, beluam afiat dari penyakit ketuanan, sebab di sisinya itu penyakit hamba, sebab ketuanan itu sifaf tuan, denga penuh dengan ketuanan, ikhtiar, usaha, itu tuan, tapi hamba tak boleh, bila ada lintasan ketuanan itu maknanya lawan sifat tuan dan tuannya, Nauzubillah.

Maka hamba terhenti dalam hadrat tuannya, membuang akan ikhtiar dirinya walau khawatir (lintasan hati) sekalipun, firman Allah dalam surah الحجرات

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (1)
Wahqi orang yang beriman, janganlah kamu mendahului di hadapan Allah dan rasulNya, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Jikalau kamu menyembah Allah kerana tujuan kemanusiaan bentuk dunia atau akhirat, akan memanggil (menyedarkan) kamu oleh hadrat tuan kamu, mengatakan kepada kamu dengan lisan hal, tidaklah kamu menyembah kami kerana kami, terapi kamu menyembah untuk tujuan diri kamu, hakikatnya kamu menyembah diri sendiri, lihatlah bahaya sangat tujuan dengan Allah, sampai orang boleh menyembah dir sendiri, bila satu ibadah kerana satu tujuan itu jadi sebenarnya menyembah diri sendiri, bukan menyembah Allah, maka yang menyembah kerana tujuan secara hakikatnya adalah menyembah diri sendiri, tetapi beringatlah kena sedar walaupun dia beribadah kerana tujuan nak dapat nurani, walau tujuan yang mulia di sisi fahaman, jalan2 lain, di dalam tarekat kita ini tujuan nurani akan jadi penghalang antara kita dengan Allah, kekuatan tarekat kita pada rasa2 Muhammadi yang tulen yang mana Rasulullah mentarbiah akan Sahabatnya, dan asas dan tunjangnya ialah menyucikan diri daripada sebarang tujuan (gharad), inilah yang dinamakan jalan kehambaan, lihatlah dengan sebab Allah mengagungkan rasa kehambaan ini Allah tidak menasakhkan (membatalkan) hukum kehambaan dalam Islam sehingga menjadi panduan kepada mereka yang hendak mensahihkan rasa kehambaan, maka barangsiapa yang mendakwa dia hamba tulen kepada Allah, maka hendaklah dia mengkiaskan dirinya dengan hamba, lihat adakah dirinya benar2 hamba atau tidak,

(Pengalaman Sayyidi) Sayyidi menyatakan bahawa dulu dia menyangka bahawa dia telah benar2 hamba sehinggalah Allah menempatkannya bersama golongan hamba kepada Syeikh Daha di padang pasir Mauritania, di sana masih ada sistem kehambaan, Allah meletakkan timbangan di hadapan Sayyidi, bandingkan hakikat hamba dengan kehambaan di sana, Sayyidi lihat dengan mata sendiri bagaimana para hamba Syeikh Daha rasa bangga dinisbahkan diri mereka sebagai hamba kepada Syeikh Daha, sedangkan mereka manusia seperti kita, seronok mereka menjadi hamba kepada Syeikh sehingga rasa sedih yang sangat bila Syeikh nak bebaskan dia dari kehambaan, ada seorang hamba perempuan bersungguh-sungguh menangis bila diberitakan akan dibebaskan, dia merasakan dirinya tidak lagi diredhai tuannya sedangkan Syeikh ingin memberikan kebaikan kepadanya, buat amalan yang baik, dengan diberikan hak yang penuh atas amalannya, dimaklumi bahawa hamba bila beramal akan diberi separuh pahala bukan seperti manusia merdeka, kata Syeikh bukan sebab aku tak suka kamu tapi kamu dah tua, boleh la kamu menumpukan ibadah buat dirimu sendiri secara sempurna, kerana hamba diberikan kebaikan setengah, kalau balasan hukuman pula setengah juga.

Syeikh kata kamu dah tua, jadi kamu boleh beribadah sebagai orang merdeka, dapat ganjaran penuh, lihatlah kehambaan, sebab itulah Allah tidak menasakhkan kehambaan segingga mendustakan setiap orang yang mendakwa kehambaan, kalau orang mendakwa kehambaan tapi masih ada baki keakuan, maka bukan hamba sebenar dan tanda ada lagi keakuan ialah wujud ikhtiar dan iradat walau hanya sedikit pun. Sebab itu tiada habuan kepada kamu pada jamal keindahan kami, tiada rezeki, tiada nasib, kerana kamu menyembah selain Allah, kerana kamu tidak menghendaki, kerana kamu mendahulukan habuan diri kamu, kerana kamu menghendaki akan tujuan diri kamu.

Korban yang terbesar adalah menyembelih diri kamu di mihrab Allah, sembelih (buang) selain Allah mudah, dunia ke atau apa2, tapi jiwa kamu, diri kamu itu yang susah, yang korban terakhir itu sukar, dan Allah tidak terima kamu melainkan memberikan kepadaNya korban itu, diri kamu untuk dikorbankan, iaitu nafsu dan keakuan, jadi tanda keakuan itu ada ikhtiar dan iradat.

(Minit 22:50)
Dan juga menyucikan diri dari tujuan itu, awalnya kasbun (usaha) dan penghujungnya 'atoun (anugerah), barangsiapa meninggalkan tujuan dengan kesungguhan, usaha keras, dia tak kan menemui jalan, kerana buang iradat itu ain iradat, itulah iradat, kamu menghendaki untuk buang iradat, ini musibah, nak lari mana? sebab itulah awalnya usaha, akhirnya anugerah, setiap perkara bermula dengan mujahadah, apabila Allah menerima kamu, Allah akan menganugerahkan kepadamu, tetapi secara adatnya Allah tak kan beri kecuali dengan usaha kebiasaannya, kaedah ini bukan mutlak tapi ada pengecualian, ada yang Allah beri tanpa, tapi adatnya Allah beri hasil usaha, sebagaimana firman Allah,
والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا
Dan barangsiapa mujahadah kerana Kami, maka Kami akan beri petunjuk kepada mereka  jalan Kami dan memberikan hasil kepada mujahadah mereka

Itu kaedah Ilahi, Allah tak menzalimi hambaNya,

Maka tujuan kamu memberikan kepada kamu tangan lautan kurniaan Tuhan, tetapi tiada nasib bagi kamu dalam hadrat Qudsi, tak masuk hadrat yang mulia, kalau kamu menyembah Allah kerana tujuan, secara kurniaan memang Allah akan beri tujuan kamu, tapi tiada nasib bagi kamu dalam hadrat Qudsi kerana kamu najis tujuan, sebab itulah tiada nasib dalam hadrat Qudsi, apakah Quds? Iaitulah بالغ الطهارة  penghujung kesuciaan, lebih dari kesucian, jadi bila kamu ada kekotoran, najis tujuan tak boleh masuk hadrat quds, tak boleh menerima orang yang ada kesan kekotoran, bukan hanya kekotoran, kesan pun tak boleh, dan gharad (tujuan) itu syirik, dan Allah tak menerima syirik, bila kamu beribadah bukan kerana Allah, maka Allah tak menerima amalan kamu, firman Allah dalam hadis qudsi
من عمل عملا اشرك فيه غيرك تركته وعمله
Barangsiapa yang beramal dengan satu amalan yang ada syirik padanya maka Aku tinggalkan dia dan amalannya

Allah tak terima syarikat, koperasi,sdn bhd, tak boleh, tak terima, cara kamu, cara amalan kamu, ada selain Dia, buang amalan tersebut dan empunyanya terus, sedangkan Allah وانا اغنى عن الشرك والشركاء dan Aku terkaya dari syirik dan pengkongsian.

Dan sempurnakanlah keseronokan kamu dengan syirik rakan kongsi kamu dalam ibadah kamu, pergi seronok dengan gharad kamu,

Apabila kita dengar perkara ini, maka jarang amalan yang diterima Allah, kalau timbang dengan perkara ini, sedikit amalan yang diterima, maka kita akan dapati bahawa amalan yang paling mendekatkan seseorang kepada Allah adalah wasilah, tawassul, sebab tiada hamba yang sebenar, suci dari gharad kecuali insan ain zaman , qutub zaman, yang dilihat oleh Allah pada sesuatu zaman, insan ainul insan, tiada insan yang sempurna pada zaman kecualinya, manakal selainnya menyembah melaui perantaraannya sahajalah
Minit 29:30
Dan di bawah bayangnya dan perantaraannya, dan ikhlas dan penyucian diri  selain mereka adalah mengikut sejauh mana hubungan mereka dengan insan ain insan/ qutub, selain mereka beribadah di belakang bayangan mereka sahaja, tiada amalan yang mendekatkan kepada Allah seperti mahabbah kepada para auliya, kerana hakikatnya tiada hamba yg benar2 suci dari gharad

Secara hakikatnya tiadalah hamba yang benar2 suci dari gharad pada setiap masa kecuali seorang lelaki jua, sebab khilafah hakikat Muhammadiah setiap waktu tak berlaku kecuali pada seorang sahaja, maka tidak didapati orang yang menyembah Allah secara hakikat, dan tawajjuh kepada hadrat Allah secara keseluruhannya kecuali seorang lelaki, jadi tidak ada ibadah yang terlebih sampai kepada Allah kecuali tawassul dan taalluq daripada pembesar2 auliya, sehi nggakan kesempurnaan yang ada pada auliya, wazir qutub, ahli dewan, ahli autad, kesempurnaan mereka itu terpantul daripada seorang lelaki iaitu insan ainul insan, lihatlah tawassul, rabitah dengan ahlillah, mendahului orang yang sempurna, buang keakuan, buang nafsu, tiada berpegang kepada hal dan amal kamu, tidak bergembira dengan hal sendiri, itulah alamat wasl (sampai), sampai kepada Allah adalah sampai kepada pembesar2 auliya,

Maka setiap orang yang bergembira dengan amalan dan ibadat, atau tawajjuh, atau warid, atau pemberian ilahi, atau kasyaf, atau syuhud, maka ketahuilah tidakkah sampai kepada kamu kecuali selepas melalui perantaraan yang agung, yakni hakikatnya apa yang kamu dapat hanyalah pinjaman semata-mata, bukan milik kamu, dan empunya yang sebenarnya adalah insan ainul insan, dia semata-mata manusia yang angkat kewujudan ini, gantian daripada Rasulullah, jadi berhati-hatilah kamu daripada khayalan dan sangkaan kamu sendiri dan ingatlah bahawa hamba sebenar yang menyembah Allah setiap waktu adalah seorang lelaki, zikir kamu, ibadah kamu dan semua itu adalah pinjaman daripada lelaki yang satu itu, adakah seseorang itu berbangga dengan milik orang lain? Tidak kecuali orang jahil.

Maka gharad serta Allah itu adalah sampah iblis, maka setiap yang menyembah Allah dengan gharad itu ketuanya adalah iblis, dan dialah yang pertama memberi contoh kepada ibadah kerana gharad dan habuan, iblis pertama yang mencipta jalan tujuan, meletakkan kepada manusia beramal kerana tujuan sehingga dia menjadi ketua kepada jalannya, maka setiap yang menyembah Allah kerana tujuan maka syeikh murabbi pemimpin memberi madad kepada mereka adalah iblis, Allah beri kepadanya dapat memberi madad kepada kegelapan sepertimana Rasulullah memberi madad kepada hadrat cahaya dan iblis naib kepada Rasulullah pada menyalurkan madad zulmani, kepada ahli kegelapan, maka iblis beribadah beribu2 tahun sehingga menjadi ketua hadrat di zamannya, murabbi malaikat, malaikat ambil dia ketika bayi di bumi ke langit lalu dijaga sehingga menjadi pemimpin malaikat, (36:19) namun dia menyembah Allah untuk tujuan najis asalnya, dia bukan dari malail aala, malaikat selepas bunuh jin jan dan bun, dan membuang daerah mereka yang lari, ke penghujung dunia, maka jumpa anak jin yang masih bayi, mereka kesian kepadanya, dan diangkat ke langit dan ditarbiah di hadratul quds, dibesarkan, tetapi masih lg rindu kepada asalnya secara semulajadi, asalnya bukan alam ulwi tapi alam sufli, bukan alam malakut tp alam mulk, bukan alam batin tapi alam zahir, bukan alam qudsi tapi alam mim, kasar, bukan halus tapu kasar, jadi masih kekal padanya benih, kerana asalnya najis, sabda Rasulullah, manusia itu maadin /galian, spt emas dan perak, emas wp terkena najis kekal emas, tapi api arang boleh ke jadi emas? Tak boleh, jadi asal jin adalah galian yg rendah, galian api, sbb itulah selamanya ia berada dalam hadrat tapi asalnya menguasai atasnya, wp beribu tahun beribadah dan menjadi ketua malaikat, gagal dia pada kali pertama diuji, ujian yang betul, ujian kehambaan, adakah dia menyembah Allah kerana Allah, atau beribadah kerana tujuan sendiri, dengan itu bila Allah nak zahirkan apa yang tersembunyi pd iblis, Allah mengujinya dengan ujian batin, bukan zahir, kerana sujud kepada Nabi Adam itu sebenarnya padanya adalah untuk menghinakan diri sendiri, dan buang keakuan, tapi dia tak dapat menerima, maka Allah menguji akannya dengan ujian itu, sebab ujian lain dia berjaya melainkan ujian kehambaan, sebab apa? Kerana ibadatnya dan keberadaannya dalam hadrat dan mengetuai para malaikat adalah kerana gharad dan habuan, masih lg ada keakuan

Iblis masih ada lagi keakuan sendiri, ananiah, sebab itu dia enggan merendahkan diri sendiri kepada Nabi Adam pilihan Allah, dialah yang pertama mengasaskan kepada manusia jalan ini, yg penuh dgn ibadah dan ilmu tapi kerana diri sendiri, bukan kerana tuhan, bukan penuh dengan maksiat tapi ibadah, memenuhi langit dan bumi dengan ibadahnya, dengan kasyafnya, dalam melihat mengetahui semua di alam ini, dari arasy sampai faraj (bidalan sufi arab) semua dalam ilmunya, kasyaf yang kamil, tapi dalam dirinya masih ada benih ikhtiar dan iradat, keakuan, maka bila datang perintah yang betul untuk menghinakan dirinya kerana Allah maka dia enggan, dia kata aku lebih baik daripadanya, Engkau (Allah) menciptakan aku dari api dan menciptakan dia dari tanah, dia qias bahawa api ni tinggi atas, bumi ni rendah, sampah buang atas bumi, mana boleh api dan saya sujud kepada tanah, lihatlah ratus ribu tahun ibadah, benih keakuan belum mati tapi bertentangan iaitu makin subur, disiram lebih dengan ibadah, sbb itulah kena berhati-hati, bukan semua ibadah kerana Allah, bukan segala ibadah diterima oleh Allah, kadang2 ibadah itu penghalang agung  kamu antara Tuhan kamu, sbb itulah contoh, kadang2 ibadah memutuskan kanu dari Tuhan kamu, dan maksiat mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, contoh iblis, ibadahnya ilmunya menjadikan dia imam ahli zolam (kegelapan) dan musuh kepada Allah dan anbiyak, dengan sebab apa? Ilmu dan ibadah, sebab itulah Imam Ghazali sebut dalam Ihya Ulumuddin (minit 43:42), puji ilmu dan cerca ilmu, bab kelebihan2 fadhail ilmu dan bab musibah2 ilmu, mazamul ilmu, celaan ilmu, tetapi maksiat jadi pintu kamu ke hadrat Allah, seperti Adam, Adam memulakan hayatnya dengan "maksiat", Allah menciptakannya dan memasukkannya ke syurga, masih tak buat sesuatu, awal perkara yang dia buat adalah memakan daripada pokok yang dilarang, tak cukup satu hari umurnya di syurga dia telah melanggar perintah, sebenarnya bukan maksiat tapi hikmah Allah, tapi kalau harus kita katakan dia membuka kehidupannya dengan melawani perintah Allah, tapi lihat perkara2 tersebut diqias dan ditimbang dengan natijahnya, natijah ibadah dan ilmu iblis ialah syuhud akan nafsu, lihat diri sendiri, dan natijah "maksiat" Nabi Adam adalah attazallulu, penghinaan diri, dan tohmah diri, jadi lihatlah hasil, kadang2 taat menghasilkan maksiat dan maksiat menghasilkan taat, jadi bagaimana nak membezakan? Itulah jalan Allah, jalan suluk, jalan Ilahi, kadang2 ada guru2 yang sempurna yang mendapat keizinan dari hadrat Allah rawat anak2 murid dengan maksiat, kerana taat menjadikan baginya penyakit, seperti iblis, jadi yang masuk masjid syuhud diri sendiri, tak tahu itulah anugerah Allah, siapakah yang taqdir atas hamba2nya? Allah, siapakah yang mengtaqdirkan atas seseorang dengan maksiat? Allah, hakikatnya tiadalah kebanggaan atas kamu, kedua-dua kamu adalah penzahiran kepada tajalli Ilahi, kamu bawah tajalli, ini tahalli zulmani, ini tajalli nurani, tiadak ada beza antara kedua-duanya, maka bagaimanakah kamu boleh takabbur atas taat kamu, bahkan terbalik, kamu malu, ahli taat kena malu kerana Allah menjadikan kamu sebagai tempat penzahiran tajalli taat dan menguji orang lain dengan tajalli maksiat, sebab itu orang yang masuk, ustaz yang guru, yang bangga dengan ilmunya, itu penzahiran kepada jalan iblis, itu anak murid kepada iblis, bukan anak murid kepada Rasulullah, sebab bergembira dengan amalan sendiri secara hakikatnya dia mengisbatkan amalan kepada dirinya sendiri, seperti dia yang cipta amalan, empunya amalan, ini melawani ketuanan, melawani uluhiyyah, melawani kehambaan sendiri, lihatlah teori relativiti, teori Einstein, tiada sesuatu, kadang2 taat bawa kpd maksiat dan maksiat bawa kepada taat, itulah rasa yang terhasil dari perkara tersebut, taat kamu kalau mewarisi kebanggaan syuhud diri sendiri, gembira dengan amalan, takabbur atas makhluk Allah, itulah maksiat, dan maksiat kamu yabg menghasilkan kehinaan kepada diri sendiri dan malu kepada Tuhan itulah taat, maksiat bukan hanya mewariskan taat tapi rasa zauq malu, malu itu salah satu makam batin, daripada makam2 yang

sangat tinggi, bawa kamu kepada makam batin iaitu malu kepada Allah, maksiat bawa kamu kepada makam malu, dan taat bawa kamu kepada kurang malu, tiada malu dan melawani Tuhan, lihatlah, jadi jalan tujuan ketuanya adalah iblis, tapi bukanlah iblis dengan sendirinya tapi Allah yang jadikannya, Allah beri tanggungjawab kepadanya untuk menyesatkan, maka jadilah dia ketua kesesatan, sebab itulah tatkala maksiat iblis adalah maksiat batin, sukar untuk dirawat, dan sukar untuk taubat kepada Allah kerana maksiatnya adalah maksiat batin padanya melawani akan uluhiyyah, kerana asal dan sebabnya adalah keakuan, dan tiadalah melawani akan Tuhan seperti keakuan, hakikatnya dia memusuhi ananiah Tuhan, sebab itulah Allah humban dia tanpa ada rujuk lagi, adapun maksiat Adam adalah maksiat zahir, bangsa badan, makan, lupa itu pokok terlarang, maka diterima taubat Nabi Adam, oleh itu maksiat yang paling berat dan teruk adalah maksiat batin, kerana padanya melawani ketuanan Tuhan, adapun maksiat zahir padanya melawani pada syariat Allah, bukan ketuhanan, sebab itulah maksiat Nabi Adam boleh dimaafkan, jadi tidak ada maksiat yang lebih besar daripada keakuan, daripada syuhud diri sendiri, itulah yang menjadikan iblis sebagai iblis, dan tujuan adalah sampah iblis, sesiapa yang empunya tujuan, maka dialah sampah iblis (53:41) sesiapa yang nak menjauhkan daripada sampah dan lalat nyamuk mestilah diri mestilah membersihkan badannya daripada bahan2 yang tarik lalat dan nyamuk, membersihkan diri sendiri daripada sampah, selama mana ada sampah maka iblis akan terus ada bersamanya, janganlah berusaha untuk menjauhkan daripada iblis tetapi putuslah bahan yang menariknya iaitu tujuan dan habuan serta Allah, sebagai peringatan gharad tu bukan hanya zulmani sahaja tetapi semua gharad maa Allah, ada iradah dan ikhtiar serta Allah, gharad maksudnya ikhtiar sendiri, selama mana ada ikhtiar selama itulah ada keakuan, selama mana ada keakuan selama itulah menafikan Tuhan (55:22) (Sayyidi dah buat kaedah dlm bahasa melayu), jadi menafikan Tuhan, bila menafikan Tuhan maka mendakwa ketuhanan, jadi lihatlah bahayanya iradat serta Tuhan, membawa akhirnya kepada menafikan ketuhanan, dan menjadikan diri kamu seperti Tuhan, sebab itulaha tarekat kita dinamakan tarekat buang iradat, manakala tarekat sufi lain dengan nama tarekat iradat, kenapa? Kerana mrk membina tarekat mrk untuk menghasilkan tujuan,apakah tujuan dalam tarekat kaum (iradat)? Iaitu sampai kepada pembukaan, adapun jalan kita tak boleh wp gharad nurani spt fath=pembukaan, kerana ia melawani kehambaan, kerana hamba tiada ikhtiar pada dirinya terhadap tuannya, apabila dia memilih utk dirinya secara lisan, atau hal maka dia telah melepasi had kehambaan, dan melawani tuannya pada ketuanannya, sbb itulah kita sentiasa mengulangi perkara ini, Allah menjadikan bagi kita tertib kehambaan di dunia dan tidak membatalkannya sbg pengajaran dan penerangan kepada kita ttg sifat2 hamba, maka hamba ia duduk diam dengan tiada ikhtiar bgnya pd tuannya, apabila ditanya ttg dirinya maka dia akan jawab inilah tuanku, dia pemilik, aku tiada ikhtiar wp dia yg usaha dan bersungguh-sungguh, pertama yg dia akan lakukan ialah menafikan amalannya, tiada keakuan, dia punya org lain, tak nisbah sesuatu kpd diri sendiri, walau amalannya, kalu ada org yg puji kerja kamu hebat hari ini lalu dia jawab astaghfirullah, hamba yang benar malu dari amalannya, bila ada org nisbah satu amalan kepadanya maka dia jawab Astaghfirullah astaghfirullah ini bukan amalan saya, hamba tiada keakuan zat amalan usaha, tiada, semua milik tuan, tapi ahli ibadah ahli ilmu berbangga dengan amalan, nisbah amalan kepada diri sendiri, bangga atas makhluk Allah atas amalannya, lihatlah perbezaan antara keduanya, sebab itulah hamba yang tiada sifat kehambaan dinamakan hamba derhaka, abdun abiq, Allah tak terima amalannya, dalam hadis sebut Sesungguhnya Allah tak menerima amalan perempuan najis dan hamba yang derhaka, fardhu atau sunat, ada hamba tapi hamba derhaka, siapakah kita nak dakwa kehambaan tanpa bukti, lihatlah sifat kehambaan itu malu dari ama

lan, tiada tujuan serta tuannya, adakah hamba kerja dengan tuannya kerana tunggu sesuatu? Itu bukan hamba, itu ambil upah, buruh, barangsiapa buat sesuatu kerana tunggu sesuatu itu bukan hamba, itu buruh, tapi sebenarnya bukan buruh tapi buruk, yang buat sesuatu kerana tujuan, adakah hamba tunggu sesuatu? Adakah hamba tunggu 30hb nak dapat gaji? Tiada, hamba seperti kerusi tiada ikhtiar, kita yg menggerakkannya, ini makhluk yang arif, yang tiada iradat dengan Tuhan, itulah arif, hamba umpama meja ini, siapa yang nak hamba jadilah seperti meja, tiada tadbir, tiada iradat, tiada kehendak, tiada bangga, tiada sentimen, tak bangga dengan guru, tak bangga saya bawa kitab guru, syarat hamba itu tidak syuhud kpd dirinya ان لا يشهد نفسه, yakin bahawa dirinya milik org lain, sehingga sampai kepada fana dr diri sendiri, apabila disabitkan kewujudan kepadanya maka dia terkejut, Astaghfirullah sy hak org lain, cth kalu org puji cantiknya kebun kamu, bila sebut kebun kamu terus dia sebut Astaghfirullah, bukan bukan, ini kebun tuan, takut nak nisbahkan sesuatu kpd dirinya, kerana dia yakin kepada kehambaan, tahqiq kehambaan, berbeza dengan yang mendakwa kehambaan, bila tiada tuannya, bila nisbahkan kebun itu kepadanya maka dia akan jawab ya itu kebun saya, saya yang jaga saya kerja kemas, ini hamba derhaka, gembira bila menisbahkan sesuatu kepadanya, tetapi hamba sebenar, bila dinisbahkan sesuatu kepadanya maka dia akan segera menafikan dgn sebut Astaghfirullah Astaghfirullah, hamba yang derhaka seperti kita bila tiada hudur, tiada muraqabah, tiada ihsan, gembira dgn amalan, spt kata aku 30 thn belajar, 1000 ribu dh ikut, bangga, cth tabligh sy dah keluar 40 hari 40x,tapi sebenarnya dengan 40x itu tambah lg keakuan, belon syaitani, Nauzubillah, jd syarat hamba fana dr keakuan dan bombang dinisbahkan sesuatu kpdnya, dan tidak menunggu dr tuannya sesuatu, kerana penantian itu menafikan kehambaan, barangsiapa tunggu upah bukanlah hamba, itulah buruh buruk, tukang upah itu janji sementara dengan tuannya, bukan hamba, jadi tidak ada maqam yang kekal kecuali kehambaan, yang lain semua tak kekal, datang pergi, kewalian, ilmu, taqwa, solat, hanya satu maqam yang kukuh, kehambaan, itulah makam baginda Rasulullah, maka menunggu sesuatu itu menafikan kehambaan, menantu pembukaan atau kewalian atau makam atau martabat itu akan mengeluarkan kamu dari makam kehambaan, secara pasti, kamu bukan hamba, boleh diberi nama kamu wali, org suluk, majzub tapi tak boleh dapat nama hamba, sebab itulah kehambaan itu penghujung makam kewalian, akhir sekali sehingga tidak dinamakan makam kerana dia luar makam semuanya, hadrat kehambaan, kehambaan tiada had, itulah martabat Rasulullah, sebab itulah Allah memuji Rasulullah malam Isra, malam wasl dengan Tuhannya,
سبحان الذي اسرى بعبده
dengan hambaNya, bukan dengan nama rasulNya, kekasihNya, tapi dengan nama hambaNya, صلى الله عليه وسلم
فمن اراد ان يكون محمديا فليكن سالكا في طريق العبودية
Maka barangsiapa yang nak jadi Muhammadi secara keseluruhannya, maka hendaklah dia suluk jalan kehambaan, itulah jalan Rasulullah, itulah jalan yang ditarbiyah para sahabatnya, para sahabat hanya mohon ampun maaf sahaja, mana ada sahabat minta pembukaan, nak keramat, hanya mohon Allah maafkan kita, hamba, tidak mohon dari Allah kecuali Allah maafkan sahaja sbb lihat keburukan diri sendiri, sebab itulah hamba sentiasa lihat diri sendiri penuh kekurangan, orang hitam selalu mcm tu, walaupun dari kalangan syarif, juta2 syed dari bangsa hitam, tapi selalu ada rasa rendah, itu sifat hamba, maka tiada sesuatu yang boleh menghilangkan keakuan seperti kehambaan, (68:19)
Setiap hamba atau amalan yang ada gharad iblis akan berada pdnya kerana itulah asalnya, semua tujuan asalnya daripada iblis, dialah yang mula mengasaskan untuk manusia jalan gharad, iblis suluk jalan cahaya tapi untuk dirinya sendiri, dia boleh bertahan ratusan ribu dalam hadrat cahaya semata-mata untuk dirinya sendiri, bukan kerana Tuhan, janganlah gembira kalau kamu dalam jalan ilmu, jalan amalan, jangan yakin, jangan percaya, jangan terlalu yakin dengan diri sendiri,

Berapa umur kamu? Iblis 220 ribu tahun dalam jalan ibadah tapi akhirnya jadi ketua hadrat kegelapan wp suluknya dalam jalan cahaya dan ibadah, asalnya dari alam rendah bukan alam tinggi, mcm ziarah shj sana dan akhirnya balik alam asalnya, spt yg disebutkan bahawa malaikat yang mengambilnya selepas dihapuskan golongan jin jan bun sblm manusia yang telah byk melakukan kerosakan di atas muka bumi, sbb itu dlm budaya melayu byk sebut ttg bunian, bila malaikat turun buang daerah golongan jin jan bun ke pulau2, hutan belantara, malaikat bila perang suci bumi dari golongan itu, ada sebahagian yang lari hujung dunia, sbb itu majoriti golongan itu di nusantara, sbb tiada tempat yang penuh dengan pulau seperti nusantara, lalu malaikat ambil iblis dari kalangan jin yg ketika itu masih bayi, satu hikmah dari Allah, bolehkah Malaikat bawa balik satu makhluk naik tanpa izin Allah? Tak boleh. Ini hikmah Allah ataudengan bahasa mudah suatu taktik, takdir Allah kena mcm tu, ada makhluk yang zulmani dari hadrat qudus, besar di sana utk menyesatkan Nabi Adam, tp sebenarnya bukan iblis yang menyesatkan tp itu hikmah Allah,
ويمكرون ويمكر الله والله خير الماكرين
Mereka bertindak dan Allah bertindak dan Allah sebaik-baik tindakan
Allah mempersiapkan utk Nabi Adam, ambil iblis bawa dan dibesarkan di hadratNya, dan ditanam pokok khuldi, yang bukanlah poko itu dari pokok syurga, ditanam 40 tahun sebelum diciptakan Nabi Adam, kalau Allah tak mahu Nabi Adam buat mcm tu kenapa tanam pokok itu? Tak tanam nescaya tiadalah kesesatan itu, itulah hikmah Allah, sebab itulah kita hairan atas perbuatan Nabi Adam secara zahir, akan tetapi di sisi lain itulah apa yg dikehendaki oleh Allah, maka iblis dan Adam tidak terkeluar dari kehendak iradat Allah, pokok khuldi itu adalah pokok yg kasar yg bukan dari pokok syurga yang latifah, nuraniyyah, apabila ahli syurga makan dari pokok2 syurga tak akan keluar dari tubuh mereka najis, tetapi akan keluar baunan kasturi, dan peluh mereka bau kasturi, kerana pokok syurga itu halus, kecuali pokok khuldi yg jenis kasar drpd alam rendah, bila Nabi Adam makan maka memulaslah perutnya dan rasa nak membuang, lalu merayu kepada Allah, maka Allah tanya adakah tempat utk kamu buang dalam syurga ini? Maka turunlah ke dunia, jadi sebenarnya dunia ini tandas saja cara zahir tapi cara hakikat tiada tempat yang lebih mulia di alam ini keseluruhannya kecuali bumi, bumi ini lebih mulia dari syurga kerana Rasulullah lahir, membesar di sini, dan ditanam di sini, asal yang meliputi Rasulullah adalah dari bumi, bumi adalah tempat paling mulia, pokok khuldi maksudnya kekal, berkekalan, jadi itu pokok yang berkekalan, bila Nabi Adam makan buah pokok itu maka kebanggaan keturunannya kekal, bila makan akan turun, bila turun akan keluar Rasulullah, maka berkekalanlah kemuliaan Naji Adam dengan kelahiran Rasulullah, dan semua hukum taklifi spt Taharah,wudhuk, mani, mazi semuanya kesan dari pokok itu spt kata sidi Ahsan Al Ba'qili, jadi semua hukum taklif ibadah adalah berpunca dari pokok tersebut, berkata Sidi Ahsan Al Ba'qili bila bergerak2 kesan pokok itu dalam perut Nabi Adam terus akan keluar kesannya seperti air kencing,darah, najis, nifas,haid, maka Alalh membuat hukum2nya, sebenarnya makan pokok itu bukan maksiat, dan siti hawa ambil 3 biji, satu makan, satu utk Nabi Adam dan satu lagi disimpan di tali pinggang lalu turun ke bumi, dan jadi asal kepada semua benih gandum, barli, dll, sbb itulah Allah jadikan orang yg bekerja menghasilkan biji pokok itu kerja yg berat sbb itu pokok maksiat, penat, Imam Ghazali berkata tidaklah menjadi roti itu akan roti sehingga melalui 360 pekerjaan, itulah makanan Bani Adam kerana ayah kita yg makan dulu, sbb itulah dia jadi makanan awal utk manusia, siapa yg makannya akan jadi kasar, sbb itulah arab kasar, krn makan gandum, janganlah melayu byk makan roti maka akn jd mcm arab, sbb itulah melayu skrg jd mcm arab sbb byk mkn roti, dah kasar, tak spt dulu

adapun beras warid dlm hadis yg x masyhur, bilamana Allah simpan nur Nabi sblm dicipta alam disimpan nur dlm satu bekas, bila nk zahir alam, (81:07) maka diambil nur itu dari satu bekas, maka dicipta alam, bila keluar nur, maka berkecai bekas krn sedih berpisah dari nur Nabi dan Allah ciptakan dari bekas yg pecah itu beras, itu asal beras,maka disunatkan bagi sesiapa yang makan nasi berselawat kpd Rasulullah, jd orang yg makan nasi tabiat lembut wp org kafir di nusantara, sbb mkn nasi, tp skrg arab dah makan nasi, arab dah lembut sikit melayu pula jd kasar, ini rahsia gandum dan beras, itulah asal gandum de pokok khuldi, jadi cara syariat dicela Nabi Adam dan Iblis,dan hakikatnya tidak dicela kedua-dua mereka, barangsiapa nak melihat secara sempurna mestilah melihat secara syariat dan hakikat, sesiapa yang lihat manusia secara syariat maka dia akan benci, tapi kalau lihat cara hakikat maka akan sayang mereka, maka mesti lihat dgn dua mata, kalu syariat shj jadi mcm isis, wahabi, im, kasar, mata hakikat shj pula x cukup sbb akan pisah dr syariat, itu zindiq, kalau dgn mata hakikat shj akan jd semua betul, maksiat itu dr Allah,berzina xpa, semua dari Allah, jd zindiq, bagaimana nak lihat secara benar mesti lihat dgn dua mata, mata syariat cara zahir, mata hakikat cara batin, zahir hukum hudud jihad, batin rahmat atas umat, itu syuhud pandangan yang sempurna, dgn dua mata, bagaimana nak syuhud dengan dua mata? Iaitu suluk jalan ahlillah yang benar,adapun tasawwuf sesat guna hakikat shj, zindiq, sbb itulah ada sufi sesat vampur dgn perempuan, mcm2, tak rai syariat, rasa mencukupi dengan mata hakikat, itu salah, jadi mata syariat utk lihat hikmah, dna mata hakikat utk lihat qudrat Allah, qudrat yang azali, hikmah yg meliputi qudrat Allah, jadi nisbah maksiat kpd Adam, Iblis buat itu ini, itu cara hikmah, batin semua dr Allah, tapi masalahnya kalau mencukupi dengan satu jadi kurang, tak sempurna, tak batalkan syariat Allah, fahaman batin shj namanya batiniyyah itu zindiq spt nusairiyyah, fatimiyyah, itu jenis batin dah tinggal syariat, mana fahaman yg betul? Itulah Islam sunni yang penuh dgn tasawuf, itu jln selamat dunia dan akhirat,
Bila amalan ada tujuan selain Allah, maka iblis akan bersamanya, krn iblis asal kpd tujuan dan habuan, dia bina dan cipta jalan itu, di mana ada tujuan maka ada empunyanya iaitu iblis, sbb itulah bila kita letak tujuan pembukaan dibhadapan kita maka iblislah yang memimpin kamu, walhal kamu rasa tgh suluk, tgh jalan di jalan Allah, seperti kisah Sidi Abdul Qadir Al Jailani mendapat pembukaan pd suatu hari, nampak cahaya yg memenuhi ufuk dan terdengar satu suara, ya abdul qadir lakukanlah apa yg kamu suka sesungguhnya aku telah menghalalkan apa yg aku haramkan atas kamu spt org lain, maka kata Sidi Abdul Qadir berambus kamu, sesungguhnya kamu syaitan, maka bertukarlah cahaya itu kpd kegelapan dan keluar suara ya abdul Qadir kamu telah berjaya dariku dan sesungguhnya aku telah berjaya menyesatkan dgn cara ini 70 dr kalangan kumpulan sufi, bila ketua sufi dapat pembukaan zulmani itu terus mendakwa kewalian, dan mengasaskan jalan yg sesat, lihatlah iblis tak lari dari org yg suluk, dan guna tujuan dan habuan krn pada hati org yg salik itu menanti kpd sesuatu, dan berusaha, sbb itulah syaitan menghiaskan tujuan mrk, apa yg iblis guna? Guna habuan mereka utk menyesatkan mereka sbb mereka menyembah Allah utk dapat pembukaan, yakni selama mana ada gharad selama itulah ada kuasa iblis atas kamu, sbb itulah jalan kehambaan bukanlah tak mahu apa2 dr Allah tp nak habiskan semua senjata iblis utk menguasai kita, bila kita buang gharad, tapi kaedah Allah bila buang gharad maka Allah Allah beri semua gharad, bukan maksud tak dapat apa2, sbb tuan yg betul akan mencukupkan hambanya dari setiap kehendak hambanya dgn syarat dia tak minta dan tak berusaha utk dpatkan, tuan wajib mencukupkan hambanya setiap tujuan, kenapa dicela tujuan itu pada hamba? krn itu kepakaran tuan, tuanlah yg mencukupkan hambanya, bila hambanya berusaha ke arah itu maka dia telah merampas ketuanan tuannya, jadi iblis itu asalnya tujuan

Maka orang beribadah dgn tujuan maka ketuanya adalah iblis yg mengasaskan jalan itu dan mensyariatkannya, maka sapa yg ikutnya akan binasa, sama ada ahli ibadah, ilmu,tahajjud apapun, selama mana ada habuan dalam ibadah kamu, kamu tak boleh berjayadari iblis dan fitnahnya, tujuan serta Allah itu sebesar-besar halangan kepada hadrat Allah dan redhaNya dan mahabbahNya dan kemesraanNya, demikian itu juga seorang syeikh murabbi itu tifak dikenali, didekati, didampingi krn tujuan krn dia naib dari Allah, dia penzahiran Allah, Allah memakaikannya dgn pakaian hadratNya, sebagaimana Allah tidak redha disembah kerana tujuan, begitu juga syeikh kamil tidak menerima didampingi dengan ada tujuan, kalau suhbah guru krn gharad, dapat gharad tapi tak sampai kpd guru, spt barangsiapa sembah Allah krn tujuan, mungkin dapat tujuan tapi tak sampai kpd Allah, sbb itulah dinamakan gharad itu penghalang dari suhbah Tuhan atau suhbah Rasulullah atau guru2 yg warus kpd Rasulullah, barangsiapa suh ah ahlillah krn tujuan spt nak pembukaan, atau sir, atau martabat maka dia terhalang dari hadrat syeikh, kenapa? Kerana niatnya nakkan habuan tujuan, dan pada kita ada contoh iaitu Sidi Muhammad Bin Arabi Addamarrawi attazi, sblm bertemu dgn Syeikh Tijani dia adalah ketua ahli tasarruf, masih umurnya dlm 20an, dh jd ketua ilmu hikmah, bila dia bersama Syeikh Tijani dia masih kekal dgn keadaannya, dia tulis jadual atas tanah, turun emas, ambil emas bahagikan kpd sahabat Syeikh utk belanja seminggu, maka Syeikh panggil dia jika kamu masih dgn peekara ini maka kamu tak akan cium bau makrifat, kebanyakan manusia bersahabat dgn ahli tariq krn umpama ini, sebenarnya khurafat sbb halang nak sampai kpd Allah, spt zaman ini byk berlaku nak jumpa jin, nk rawat org, nk rahsia2, mainan kebudakan, itu penghalang, tidak harus hamba bersuhbah dgn syeikh shg terangkat perkara ini dr dirinya, jgnlah berpaling kpd umpama perkara ini, maka siapa yg bersuhbah dgn guru utk manfaat dirinya maka dia tak akan dpt apa2 manfaat dr gurunya wp dia bersuhbah beribu2 tahun, krn hadrat Syeikh kata tidaklah kamu bersuhbah krn kami tetapi kamu bersuhbah krn diri kamu, krn mahabbah kamu hilang bila hilangnya tujuan, suhbah guru utk dpt sesuatu, bila x dpt hilang suhbah, lari dr guru krn bina jalannya krn tujuan, maka Syeikh bertanggungjawab membebaskan muridnya dr tujuan, sentiasa lah murid bergantung kpd gurunya selama umurnya tanpa dpt manfaat yg kembali kpd muridnya krn habuan menghalangnya ke hadrat Syeikhnya dan Nabinya dan Tuhannya krn hakikat satu hadrat shj, barangsiapa dah masuk hadrat Rasulullah, barangsiapa dah masuk hadrat Rasulullah dah masuk hadrat Allah, guru itu penzahiran kpd hadrat Allah, barangsiapa dh diterima di sisi guru, maka dh diterima di sisi Allah,
Jadi bila murid tak dpt tujuannya maka dia akan cela gurunya dan mengatakan kelemahan guru, sedangkan kelemahannya adalah kerana masuk hadrat guru dengan tujuan, tujuannya yg menghalang, spt katanya pd guru tiada faedah akau bersamanya dan aku nak cari guru lain yg boleh menyampaikanku kpd tujuanku shg mati, tak dpt apa2, aib itu dr mirid bukan dr guru, spt orang yg korek telaga dan tak sabar, gali2 dan beralih lg, tak dpt air shg mati, amal itu asalnya baik tapi dialah yg mengotorkannya kerana mencari tujuan sendiri bahkan amalan yg soleh disyariatkan utk amalan tuannya spt org yg keluarkan pengerat utk membajak, bolehkan membajak? Tak boleh, maka dia bangang, bodoh, setiap apat layak sesuai dgn kegunaannya, maka suhbah syeikh faedahnya tunjuk kamu kpd Allah, dan pelbagai ibadah itu utk mentashihkan hadrat iaitu berada di hadapan Allah dgn apa yg disyariatkan kpr kita, dan siasah Allah yg diturunkan dan Rasulullah menjelaskan kpd umat, bila wafat Rasulullah secara zahir, digantikan kpd kita guru shg hari kiamat, dipindah dr tulang sulbi pengikut yg sempurna, pewaris Rasulullah, maka wajib kpd kita berpaut kpdnya, dan masuk kpd jalan kemuliaan dan kerajaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan