Ahad, 3 Februari 2019

Kemuliaan Ahli Tariqoh Tijaniyyah

Allah telah memuliakan ahli tariqoh pertama iaitu toriqah tijaniah, itulah toriqoh suluk para nabi dan sahabat, menganugerahkan mereka suci dr penyakit batin seluruhnya iaitu dengan membuang puncanya, apakah puncanya? Iaitu ada tujuan serta Allah, berkata Sidi Ahsan Al Ba'qili menyatakan bahawa punca segala penyakit batin adalah ada tujuan serta Allah, bila suci hati mereka dr tujuan maka sucilah hati mereka dr makhluk, alangkah sucinya batin mereka dan memancarkan cahayanya dan betapa kuatnya mereka memegang senjata kesucian, iaitu buang segala tujuan dan habuan, betapa susahnya memegang senjata ini, kerana ia memotong segala tujuan, ingatlah tujuan itu sampah iblis, umpama lalat xkan hilang kecuali dihilangkan sampahnya, maka tiada jalan menyucikan hati dr tujuan kecuali menyucikan hati dr tujuan serta Allah,

Maka Allah menyucikan mrk dr penyakit hati dan menempatkan mrk di tempat yang mulia, menggembirakan mrk dengan kesyukuran kpd Allah, sehingga mrk mengetahui bahawa syukur itulah adab dgn Allah, mendapat kesucian asli semulajadi tanpa usaha, tidaklah tinggal kewujudan mrk kecuali dgn pakaian yang dipakaikan kpd mrk secara azali sblm ditiupkan ruh, wp kita nampak ahli tijani penuh dgn tujuan tp hakikat hati mrk penuh kesucian dr tujuan2 atau habuan2 serta Allah, itulah hakikat mrk, adapun yg zahirnya tidak betul, tidak asli,

Maka maksud ada murabbi ialah mengembalikan muridnya kpd halnya yang azali sblm masuk ruh ke dlm badannya, hal badan mrk tenang ketika dipakaikan pakaian asli, tanpa usaha, tanpa sebab, cara anugerah, spt raja panggil seorang utk mengadap dan mengurniakan anugerah yang besar, bolehkah kita kata dgn bangga memang sy layak terima anugerah itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan