Keutamaan Berselawat di Hari Jumaat
Dalam kitab Nawadirul Hikayah karya Syaikh Syihabuddin bin Salamah Al Qulyuby termaktub hadith:
روي عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله غليه وسلم: "من صلى عليّ في يوم الجمغة مائة مرة قضى الله له مائة حاجة, سبعين من حوائج الأخرة وثلاثين من حوائج الدنيا. ويوكل الله بصلاته على ملكا حتى يدخلها على قبري كما تدخل على أحدكم الهداية. ويخبرني بإسمه فأثبته عندي في صحيفة بيضاء وأكفئه بها يوم القيامة.
Maksudnya: diriwayatkan dari Anas radhiyallahu 'anhu berkata: Rasulullah salallahu 'alaihi wasalam bersabda:
"Barang siapa berselawat kepadaku di hari Jumaat 100 kali, maka Allah akan mengabulkan baginya 100 hajat (keperluan), yang 70 dari keperluan akhirat dan 30 dari keperluan duniawi. Dan Allah SWT membebankan selawat tersebut kepada malaikat hingga menghantarkan ke kuburku, layaknya (cahaya) hidayah yang masuk kepada kamu sekalian, dan malaikat memberi tahu akan namanya, kemudian aku menetapkannya di sampingku di dalam lembaran(catatan) yang putih bersih, dan dengan selawatnya, aku mencukupinya (memberi syafaat) kelak di hari kiamat,".
Melaluu Hadith diatas, dapat disimpulkan bahawa, keutamaan berselawat di hari Jumaat 100 kali, adalah:
1. Dikabulkan 100 hajatnya: 70 mengenai keperluan akhirat dan yang 30 keperluan dunia
2. Bacaan selawat tersampaikan kepada Nabi oleh malaikat atas perintah Allah SWT.
3. Bagi yang berselawat, namanya akan disebut malaikat di kehadirat Nabi.
4. Namanya akan di ingat dan dicatat nabi dalam lembaran yang putih dan bersih.
5. Nabi Muhammad SAW akan memberikan syafaatnya kelak di hari kiamat kepada orang yang telah membaca selawat untuknya.
Imam As-Syafi’i Rhm dalam Al-Umm mengatakan,
وأحب كثرة الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم في كل حال وأنا في يوم الجمعة وليلتها أشد استحباب
Maksudnya, “Saya suka membaca selawat sebanyak-banyaknya bila pun, tapi saya lebih banyak membacanya di hari Jumaat dan malamnya, kerana disunahkan.”
Pendapat Imam As-Syafi’i ini diperkuat oleh hadith riwayat Aws Ibn Aws, seperti yang dikutip Abu Bakar Al-Maruzi dalam Al-Jum’ah wa Fadhluha bahawa Nabi bersabda.
إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة: فيه خلق آدم ، وفيه قبض، وفيه الصعقة ، فأكثروا علي من الصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي. قلنا: يا رسول الله، كيف تعرض عليك صلاتنا وقد أرمت؟ يقولون: قد بليت؟ قال: إن الله عز وجل حرم على الأرض أن تأكل أجساد الأنبياء
Maksudnya, “Jumaat merupakan hari yang paling mulia, sebab pada hari itu Nabi Adam as diciptakan dan dicabut nyawanya, dan sangsakala Kiamat juga ditiup pada hari Jumaat. Kerana itu, perbanyakkan berkepadaku. Sejatinya selawat kalian itu sampai kepadaku.”
Kami berkata, “Bagaimana boleh sampai kepadamu padahal Engkau telah tiada? Bukankah jasadmu telah hancur?” tambah sahabat lainnya. “Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan bumi untuk menghancurkan tubuh para Nabi,” jawab Nabi SAW.
Berdasarkan hadith dapat difahami bahawa jasad para Nabi termasuk Nabi Muhammad SAW tidak hancur ditelan bumi. Mereka dapat mendengar selawat yang kita ucapkan setiap waktu. Kerananya perbanyakkan berselawat terutama pada hari Jumaat. Dalam Dalilul Falihin disebutkan, Ibnu Hajar Al-Haitami berpendapat bahawa Nabi SAW mendengar dengan kedua telinganya setiap selawat yang dilantunkan umatnya.
Di hadith yg lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَةً
“Perbanyakkan berselawat kepadaku pada setiap Jumaat. Kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat. Barangsiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti.” (HR. Baihaqi)
Wallahu a’lam
Sumber : Nadhalul Ulama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan