Sabtu, 16 Februari 2019

Kecenderungan kepada Syeikh

Berkata Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi, ketahuilah bahawa kemuliaan jalan ini terzahir pada kemuliaan Syeikh Tijani Radhiallahu Anhu

Telah ditanya kepada Syeikh tentang kemuliaan tarekat ini, adakah terletak pada Selawat Fatih yang dikurniakan oleh Allah banyak kelebihan luar jangkaan? Maka jawab Syeikh bahawa kehebatan tarekat ini terletak pada diri kami iaitu Syeikh Tijani Radhiallahu Anhu

Telah berkata Sidi Ahsan Al Ba'qili bahawa kecenderungan (kebergantungan) kamu kepada Syeikh kamu itulah kecenderungan kamu kepada Rasulullah dan kecenderungan kamu kepada Rasulullah itulah kecenderungan kamu kepada hadrat Allah.

Sidi Al Arabi bin AsSaihi satu ketika buat majlis sambutan ahli keluarga yg dihadiri ramai ahlillah, lalu bila ketawa maka golongan akabir arifin kata itu ketawa umariah yakni nisbah kpd Sayyiduna Umar, lalu jwb Sidi Al Al Arabi ini ketawa nisbah kpd tijaniah bkn umariah

Lihatlah betapa Sidi Al Arabi suka dirinya dinisbahkan kpd Syeikh

Apabila seseorang hamba itu berpegang pd amalannya, dan dia sangka dia dpt sampai hadrat Allah dgn amalan itu, maka jadilah amalan itu penghalang dia utk sampai hadrat Allah sebab syuhud mereka kepada amalan bukan kepada Pembuat amalan iaitu Allah

Para Aarif billah, mereka malu dgn amalan dia, sbgmana malunya pelaku maksiat drpd maksiatnya dan org aarif billah, hatinya  tidak terkesan dgn apapun (dunia) sbgmn laut, najis tdk memberi kesan kpdnya..

Dikisahkan bahawa Sidi Abdul Qadir Al Jailani dihadiahkan seekor ayam bangkai tapi dimasak dengan masakan yang enak, maka Sidi makan dengan biasa, maka orang yang menghadiahkan ayam itu hairan kenapa Sidi makan juga walaupun haram, selepas makan Sidi menunggang kuda terjun ke dalam sungai paras dada lalu meluahkan ayam tersebut dan ayam itu keluar dan hidup kembali, lalu berkata Sidi adakah kamu menyangka najis akan mengotorkan aku sepertimana kotoran yang ada pada kuda ini boleh mengotorkan sungai? Pastinya tidak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan