Selasa, 12 Februari 2019

Menunggalkan guru murabbi

_Qasrul himmah wa ifradul wijhah ila syaikhin wahiidin_

*Menumpukan kesungguhan dan menunggalkan pandangan murid hanya kepada seorang guru murabbi sahaja*

Syeikh Abu Bakar Asy Syibli anak murid Syeikh Abdul Qadir Al Jailani suatu ketika sedang menyapu di zawiyah gurunya, lalu hadir di hadapannya seorang lelaki dan  memberi salam kepadanya, dia mendongakkan kepala dan menjawab salam itu dan terus menyambung kerjanya semula, lelaki yang hadir itu kehairanan lalu bertanya, adakah kamu tak mengenali aku, lalu jawabnya aku mengenali kamu, kamulah Wali Khidir, lalu ditanya lagi kenapa kamu seakan tak menghiraukan aku? Sedangkan ramai manusia menghabiskan umur mereka semata-mata mencari dan ingin berjumpa denganku, lalu dijawab bahawa tiada syeikh lain dalam hatiku selain guruku syeikh Abdul Qadir Al Jailani

Diceritakan oleh Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan