Ahwal sohabat dia buang iradah dan kehendak dirinya sendiri dan memenuhi kehendak tuannya Allah...sayidi cite seorang sohabat ketika tengah memegang cangkul diatas kepala ..dan waktu itu berkemudang azan terus berhenti...dan tinggi adab dgn Allah tidak melepaskan cangkul kedepan tetapi di kembalikan kebelakang.....Allah...
Satu contoh adab sohabat anggap berdosa besar jika waktu azan masih diluar masjid ...seolah Allah suu adab ...dipanggil2 baru nak mari ...Allah jauhnya kita
Ciri Hamba yg sebenar disisi tuannya ialah ia akan mengikut arahan tuannya dengan rela hati, berusaha bersungguh2 utk memenuhinya dengan rela hati dan merasa manis walaupun menghadapi kesusahan...
Manakala hamba yg tidak benar terhadap tuanya ialah hamba yang jahil tentang hukum hakam (cara ber muamalat) sengaja melewatkan2 perintah tuannya walhal keadaannya penuh dengan kejahilan dan cirinya apabila disebut urusan tuannya maka ia amat merasa beratlah utk melakukannya, suka tidur, pemalas dan jika perkara itu berkaitan dgn urusan dirinya maka ia akan jadi cergas walaupun berjaga beberapa malam ia tidak akan mengantuk....kenapa ? Kerana ia asyik dgn habuan utk dirinya.....fana padanya dunia dan akhirat, hiburan dan benda sia2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan