Ahad, 17 Februari 2019

Racun perosak ibadah

Ketahuilah bahwa yang merosakkan ibadah kamu adalah kamu sendiri iaitu dengan memasukkan tujuan dan habuan kamu dalam beribadah kepada Allah

Sedangkan tujuan ibadah adalah semata-mata pengabdian kepada Allah
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

Dan Allah memerintahkan kita beribadah semata-mata kerana Allah, bukan kerana tujuan lain
وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين

Maka ibadah yang dilakukan dengan ada tujuan sendiri itu bukanlah ibadah yang dituntut, bahkan larangan dari Allah
عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : قال الله تبارك وتعالى : ( أنا أغنى الشركاء عن الشرك ، من عمل عملا أشرك فيه معي غيري تركته وشركه ) رواهمسلم 

Ibadah adalah penzahiran kepada kehambaan seseorang hamba semata-mata kepada Allah, bukan tujuan lain, dan tak patut bagi hamba ada tujuan yang lain daripada Allah

Kalau seseorang itu beribadah serta ada tujuan lain untuk dirinya sendiri, itu bukan ibadah, itu habuan untuk dirinya

Hamba itu melihat ibadah sebagai satu rahmat, anugerah kurniaan pemberian Tuannya, maka dia menghargai kurniaan dengan memperkemaskannya dengan rasa kehambaan semata-mata kepada Allah

Orang yang mengutamakan tujuan sendiri daripada menyaksi (syuhud) akan Allah itu jauh dari rahmat Allah

Maka ibadah itu boleh membawa seseorang kepada rahmat atau kepada laknat Allah

Sebagai contoh, iblis beribadah 220 ribu tahun, tiada tempat di alam ini yang dia tidak beribadah padanya, tapi akhirnya dilaknat oleh Allah, sebab apa? Sebab dia beribadah dengan ada tujuan sendiri, menyebabkan nafsunya terus subur dengan sifat keakuan.

Sukar sangatkah untuk kita beribadah semata-mata kerana Allah? Memang sukar sebab dia mengutamakan tujuan sendiri sedangkan Allah menyuruh kita beribadah semata-mata kerana Allah

Berkata ulamak, terlalu amat jauh bezanya, antara orang yang beribadah kerana Allah semata-mata dengan orang beribadah untuk tujuan diri sendiri iaitu ada niat lain dalam ibadah, bukan hanya tulus kepada Allah

Dan ketahuilah bahawa beribadah kerana Allah semata-mata juga tujuan, tapi itu tujuan yang diredhai Allah

Ulamak menyebut bahawa tujuan sendiri dalam ibadah itu adalah najis yang mengundang iblis syaitan untuk berdamping dengannya, seumpama lalat akan hinggap selagi ada najis, kerana iblis adalah makhluk pertama yang mengasaskan tujuan sendiri dalam ibadah, selamamana ada tujuan, selama itulah ada syaitan, ikut jalan syaitan walaupun pada zahirnya dilihat beribadah.

Dan najis itu membatalkan ibadah solat sebagai contohnya sama ada zahir atau batin, selama mana najis itu ada, selama itulah solat tak sah, tak dipandang, dinilai oleh Allah sebab dibuat bukan kerana Allah semata-mata

Najis bila dimasukkan dalam bekas air tentunya akan mengotorkan air, adakah boleh diminum? Pastinya tak boleh dan kamu akan menjauhi dan tidak dipandang, lalu adakah kamu merasakan solat kamu yang penuh najis itu akan dipandang oleh Allah, Wallahu 'alam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan