🌹TORIQAH FADHLUL ILAHI🌹
🌹MARTABAT ASMA2 DAN ZAT🌹
Telah menulis Maulay Sidi Ahsan Albaqili RA didalam kitab Iraahnya ketika mnerangkan akan makna nama Allah (الله)
yaitu ketika menerangkan akan perbezaan antara nama martabat dan Zat
juga menerangkqn bahawa yg disembah oleh sekelian ahli ibadah ialah pd maratabat bukanlah pada Zat Allah
ia adalah nama (A’lam) pd martabatnya yg agung yg merangkumi bagi martabat2nya yg maha tinggi
Allah swt terzahir dengan sebenar Zahir(dengan menguasai dan mengatasi)
adapun Kunhu Zat Allah swt berada di hujung pengakhiran(sukar utk diterjemahkan/dibayangkan kerana sifatNya yg qidam dan baharunya akal kita
tidaklah bertawajjuhnya ubudiyah melainkan pd martabatnya yg zahir
jikalau tidaklah dizahirkan akannya
nescaya akan kekal ketiaadaan itu tiada
kerada tiada kesepadanan ketiadaan mutlak dengan yg lain
maka tidaklah disembah dan tunduk patuh melainkan hanya pada martabatNya yg Zohir
aku jawab :
jahil pada martabat Zat adalah kufur dan mendakwa dapat makrifah Zat adalah kufur juga
maka jenis ahli muwahhidin hanya santa mereka ini mengenali sekadar martabat ini
iaitu martabat mendapat kurnian drpd Allah swt dengan diadakan selanNya drpd perkara mumkin
kemudian disandarkan lainNya kepadaNya semata2 kerana memuliakan akannya
maka Allah berfirman kpd semua :
hambaku dan makhlukku
Martabat ini adalah martabat yg Allah SWT menisbahkan kpdNya akan selainNya ,itulah martabat ketuhanan
dan nisbah makhluk kpd penciptanya ialah ubudiyah
maka kamu telah mengetahui bahawasanya hadrah ahli mumkin yg sebenar adalah ialah ketiadaan yaitu kegelapan,tiada wujud baginya sama sekali
samaada secara hakikat ataupun khayalan
dan tatkala Allah swt hendak menjadikan sesuatu
maka Allah swt mengeluarkan/menzahirkan akan Syuun (شؤون) hakikat2 sesuatu yg dapat dirasai dan digambarkan kewujudannya nisbah rupa
walhal tiadalah kewujudannya nisbah pd luaran
itulah perkataan الشيء /sesuatu yg dinyatakan pd firman Allah swt:
“hanyasanya kata2 kami pd sesuatu
apabila kami menghendaki(menjadikan sesuatu),kami akan katakan : jadilah ia,maka terjadilah ia”
dinamakan sesuatu mengikut pergiraan sifat ilmuNya yg qadim,bukanlah kerana adanya pd luaran/apa yg kelihatan,kerana tiadalah hakikat baginya pd azali sama sekali
melainkan yg ada hanyalah hakikat Allah swt
maka rupa2/gambaran2 (drpd sesuatu)memusatkan arah kpd hadrah asma Allah swt
Lalu dikatakan kpd hadrah asma :
kamu tidak akan dikenali kerana tidak sesiapa yg hendak memgenali kerana kamu berada di penghujung batin2,jikalau kamu menzahirkan kami,nescaya akan terzahir pd kami hukum hakam kamu..
dan akan tertumpu segala tasaruf2 kamu kpd kami
maka kan terbeza martabat2 kamu drpd segala batin2 kamu,dan kami dan kamu akan saling mengenali
maka hadrah asma mengatakan kpd ismul jami’ (yaitu Robb)
dan tatkala hadrah asma meng-arah kpd ismul jami’
maka ismul jami’ mengatakan kpd mereka :
sehingga aku memasuki akan ismul jami’ (الله)
maka Rabb berbicara seraya berkata :
sehingga aku memasuki atas madlulku(hakikat)
maka masuklah atas hak/hakikat Allah swt ,itulah hadrah zat yg maha qudsi
maka berbicaralah ismul jami’ الله sepertimana berbicaranya hadrah asma dengan ismul Robb
maka berkatalah al-Haq :
aku keluar kpd kamu,akulah penzahir apa yg kamu pinta akannya
maka ketika dlm permintaan,terzahirlah/terjadilah akan kewujudan ini,itulah kalimah takwin(jadilah)yg tidak berhuruf dan tidak bersuara
hanyasanya kalimahnya menentukan akan sifat iradah dan qudrahNya yg layak bagi setiap sesuatu
maka terjadilah ia sebagai satu kejadian yg mengikut kehendak iradah dan ilmu Allah yg tidak berkuzuk padanya
kerana tidaklah dapat dibayangkan oleh huruf,juzuk dan kulli melainkan dengan apa yg dibayangkannoleh akal yg baharu
amatilah ia dengan bersungguh2 nescaya kamu akan dapat memahami makna juzuk dan kulli tersebut
pembahagian asma terbahagi kpd 2
1-jamali/keindahan
2- jalali/kegagahan
~sifat jamali ada beberapa martabat baginya
adapun semata2 sifat jamal tertentu kpd kpd para nabi dan malaikat
itulah penyebab kpd sifat maksum mereka
dan sifat jamali yg dicampuri dengan nama2 tertentu
adalah drpd sifat2 jalali adalah bagi orang2 yg beriman mengikut martabat2 mereka
~ dan sifat jalali terbahagi kpd 2
1- semata2 sifat jalali dikhususkan kpd orang kafir
2-sifat jalali yg dicampuri dengan sifat jamali tertentu kpd para pelaku maksiat drpd kalangan ahli tauhid mengikut perbezaan martabat mereka
dan ismul jami’ (الله) yg mengetuai atas semua
itulah nama yg tertentu kpd seorang insan yg khas
dengan ismul jami’ (الله) ,insan tersebut bertasaruf akan insan kabir(alam ini)
dan segala keseluruhan berada dalam lingkungan ismu a’zhom yg terahsia yg adalah ia nama/isim bagi asal hakikat2 baginda Saw
dengan nama tersebutlah ditasarufkan pd asma2 yg tertentu
Zawiyah Iraah Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan