#sedikit sahaja dikalangan hamba-hamba ku yang bersyukur#
Alhamdulillah setelah menempuh perjalanan pertama "mujahadah melawan malas" beramal solawat dengan bilangan tertentu..setelah dapat menjiwai perjalanan kedua sentiasa "melihat pemberian Allah" kepadanya dengan lidahnya sentiasa basah bersholawat...perjalanan berikutnya, ahli solawat itu sentiasa tersenyum bersyukur dengan segala pemberian Allah kepada dirinya yang bukan siapa2...
PERJALANAN KETIGANYA adalah "PERJALANAN SYUKUR".. Hatinya riang ria mensyukuri nikmat solawat yang Allah beri padanya..gembira batinnya mensyukuri nikmat solawat, hanya Allah yang mengetahui..
Dia mensyukuri nikmat Tuhannya... walaupun dirinya yang tidak memiliki apa2 dan dia pula bukan siapa2 tetap diberi Allah nikmat lidah yang sentiasa basah dengan sholawat yang banyak..
Syukur semakin kukuh dari hari ke hari bertapak di hatinya setelah dia menjalani perjalanan pertama dan perjalanan kedua.. Ketika dia berada di perjalanan ketiga dia tidak nampak lagi amalannya yang banyak, dia tidak merasa lagi dirinya hebat beramal..yang dirasa hanyalah syukur dengan segala pemberian Allah kepada dirinya yang dapat beramal dengan amalan solawat yang banyak..
TERSENYUM2 DIA MENSYUKURI NIKMAT TUHANNYA..
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﺍﻟﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ﻭَﺍﻟﺨَﺎﺗِﻢِ ﻟِﻤَﺎ ﺳَﺒَﻖَ ﻧَﺎﺻِﺮِ ﺍﻟﺤَﻖِّ ﺑِﺎﻟﺤَﻖِّ ﻭَﺍﻟﻬَﺎﺩِﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺻِﺮَﺍﻃِﻚَ ﺍﻟﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢِ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﺣَﻖَّ ﻗَﺪْﺭِﻩِ ﻭَﻣِﻘْﺪَﺍﺭِﻩِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴﻢِ
Ya Allah... Engkau jadikanlah kami ini hamba2 Engkau yang bersyukur dengan kurniaan membaca solawat yang banyak setiap hari..Engkau kumpulkanlah kami di akhirat nanti bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم...
#Kurniaanilahidiakhirzaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan