Jumaat, 13 Januari 2023

HAKIKAT SURAH AL-IKHLAS


Jikalau Engkau telah Yakin bahawa Engkau hanya akan 'SAMPAI' kepada AKU setelah lenyapnya segala keburukanmu dan tercerahnya segala hasratmu. 

Maka, pada Hakikatnya Engkau selama-lamanya tidak akan pernah 'SAMPAI' Kepada-KU.

Tetapi, jikalau AKU yang Menghendaki untuk Engkau 'SAMPAI' Kepada-KU, maka AKU lah yang akan menutupi segala sifat-sifatmu dengan Sifat-Sifat-KU dan watakmu dengan Watak-KU. 

AKU lah yang akan membuatmu 'SAMPAI' Kepada-KU dengan segala Kebaikan yang AKU berikan kepadamu, bukanlah dengan kebaikan yang Engkau persembahkan Kepada-KU.

Engkau tidak akan pernah 'SAMPAI' Kepada-KU sekalipun Engkau telah melakukan banyaknya Riyadhah (Olah Batin) dan Mujahadah yang berusaha untuk menghilangkan segala aib dan kesemua keinginan yang tidak layak bagimu. 

Sepertimana keinginan untuk meraih segala kekuatan, kehormatan, kekayaan dan kekuasaan.

Pada Hakikatnya, itu semua adalah sifat-sifat inti dan watak yang sudahpun melekat pada seseorang Hamba dan tidak akan dapat terlepas daripadanya. 

WUSHUL ('SAMPAI') kepada AKU itu adalah Anugerah-KU yang AKU berikan kepadamu, bukanlah kerana segala usaha kerasmu sendiri.

Hal ini pernah AKU Isyaratkannya didalam sebuah Hadis Qudsi :

“Hamba-Hamba-KU terus mendekatkan dirinya Kepada-KU, dengan Ibadah-Ibadah Sunnah sampai AKU Mencintainya, dan jika AKU Mencintainya, AKU akan menjadi Pendengarannya yang digunakannya untuk mendengar, AKU menjadi Penglihatannya yang digunakan untuk melihat, AKU menjadi Tangannya yang digunakan untuk memukul, dan AKU menjadi Kakinya yang digunakan untuk berjalan."

Seseorang WALI (KEKASIH) itu tidak akan pernah 'SAMPAI' (WUSHUL) kepada AKU selama dia masih lagi memiliki Syahwat, Keinginan dan Pilihan. 

Walaupun AKU sudah memberikan Jalan baginya, sungguh dia tetap tidak akan dapat 'SAMPAI' Kepada-KU. 

Namun, jikalau AKU yang Menginginkan untuk mendekatkan Hamba itu Kepada-KU, maka AKU lah yang akan mengaturkan segala-galanya.

Yaitu, dengan Menyatakan Sifat-Sifat-KU yang MAHA TINGGI dan MAHA SUCI, sehinggalah akan menghilangkan segala sifat-sifat Hamba-KU yang buruk dan tercela.

Pada saat itu, Hamba-KU tersebut tidak lagi memiliki Keinginan dan Pilihan, kecuali yang AKU telah Pilihkan dan yang AKU Inginkan untuknya.

Wahai Insan-Insan Yang Berjiwa Tenang Menerima Kasih-KU...

Inilah Hakikatnya, RAHASIA DOA yang sering dilantun-lantunkan oleh manusia didalam Solatnya, walaupun pada Hakikatnya mereka tidak mengetahui disebalik perkataan yang mereka lantunkan itu.

SIRRULLAH adalah SIRR' nya.

MUHAMMAD, ALLAHU SHOMAD adalah RAHASIA ALLAH, RAHASIA ALLAH itu ada pada RAHASIA MUHAMMAD.

ALLAHU SHOMAD itu adalah hanya ALLAH TEMPAT BERGANTUNG.

Kerana,

Sesungguhnya AKU lah YANG MELIPUTI KEKOSONGAN dan KETIADAAN DIRIMU itu.

Maka, Ingatlah kerana KEKOSONGAN DIRIMU itulah dan KETIADAAN DIRIMU itulah Hakikatnya SINGGASANAKU.

Dan disitulah AKU BERSEMAYAM !

Bukanlah pada Jasadmu, bukanlah pada Jiwamu, bukanlah Dihatimu dan bukanlah juga pada Ruhmu.

Betapa Indahnya Bagi Insan-Insan Yang Benar-Benar Memahaminya... 

Ingatlah apabila Nyata Ketiadaan Dirimu itu, maka NYATALAH AKU YANG ADA !

Oleh kerana itu :

"MATIKANLAH DIRIMU SEBELUM ENGKAU MATI..."

Maka, siapakah yang akan ADA setelah Kematian Dirimu itu ?

Tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata AKU (AL-HAQ) yang ADA !

Setelah AKU sahaja yang ADA, maka Selain DIRIKU itu adalah hanya BAYANGAN dan hanyalah KEKOSONGAN semata-mata.

Dan sesungguhnya, AKU lah YANG MELIPUTI KEKOSONGAN dan KETIADAANMU itu.

Wahai Insan-Insan Yang Berjiwa Tenang Menerima Kasih-KU...

SELAMAT DATANG didalam SENANDUNG KEMATIANMU.

Itulah maknanya ALLAHU SHOMAD.

Itulah Hakikatnya SURAH AL-IKHLAS. 

Dan itulah Rahsianya WUSHULNYA ('SAMPAINYA') Dirimu Kepada-KU.

Hanya yang YATIM dan FAQIR sahaja akan mengetahui dan memahami segala HAKIKATNYA...

cpf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan