Telah berkata Qutub Ad-Dibaghi didalam kitab ibriz:
-seorang murid tidak akan berjaya utk mendapatkan manfaat drp mahabbah syeikhnya...
Sekiranya murid itu hanya mahabbah akan syeikhnya krn utk mendapatkan sir-sir,kewalian,ilmu2,karamah dan umpamanya...daripada saki baki sesuatu tujuan..
-melainkan stlh bergantung mahabbahnya dgn sepenuh hati kpd syeikhnya,yaitu mahabbahnya trs dgn diri syeikh dan sentiasa menghadap oleh dirinya kpd diri syeikhnya,bukan atas apa2 tujuan dan kehendak dirinya.
Dia ada tiga tahapan fana dalam perjalanan Makrifatullah
Fana Fillah
Fana Fi Rasul saw
Fana Fi Sheikh Murobbi
Kemuncak fana itu adalah Fana Fillah tapi harus melalui buhul talinya, melalui Murobbi Murshid yang sampai kepada Rasulullah saw membawa kepada Allah S.W.T
#hakikat syeikh dan murabbi yang sebenar
Mengenali hakikat syeikh dan murabbi yang sebenar
Berkata Syeikh Tijani dalam kitab jawahirul maaa’ni:
Ertinya:
Bahawasanya hakikat syeikh yang sebenar,ialah terbuka padanya segala hijab dan halangan yang menghalangnya dari memandang kedalam hadrah Ilahi, yaitu ia dapat memandang ke hadrah Ilahi dengan pandangan yang sebenar dan dengan keyakinan yang tahkik(sebenar)..
▪ 1-Pada tingkatan pertama,:
syeikh tersebut memandang dengan pandangan muhadharah, yaitu syeikh tersebut dapat meneliti dan menilai segala hakikat disebalik tabir yang kasar dan tebal(alam zohir)
▪ 2-pada tingkatan kedua:
syeikh tersebut dapat memandang dengan pandangan mukasyafah , iaitu dapat meneliti segala hakikat di sebalik tabir yang halus
▪ 3-pada tingkatan ketiga :
syeikh tersebut memandang dengan pandangan musyahadah: yaitu terbuka padanya segala rahsia hakikat hakikat dengan ketiadaan hijab dan halangan sama sekali,tetapi dengan syarat-syarat tertentu..,
▪ 4-pada tingkatan keempat:
syeikh tersebut dapat memandang dengan pandangan mua’yanah: yaitu dapat meneliti dan memandang terus segala hakikat hakikat… dengan ketiadaan sebarang hijab dan halangan,dan dengan ketiadaan syarat-syarat tertentu..,dan juga dengan ketiadaan memandang kepada baqo’(kekal ) dirinya dan lain daripada dirinya-
• 5-pada tingkatan kelima :
syeikh tersebut berada dalan martabat hayat, yaitu dapat membezakan segala martabat-martabat,
yaitu dapat ma’rifah segala martabat martabat secara khususi,dan dapat ma’rifah segala kesudahan martabat martabat tersebut,dan segala lawazim(kelaziman sesuatu martabat),
dan juga dapat ma’rifah kelayakan sesuatu perkara,dari hadrah mana ia datang?
Bagaimanakah ia berlaku ?
apakah tujuan darinya?
apakah kesudahannya?.....
Itulah maqam dan martabat ihaatotul-abdi yaitu dapat menguasai secara sepenuhnya oleh seorang syeikh dengan pandangan mata dan dengan ma’rifahnya ,yaitu dapat ma’rifah segala rahsia-rahsia Ilahi dan segala ketentuannya..,
…dan juga dapat ma’rifah perbezaan hadrah Ilahi, adakah hadrah tersebut datangnya daripada sifat jamal,jalal atau daripada sifat sifatnya yang lain yang mulia lagi sempurna..,Yaitu dapat ma’rifah secara zauqi, dan mua’yanah dengan yakin. Sekali..i
hamba Allah Y seperti ini…,amatlah susah dan payah bagi seseorang yang mengembara di bumi yang gersang , merentasi hutan belantara, dan melintasi lautan yang luas untuk mencarinya,melainkan melalui isyarat dan izin tertentu daripada Allah Y akannya (yang mencari syeikh) ,,
yaitu syeikh tersebut diberi izin yang khusus daripada Allah Y kepadanya dalam memberi petunjuk hidayah kepada hamba hambanya serta mendapat tauliah khas dalam medidik mereka ke hadrah Ilahi
inilah syeikh yang layak dan patut untuk dicari dan dituntuti……
syeikh seperti inilah yang dikehendaki dalam sabda Rasulullah SAW kepada Abi Quhaifah :
" سَلِ العُلَمَاءَ وخَالِطِ الحُكَمَاءَ واصْحَبِ الكُبَرَاءَ "
Ertinya :
Tanyalah ulama’,berurusanlah dengan ahli-ahli hikmah, bersahabatlah dengan alkubara’(syeikh,mursyid dan murabbi)
Pemilik martabat inilah yang dikira sebagai al-kabiir (syeikh,mursyid,murabbi)
Apakah tindakan murid,apabila bertemu dengan syeikh ?
jika seorang murid itu mendapati dirinya bersama dengan syeikh tersebut,maka hendaklah ia menyerahkan dirinya kepada syeikh tersebut,
yaitu menyerahkan dirinya umpama mayat yang berada dihadapan orang-orang yang memandikannya, tiada sebarang pilihan dan usaha daripada dirinya,dan juga tidak ada hadiah pemberian kepadanya yang boleh memberi faedah kepada dirinya sama sekali,..
jadikanlah semangat dan himmahnya itu hanyalah melalui syeikhnya, syeikhnya tersebut dapat melepaskan dirinya daripada sebarang ujian dan bala yang menimpa dirinya..
yaitu menjadikan himmah dan semangatnya untuk mendapatkan penyucian diri yang sempurna, yaitu dapat meneliti hadrah Ilahi yang sempurna..
yaitu dengan memalingkan diri daripada memandang kepada selain daripada hadrah tersebut ..,dan menghindarkan diri daripada sebarang pilihan dan kehendak diri sendiri..melainkan hadrah ilahi tesebut….
Maka apabila syeikh tersebut memberi isyarat kepadanya…
yaitu menyuruhnya melakukan sesuatu perkara atau urusan, maka hendaklah ia mengelak diri dari bertanya :
▪ Kenapa ?...
▪ bagamana pula macam ni ?...
▪ atas apa sebab.?...
▪ kerana apa ?...
Kerana ia termasuk dalam bab membawa kepada kemurkaan dan kemarahan seorang Syeikh …. ”
✿ اللَّهُمَ صَل ِعَلَى سَيدِنـَا مُحَمَّدٍ الفاتـِح ِلِمَا أُغلِقَ وَالخاتمِ لِمَا سبقَ نَاصِرِالْحَقِ بِالْحَق ِوَالهـَادِي إلىَ صِراطِكَ المُسْتَـَقـِيم وَعَلىَ آلِه حَقَّ قـَدْرِه وَمِقـْدَارِهِ العـَظـِيم ٌ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan