Ahad, 22 Januari 2023

MATLAMAT HIDUP

Matlamat hidup majusia ialah menjadi hamba Allah

Allah menjadikan jin dan manusia adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya

Maka Allah memerintahkan jin dan manusia agar mentaatinya dengan melakukan ibadah semata-mata keranaNya

Ibadah yang dilakukan bukan kerana Allah bukanlah ibadah yang dikehendaki oleh Allah dan tidak mencapai matlamat sebenar beribadah, jadi ibadahnya tertolak. Ibadah yang disertai syirik akan membawa manusia jauh daripada Allah walaupun pada zahirnya tampak dia beribadah 

Syirik bermaksud menyembah selain Allah sama ada secara zahir ataupun batin. Syirik itu maksiat yang besar dan sukar ditandingi. Ramai yang beribadah namun tidak sedar dia melakukan syirik kepada Allah bila ibadahnya disertai dengan niat selain Allah.

Selama mana dalam diri manusia itu ada syirik selama itulah dia tak kan boleh menjadi hamba kepada Allah dan belum mencapai matlamat hidup sebenar kepada Allah.

Allah menguji hambanya dengan pelbagai ujian hidup. Ujian itu pelbagai, ada yang diuji dicampak dalam lembah maksiat, ada juga yang diuji dengan taat. Taat juga ujian? Ya, ujian untuk melihat sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan taat. Taat tanpa ikhlas adalah sia-sia. Sebab itulah jangan merasa hebat bila melakukan taat kerana rasa hebat itu menjauhkan kita daripada Allah Yang Maha Hebat. Oleh itu, ahli taat mesti senantiasa bermuhasabah adakah amalannya telah mencapai matlamat hidup beribadah iaitu beribadah semata-mata kerana Allah tanpa mensyirikkanNya.

Ahli maksiat yang diberi hidayah oleh Allah untuk melakukan taat pula akan merasakan diri hina, tak layak untuk beribadah kepada Allah, namun dengan rasa penuh kehinaan itulah dia beribadah dengan hanya mengharapkan ampunan daripada Allah, maka dia telah mencapai matlamat hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan