Khamis, 26 Januari 2023

Hidup selepas mati

Ada satu orang lelaki ni telah berjaya dalam SPM, kemudian berjaya dapat ijazah hingga ke peringkat PHD. Kemudian menjadi ahli perniagaan hingga berjaya menjadi multimillionaire. 
.
Bini sampai 4 orang, anok 40 orang. Rumah batu besar serupo istana. Segala kereta mewah ado blako duk parking depan tangga. Gi ke mana-mana, tak kurang 10 orang bodyguard duk jaga. Di rumah pulok tak kurang dari 10 orang maid duk menguruskan rumahtangga.
.
Suatu hari, ketika beliau sedang sibuk bermain dengan anak-anak dan isteri, tiba-tiba ada satu tangan menepuk-nepuk di atas bahunya sambil berkata "Bang .. bangun bang.. bangun... Dah habis masa rehat ni. Nanti boss mengamuk".
.
Lelaki itu pun tersedar dari tidurnya. Rupanya yang tadi tu mimpi jer. Realitinya dia tak ke mana, kerja di bengkel motor di hujung kampung. Umur sudah senja, isteri pun belum ada yang sudi. Menyesalnya dulu tak belajar betul-betul, tak berusaha sungguh-sungguh.
.
Begitulah perumpamaan hidup manusia. Kehidupan sebenar bermula selepas mati. Kehidupan dunia ini hanyalah mainan yang akan ditinggalkan begitu sahaja. Hanya yang menjadi bekal akhirat sahaja boleh dibawa mati. Seperti orang yang bermimpi tadi, segala kemewahan, kejayaan dalam mimpinya hilang begitu sahaja apabila tersedar dari tidur.
.
Jangan sampai kita menyesal apabila telah mati nanti kerana banyak membuang waktu mengejar dunia dan bersenang lenang hingga terlupa negeri akhirat yang abadi. Wallahualam...

cpf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan