Sayidi Ahmad Al-Mubarak berkata dalam kitab Ibriiz yang masyhur yaitu ketika beliau menaqalkan perkataan gurunya,yaitu Qutub Sayidi Abdul Aziz Bin Masu’d Ad-Dibaagh Al-Hasani AL-faasi Al-Maghribi :
" إنَّ طريقة الشّكرِ هي الطّريقةُ الأصليّةُ وهي الّتي كانت عليها قلوبُ الأنبياء والأصفياء مِنَ الصّحابة وغيرهم وهي عبادته تعالى على إخلاصِ العُبوديّةِ والبَرَاءَةِ مِنْ جميع الحُظُوظِ مع الإعترافِ بالعجزِ والتَّقصيرِ وعدَمِ تَوْفِيَةِ الرُّبُوبِيَّةِ حقّهَا وسُكُونِ ذلك على مَمَرِّ السّاعاتِ والأزمان فلمَّا عَلِمَ مِنْهُمْ تبارك وتعالى الصِّدق أَثَابَهُمْ بِما يَقْتَضِيهِ كَرَمَهُ مِنَ الفتحِ فِي معرفتِهِ ونَيْلِ أسرارِ الإيمان بِه عزّوجلّ فلمَّا سَمِعَ أهلُ الرِّيَاضَةِ ما حصل لهؤلاءِ مِن الفتح في معرفتِهِ ونيلِ أسرار الإيمان به عزّوجلّ جعلوا ذلك هو مَطْلُوبَهُمْ ومَرْغُوبَهُمْ فجعلوا يطلبُونهُ بالصِّيام والقيام والسَّهر ودوامِ الخَلْوَةِ حتّى حَصَلُوا على ما حصلوا فالهِجرة في طريقة الشُّكر كانت مِنْ أوّل الأمر إلى الله ورسولهِ لا إلى الفتح ونيل الكُشُوفاتِ والهجرةُ في طريقة الرّياضة كانت للفتحِ ونيل المَرَاتِبِ والسَّيْرُ فِي الأولى سَيْرُ القلوب وفي الثّانية سير الأبدان والفتح في الأولى هُجُومِيٌّ لم يحصُل مِنَ العبدِ تَشَوُّفٌ إليه فبينما العبد في مقام طلبِ التّوبةِ والاستغفارِ مِنَ الذُّنوبِ إذْ جاءَهُ الفتحُ المُبِينُ " انتهى كلام القطب الدبّاغ
Ertinya:
“Bahawasanya toriqah Syukur adalah toriqah asal,yaitu toriqah yang terbina atasnya hati para Nabi-Nabi dan hamba-hamba pilihanNya, mereka adalah daripada kalangan sahabat sahabat Nabi dan lainnya,..
…Ibadah mereka kepada Allah SWT berteraskan kepada keikhlasan semata-mata,dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus dalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah SWT
…dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan tuhan ..
dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman..
Maka apabila Allah Yang Maha mengetahui kejujuran mereka dalam beribadah kepada Allah SWT ,maka dengan sifat kemurahan Allah SWT, Allah SWT pun membalas kesungguhan mereka dengan suatu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka,seperti pembukaan ilahi dalam makrifah akan Allah SWT dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar…
Maka apabila ahli riadah(mujahadah) mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh ahli mahabbah(syukur)...
maka pada ketika itu ahli riadah dan mujahadah menjadikan matlamat ibadah mereka hanya untuk mendapatkan pembukaan ilahi dan umpamanya,,
sehinggakan mereka ini bertungkus lumus dengan bebagai cara,antaranya:
-dengan berpuasa, qiyamullail, berjaga malam dan dengan berkhalwat secara berterusan sehinggalah mereka ini mencapai matlamat yang mereka inginkan.
Maka hijrah yang sebenar dalam toriqah syukur dan mahabbah ,ialah :
permulaannya dengan hijrah kepada Allah SWT dan Rasulnya dan bukannya kepada sebarang pembukaan ilahi dan kasyaf tertentu..
dan adapun hijrah ahli toriqah riadah (mujahadah) permulaannya ialah kepada pembukaan-pembukaan dan mengharapkan kepada sesuatu martabat yang tertentu..
Kesimpulannya:
Perjalanan dalam toriqah Syukur ialah perjalanan mata hati
..dan perjalanan dalam toriqah mujahadah ialah dengan menjalani ketahanan dan kekuatan tubuh badan..
Pembukaan dalam toriqah syukur adalah hujumi (هُجُومِي)yaitu seorang murid itu tidak mengharapkan sesuatu hasil yang di inginkannya ,bahkan seorang murid itu hanyasanya ia masih berada didalam maqam memohon taubat dan pengampunan daripada segala dosanya ,tiba tiba datang atas dirinya pembukaan ilahi.. “
(berakhirnya perkataan Qutub Ad-Dibaghi)
#hujumi ertinya diserang,dilanggar,,maksudnya : pembukaan datang dengan tiba-tiba,tanpa diduga..
#Cnp
💐اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💐 الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ
💐 وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ 💐 نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ 💐 وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ 💐 وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan