Banyak istilah-istilah namanya, tetapi pada Hakikatnya ianya hanyalah Menjurus kepada Satu Tujuan dan Matlamat sahaja. Iaitu :
"MENTAUHIDKAN ALLAH SWT..."
Maknanya, MENG-ESA-KAN KETUHANAN ALLAH SWT.
Selain daripada TAFSIR, ada yang menamakannya sebagai :
1) ILMU QALAM.
2) ILMU AQAIDUL AQAID.
3) ILMU KUPAS (MENGHURAIKAN).
4) ILMU MENGENAL DIRI.
5) ILMU MENGENAL ALLAH.
Dan bermacamnya lagi istilah-istilah nama yang disebutkannya, namun Pemahaman yang sebenar-benarnya tidaklah hanya cukup jikalau ianya tidak disertakan dengan Amalan yang Benar.
ILMU MENGENAL DIRI dan MENGENAL ALLAH didalam ILMU HAKIKAT dan MA'RIFAT dengan istilahnya :
1) AHDAH.
2) AHMAD.
3) MUHAMMAD.
4) MAHDI.
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah menggunakan istilah :
1) LAHUT.
2) JABARUT.
3) MALAKUT.
4) MULKI.
Ibni Arabi pula menggunakan istilah :
1) AL-MAA'A.
2) MAQHOMAT AL-MALAKUTIAH.
3) AL-MUHAYYAMAH.
4) NUR MUHAMMAD.
Didalam ILMU MARTABAT TUJUH pula, ianya dimulai dengan istilah :
1) AHDAH.
2) WAHDAH.
3) WAHDIAH.
4) ALAM ROH.
Dan adanya bermacam-macam lagi nama ILMU HAKIKAT ini...
Pada Hakikatnya, maksud-maksud dan istilah-istilah diatas semuanya itu seperti sama sahaja Maknanya, cuma ianya hanya berbeza pada bahasanya sahaja.
Jadi janganlah sesekali kita bingung atau terkeliru jikalau ada yang menyebutkannya dengan kata yang beza-beza bunyinya.
Yang terpenting sekali adalah, jikalau sudahpun dapat benar-benar memahaminya. Maka bertanyalah pula kepada diri kita sendiri.
Apakah selepas ini ?
Ini baru Mengenal di Akal sahaja, jikalau sudah Benar-Benar Mengenal.
Apa pula seterusnya ?
Bagaimanakah untuk mencapainya dengan Amalan-Amalan yang Sempurna di dunia sampailah di akhirat kelak ?
Orang-orang mengatakan bahawa hendaklah BERTAJALLI dengan Allah SWT, maka bagaimanakah caranya BERTAJALLI itu ?
Jawapannya, tentulah bukan hanya satu sahaja, ada banyaknya cara untuk kita MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT...
Setelah kita Benar-Benar Mengenal, maka ILMU inilah yang akan menjadi Penyuluh yang berguna di dunia sampailah di akhirat kelak.
Bagi yang sudahpun memiliki Amalan dan Kefahaman dengan secara peribadi, maka teruskanlah dengan Amalannya sampailah mengecapi Kenikmatannya.
Dan bagi yang masih lagi mencari-cari, maka saya menyarankan supaya rajin-rajinlah merujuk kepada yang Benar-Benar telahpun 'SAMPAI' Kefahamannya. Iaitu Para ARIFBILLAH' atau GURU MURSYID.
Maka ambillah tahu dan memahami Hakikatnya, Maksud ataupun Makna yang sebenar-benarnya tentang Kalimah :
"LAA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH..."
Di Tiang Arasy yang dilihat oleh Nabi Adam AS, sehinggakan kerananya Taubat keatas Dosa-Dosanya Diterima dan Diampuni oleh Allah SWT.
Sebabnya, didalam pembelajaran ILMU HAKIKAT ini, sudah pastilah kita akan terdengarkan satu pesanan yang disebutkan oleh Para ARIFBILLAH'. Iaitu :
"BACALAH QUR'AN YANG ADA DIDALAM DIRIMU..."
Persoalannya, QUR'AN yang manakah ada didalam diri ?
Bagaimanakah untuk mengetahuinya ?
Bagaimanakah mahu dibacanya ?
Dan bagaimanakah caranya ?
Bagi saya, ramai yang sudahpun tercerahkan akan hal ini dan sudahpun mendapatkan jawapan yang sesungguhnya.
Sama ada Benar-Benar Yakin Berpegang ataupun tidak berani menerima Kebenarannya sahaja.
Dan cuma hanya perlu difahaminya dengan lebih mendalam dan cara Mengamalkannya dengan sepenuh IKHLAS dan NIKMAT disetiap bacaan didalam Mengaji, Mengkaji dan Beramal.
Jikalau kita memahami TAFSIR tanpanya 'RASA CINTA' didalam maksud Beramal, maka ianya hanyalah sia-sia belaka dan hampa. Hanya Keegoan yang merugikan...
cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan