Ingat tak saya cerita pada 27 November 2021, ada 13 biji batu dibaling di dalam pagar rumah.
Saya ambil dan baca ayat mana yang patut. Saya tak bagi suami saya pegang. Sebab kalau jadi apa-apa suami boleh rukyah kat saya. Ingat tak post ni? Nak cari balik link, saya malas. Hahaha..
Sebenarnya selepas saya buang, tangan kiri saya jadi berat. Saya dan suami zikir apa yang patut.
Kemudian selepas tu kaki saya jadi bengkak macam untut dan keluar air bisa meleleh-leleh. BFF saya yang tengok kaki saya secara berdepan dan mata kasar, menangis melihat kaki saya ni.
Sebulan selepas tu, kaki makin teruk. Gerak saja, air bisa keluar meleleh-leleh. Bengkak tu jangan cakap la. Bengkak kaki dan cekang.
Check medical tak sakit apa. Bukan ada air atau water retention. Check protein okay. Check buah pinggang okay. Urine okay.
Tapi, saya sabar. Senyum dengan ujian.
Nak buat apa lagi, takkan nak marah Allah kot atas ujian ini. Cumanya, tukar ujian cepat-cepat kepada nikmat. Ini saja yang seorang hamba boleh lakukan. Kan?
Waktu kejadian kaki teruk tu, sebenarnya saya mimpi Rasulullah SAW datang pegang kaki. 3 hari selepas tu kaki saya surut. Bengkak bom macam kaki untut tu hilang.
Sebulan selepas tu saya mimpi Rasulullah SAW ajar Selawat Fatih ni sendiri dekat saya. Saya mimpi saya ulang bacaan tu dari mula saya tidur sehingga saya bangun jam 4 pagi di hadapan Rasulullah SAW. Bila bangun tidur lupa.
Cari selawat Fatih. Bila baca balik, Allahu akbar inilah Selawat Fatih yang Rasulullah ajar malam tadi.
Saya ni al-Faqir, saya bertanya Tuan Guru saya yang baik dan mulia tentang hal ini. Tuan Guru saya kata, "Amalkanlah. Beruntunglah, kerana sanad ini datang terus dari Rasulullah SAW."
Inilah nikmat redha atas aturan 13 biji batu buhul sihir tu. Allah hantar nikmat yang lebih hebat. Sampai saya sendiri speechless dengan aturan Allah al-Barr, Yang Maha Baik.
Selepas insiden tu saya up Selawat Fatih saja. 🙂
Inilah rahsia bagaimana saya sembuh.
Tiada daya saya, tapi semua hadiah dan bantuan Allah al-Haq as-Salam jua.
Sebab tu after saya sihat saya share Selawat Fatih ni. Cuba cari post saya yang lepas-lepas.
Amallah.
Tak amal semua, jangan ditinggalkan semuanya.
Nikmat Tuhanmu yang mana lagi nak didustakan?
.
#nmaaberlari
#nmaaisrakmikraj
#nmaasharing
#nmaatasawufmoden
Tiada ulasan:
Catat Ulasan