Rabu, 4 Januari 2023

SAMPAH HATI DUNIA AKHIR


Ada satu kisah,

Dimana, adanya seorang lelaki yang telah berbeza pendapat dan fahaman dengan seorang GURU SUFI.

Dan lelaki itupun telah mengeluarkan segala kecaman, hinaan dan kata-kata kasarnya. Juga sekaligus meluahkan segala kebenciannya terhadap GURU SUFI itu.

GURU SUFI itupun hanyalah mampu "BERDIAM DIRI" sahaja dan mendengarkannya dengan sepenuh SABAR, TENANG dan tidak sepatah pun berkata-kata.

Setelah lelaki itu pergi sahaja, maka Anak Muridnya yang telahpun melihat peristiwa itu sangat-sangat ingin mengetahui akan Hal Keadaannya.

Lalu, Anak Muridnya pun bertanyalah kepada GURU SUFI itu :

"Mengapakah Guru hanya BERDIAM DIRI sahaja dan tidak mahu membalas sepatah pun segala kata-kata lelaki itu ?..."

Beberapa saat kemudian, GURU SUFI itupun bertanyalah kepada Anak Muridnya :

"Jikalau adanya seseorang yang memberikan engkau sesuatu, tetapi engkau sesekali tidak mahu menerima pemberiannya. Lalu menjadi milik siapakah pemberian itu ?..."

Anak Muridnya pun menjawab :

"Tentu sahajalah akan menjadi milik pemberi itu semula wahai Guru..."

Lalu, GURU SUFI itupun menjelaskannya :

"Begitulah pula dengan segala kata-kata lelaki itu tadi, kerana aku sesekali tidak mahu menerima segala kata-katanya. Maka kata-kata itu tadi akan kembali semula menjadi hak miliknya. 

Jadi, dia haruslah menyimpannya untuk dirinya sendiri...

Pada Hakikatnya dia tidak menyedari bahawa, kelak diri dia sendirilah yang harus menanggung akan segala akibatnya di dunia mahupun di akhirat. 

Kerana, 'Energi atau Aura Negatif' yang muncul daripada fikiran, perasaan, perkataan dan perbuatannya itu hanyalah akan membuahkan segala penderitaan hidup semata-mata..."

Kemudiannya, GURU SUFI itupun meneruskan penjelasannya :

"Samalah sepertimana orang-orang yang ingin mengotori langit dengan meludahnya keatas. Tanpa dia sedari bahawa, ludahnya itu hanya akan jatuh semula ke wajahnya dan akan mengotori dirinya sendiri.

Demikianlah juga halnya, jikalau diluar sana adanya orang-orang yang marah-marah, mengecam, mencaci hina dan sebagainya atau meluahkan segala 'Energi atau Aura Negatif' kepada engkau.

Maka, engkau sebaik-baiknya adalah membiarkannya sahaja !

Kerana, orang-orang yang sebegitu pada Hakikatnya sedang membuang segala "SAMPAH HATI" miliknya.

Jikalau engkau hanya "BERDIAM DIRI" sahaja.

Maka, segala "SAMPAH SARAP" itu akan kembali semula kepada dirinya sendiri.

Namun, jikalau engkau membalasnya pula, maka itu bermaknanya engkau telahpun memungut segala "SAMPAH-SARAP" miliknya itu.

Dan pada akhirnya, engkau sendirilah yang akan merosakkan dan menghancurkan diri engkau sendiri..."

* NOTA.

Di Dunia Akhir hari ini.

Pada Hakikatnya, begitu ramainya orang-orang dimana-mana sahaja yang hidup dengan membawa segala "SAMPAH DIHATINYA".

Sampah kekesalan, Sampah amarah, Sampah kebencian, Sampah kedengkian, Sampah kejahilan, Sampah kebodohan, Sampah ego, Sampah angkuh, Sampah Riak dan lain-lainnya...

Maka, jadilah kita seorang Insan yang BIJAKSANA... !

Lalu GURU SUFI itupun melanjutkan Nasihatnya :

“Jikalau engkau tidak mungkin memberi, maka janganlah mengambil...”

“Jikalau engkau terlalu sukar untuk mengasihi, maka janganlah membenci..." 

“Jikalau engkau tidak dapat menghibur orang-orang lain, maka janganlah membuatnya sedih...”

“Jikalau engkau tidak mampu memuji, maka janganlah merendahkan...”

“Jikalau engkau tidak dapat menghargai, maka janganlah menghina...”

“Jikalau engkau tidak suka bersahabat, maka janganlah bermusuhan...”

Wahai Umat Akhir Zaman yang Berjiwa-Jiwa Tenang...

Marilah kita bersama merenung-renungkan sedalam-dalamnya untuk diri kita sendiri.

Mampukah kita untuk mencontohi Nasihat dan Meladani Kebijaksanaan GURU SUFI itu ?

Maka, bersama-samalah kita "MEMBERSIHKAN HATI" (TASAWWUF) daripada segala "SAMPAH SARAP" (Iblis, Syaitan dan segala Sifat-Sifat Tercela) yang merosakkan dan menghancurkan diri kita sendiri.

Dan, marilah kita MENSUCIKAN kembali HATI kita SUCI SESUCINYA BAITULLAH' dan meletakkan Allah SWT adalah segala-galanya.

"Biarkanlah duniawi berada ditanganmu, bukanlah dihatimu..."

"Manusia yang telah Sempurna MENTAUHIDKAN ALLAH SWT itu adalah Insan yang Hatinya senantiasa Hidup didalam Rahmat-Nya, manakala yang tidak MENTAUHIDKAN ALLAH SWT itu adalah di ibaratkannya seperti bangkai yang berjalan..."

cpf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan