Rabu, 4 Januari 2023

SELAWAT ADALAH HAKIKAT

Selawat adalah amalan hakikat yang dinyatakan oleh Allah dalam firmannya Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat kepada Nabi, wahai orang yang beriman berselawatlah kepadanya dengan dan ucaplah salam kepadanya dengan salam yang sempurna.

Berdasarkan ayat tersebut dapatlah difahami bahawa Allah yang mula-mula berselawat kepada Nabi dan selawat Allah adalah azali abadi. Nabi yang dimaksudkan tentulah baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerana ayat tersebut turun kepada baginda.

Jadi selawat telah dimasyhurkan oleh Allah sebelum diciptakan baginda Nabi dalam bentuk jasad fizikal. Jasad itu tertakluk di bawah hukum syariat manakala selawat telah mendahuluinya. Jadi selawat adalah amalan di bawah medan hakikat, maka tidak terhad kepada syariat. Sebab itulah kalaupun dilakukan oleh seorang ahli maksiat iainya tetap diterima oleh Allah, dan jikalau dilakukan oleh orang kafir sekalipun pahala amalan selawatnya akan diberikan bilamana dia memeluk Islam. Begitu istimewanya amalan selawat.

Maka, selawat adalah amalan azali abadi yang tidak tertakluk di bawah hukum syariat yang ada pada hukum syariat itu timbangan seperti Solat sekiranya didirikan tanpa niat yang ikhlas kepada Allah, Solat tersebut tidak diterima. Berbeza dengan selawat, walaupun dilakukan tanpa niat yang dituntut syarak ianya tetap dikira diterima oleh Allah.

*_اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞_* 
_Ya Allah, limpahkan selawat keatas Penghulu kami Muhammad_

*_الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞_* 
_Pembuka apa yang tertutup_

*_وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞_* 
_Penutup apa yang telah berlalu_

*_نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞_* 
_Penolong kebenaran dengan kebenaran_

*_وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞_* 
_Penunjuk kepada jalanMu yang lurus_

*_وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩_*
_dan keatas keluarganya sesuai dengan kedudukan hakikat mereka yang agung._

Tiada ulasan:

Catat Ulasan