Isnin, 16 Januari 2023

MUHASABAH DIRI


Adanya seorang lelaki yang lagaknya seperti seorang Ilmuan yang adanya gelaran dan kemewahan.

Lelaki itu telah datang kepada seorang GURU SUFI yang terlihat sepertinya seorang FAQIR dan layaknya seperti golongan bawahan sahaja.

Lelaki itu dengan angkuhnya berkata kepada GURU SUFI dengan nada yang sinis :

"Saya akan membuktikan kepada Tuan Guru, bahawa jikalau Tuhan itu benar-benar Ada. 

Maka Dia adalah Kejahatan.

Apakah Tuhan yang Menciptakan kesemua yang ada ?

Jikalau Tuhan yang Menciptakan kesemuanya, maka Dia Menciptakan Kejahatan juga.

Yang ertinya Tuhan itu adalah Kejahatan itu sendiri..."

Lalu GURU SUFI itupun hanya mampu tersenyum sahaja dan memulai katanya dengan :

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

"Baiklah wahai anakku, aku ingin bertanya kepadamu.

Apakah Dingin itu ada ?..."

Lelaki itupun ketawa dan berkata : 

"Pertanyaan semacam apakah ini, sepertinya orang-orang yang tidak memiliki Ilmu. 

Apakah kamu benar-benar seorang Guru yang di iktiraf kedudukannya dengan sijil atau autoriti sebagai Guru ?

Maka sudah tentulah Dingin itu ada.

Apakah Tuan Guru tidak pernah merasakan Dingin ?..."

Lalu GURU SUFI pun tersenyum lagi sambil berkata :

"Sebenar-sebenarnya Dingin itu tidak ada wahai anakku !

Pada HAKIKAT, apa-apa yang kita menganggapkannya sebagai Rasa Dingin itu adalah kerana ketiadaan Rasa Hangat..."

Lalu GURU SUFI pun meneruskan pertanyaannya lagi :

"Apakah Gelap itu ada wahai anakku ?.."

Lelaki itupun menjawabnya dengan terpinga-pinga :

"Sudah tentulah ada..."

GURU SUFI sekali lagi tersenyum lebar dan berkata kepadanya :

"Kamu salah wahai anakku !

Hakikatnya Gelap itu juga tidak ada.

Kerana Gelap itu terjadi adalah disebabkan ketiadaan Cahaya..."

Maka, GURU SUFI pun terus sahaja menjelaskan kepada lelaki itu sambil memegang bahunya dengan lembut dan berkata :

"Ketahuilah wahai anakku, bahawa pada Hakikatnya Tuhan tidak Menciptakan Kejahatan.

Kerana Kejahatan itu muncul adalah hasil daripada seseorang yang tidak mempunyai RASA CINTA kepada Tuhan yang Menciptakannya.

Dan tidak mempunyai sifat BERKASIH SAYANG terhadap sesama manusia dan mahkluk lainnya yang ada di alam semesta raya ini.

Begitulah juga dengan Hati yang dikatakannya Mati, ianya Mati adalah disebabkan ketiadaan CAHAYA TUHAN. 

Tuhan tidak dapat Menyinari Hati seseorang itu apabila ianya tidak memiliki RASA CINTA Kepada-Nya..."

Lalu lelaki itupun hanya membisu dan menundukkan kepalanya, dapat dilihat dikelopak matanya yang dibasahi oleh airmata.

Lelaki itupun berkata kepada GURU SUFI dengan nada yang sangat-sangat sedih :

"Wahai Tuan Guru saya meminta maaf kerana keegoan saya.

Saya adalah seorang manusia yang tidak reti BERTERIMA KASIH kepada Tuhan dan segala Penciptaan-Nya.

Dan saya juga adalah manusia yang Lalai kerana tidak reti BERSYUKUR dengan tiap-tiap segala sesuatu Nikmat dan Kurniaan-Nya.

Hakikatnya, jikalau ramai lagi manusia yang seperti saya. Maka kamilah sebenar-benarnya yang akan menciptakan Kejahatan itu sendiri.

Saya memohon Ampunan kepada Tuhan dan Bertaubat diatas Kelalaian dan Kesilapan saya..."

GURU SUFI pun berkata :

"Belajarlah daripada segala kesilapan, kerana disitulah kamu akan mulai Menyedarkan diri kamu daripada segala Kelalaian kepada Tuhan yang MAHA ESA dan MAHA BERKUASA.

Selagi kamu mempunyai kesempatan untuk Bertaubat dan Berserah Diri Kepada-Nya, agar hidup dan mati sentiasa didalam Rahmat Tuhan..."

"Hati adalah Tanah yang Subur, Benih apa yang engkau Tanam, maka itu yang akan Tumbuh dan engkau Tuai. Maka hendaklah engkau Menanamkan Benih yang Baik, maka akhirnya engkau akan Menuai Kebaikan..." 
(Syeh Haqtullah)

Kata Saidina Ali Bin Abi Talib :

"Lapangan perjuanganmu yang pertama ialah Nafsu, jika kamu menang terhadapnya maka terhadap yang lain kamu berkuasa. Jika kalah terhadapnya kamu sangat lemah..."

Seseorang itu akan dapat Merdekakan Dirinya apabila ianya : 

"YAKIN KEPADA ALLAH SWT DAN MENGIKUTI RASUL-NYA..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan