(Hanya bagi Ahli-Ahlinya atau Insan-Insan yang Berjiwa Tenang menerima Kasih-Nya...)
Selepas Pengakuan atau Persumpahan Roh itu telahpun dilaksanakannya, maka bermulalah era baru didalam Perwujudan Allah SWT.
"AKU suka Mengenal Diri-KU, lalu AKU jadikan Makhluk ini dan AKU Perkenalkan DIRI-KU..."
Apa yang dimaksudkannya dengan Makhluk ini ialah 'NUR MUHAMMAD'.
Kerana seluruh kejadian Alam Semesta Raya ini telahpun dijadikannya daripada NUR MUHAMMAD.
Tujuan yang EMPUNYA DZAT Mentajalikan NUR MUHAMMAD adalah untuk Memperkenalkan Diri-Nya Sendiri dengan DIRI RAHASIA-NYA.
Maka DIRI RAHASIA-NYA itu adalah yang Ditanggung dan Diakui akan AMANAH-NYA oleh suatu kejadian yang bernama 'INSAN' yang Bertubuh Diri Batin (Roh) dan Diri Batin itulah diri manusia atau Rohani.
"AL-INSAANU SIRRI' WA-ANA SIRRUHU..."
Ertinya : INSAN itu RAHASIA-KU dan AKU lah yang menjadi RAHASIANYA.
Jadi, yang dinamakannya INSAN itu ialah kerana ianya 'MENGENAL RAHASIA'.
Dengan makna lainnya, INSAN itu 'MENGANDUNG RAHASIA ALLAH SWT'.
Kerana INSAN yang MENANGGUNG RAHASIA ALLAH SWT, maka INSAN itu haruslah berusaha Mengenal Dirinya Sendiri.
Maka, dengan Mengenal Dirinya akan dapatlah ia Mengenal Tuhannya.
Sehinggalah akan lebih mudah kembali Menyerahkan Dirinya kepada Yang EMPUNYA DIRI ketika waktunya telahpun Sampai untuk kembali semula ke Kampung Halamannya (Negeri Akhirat).
Iaitu, tatkala terpisahnya ROH dengan JASAD, namun ianya tidaklah Mati pada Hakikatnya. Hanya Berpindah Alam sahaja.
Apabila hendak kembali semula kepada Allah SWT, maka Wajiblah selalu ianya Dipraktiskan (Diamalkan) semasa hidup ataupun semasa masih Berjasad lagi.
Contohnya dengan Solat, kerana Solat itu adalah 'MIKRAJ' orang Mukmin atau dengan 'MATI SEBELUM MATI'.
"INNALLAHA YAK MARUKUM ANTU ABDUL AMANATI ILAAHLIHA..."
Ertinya : Sesungguhnya Allah Memerintahkan kamu supaya Memulangkan AMANAH kepada yang BERHAK menerimanya (Allah).
Hal tersebut telahpun dipertegaskan lagi dengan :
"MAN ARAFA NAFSAHU, FAQAD ARAFA RABAHU..."
Ertinya : Barangsiapa MENGENAL DIRINYA maka ia akan MENGENAL TUHANNYA.
Didalam menawarkan 'TUGAS' yang teramat-amatlah berat ini, ianya pernah juga ditawarkan akan RAHASIA-NYA kepada langit, bumi dan gunung-ganang.
Akan tetapi, kesemuanya itu tidak pula sanggup untuk Menerimanya atau Menanggungnya.
Melainkan INSAN sahajalah yang sanggup Menerima dan Menanggung akan RAHASIA-NYA itu.
"INNA ‘ARAT NAL AMATA, ALAS SAMAWATI WAL ARDI WAL JIBAL FA ABAINA ANYAH MILNAHA WA AS FAKNA MINHA, WAHAMA LAHAL INSANNU..."
Ertinya : Sesungguhnya kami telah menawarkan suatu AMANAT kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka enggan Memikulnya dan merasa tidak akan sanggup, lantas hanya INSAN yang sanggup Menerimanya.
Oleh kerana 'AMANAH' (RAHASIA ALLAH SWT) telahpun Diterimanya, maka adalah menjadi Tanggungjawab INSAN untuk Menunaikan Janjinya.
Dengan kata lainnya, 'TUGAS' INSAN adalah untuk menjaga Hubungannya dengan yang EMPUNYA RAHASIA.
Setelah 'AMANAH' telahpun Diterima oleh INSAN (Diri Batin atau Roh) untuk tujuan inilah, maka Adam AS dilahirkan bagi memperbanyakkan diri.
Iaitu, diri 'PENANGGUNG RAHASIA' dan berkembanglah ianya daripada satu abad ke satu abad.
Daripada satu generasi kesatu generasi yang lainnya, sampailah Alam ini mengalami 'KIAMAT' dan 'RAHASIA' itupun kembalilah semula kepada EMPUNYA RAHASIA.
"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUN..."
Ertinya : Kita Berasal dari Allah, dan Kembali kepada Allah.
AKU tiupkan RUH-KU kedalamnya...
RAHASIA-KU adalah RUH-KU, dia memanggil Dirinya AKU, tetapi diatasnya adalah 'AKU ALLAH'.
Memang Benar bahawa Allah SWT tidak akan dapat Dihijab lagi oleh segala sesuatu, tetapi itu hanyalah bagi INSAN-INSAN yang telahpun MENGENAL ALLAH SWT dengan sebenar-benarnya KENAL.
Tetapi, bagi kebanyakkan manusia pula, mereka akan berfahaman bahawa Allah SWT dan dirinya itu adalah dua.
Maka anggapan sebeginilah yang Menghijab diri mereka daripada Allah SWT, dan anggapan sebeginilah yang Wajib ianya dibuang daripada Iktiqad (Pegangan atau Pendirian) !
Kerana inilah KESYIRIKAN yang Haqiqi...
Tetapi untuk membuangnya pula bukanlah semudah dengan berkata-kata sahaja. Ianya haruslah :
"DI IKRARKAN DILIDAH, DITASDIQKAN DIDALAM HATI DAN DIZAHIRKANNYA DENGAN PERBUATAN..."
Itulah Hakikatnya Kalimah :
"LAA ILAHA ILLALLAH..." (KALIMAH TAUHID atau KALIMAH PENYAKSIAN).
Kerana Ego (Iblis atau Nafsu) akan melawannya dengan bermati-matian untuk terus Melalaikan dan Menyesatkan daripada KEBENARAN-NYA.
Kerana Ego itu sangat-sangatlah mengetahui bahawa apabila seseorang manusia itu masuk ke MAQAM KE-ESA-AN bagi mencapai MAQAM INSAN KAMIL.
Maka Ego akan terkubur buat selama-lamanya dan ianya sama sekali tidak mahu itu akan terjadi. Kerana Ego sesekali tidak mahukan Kekalahan.
Namun manusia yang telahpun Berjaya mencapai MAQAM INSAN KAMIL MUKAMIL, maka Selamatlah ia dan masuklah ia kedalam Golongan yang Berbahagia dan Beruntung Didunia dan Diakhirat.
Maka Disegerakanlah Syurga buatnya Didunia ini oleh Allah SWT sebelum Syurga yang sesungguhnya, iaitu :
"AL-JANNATUL AJILLAH..." (SYURGA KETENANGAN).
Itulah Hakikatnya AL-GHUROBA SEJATI yang telahpun Menang Didunia dan Diakhirat...
cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan