Martabat kewalian adalah melalui pancaran cahaya kewalian Khotmul-Auliya’ Akbar
Kemudian Ibnu A’rabi RA,dan pensyarah kitab beliau ,Al Allamah Al-mulla Jaami RA yang masyhur di kalangan pengikut pengikut mazhab Hanafi, kedua-duanya telah berkata dalam kitab tersebut :
"وغيرُه مِنَ الأنبياء ما كان نبيًّا ولَا عَالِمًا بنُبُوَّتِهِ إلاَّ حينَ بُعِثَ بَعْدَ وُجُودِهِ بِبَدَنِهِ العُنصُريِّ و اسْتِكمالِهِ شَرَائِطَ النبوّة فانْدَفَعَ بِذلك ما يُقالُ مِنْ أنَّ كلَّ واحدٍ مِنَ ساداتنا الأنبِياء بِهَذِهِ المَثَابَةِ مِنْ حيثُ أنَّهُ كانَ نبيًّا فِي علمِ الله تعالى"
Ertinya:
“Dan Nabi nabi yang selain daripada Baginda SAW ,mereka itu tidaklah menjadi nabi dan tidak mengetahui tentang kenabian diri mereka, melainkan setelah di utuskan sebagai Nabi dan juga setelah badan mereka lengkap dengan unsur unsur tanah dan setelah sempurna Syarat kenabian…..”
…Maka tertolak dan terbatallah perkataan yang mengatakan bahawa Nabi nabi itu wujudnya mereka bersama dengan Baginda SAW
(Berakhirnya terjemahan ibarat tersebut…)
Kemudian kedua dua mereka menyambung perkataan mereka :
" وكذلك خاتَم الأولياءِ كانَ وليًّا بالفِعلِ عالِمًا بِوِلايتِه وآدمُ بين الماء والطين وغيرهُ ما كان وليًّا ولا عالِمًا بِوِلاَيتهِ إلَّا بعْدَ تحصِيلِهِ شرائِطَ الوِلايةِ مِنَ الإتِّصاف بالأخلاقِ الإلهيَّةِ وخاتَم الوِلاية هُوَ الوليُّ الوارِثُ الآخِذُ عَنِ الأصلِ المُشَاهِدُ للمراتِبِ العَارِفُ باسْتِحْقَاقِ أصْحابِهَا ليُعْطِي كلَّ ذِي حقٍّ حَقَّهُ " انتهى كلامُهُمَا
Ertinya:
“Demikian juga Khotmul Auliya(khas), wujudnya beliau adalah wujud yang sebenar,(bukanlah dengan semata mata dengan martabat),dan beliau sudah pun mengetahui kewalian diri beliau,padahal pada ketika itu Nabi Adam AS masih lagi di antara air dan tanah….
.. wali wali selain daripada beliau, tidaklah mereka itu menjadi wali dan tidaklah mereka itu mengetahui akannya melainkan setelah lengkap dengan syarat syarat kewalian ,yaitu di lengkapi dengan akhlak ketuhanan yang mulia…
…dan Khotmul Auliya(khas) adalah pewaris tunggal yang mewarisi daripada pemilik asal yang sebenar,yaitu pemilik yang memiliki sekelian martabat yang ada,dan pemilik tersebut mengetahui siapakah yang berhak dengan martabat tersebut…
supaya dapat diserahkan hak seseorang kepada sesiapa yang layak dengannya …..”
(Berakhirnya terjemahan ibarat tersebut…)
-telah berkata Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi RA dalam kitab beliau, ketika beliau menerangkan kumpulan kumpulan para wali dalam kitab Fututhat Makkiyah beliau ,katanya pada permulaan jilid 3 kitab tersebut..:
" ومِنهمْ رضي الله عنهُم الختمُ وهْوَ واحِدٌ في كلِّ زمانٍ بَلْ هُو واحدٌ في العالَمِ يَخْتِمُ الله بِه الوِلاية المُحمّديّةَ فلا يكُونُ في الأولياءِ المُحمّديِّينَ أكبر مِنْهُ وثَمّ خَتم آخَرَ يَختِمُ اللهُ به الولايةَ العامّةَ مِنْ آدمَ إلى آخر وليٍّ وهْوَ عيسى عليه السّلام "
“ daripada kalangan wali wali,ada seorang jua Khotmul Auliya(khas),dan Khotmul Auliya tersebut satu satunya yang ada dalam setiap zaman,
bahkan Khotmul Auliya tersebut satu satunya Khotmul Auliya yang terlantik wali wali Al-Muhammadi melalui diri beliau,dan tidak ada seorang wali pun yang terlebih hebat daripada beliau…
…dan ada juga disana ,daripada kalangan wali wali dilantik melalui Khotmul Auliya Am,mereka itu di lantik melalui Khotmul Auliya Am tersebut ,sejak daripada Nabi Adam AS hinggalah kepada wali terakhir,dan Khomul Auliya am tersebut adalah Nabi Isa AS…….”
(Berakhirnya terjemahan ibarat tersebut…)
Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi telah mengarang satu risalah khusus yang menerangkan masalah (Khotmul-Auliya)yang dinamakan dalam karangan beliau dengan masalah :
" عَنْقَاءُ مغْربٍ في شَمْسِ الوِلاَيَةِ وخَتْمِ المَغْرِبِ"
ertinya :
Garuda Maghribi yang berada di dalam pancaran matahari kewalian, dan Khotmul Auliya bumi Maghribi.
Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi telah menyatakan bahawa :
-beliau telah melihat satu maqam kedudukan yang lebih tinggi daripada maqam wali-wali qutub yang lain,..dan tidak ada maqam yang tinggi daripadanya(Khotmul-Auliya Almuhammadi) melainkan maqam Nabi-nabi…
Beliau pun menyangka kedudukan maqam tersebut adalah miliknya,dan dirinya merasa tenang ,gembira dan senang hati…dan beliau pun bernasyid…:
بِنَا خَتَمَ اللَهُ الوِلاَيَةَ فَانْتَهَتْ#
إلَيْنَا فَلاَ خَتْمَ يَكُونَ لَهَا بَعْدِي
وَمَا فَازَ بِالخَتْمِ الذِّي لِمُحَمَّد#
مِنْ أُمَّتِهِ والعِلْمِ إِلاَّ أَنَا وَحْدِي
Ertinya:
“dengan sebab kamilah Allah taa’la khatamkan martabat sekelian wali wali…
maka ia hanya terhenti atas kami jua,dan tidak akan lahir Khotmul Auliya (Al Muhammadi) setelah diriku….
Tidak ada seorang pun daripada umat Nabi Muhammad,yang memperolehi maqam Khotmul Auliya AlMuhammdi,dan ilmu rahsia ilahi..
Melainkan aku seorang jua……”
Ketika beliau sedang bernasyid ,tiba tiba beliau terdengar suara,yang mengatakan sesuatu kepadanya…:
“ sangkaan kamu dan cita cita kamu itu,bukanlah untuk kamu,sesungguhnya martabat tersebut hanya untuk seorang wali yang lahir (muncul)pada akhir zaman,dan tidak ada seorang wali pun yang lebih tinggi martabat daripadanya (Khotmul auliya Al-Muhammadi)”
Maka pada ketika itu juga beliau(Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi RA berkata:
“aku serahkan semua urusan kepada Tuhan pencipta ’’
Kemudian beliau pun menarik balik pengakuan beliau……
Petikan daripada kitab...ارشاد الاصفياء الي طريقة ختم الاولياء
Tiada ulasan:
Catat Ulasan