Sabtu, 30 Mac 2024

APABILA BAGINDA ﷺ SAYANG (SECARA KHUSUS) KEPADA SESEORANG DARIPADA UMMATNYA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Adapun Nabi ﷺ apabila Baginda ﷺ menyayangi ummatnya itu nescaya Baginda ﷺ akan menggunakan orang tersebut untuk melakukan kebaikan. Bilamana Nabi ﷺ menyayangi seseorang ummatnya itu nescaya Nabi ﷺ akan menyuruh dan menggunakan orang itu untuk berselawat keatas Nabi ﷺ. Para Masyaeikh mengatakan bahawa tidak ada seorang pun yang dapat berselawat keatas Baginda Nabi ﷺ tanpa izin dari Baginda ﷺ sendiri, begitu juga tidak ada orang yang dapat menghadiri majlis seumpama ini (Majlis Selawat) tanpa izin dari Baginda ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

■ Syariff Siddiq An Nasiri At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

NISBAH UMMAT INI


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Ummat akhir zaman ini mengumpulkan keseluruhan keburukan dan kerosakan ummat-ummat yang terdahulu. Namun, disebalik aib-aib ini, solat 2 rakaat ummat ini yang dalam keadaan ghaflah lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada sujudnya Jibril a.s yang ribuan tahun lamanya. Ini hanyalah kerana "NISBAH" ummat ini kepada tuannya Sayidina Muhammad ﷺ yang penuh dengan kemuliaan, ketinggian, dan kebesaran. Jadi, janganlah lihat apa yang ada pada diri kita untuk kita diterima oleh Allah Ta'ala, tapi lihatlah siapa tuan kita - Sayidina Muhammad ﷺ, Tuan kepada alam, Penghulu kepada segala kewujudan (Sayidul Wujud). 

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat keatas Nabi-Nya. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

#Majlis Ifthor dan haruman Selawat Fatih di Zawiyah Nafhatul Rabbaniah Johor Bahru 29/3/2024

CARA HIDUP DAN KESEMPURNAAN UBUDIYYAH PARA SAHABAT رضوان الله عليهم اجمعين

Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, mafhumnya tiadalah lebihnya Sayyiduna Abu Bakar atas kamu pada banyak solat, puasa, ibadah tapi lebihnya Sayyiduna Abu Bakar ialah kerana apa yang terpateri di hatinya

Dan Sayyiduna umar Alkhattab رضى الله عنه telah berkata pada haknya;

عنْ هُزَيْلِ بنِ شُرَحْبِيلَ ؛ قَالَ : قَالَ عُمَرُ بنُ الخطَّابِ _ رَضِيَ اللَّهُ عنهُ _ : لَوْ وُزِنَ إِيمَانُ أَبِي بَكْرٍ بِإِيمَانِ أَهْلِ الأَرْضِ لَرَجَحَ بِهِمِ .
أقولُ : هَذَا إسنادٌ صَحِيحٌ ، وَقَدْ تَابَعَ ابنَ المُبَارَكِ عليهِ كُلٌّ مِنْ : ضَمْرَةَ بنِ رَبِيعَةَ ، وَأَيُّوبَ بنِ سُويدٍ الرَّمْلِيِّ .

kalaulah ditimbang Iman Sayyiduna Abu Bakar dengan Iman seluruh Ahli bumi, maka lebih berat timbangan Iman Sayyiduna Abu Bakar atas mereka.

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan apa yang ada di dalam hati Sayyiduna Abu Bakar?

Telah berkata Sidi Ahsan Al-Ba'qili dalam menyatakan cara hidup para sahabat dan umat kurun ketiga, kemuliaan mereka di sisi Allah dan sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik kurun ialah kerana mereka menumpukan hidup mereka kepada Allah

Mereka beribadah dan hidup kerana Allah, bukan kerana habuan sendiri, mereka solat dan beribadah serta berzikir bukanlah kerana mengharapkan ganjaran pahala, syurga, martabat, rahsia dan sebagainya selain Allah, mereka tidak menjadikan matlamat hidup mereka kepada selain Allah, akan tetapi hidup dan mati mereka hanya kerana Allah semata-mata. Inilah rahsia kejayaan hidup mereka.

Dan berkata guruku yang mulia, Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani, berhati-hatilah dalam perjalanan hidup kamu, mestilah kamu menjadikan Allah sebagai matlamat bukanlah berpaling kepada selain Allah, seperti golongan yang menjadikan habuan sendiri sebagai matlamat dalam beribadah, seperti solat dengan mengharapkan ganjaran, berzikir dengan menunggu pembukaan, nur, cahaya, martabat, dan sebagainya.

Maka apabila seseorang hamba menjadikan Allah sebagai matlamatnya dan berpaling dari selainNya dengan sebaik mungkin, hanya menumpukan pandangan (ifradul wujhah) semata-mata, maka Allah akan menumpukan kepadanya, begitu juga seluruh makhlukNya.

Sebagaimana satu kaedah, BUANG SEMUA DAPAT SEMUA

Semoga Allah meredhai kita semua walaupun pada hakikatnya kita tiada sebarang kelayakan

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Perhatikan kekurangan diri

Kerana org yg di dalam tandas sentiasa menyaksikan keaiban yg ada pada dirinya...
manakala org yg memerhati kan keelokan diri dn perhiasannya merasakan diri mempunyai kelebihan atas org lain dn merasa layak utk menerima balasan,kerana ia menyangka dirinya selamat dari tipudaya sedang ia didlm masjid....

Syarah...
Sifat segala kesempurnaan hanyalah layak bagi Allah swt...sesungguhnya Dia tiada menyukai akan org2 yg mendakwa diri terlebih sempurna dari org lain dan layak untuk mendapatkan kesempurnaan dariNya..yg demikian itu hikmah diciptakan manusia dan sekalian makhluq untuk dizohirkan apa yg ada pada mereka adalah semata2 bersifat lemah lagi berhajatkan kpd pencipta Yg Maha sempurna,kerana itulaa Dia layak disembah dan Dia tunggal dlm kesempurnaanNya dan kasih kpd hamba2Nya yg sentiasa merendah diri dan menzohirkan kekurangan lagi hina dihadapanNya...
ketahuilah wahai saudaraku...sesungguhnya Allah swt tidak menerima sebarang bentuk pengakuan kesempurnaan dari hambaNya kerana Dia adalah Maha Sempurna,tetapi hadrahNya suka menerima hamba2Nya yg datang kpdNya dalam keadaan kekurangan dan merasakan diri tidak layak untuk meneriama sebarang bentuk balasan dari amalannya...melainkan semata2 anugerah atau kurnia dari Tuhan azza wa jalla...
ولو لا فضل الله عليكم ورحمته ما زكى منكم من احد ابدا....صدق الله العظيم...
jikalaulah bukan dari kelebihan dan rahmat dari Tuhan keatas kamu,nescaya tiada seorg pun dari kalangan kamu yg mampu untuk menyucikan jiwa dan hati..

Khamis, 28 Mac 2024

BAHTERA MUROBBI ITU SENTIASA BERLAYAR MENYELAMATKAN MEREKA YANG DALAM KELEMASAN

Fitnah akhir zaman macam air hujan yang lebat dan sejuk. Kalau tak masuk berlindung dalam rumah atau bangunan, maka diri akan basah kuyup mengeletar akibat kesejukan dan demam. 

Seorang Guru atau Murobbi yang Kamil itu seumpama sebuah rumah yang lengkap atau bangunan yang kukuh dan lengkap. Barangsiapa yang masuk berlindung dalamnya, maka dia akan terselamat dari basah kesejukan hujan, bahkan didalam rumah itu pula tersedia makanan dan minuman yang lazat.

Mencari Guru atau Murobbi yang Kamil itu merupakan jalan-jalan keselamatan daripada fitnah akhir zaman. Petunjuk dan bimbingan kehidupan dari seorang Guru atau Murobbi yang Kamil, yang telah Wusul dan mendapat izin khas dari Sayidina Rasulillah ﷺ akan menyelamatkan ummat akhir zaman. 

Merekalah pengganti Baginda ﷺ yang mewarisi segala ilmu-ilmu dan rahsia-rahsia kenabian, yang membawa bersamanya perhiasan Nur MakrifahNya didalam hatinya, untuk dilimpahkan kedalam hati ummat manusia, bagi menerangi hati ummat manusia yang kelam dalam kegelapan. 

Bahtera Murobbi itu sentiasa berlayar mencari mereka yang dalam kelemasan.... 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ 
وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Cpf

PERKEMBANGAN RINGKAS TAREKAT TIJANIY

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Syekh Ahmad Tijani (Pendiri Tarekat Tijaniy) mengembangkan tradisi sufisme yang tidak mengabaikan urusan duniawi. Beliau mempunyai pandangan positif terhadap dunia sehingga mendorong dinamika umat untuk kepentingan masyarakat yang meluas. Justeru itu, tidaklah menghairankan, walaupun ianya baru muncul pada abad ke-18, Tarekat Tijaniyyah telah berkembang dengan begitu pantas dan tersebar luas ke seluruh belahan dunia Islam. 

Model tasawuf yang dikembangkan oleh Syeikh Ahmad Tijani tersebut dikategorikan oleh intelektual Muslim asal Pakistan, Fazlur Rahman , sebagai 'neosufisme', iaitu sufisme yang tidak hanya terfokus dalam urusan ukhrawi sahaja, namun ianya juga seimbang, mengambil berat pada urusan duniawi. Model tasawuf ini terdahulunya telah dicetuskan oleh Abu Hamid Al-Ghazali pada abad ke-11 Masehi. Al-Ghazali berhasil menyatukan antara sufisme dan syariat sehinggakan kaum sufi dan ulama syariat yang sebelumnya sering berselisih faham menjadi lebih akrab.

Dalam waktu yang singkat, Tarekat Tijaniyyah telah mula tersebar kepelbagai wilayah di dunia. Dari Maghribi ianya tersebar kepelbagai wilayah di Benua Afrika, antara lainnya di Tunisia, Libya, Sudan, Mesir, Nigeria, Guinea, Senegal, Afrika Selatan, Ghana, Mauritania, Mali, Cote d’Ivoire, dan Burkina Faso. 

Xavier Coppolani dalam tulisannya yang bertajuk ''Les Confreries Religieuses Musulmans'' menyatakan, para pengikut Tarekat Tijaniyyah mensyiarkan Islam di kalangan pemeluk animisme, dengan persaudaraan-persaudaraan sufi dan senantiasa berada digarisan hadapan dalam melakukan penentangan terhadap perkembangan penjajahan. Maka tidak hairanlah ianya mendapat sambutan yang begitu hebat dikalangan penduduk benua Afrika yang terjajah.

Tidak berhenti di Benua Afrika sahaja, tarekat ini juga telah tersebar sehingga ke Benua Eropah, terutamanya di Albania dan Turki. Di Asia Tenggara, tarekat ini telah tersebar sehingga ke Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Tidak ketinggalan juga tarekat ini telah mula bertapak di Amerika Syarikat.

Salah satu negara di Benua Afrika yang menyambut baik kehadiran Tarekat Tijaniyyah adalah Senegal. Tiga puluh peratus umat Islam di negara itu merupakan ahli jamaah kepada tarekat ini. Pada abad ke-19, Tarekat Tijaniyyah telah dibawa ke Senegal oleh Syeikh Al-Hajj Umar Bin Sa'id Al-Futi Al-Turi (1796-1864), yang lebih dikenali dengan nama Hajj Umar Tal. Beliau telah mengarang Kitab Rimah Hizb al-Rahim ‘ala Nuhur Hizb al-Rajim. Menurut Zakariya Wright , kitab tersebut merupakan kitab terpenting kedua setelah Kitab Jawahir al-Ma'ani karya Syekh Ahmad Tijani.

Penyebaran Tarekat Tijaniyyah di kawasan benua Amerika pula telah dipelopori oleh para murid Syeikh Hassan Cisse, yang merupakan cucu kepada ulama Tarekat Tijaniyyah Senegal yang terkenal, Abdoulaye Niass (1840-1922). Murid-murid Syeikh Hassan Cisse kemudiannya mendirikan sebuah organisasi yang dinamakan sebagai “The African American Islamic Institute” sebagai sebuah NGO yang berfungsi untuk memelihara kesatuan dan kepentingan ummat islam Afrika di Amerika.

Dalam masa yang sama juga, perkembangan Tarekat Tijaniyyah yang dikatakan cukup fenomena telah berlaku di Negara Albania. Di tengah-tengah penindasan dan ancaman kekuasaan rejim komunis setelah perang dunia ke-2, Tarekat ini masih lagi dapat bertahan. Setelah era komunis berakhir pada tahun 1990, jemaah Tarekat Tijaniyyah telah kembali bangkit bergiat cergas. Pada masa itu, pemimpin Tarekat Tijaniyyah di Albania adalah Syeikh Faik Hoja. Ulama yang membawa dan mengembangkan Tarekat Tijaniyyah di Albania adalah Syeikh Haji Shah Muhammad Shaban Efendi Domnori (1868-1934). Syeikh Shaban dikenal sebagai seorang ulama Tauhid dan Tasawuf di kalangan ulama dan para imam di Kota Shkodra di Albania Utara.

Di Asia Tenggara pula, Tarekat Tijaniyyah telah dibawa masuk ke Indonesia pada kira-kira tahun 1920-an oleh seorang ulama kelahiran Makkah, Sheikh Ali Bin Abdullah At-Tayyib Al-Azhari. Awal perkembangannya di Indonesia mendapat tentangan dari tarekat-tarekat lain yang terlebih dahulu telah bertapak seperti Naqsyabandiah, Qadiriyah, Syattariah, Syaziliah, dan Khalwatiah. Meskipun demikian, di beberapa tempat, Tarekat ini terus berkembang, utamanya di Cirebon dan Garut (Jawa Barat), Madura, dan hujung Timur Pulau Jawa.

Perselisihan itu reda setelah Muktamar Jam'iyyah Nahdatul Ulama ke III tahun 1928 di Surabaya yang telah memutuskan bahawa Tarekat Tijaniyyah adalah Muktabarah (diperakui secara absah). Keputusan tersebut telah diperkuatkan kembali di dalam Muktamar NU ke VI pada tahun 1931 di Cirebon, bahawa Tarekat Tijaniyyah termasuk di dalam kategori tarekat yang muktabarah. 

Jumlah keahlian tarekat ini di Indonesia adalah sekitar sepuluh juta orang dan sekitar empat puluh peratus dari mereka adalah terdiri daripada kalangan Kiyai dan pemimpin pondok pesantren yang meliputi 14,657 pesantren.

NOTA: Tulisan ini adalah gabungan pencarian dan dapatan pembacaan saya dibeberapa lamanweb

Cpf

Rabu, 27 Mac 2024

Antara isi kuliah Saiyyidi pada hari Jumaat lalu (22 Mac 2023/ 11 Ramadhan 1445H

Seorang sahabat Saiyidi Syeikh Tijany dari Aghwath 70km dari tempat Syeikh Tijani telah menempuh perjalanan seharian untuk bertanya Syeikh berkenaan 3 perkara:

1- Mengenai berzikir (mengira zikir) dengan tangan kiri?

2- Bolehkah berbekam pada waktu malam

3- Imam Mahdi, adakah akan pancung kepala kita (kerana hadrah² lain mendakwa Imam Mahdi dari kalangan mereka dan akan pancung orang selain hadhrah mereka) 

Ketika sampai waktu sudah malam dan didapati Syeikh Tijany sedang bersandar ke kanan di tempat duduknya sambil berzikir menggunakan tangan kiri. Terjawab satu persoalan.

Kemudian, Syeikh Tijany membetulkan duduknya sambil bertanya; mana Jurubekam? Kita dah bersedia untuk berbekam. Terungkai satu lagi persoalan.

Sambil berbekam, Syeikh Tijany berbual-bual berkenaan Imam Mahdi. Beliau bersabda bahawa Imam Mahdi adalah dari kalangan anak-anak kami (Al-Hasani dan pengikut Hadrah Tijaniyah). Jika beliau zahir, maka sesiapa dari ahli Hadhrah Tijaniyah yang mahu mengikutnya (berperang) silakanlah, dan barangsiapa yang mahu duduk di tempatnya serta hanya berdoa silakanlah, kerana Imam Mahdi tidak akan pancung kepala ahbab Hadrah Tijaniyah disebabkan beliau sendiri adalah anak Hadhrah itu.

Cpf

Pintu Syukur

Berkata Sayyiduna wa Qudwatuna Sayyidi Sheikh Ahmad AtTijani ra

"...Sehampir² pintu yg dpt menyampaikan kepada Hadrah Allah adalah pintu SYUKUR..

...Sesiapa yg tidak dpt memasukinya melalui pintu SYUKUR pada zaman ini pasti dia tidak berpeluang langsung utk masuk(kpd Hadrah Allah)..

..kerana sesungguhnya nafsu itu sangat kasar(liat)...
maka tidak akan mampu memberi kesan hanya dgn riadhah(menekan nafsu) dan juga tidak memberi kesan melalui ketaatan (memperbanyakkan ibadah)..
tidak dapat dicegah melalui muhasabah, tidak juga melalui perbincangan atau perdebatan..

..Apabila dapat ditenggelamkan nafsu melalui kegembiraan (syukur) bersama yg memberi nikmat(Allah) NESCAYA hilanglah (fana'lah) segala kekasaran²(nafsu).. 
..dan jadilah perjalanan (nafsu kpd Allah) itu menjadi pendek(mudah)..

..engkau tentu mendapati setiap janji² yg terkandung didlm KalamNYA(AlQuran) berlaku menerusi semata² keinginanNYA..

..melainkan SYUKUR..

Maka firman Allah..
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ 
"..Demi sesungguhnya seandainya kamu bersyukur, nescaya Aku pasti tambahi ke atas kamu.."
Dikuatkan Kalam(Allah) ini dgn "و" sumpah dan "ن" taukid(bg menguatkan kenyataan)..

#syukur_diatas_kurnia_dipilih_melalui_jalan_KhotmulAulia

BIAWAK DUNIA AKHIR

"Barangsiapa yang tidak Mengenali Allah SWT yang Maha Wujud dan tidak Mengenali akan Dirinya yang sesungguhnya. Maka dirinya itu dengan Haiwan tiadalah bezanya..." 

Al-Imam Al-Ghazali juga telah berkata didalam kitabnya "MIZANUL AMAL" :

"Sesiapa yang memusatkan Perhatiannya untuk menuruti Keinginan Hawa Nafsu dan Kelazatan Tubuh, ia makan seperti Binatang, maka ia akan jatuh menurun (darjatnya) bersama kelompok Binatang. Ia adakalanya menjadi Bodoh seperti Binatang, atau pelahap seperti Babi, bergulat seperti Anjing, dengki seperti Unta, sombong seperti Harimau, membuat liang membelak-belok seperti Musang, atau mengumpulkan sifat-sifat tersebut seperti Syaitan yang jahat..."

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

"Siapa yang tidak Berdzikir kepada Allah, ibaratnya ia telah menjadi Bangkai walaupun jasadnya masih berjalan di muka bumi."
(HR. Bukhari)

Jiwa Keinsanan itu akan sentiasa dibelenggu oleh Konsep dan Kefahaman yang ada didalam Fikirannya. 

Cubalah kamu membayangkannya sejenak...

Apabila seorang bayi yang terlahir dengan menggunakan Kostum Biawak sejak kelahirannya. 

Begitu sahaja ianya dilahirkan, maka ia akan digendong pula oleh si ibunya yang Bertopengkan Biawak juga. 

Maka bayi itupun akan dipanggilnya sebagai Anak Biawak ! 

Diberikannya pula makan serangga-serangga dan segala macam cacing dan haiwan-haiwan melata yang lainnya. 

Si bayi manusia itu tentu sahaja dengan segera akan membentukkan Konsep dan Kefahaman bahawa dirinya itu adalah seekor Biawak (Padahal dirinya itu adalah seorang manusia). 

Begitu dia telah tumbuh dewasa sahaja, maka dia akan bermain-main pula dengan anak-anak lainnya yang sama sepertinya memakai Kostum Biawak juga.

Dan kesemuanya anak-anak itu akan merasakan bahawa dirinya itu adalah seekor Biawak. 

Pada akhirnya Jiwa Keinsanan itu pun akan Bertindak, Bertabiat, Bertingkah Laku dan kebiasaannya sepertilah seekor Biawak. 

Mangsa memangsa dan khawin-khawinan sepertimananya Biawak.

Maka, terbungkuslah oleh Topengnya !

TITIK JIWA KESEDARAN yang telanjang itu selalu membuat hubungan-hubungan "Dari" dirinya "Ke" objek-objek diluar dirinya didalam hubungan-hubungan Qadaliyah. 

Ianya terbiasa dengan segala kisah-kisah yang berawal "Dari" dan menuju "Ke" alam fikiran seekor Biawak. 

Apa-apapun sahaja yang tidak sesuai dengan segala kisah yang dia yakini, maka dia akan segera mengabaikannya ataupun menolaknya dengan sekeras-kerasnya. 

Oleh kerana tidak sesuai dengan Konsep dan Kefahaman terhadap dirinya.  

Contoh-contoh yang akan dikatakan olehnya :

"Tidak ada urusannya denganku !..."

"Ikuti sahaja apa-apa yang telah disediakan, tidak perlu dipedulikan yang lain-lainnya !..."

"Mengapa aku harus peduli dengan meneliti DNA dan menjejakinya kedalam sejarah asal-muasalku ?..."

"Semenjak bumi diciptakan adalah Biawak. Maka Adam adalah Biawak raksasa !..."
(Didalam imaginasi si anak-anak Biawak).

Maka demikianlah kisah tragisnya terhadap anak-anak manusia yang terlahir dengan mengenakan Topeng Biawak semenjak dilahirkan diatas bumi Allah SWT ini.

TITIK JIWA KESEDARAN yang telanjang itu telahpun Tertipu Daya oleh ilusi bahawa merasakan JATIDIRI nya adalah seekor Biawak.

Ianya sama sekali tidak mengetahui bahawa siapakah 'DIRINYA' yang sebenar-benarnya (Yang sebetulnya diluar ilusi pemikirannya).

Padahal ianya jauh lebih 'MULIA' dan 'SEMPURNA' daripada hidup yang Bersyarat didalam kotoran dan ketidaksempurnaan.

Betapa beban Dosa yang ditanggungnya ketika telahpun Mengingkari akan segala Fitrah-Nya sebagai anak-anak manusia yang 'MERDEKA' !

Untuk melukiskan pelbagainya warna warni seni budaya kehidupan dengan aman damai serta Kebenaran dan Keadilan diatas bumi Allah SWT yang sungguh indah ini.

Bukankah begitu ?

Maka, marilah BERISTIGHFAR...

"Bertaubat, Bertauhid dan Berserah Dirilah Kepada-Nya secara seluruhnya wahai anak-anak Biawak !..."

Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, Nabi Muhammad SAW bersabda : 

"Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang Biawak pun kalian akan memasukinya."
(HR. al-Bukhari dan Muslim)

NOTA : Hanya yang benar-benar dapat fahaminya sahaja akan dapat memahaminya dengan Benar...

Cpf

Sampai ke hadrat Allah

Berkata Sheikh Ahmad AtTijani ra..

"..Sesungguhnya wusul(sampai) kpd Hadrah Allahﷻ hanya melalui pintu Baginda Nabiﷺ disebabkan keadaan Bagindaﷺ satu²nya pintu utk sampai kpd Allahﷻ...
tiada sebarang harapan seorang itu dpt sampai kpd Hadrah Allahﷻ tanpanyaﷺ...

hanyasanya maksud yg demikian (melalui pintu Bagindaﷺ) adalah dgn mengikut syariatnyaﷺ, mengikuti jalannyaﷺ, berakhlak dgn akhlaknyaﷺ, beradab dgn adab²nyaﷺ beserta tawajjuh (berhadap hati) pada yg demikian keseluruhannya kpd Allahﷻ
(yakni tiada sebarang gharad² yg selain Allah)...

inilah ukurannya yg menyampaikan seorang hamba kpd Allahﷻ...
dengan selain drp ukuran ini tiada jalan utk sampai kpd Hadrah Allahﷻ..."

Selasa, 26 Mac 2024

Beberapa Pangkat Yang Disandang Oleh Sayyidi Syekh Ahmad At Tijani RA

1. Al Qutbaniyyatul Uzma

Wali Quthub yang Agung pada suatu masa , dimana Wali Quthub tersebut menjadi rujukan para wali dari seluruh semesta. Wali seperti ini hanya ada satu pada setiap zaman 

Pangkat ini diraih oleh Sayyidi Syekh Ahmad At Tijani Ra pada Bulan Muharam Tahun 1214 H

2. Al Qutbul Maktum 

Wali Quthub yang dirahasiakan derajatnya dan yang mengetahui hanyalah Allah SWT dan Rasulullah Saw.

Gelar ini disampaikan langsung oleh Rasulullah Saw secara langsung ( Yaqzhah ) kepada Sayyidi Syekh Ra bahwa beliau adalah Quthubul Maktum.

Oleh karena itu sebelum beliau tampil, tak seorangpun Auliya membahas Maqam Al Quthbi Maktum secara jelas 

3. Al Khotmu Al Muhammadiy 

Wali yang menjadi penutup puncak martabat kewaliaan dari golongan Ummat Nabi Muhammad Saw, tidak ada lagi pangkat kewaliaan yang lebih tinggi diatasnya

Sebagaimana Rasulullah Saw sebagai Khatmul Ambiya yaitu penutup para nabi dan rasul maka begitupula Sayyidi Syekh Ra sebagai Khatmul Auliya sebagai penutup para wali dari zaman nabi Adam hingga akhir zaman

Tetapi bedanya masih tetap ada para wali selepas Sayyidi Syekh Ra wafat yang dimana para wali menyandang sebagai petugas Ruhani ummat Rasulullah Saw hingga turunnya Sayyidina Isa as sebagai wali terakhir bukan sebagai Nabi .

Gelar ini diperoleh oleh Sayyidi Syekh Ra pada tanggal 18 Safar pada tahun 1214 H

4. Al Barzakh Al Muhammady Al Ma'lum

Dimana Maqam ini menjelaskan bahwa Sayyidi Syekh Ra adalah wali yang langsung menerima berbagai jenis karunia dari telaga Ilmu Rasulullah Saw yang dialirkan lagi ke para wali dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman 

Baik disadari atau tidak semua wali mengambil karunia ini dari Rasulullah Saw melalui Sayyidi Syekh Ahmad At Tijani Ra

اللهم أحينا تجانيين وأمتنا تجانيين واحشرنا جميعاً في زمرة سيدي أحمد التجاني رضي الله عنه وأرضاه ونفعنا به آمين

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍۨ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي اِلٰی صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلٰی آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

بجاه سيّد المرسلين صلّی اللّه عليه وسلّم وبجاه شيخنا وسندنا دنيا واخری سيّدي ابي العبّاس احمد بن محمّد التّجاني رضي اللّه عنه وأرضاه وعنّا به

اللهم آمين يارب العالمين بجاه النبي وشيخنا التجاني

Semoga dengan Madad Sayyidi Syekh Ahmad At Tijani Ra dimudahkan kita semua ziarah ke Maqbarah beliau...

Zawiyah Sayyidi Syekh Ahmad At Tijani Ra

Perelokkan Batinmu

Sebagaimana Engkau mempercantikkan dan memperelokkan pakaian zhohir ( pakaian,wajah, rumah, kereta dll)  dihadapan manusia ...maka selebih layaknya ( wajib keatas engkau)  membersihkan dan menyucikan pakaian bagi badan kamu iaitu hati dan roh.. yang merupakan bekas dan tempat jatuhnya pandangan Allah سبحانه وتعالى.....

Jasad ialah pakaian bagi roh,pakaian tidak akan kekal ..akan jadi makanan ulat2 di dalam kubur...roh itulah asal kewujudan kita, kita kena menjaganya, jaga badan dgn hukum Hakam syariat spt solat , zakat haji dll,nak jaga roh pula  dgn ilmu tasawuf.. Ihsan - sentiasa sedar Allah melihat kita.

 Hati itu adalah Rumah Allah, Allah marah melihat sesuatu yg lain dari Allah ada dlm hati, setiap solat ALLAH menzahirkan hakikat diri kita.. Kita sebut الله أكبر، tapi hati kita ke lain,penyakit semua manusia zama sekarang ...yg terselamat sedikit sahaja di kalangan hamba Allah yg terpilih.. Auliyaillah...

 kita baca sahaja tapi xthu apa yg dibaca, kita sibuk memperindahkan zohir hingga melalaikan yg batin, nk masuk hadhrah Allah dgn rasa rendah diri, 

..Tasawuf itu wajib bg orang yang Beriman.. Sb penyakit hati (berhala dlm hati) yakni berhala ujub, riak, takabur dll, ketua berhala di hati adlh penyakit keakuan( ananiah) , dari segi haqiqat tidak menerima dua kewujudan.. 

Berusaha dengan bersungguh2 ( نجتهد)
Ikhlas - mengeluarkan sesuatu dari hati selain Allah, hanya Allah sahaja dlm hati
Ubat cuci nafsu-zikir yg mendapat izin yg bersambung tangan dgn Baginda SAW 
Tasawuf menghilangkan perantaraan jahat(nafsu) dgn Allah. 
Tasawuf = penapis, hati merupakan bekas ILAHI, meliputi Tuhan.

Penyakit yg paling bahaya (منتهي) penghujung utk sampai pd Hadhrah Allah yg sangat dibenci oleh Allah ialah  sifat Ananiah=( إني انا)

Ananiah ni sifat Allah tidak blh ada di hati manusia, Allah cipta semua alam utk makhluk, tapi satu shja yg Allah nk iaitu hati kita shuhud kewujudan hanya Allah sahaja bukan selainnya  , klu kita nk pd lain maka Allah akan menjadikan kita hamba pada benda tersebut...( hamba kpd nafsu,keakuan dan dunia)

Langkah pertama perjalanan ke hadhrah Allah adalah rasa bersalah dlm diri, klu redha dengan diri sendiri( rasa tidak ada kesalahan),org ini tidak blh berjalan di jalan Allah, iktiraf kelemahan ada sakit, dgn rasa kerendahan itu hadhrah Allah membantu orang tersebut  utk sampai pada Allah,

Kelemahan itu tanda benci diri sendiri dgn membuang sifat keakuan, inilah yg Allah suka... Ketua segala keakuan adalah iblis, nama asalnya azazil,220 ribu tahun ibadah, tiada tempat di langit mahupun di Bumi melainkan ada bekas kesan tempat sujudnya iblis (mafhum hadis) ..

bermula perkataan "bagaimana saya nk sujud pada Adam yg dicipta dari tanah"

Yang paling ramai terhijab untuk masuk ke jalan Ahlillah ialah dikalangan ilmuan agama..ustaz2,para2 khatib....kerna mereka melihat kehebatan ilmudirinya lebih dari org lain...manakala yg paling ramai diterima masuk le hadrah Allah ialah org awam kerna rasa rendah diri dlm dirinya dan rasa diri tidak layak.... 

#Pesan Sayyidi jgn lah jumpa Allah dgn penyakit 2 batin ...bersihkan semuanya sebelum bertemu dgn Allah....bekalan amalan utk dibawa ke negeri yg kekal abadi ...bila hati dan nafsu kita sudah tunduk Pada Allah dengan menzahirkan kehambaan pd Allah...والله اعلم بالصواب

Catatan dari sahabatku yg mulia sidi محمد ولدان الكلنتاني ...mudahan mendatangkan manfaat pada diri alfaqir dan sahabat semua....أمين

# Mutiara Kalam murabbina sayidi ahmad alhadi alhasani حفظه الله di Rumah Hj Shahrom di Kuang Rawang Selangor 25.6.2016..

Isnin, 25 Mac 2024

TAREKAT TIJANIY DI MALAYSIA


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Secara berfaktanya, Tarekat Tijaniyyah ini tidak dapat dibuktikan bilakah seawalnya memasuki bumi Malaysia. Namun, ianya dipercayai telah dibawa masuk ke Malaysia melalui ulama-ulama yang belajar melalui ulama-ulama nusantara yang telah terlebih awal mengamalkan tarekat ini. 

Salah seorang ulama yang dipercayai mengambil tarekat ini adalah Syeikh Fadhil Banten. Beliau telah mengambil tarekat ini ketika belajar di Mekah dimana dikatakan beliau banyak bergaul dengan pengikut Tarekat Tijaniyyah di Mekah, namun tidak dapat dipastikan dengan jelas daripada siapakah beliau mengambil tarekat ini. Syeikh Fadhil telah berhijrah ke Johor pada tahun 1915 dan beliau mengajar di Kampung Lenga, Muar. Syeikh Fadhil telah meninggal dunia pada 18 Mac 1950 di Bakri, Muar, Johor. 

Catatan berkenaan Syeikh Fadhil Banten ini sebagai penegak Tarekat Tijaniyyah dirantau Tanah Melayu seawal tahun 1915 berkemungkinan besar adalah benar, kerana terdapat catatan bahawa Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Haji Muhammad, yang merupakan seorang tokoh ilmuan islam yang cemerlang di Negeri Johor khususnya di Muar pernah merantau ke Banten, Indonesia dan berguru dengan Syeikh Fadhil Al-Banteni. 

Apabila Tuan Guru Haji Muhammad Yassin pulang ke Muar, Johor dicatatkan bahawa diantara sumbangan dan peninggalannya dalam pembinaan kearifan tempatan adalah dengan mewariskan amalan wirid Tarekat Tijaniyyah.    

Mengikut Syed Naquib Al-Attas (1963), terdapat juga dalam catatan sejarah pengkajian awal kemasukan tarekat-tarekat di Malaysia, dimana terdapat sembilan kumpulan tarekat yang terawal dan salah satu daripadanya adalah Tarekat Tijaniyyah.  

Setelah Tarekat Tijaniyyah ini senyap untuk satu jangkamasa yang lama di bumi Malaysia, pada tahun 2007 satu susuk tubuh daripada bumi Tunisia telah sampai ke Malaysia untuk mensyiarkan semula Tarekat Tijaniyyah. Untuk tahun-tahun berikutnya, Tarekat Tijaniyyah telah disuburkan semula di Malaysia oleh seorang Ulama yang berasal dari bumi Maghrib. Beliau dikenali sebagai Syeikh Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani, bernasabkan Sayidina Hassan r.hu dari keturunan Sayidina Rasulullah ﷺ yang mulia.

Syeikh Sayidi Ahmad Al Hadi dilahirkan di Tunisia pada 4 Muharram 1395 Hijrah bersamaan 16 Januari 1975 Masehi. Nasab keturunan beliau adalah daripada kabilah Sibaiah Az-Zahabiah, daripada keturunan besar Maulay Idris yang masyhur di bumi Maghribi, dan beliau adalah berketurunan daripada Sayidina Al Hasan r.hu.

Beliau telah menerima Sanad Tarekat Tijaniyyah daripada pelbagai sumber dan pada permulaannya beliau menerima Sanad Tarekat Tijaniyyah Al-Aliyah daripada Asy-Syarif Al-Wasil Sayidi Habib Bin Hamid At-Tunisi. 

Sanad yang paling muktabar beliau telah terima, samada dari segi Feqah Tarekat atau dari segi Zauqi adalah Sanad Al-Ba’qili, sanad yang melalui susur jalur kepada Mujaddid Millah Wa-ddin, Qutbaniyatul-Uzma, Sayidi Ahsan Al-Ba’qili Al-Hasani Al-Maghribi, sanad yang dipernamakan disisi ahli sanad sebagai Sanad Az-Zahabi (Sanad Emas) secara umumnya, dan juga dipernamakan sebagai Sanad Qutbaniah (Sanad Wali-Wali Qutub) secara khususnya.

Beliau juga menerima Ijazah secara mutlak daripada Sayidi Abdul Aziz Al-Ba’qili, anak kepada Sayidi Ahsan Al-Ba’qili, beliau adalah seorang Qutub Al-Kamil Al-Mulamati, pewaris sir-sir ayahnya dan abangnya Sayidi Muhammad Al-Habib. 

Sepanjang pengembaraan beliau ketika menuntut ilmu di bumi Maghrib (Tunisia, Algeria, Maghribi dan Mauritania), beliau telah menemui beberapa Waliyullah diantaranya termasuklah Qutub Sayidi Mukhtar Asy-Syinqiti (dikenali juga sebagai Sayid Dahah, masyhur dikalangan orang Arab setempat) di Padang Sahara Maghrib, dan Qutub Maulay Tuhami Al-Wazzani Al-Idrisi di Maqam Sayidi Arabi As-Saaihi, yang telah berumur 136 tahun pada ketika itu.

NOTA: Tulisan ini adalah merupakan kumpulan dapatan daripada pencarian saya dibeberapa lamanweb. Cpf

JANGAN MENGAMBIL ILMU DARIPADA AHLI BIDAAH

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Pada zaman yang serba moden ini, banyak daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah Asyairah wal Mathuridhiah memandang dengan keilmuan kepada sesuatu ilmu tanpa melihat kepada ahli ilmu tersebut. Ketahuilah setiap ilmu itu mempunyai Nur sendiri yang akan menentukan ilmu tersebut memberi manfaat kepada pemiliknya dan penerimanya ataupun sebaliknya.

Maka sayugialah (hendaklah) bagi ahli ilmi atau tholibul ilmi itu memilih ia akan ilmu yang memberi manfaat kepada dirinya dan tidak membinasakan dirinya. Pemilihan nur ilmu itu adalah satu perkara yang penting. Adalah nur ilmu itu hanyalah diwarisi oleh pewarisnya sama ada diwarisi daripada gurunya ataupun futuhat dan kurniaan daripada Allah sendiri (sepertimana ilmu para auliya yang diperoleh daripada pembukaan² ilahi). 

Dengan lazimnya kewajipan memilih ilmu yang bermanfaat (yang mempunyai nur) itu maka lazim lah juga memilih orang yang menyampaikan ilmu itu sendiri (guru). Memilihlah olehmu hai saudaraku akan orang yang mewarisi nur ilmu. Janganlah engkau memilih akan yang merosakkanya (nur ilmi) hanya dengan helaian kertas yang dimilikinya yang adalah terkadang diberikan oleh penyembunyi kebenaran (orang kafir). Adalah mereka itu (orang kafir) tidak boleh dipercayai. Jika mereka (orang kafir) boleh memalsukan kalam ilahi (sepertimana pendeta² yang memalsukan kalam Allah) apatah lagi memalsukan ilmu kepada musuhnya (orang islam).

Lazim daripada orang kafir begitu jugalah dengan ahli bidaah. Adalah fahaman mereka ahli bidaah menyalahi akan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah Asyairah wal Mathuridhiah.

Timbul persoalan "Bukankah kita boleh mengambil ilmu daripada ahli biadaah jika adalah ilmu itu benar ?" Maka aku jawab jika adalah ilmu itu benar apakah tiada ilmu itu disisi ulama ahli sunnah wal jamaah ? Jika ada ilmu itu disisi ahli sunnah wal jamaah jadi mengapa harus mengambil ilmu yang sama daripada ahli bidaah ? Jika tiadalah ilmu itu disisi ulama ahli sunnah wal jamaah maka bagimana kamu mengetahui ilmu tersebut benar dan tidak menyalahi ahli sunnah wal jamaah ?

Jika adalah ilmu itu disini ulama ahli sunnah wal jamaah maka hendaklah kita mendahului ulama yang pegangannya sahih berbanding sebaliknya. Mengambil ilmu islam daripada orang yang menyimpang dengan alasan untuk inovasi akan menghina orang yang hebat daripada kalangan orang yang benar. Ketahuilah Allah telah mengcukupkan ilmu islam kepada ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Maka tiada lagi sebab atau alasan untuk mengambil ilmu islam daripada ahli bidaah.

Dan adalah ahli bidaah juga banyak mengambil ilmu dan manfaat daripada Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah maka mengapa olehmu hai saudara Ahli Sunnah wal Jamaah mengambil ilmu daripada golongan ahli bidaah sedangkan kamu berada didalam kapal keilmuan. Mana boleh matahari mengambil cahaya daripada bulan yang mengambil manfaat cahaya daripadanya.

Sekian daripada hamba yang dhoif Al Faqir Muhammad Alif Imran At Tijani

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

MEDAN SELAWAT AL FATEH


Maka ianya adalah suatu Selawat dari perbendaharaan Allahﷻ Yang Maha Agung dan Yang Maha Sempurna, yang melakarkan ketinggian keagungan dan kemuliaan makna-makna, syahdan pada barang yang dinamakan sebagai Nikmat Kewujudan dan Nikmat Madad Yang Berterusan dari Allahﷻ, yang menerangkan pada hakikatnya;

■ Kesempurnaan MahabbahNya keatas Sayidina Muhammad ﷺ
■ Kesempurnaan PenciptaanNya keatas Sayidina Muhammad ﷺ
■ Kesempurnaan Sayidina Muhammad ﷺ yang dibangsakan pada zahir dan batinnya
■ Kesempurnaan penzahiran TajalliyatNya 
■ Kesempurnaan Ketinggian dan Kemuliaan kedudukan KekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ
■ Kesempurnaan nasab Baginda ﷺ dan sahabat-sahabat Baginda ﷺ
■ Kesempurnaan hadrahNya dan hadrah Sayidina Muhammad ﷺ
■ Kesempurnaan dan Keagungan DzatNya Allahﷻ
■ Kesempurnaan Selawat Al Fateh itu sendiri disisi Allahﷻ

Kesempurnaan ini akan menenggelamkan hamba-hambaNya, yang telah dipilih oleh Nya, untuk memasuki Hadrah KekasihNya, dan dimana tiadalah pintu Hadrah Allahﷻ itu yang terbuka untuk dimasuki, melainkan melalui pintu Hadrahnya Baginda ﷺ.

Maka, inilah suatu kurniaan dari Allahﷻ yang terbesar untuk ummat akhir zaman, dan bagi mereka yang tidak meninggalkan akan ianya Selawat Al Fateh, dan tidak berpaling mereka dari Selawat Al Fateh, dan sebahagian dari mereka itu yang istiqamah pada membaca akannya Selawat Al Fateh, telah kehairanan akannya bila dikhabarkan kepada diri hamba pada barang yang diperolehi akan nikmatnya.

Maka pada barang yang dinamakan suluk itu untuk muafakat kedalam HadrahNya, adalah mendatangi kurniaan Allahﷻ itu melalui Pewarisnya yang mendapat izin akan Sayidina Muhammad ﷺ walaupun dalam keadaan yang merangkak. 

Semoga Allahﷻ merahmati dan memberkati Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yang terpuji, yakni disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra., disisi Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan disisi Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

HADIAH YANG TIDAK TERNILAI

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Telah berkata Sayyidi Abul 'Abbaas Al Mursi  (رضي الله عنه) 

"Para Nabi adalah suatu pemberian Allah kepada umat masing-masing. Adapun Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah "Hadiah Allah" kepada kita semua.

Di sana ada perbezaan antara pemberian dan hadiah kerana pemberian itu biasanya bagi mereka yang berhajat dan memerlukan sementara hadiah pula adalah bagi mereka yang dikasihi dan dicintai. 

Beruntung kita menjadi ummat Sayidina Muhammad صلى الله عليه وسلم . Marilah memperbanyakan Selawat keatas junjungan besar yang mulia Nabi kita صلى الله عليه وسلم . 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Sabtu, 23 Mac 2024

Jalan Selawat

Jalan menuju Allah SWT melalui jalan selawat terlebih mudah kerana selawat pasti diterima Allah walaupun daripada orang yang fasiq..
Jalan melalui zikir biasa perlu kepada mujahadah dan keikhlasan sebagai syarat untuk diterima amalan tersebut.

Seorang hamba Allah yang benar, mereka beribadah kepada Allah dalam keadaan malu dengan amalan nya dan bukan merasa bangga dengan amalan nya apatahlagi lagi bergantung kepada amalannya.. harapan mereka hanya mengharapkan Allah menerima mereka sebagai seorang hamba dan kerisauan mereka hanya takut tuan membuang nya. 

Golongan yang beramal kerana tujuan untuk masuk syurga dan menjauhi neraka adalah golongan yang paling rendah martabat keikhlasan nya.. mereka bersungguh-sungguh dalam ibadah mereka untuk ganjaran tersebut..

وقليل من الآخرين
 adapun golongan beribadah kepada Allah kerana menzahirkan kehambaan semata-mata dan ibadah mereka lebih banyak dari golongan yang pertama mereka lah yang termasuk di dalam hadis sayyidatuna Aisyah r.a menegur Rasulullah SAW yang solat sehingga bengkak kaki baginda SAW sedangkan Allah telah mengampuni dosa baginda SAW yg terdahulu dan akan datang. Fafham.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ,🌷 وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ🌷, نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ🌷, وَاْلهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ🌷, وَعَلَى آلِهِ  حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ.🌷

JASA BESAR PARA SUFI DAN TORIQAH KEPADA UMMAH

-SULTAN FATIH(toriqah naqsyabandiyah)
-SALAHUDDIN AYYUBI(toriqah qadiriyah)
-SULTAN ARTAGHUL(toriqah akbariyah)
-SULTAN MANSUR ZAHABI(jazuliyah)
-SYARIF HIDAYATULLAH ALJAWI(toriqah syatariyah)
-SULTAN MUHAMMAD AS-SUNUSI(toriqah sunusiyah)
-lMAM SYAMIL DAN IMAM MANSUR(kuntiyah)
-SYEIKH ABDUL QADIR ALJAZAIRI(toriqqh qodiriyah)
-SULTAN ULAMA SYEIKH UMAR ALFUTI (toriqah tijaniyah)
DAN LAIN2..

1-Toriqah Akbariyah
2-Toriqah Qadiriah
3-Toriqah Naqsyabandiyah
4-Toriqah Jazuliyah
5-Toriqah Khalwatiyah
6-Toriqah Syatariyah
7-toriqah Nasiriyah
8- toriqah Sanusiyah
9-Toriqah Qadiriyah
10-toriqah khotmiyah
11-Toriqah Solihiyah
12- Toriqah Kuntiyah
13-Toriqah Tijaniyah

cetusan ilmiah datang secara tiba2 ketika aku beriadah di petang hari menuruni bukit 
maka dikesempatan itu aku simpan dan tulis akannya kerana bimbang kehilangannya dan aku sebarkannya  untuk tatapan bersama

1-Toriqah Akbariyah

Toriqah Akbariyah melahirkan kpd kita daulah bani othman/khilafah othmaniyah yg mulia
Syekhul akbar lbnu Arabi Ra telah mentarbiah artaghul bin sulaiman shah al-othmani al-umawi alquraisyi (moyang kpd pimpinan khilafah othmaniyah )
beliaulah yg bersungguh menubuhkan daulah othmaniyah dengan sendirinya,dan boleh jadi juga itulah sebab utama beliau memasuki akan bumi masyriq/timur

2-Toriqah Qadiriah

Toriqah Qadiriah melahirkan kpd kita daulah ayubiyah
yaitu toriqah qadiriyah mentarbiah akan Salahuddin Al-Ayyubi al-Ansari Al-khazraji Al-kurdi,pengambil alih baitul maqdis dr kafir dan penghilang akan nuhas,seorang sultan dan raja yg agung

3-Toriqah Naqsyabandiyah

Toriqah Naqsyabandiyah melahirkan pd ummah sultan agung muhammad Alfatih.
sultan muhammad bin sultan Murad (bapa sultan alfatih)
beliau seorang sufi yg zuhud yg meninggalkan jawatan khilafah pd penghujung hayatnya dan beruzlah dizawiyah sufi ,
beliaulah yg melahirkan pembuka qustuntiniyah(sultan fatih) yg diberitakan akan kemunculan oleh hadrah kenabian

4-Toriqah Jazuliyah

Toriqah Jazuliyah melahirkan pd ummah daulah sa’diyah as-syarifah dan ketua para sultan dan pedang Allah,yaitu sultan Mansur az-Zahabi
*Toriqah Jazuliyah(toriqah yg menenggelamkan setiap nafas2 didalam selawat atas baginda saw)

5-Toriqah Khalwatiyah

Toriqah Khalwatiyah Aliyah telah melahirkan pd ummah daulah othman bin Fudi al-Qurasyi Al-Fihri al-Fullani Alhausi,
penghidup resam jihad di pertengahan bumi sudan
dan mujaddid agama alHausa dan Fullan

6-Toriqah Syatariyah

Toriqah Syatariyah melahirkan pd ummah syarif hidayatullah aljawi yg telah memgalahkan pengaruh hindusiyah di iklim melayu(kerajaan majapahit,yg bersekongkol dengan belanda,england)
kemudian syarif hidayatullah mengasaskan kerajaan islam bantan yg menamatkan/menghapus pengaruh hindu dan mengalahkan kerajaan belanda dan juga dapat menghalang kemasukan tentera belanda ke bumi jawa sejak sekian lama
juga telah mengganti kerajaan setelahnya dengan kerajaan yg mana mereka itu membaca dan mensyarahkan kitab insan kamil karangan syeikh karim aljiili hal keadaan mereka itu berada di atas singgahsana kerajaan

7-toriqah Nasiriyah

toriqah Nasiriyah Aliyah melahirkan kpd ummah daulah alawiyah sebagai pembina daulah ahlibait di maghribi dan sekitarnya

8- toriqah Sanusiyah

toriqah Sanusiyah Aliyah telah melahirkan kpd kita Muhammad bin Ali as-Sunusi al-ldrisi ,beliau adalah pengasas daulah sunusiyah,yg sampai jihadnya ke sempadan khatulistiwa..
daulah yg melahirkan pd penghujung hayatnya ketua mujahidin di zamannya dan pengalah tentera rom itali di negaranya..
beliau adalah Sidi Umar Mukhtar alawi alhashimi alqurasyi

9-Toriqah Qadiriyah

Toriqah Qadiriyah melahirkan pd ummah daulah lmam Abdul Qadir alhasani aljazairi ..,yg menghancurkan anjing perancis dan memberi ancaman besar kpd perancis

10-toriqah khotmiyah

toriqah khotmiyah Aliyah melahirkan kpd kita daulah mahdiyah,daulah yg menghapuskan tentera english dan tentera syaitan di bumi sudan

11-Toriqah Solihiyah

Toriqah Solihiyah Aliyah telah melahirkan kpd ummah daulah lmamah di somalia,yaitu daulah darwish yg telah memaksa tentera menggunakan tentera udara untuk pertama kalinya di afrika

12- Toriqah Kuntiyah

Toriqah Kuntiyah Aliyah melahirkan kpd ummah lmam Syamil dan lmam Mansur dan pahlawan2 chechen  setelah mereka menggagalkan syaitan2 dan kucing2 rusia

13-Toriqah Tijaniyah

Toriqah Tijaniyah pula melahirkan kpd ummah daulah kesultanan Sultan Umar Alfuti,beliau adalah tombak Allah di negaranya..

*jikalau tidak kerana musuh menghalangnya dan menggagalkan jihadnya
nescaya seluruh rakyat afrika adalah drpd kalangan orang islam keseluruhannya

tambahanku :
kamu wahai anak mutaah dan anak2 najd(tanduk syaitan) !!!
apakah yg kamu telah lahirkan untuk ummah ??

atau kamu suka aku bagi jawapan dan mengira utk kamu apa yg kamu lakukan terhadap ummat islam
berapa banyak kamu bunuh ahli2 tauhid dan berapa banyak kamu memberi ruang kpd musuh utk menghancurkan kami ???

~intaha min Syarif Ahmad Alhadi Alhasani Attijani

Jumaat, 22 Mac 2024

TELAH BERLALU UJIAN 10 RAMADHAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Sayidi Ahmad Al Mubarak berkata didalam Kitab Ibriiz yang masyhur iaitu ketika beliau menaqalkan perkataan gurunya, iaitu Qutub Sayidi Abdul Aziz Bin Mas'ud Ad-Dibaagh Al Hasani Al Faasi Al Maghribi; 

Ertinya;
Bahawasanya Thoriqah Syukur adalah Thoriqah Asal, iaitu Thoriqah yang terbina atasnya hati para Nabi-Nabi dan Hamba-Hamba pilihan Allah Ta'ala, mereka adalah daripada kalangan sahabat-sahabat Nabi dan lainnya. 

Ibadah mereka kepada Allah Taala berteraskan keikhlasan semata-mata, dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus kedalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah Taala, dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan Tuhan, dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman. 

Maka apabila Allah Taala mengetahui kejujuran mereka dalam beribadah kepada Allah Ta'ala, maka dengan sifat kemurahan Allah Ta'ala, Allah Ta'ala pun membalas kesungguhan mereka dengan satu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka seperti pembukaan ilahi dalam makrifah akan Allah Ta'ala dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar. 

KITAB IRSYADUL ASFIYA, AL ARIFBILLAH SAYIDI AHMAD AL HADI AL HASANI AL MAGHRIBI AT TIJANIY HAFIZAHULLAHU TA'ALA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

SELAWAT FATIH ADALAH PEMBUKA KEFAHAMAN JALAN HAKIKAT ALMUHAMMADIYAH YANG SEMPURNA

Aku mendengar drpd Syarif Ahmad Alhadi Alhasani Hafizahullah taala tentang hasilan yg terhasil drpd bacaan selawat fatih dengan bilangan huruf selawat fatih..

padanya rahsia yg sangat besar,tiada harus/mampu bagi seseorang untuk menyelami serta mendalami didalam lautan rahsianya melainkan seseorang itu telah memutuskan sebarang kecenderungan utk menghasilkan serta berusaha utk mendapat suatu rahsia atau khasiat tertentu pd amalannya

keutamaan selawat fatih bandingannya seperti diri Baginda saw yg dibaca atasnya tidak menerima perkongsian (tujuan/khasiat)pd mana2 cara

barangsiapa menghendaki/mencari akan Hakikat Muhammadiah yg agung,maka hendaklah ia meninggalkan apa yg selainnya

hendaklah ia berusaha keras akan dirinya dengan setinggi2 tajrid drpd akar2 gharad dan tujuan beserta dengan tuhannya dan hambanya
maka pd ketika itu akan tersingkap sebahagian drpd rahsia2 Hakikat Muhammadiah tersebut

Dan sahlah hubungannya dengan Hakikat Muhammadiah secara tahkik,bukan dengan waham dan sangkaan 
sepertimana berlaku kpd kebanyakan pendakwa2

maka sir/rahsianya ialah pada meninggalkan keinginan utk mendapat sir dan pembukaan dengan menyucikan drpd syahwat hendak kpd pembukaan serta menanti akan pembukaan...

Tausiah Sayyidina Murobbina Ahmad Alhadi Alhasani hafizahullah di Pondok Baba Dr. Khairul

Selawat adalah jalan paling selamat di akhir zaman,selawat bukannya menganti mursyid tapi sebagai pembuka jalan bertemu guru dan auliya yg sempurna .
*Buruk adab teruk bila kamu rasa cukup atau cari tasawuf yang lama, yang dulu, bukan nak menafikannya, Astaghfirullah, tapi setiap zaman ada ahlinya, kita panggil dalam tasawuf, Ashabul Waqtu, empunya waktu, tanpa mereka tak boleh mengenali atau menerima limpahan Allah pada zaman ini*
Tiada jalan untuk bertemu ahli zaman (Sohibul waktu kecuali dengan perbanyakkan selawat terutamanya selawat alfatih kerana zaman ini zaman fitnah ,bercampur antara haq dengan yg batil .

Ahli zaman
tempat mengalirnya madad ilahi.kerugian yg besar jika tidak ditemukan dengam mereka di akhir zaman

Madad berpunca dari limpahan rahmat Allah swt.

Ahli zaman skrg adalah siddiqin...

Jgn sekali2 berpaling dari siddiqin ini...

SELAWAT AL FATIH DAN MAULID

Ahbab Tijani setiap hari sambut Maulid dan tenggelam dalam Maulid, kerana perjalanan anak murid Syeikh Ahmad Tijani r.hu adalah didalam Hakikat Maulid Baginda ﷺ melalui Selawat Al Fatih yang dibaca di dalam wirid lazim  dan Wazifah secara berjemaah..الحمدلله على كل حال ونعمة 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Isnin, 18 Mac 2024

SOLAWATUL FATEH



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ 

Solawatul Fateh itu mengandungi tiga perkara yang besar. 

■ Yang pertama akannya, datangnya ia sebagai kurniaan dari Perbendaharaan Allah Yang Maha Agong kepada orang yang menerimanya dan yang melazimi membacanya tanpa engkar mahupun was-was didalam hatinya.  "Solawatul Fateh itu, dia yang mencari pembacanya, bukannya pembacanya yang mencari dia" 

■ Yang kedua akannya, diberikan kefahaman kepada orang melaziminya akan Hakikat Sayidina Muhammad ﷺ . "Waqafkanlah diri antum kedalam Solawatul Fateh, dan niatkanlah apabila membacanya untuk makrifah akan hakikat Sayidina Muhammad ﷺ. (Solawatul) Fateh Lima Ughliqa membuka hati-hati yang terhijab daripada Allah, membuka segala hijab-hijab diantara kita dengan Baginda ﷺ, menghilangkan hijab-hijab diantara kita dengan rezeki kita yang zahir atau yang batin". 

■ Yang ketiga akannya, dikasihi akan orang yang melazimi membacanya oleh Baginda Sayidina Muhammad ﷺ dan Allahﷻ. Orang yang banyak berselawat itu, pasti akan dikasihi oleh Baginda Sayidina Muhammad ﷺ sehingga menjadi orang yang hampir dengannya, dan pasti tanpa keraguan mendapat syafaatnya dan beroleh syurga, bahkan Sayidina Muhammad ﷺ itu mengenal orang-orang yang banyak berselawat itu melalui nur selawat yang terpancar jelas menerangi wajah mereka diakhirat nanti. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Istiqomah Berselawat Fateh

• Istiqomah Berselawat Fateh.
• Istiqomah mendalami Selawat Fateh.
• Istiqomah menghidupkan tarbiah Selawat Fateh.
• Selawat Fateh tarbiah jalan Tasawwuf.
• Selawat Fateh jalan Rasulullah SAW & tarbiah para sahabat. 
• Selawat Fateh daerah kurniaan Ilahi.

اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم و على آله حق قدره و مقداره العظيم

KEPENTINGAN BERDAMPING DENGAN ARIFIN


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Berdampinglah/Bersuhbahlah dgn golongan Muhaqiq dari kalangan wali wali dan orang orang Arifin kerana Nafahat itu mengalir keatas diri mereka dan mengalir juga kedalam tadahan mereka. Dinuqilkan hadis drpd Sayidina Nabi SAW; 

إن لربكم في أيام دهركم نفحات ألا فتعرضوالها
Ertinya : Sesungguhnya ada bagi Allah suatu masa dlm hari hari kamu, iaitu beberapa nafahatnya akan mengalir kpd diri kamu, tidakkah kamu bersedia utk mendapatkannya. 

Nafahat tersebut ialah suatu limpahan ilahi yang Allah kurniakan kedalam hati hati hambaNya yg terpilih. 

Carilah, mohonlah kpd Allah SWT agar dipertemukan dgn mereka mereka yg terpilih, penyambung warisan kenabian, sesungguhnya Allah SWT sentiasa mengadakan bagi ummat itu para kekasihNya yg menyambung amanah amanah kenabian. 

Barangsiapa yg bertemu dan mengambil faedah drpd mereka dgn bersuhbah dan berdamping dgn mereka, dan mengharapkan madad ilahi terus melimpah kpd dirinya pd masa hayatnya, sesungguhnya dia adalah org yg beruntung kerana memperolehi limpahan madad yg mengalir keatas dirinya drpd Allah SWT melalui org org pilihanNya. 

سل العلماء وخالط الحكماء وآصحب الكبراء
Ertinya : Tanyalah ulama', berurusanlah dgn ahli ahli hikmah, dan bersahabatlah dgn alkubara' (org org mulia, mursyid dan murobbi). 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Kitab Irsyadul Asfia'
Karangan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

SELAWAT AL FATIH


بسم الله الرحمن الرحيم.

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang - orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam kepadanya.” 
(Al-Ahzab/33: 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Ertinya: “Ya Allah limpahkanlah kesejahteraan/  Selawat ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar pengagungan padanya dan kedudukan yang agung.”

Ustaz Haji Ahmad Tunggal, Pengerusi Jamaah Wirid Khaujakan Johor, menulis dalam bukunya “Amalan Kecemerlangan Rohani” (1993) seperti berikut:

Yang membuka apa yang tertutup – Dunia ini asalnya tidak ada dan masih tertutup. Maka dijadikan dunia ini adalah disebabkan wujudnya Nabi Muhammad SAW. 

Kalaulah tidak ada Nabi Muhammad SAW tidaklah akan wujud dunia ini. Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai Rahmat bagi sekalian Alam. Rahmat dan Kenabian bagi sekalian makhluk termasuk manusia, jin dan haiwan. 

Hati manusia juga pada mulanya tertutup dengan syirik, tertutup dengan kezaliman dan kejahilan.

Iman, Islam dan akhlak tertutup, semuanya itu dibuka oleh Nabi Muhammad SAW dengan dakwah yang berpandukan kitab Al Quran. Terbukalah kebenaran akidah dan syariat Islam, terbukalah akhlak dan budi pekerti yang luhur, terbukalah keadilan sosial dan terbukalah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup.

Dan penyudah (penamat) apa yang telah lalu – Tidak ada Nabi lagi sesudah Nabi Muhammad SAW Juga sebagai penutup berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dan penutup kitab suci Al Quran.

Dan yang menolong kebenaran dengan kebenaran – Pertolongan Nabi Muhammad SAW yang benar ialah Al Quran. Di dalamnya mengandungi segala kelengkapan termasuk akidah, syariat, akhlak, ibadat, bermasyarakat bernegara, falsafah dan mistik. Manusia tidak akan mengetahui kebenaran tersebut tanpa pertolongan Nabi SAW .

Dan yang menunjukkan jalan-Mu yang lurus – lalu yang ditunjukkan oleh Nabi SAW adalah jalan yang lurus, betul dan tegak. Ertinya jalan yang lurus itu adalah ialah jalan Islam, jalan selamat sejahtera dan bahagia. Mustakim selain dari makna lurus boleh diertikan yang tetap dan teguh pendirian dalam melaksanakan perintah Allah. Selain dari Nabi SAW penolong kebenaran ia juga memimpin. Memipin ke jalan yang lurus sejahtera dan selamat.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

JANGAN BERTANGGUH KERANA NAFSU

Menusuk ke qalbu bila dengar Sayyidi bercerita.
tentang kurniaan Allah pada siapa yang dikehendakinya, menghadiri majlis ilmu.
kata Sayyidi, jika kalian tahu apa yang dibahagikan dalam majlis ilmu sebegini, nescaya kamu akan merangkak mendatangi kami. 

Sayyidi bercerita tentang kisah seorang lelaki.
berasal dari Maghribi, menetap di kota Fes, ibu kota Maghribi. 

seorang lelaki yang cukup haibah, terkenal, disegani.
kerjanya adalah mutawwif. berulang alik ke Makkah dan Madinah.
walaupun berkali-kali menatap kaabah, berkali-kali memijak tanah haram, berkali-kali dijemput ke tanah mulia, tapi hati beliau tetap hanya meminta satu perkara dari Allah.
doa yang tidak putus-putus. selalu bermunajat disisi Kaabah. 

ya, doa meminta untuk dipertemukan guru.
seorang rijalullah untuk memimpin rohaninya dalam mengenal Allah.
sekiam lama berulang alik beliau ke Makkah, hanya itu yang diminta tanpa henti, tanpa putus asa. 

sehinggalah satu masa, 
ketika beliau sedang bertawaf haji di Kaabah, tiba-tiba hadir seorang lelaki membisikkan satu kata, satu nama. 'fulan ini adalah guru kamu, berada di Fes' 

subhanallah, 
demi sahaja mendengar kata2 tersebut, meronta-ronta hati beliau untuk balik ke kota bertemu sang guru.
seolah-olah sahaja hendak memutuskan haji yang dilakukan. 

setelah pencarian demi pencarian,
bertemu beliau dengan sang guru yang diilhamkan.
subhanallah!
rupanya lelaki yang ditunjuki Allah, berada sebegitu dekat dengan beliau.
hanya jiran berpisah pintu disebelah rumah. 

bergegas beliau mengetuk pintu rumah, rupanya lelaki yang diisyaratkan tersebut hanyalah insan biasa.
bukan Syeikh, bukan Imam, hanya insan berpakaian biasa, berkerja seperti layaknya orang kampung.
rijalullah! 

bila bertemu, beliau menangis menciumi tangan si guru meminta supaya dibimbing rohani dalam menuju maarifatullah.
'sekian lama dan sekian jauh aku mencari kamu wahai guru, rupanya kamu hanya berada sebegitu dekat dengan aku.
wahai guru, ajarkan aku ilmu rahsia Allah untuk sampai kepada Allah' 

kata guru tersebut.
'boleh, dengan satu syarat.'

lelaki tersebut menjawab dengan penuh keyakinan.
'katakan apa sahaja wahai guru, sesungguhnya aku akan menyanggupi syarat apa sahaja. hatta jika nyawa diserahkan, aku juga sanggup.' 

kata guru.
'baiklah. aku minta kau cukur janggutmu!' 

terpinga-terpinga lelaki tersebut, sambil tersentak menyebut
'لا حول ولا قوة إلا بالله.
aku tidak akan mencukur janggutku. kerana aku adalah seorang yang terkenal. dihormati aku kerana penampilanku. haibah aku kerana janggut dan serbanku. nyawa sanggup aku korbankan, tapi tidak sekali-kali janggutku.
wahai guru, berikan aku waktu untuk berfikir.' 

wallahi..
sahabat,
jika sampai pada kamu jemputan ke hadrah Allah, jika sampai kepada kamu bukaan untuk menuju Dia, jangan menunda-nunda. 
jangan terjebak dengan hawa nafsu yang menginginkan kehendak-kehendak duniawi.
jangan tertipu dengan bisikan supaya berfikir untuk sekian kalinya. 

demi Allah,
tidaklah lama selepas lelaki tersebut meminta tundaan untuk memikirkan suruhan sang guru, berangkatlah sang guru pulang pada Allah. 

dan, 
terpadamlah catatan nama lelaki tersebut pada tulisan disisi auliya Allah.
sehingga tiada siapa lagi yang dapat membantunya dan menuntunnya dalam ilmu maarifatullah.
hatta wali-wali Allah yang lain.
alangkah ruginya. 

.
[ bila dengar kisah ni, teringat akan sombongnya Azazil untuk sujud pada Nabi Adam a.s.
juga teringat tentang Imam AlGhazali yang sanggup membuang 'Aku' dalam dirinya.
tunduk pada guru rohani, biarpun ketika itu beliau merupakan imam besar dan imam yang masyhur ] 

kita?
adakah kita masih bertangguh-tangguh, masih berlengah-lengah?

#Majlis syarah solawatul fatih oleh Sayidi Ahmad Alhadi Alhasani hafizahullah 23/3/22

Ahad, 17 Mac 2024

CIRI 2 HAMBA YANG DIKURNIAKAN MAQAM MUKHLASIN ( المخلصين)

Hamba (manusia) itu milik Tuannya (Allah)
Maka dia tak memiliki sesuatu apapun hatta dirinya sendiri
Hamba itu tidak meminta, menanti, mengharapkan ganjaran atau pembukaan kerna meminta pembukaan itu penghalang kepada pembukaan atau kurniaan

Hamba itu tidak mengharapkan ganjaran daripada tuannya
Dia tiada kehendak sendiri, hanya menurut kehendak tuannya
Dia tiada habuan sendiri
Dia memperkemaskan amalan namun tidak memandang kepada amalan tetapi memandang (syuhud) kepada tuannya

Hidupnya hanya untuk mengesahkan kehambaan kepada tuannya
Dia tak rasa amalnya sempurna
Dia tidak menisbahkan amalnya kepada dirinya kerana dia dan amalnya adalah milik tuannya
Dia tiada keakuan diri
Dia tiada menzahirkan ketuanan
Dia tidak mendakwa kelayakan atas amalnya untuk mendapat apapun kurniaan tuannya

Hamba itu tiada tujuan dengan tuannya
Dia tidak meminta-minta kepada tuannya kerna dia tahu tuannya pasti menguruskan halnya
Dia malu dengan taatnya seperti orang yang malu dengan maksiatnya
Dia tidak merasakan dirinya dekat dengan tuannya
Dia rasa hina kotor malu dekat tuannya
Itulah hamba sejati, hamba Allah

"BUANG semua, dapat SEMUA"

134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri (Ustaz Azhar Idrus)WAJIB BACA *Share ya sbb tentu Ramai yg tak tahu!

1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?

Tak batal

2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?

Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.

3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?

Sunat berhias diri pada hari raya.

4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?

Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah.

5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?

Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.

6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?

Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.

7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?

Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.

8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.

Batal puasa.

9.Kalau menangis batal tak puasa?

Tak batal walaupun sebulan menangis.

10.Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?

Tak boleh ganti puasa orang yang masih hidup.

11.Kalau orang hilang akal tak puasa macam mana?

Hilang akal bukan lagi dikira mukallaf. Jadi tak wajib puasa.

12.Solat terawih kat surau atau masjid, mana lagi afdhal?

Masjid.

13.Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Adakah dikira muntah dengan sengaja?

Tak batal. Yang batal usaha supaya terjeluak bukan dengan gosok gigi tapi dengan cara kebiasaan yang dibuat orang supaya muntah.

14.Kenapa kita sambut nuzul Quran pada 17 Ramadhan? Bukankah al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar itu ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan?

Lailatul Qadar turun pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir bukan syarat tetapi adat kebiasaan sahaja. Boleh berlaku juga pada malam yang lain.

15.Tak apa ke kalau kita asyik teringat perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?

Tak berdosa tapi tak dapat pahala. Baik ingat Allah banyak-banyak. Dapat pahala.

16.Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?

Berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.

17.Boleh tak perempuan yang datang haid tak makan dan minum di bulan puasa?

Boleh, tapi tak boleh niat mengerjakan puasa.

18.Apakah hukum solat sunat terawih dengan 4 rakaat 1 salam?

Sah, tapi menyalahi yang lebih utama?

19.Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?

Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.

20.Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?

Tak batal keluar darah luka melainkan darah haid dan nifas.

21.Batal tak puasa jika telan air liur basi yang banyak dengan sengaja di siang hari?

Batal telan yang basi. Yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.

22.Puasa enam dapat dikira sebagai puasa ganti atau tidak?

Kena niat puasa ganti baru dikira.

23.Apakah hukum bersiwak di bulan puasa?

Bersiwak ertinya membersihkan gigi dengan alat bukan dengan air manakala yang dimakruhkan berlebihan adalah ialah membersihkan mulut dengan air.

24.Apakah hukum berselawat di antara solat terawih?

Harus dan dapat pahala.

25.Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?

Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.

26.Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?

Tertelan tak batal. Sengaja telan membatalkan puasa.

27.Saya ada tabiat suka meludah. Sah ke puasa saya?

Makruh suka meludah ketika berpuasa. Harus telan sahaja air liur tu.

28.Kenapa hisap rokok boleh batal puasa? Sedangkan hidu asap kereta boleh.

Hisap rokok masuk nikotin dalam kerongkong. Sebab itu kalau orang tidak merokok tapi kena asap rokok tak membatalkan puasa kerana tak masuk nikotin melepasi kerongkongnya. Begitu juga dengan asap kereta, batal puasa kalau seorang itu hisap dengan cara lekatkan mulut pada ekzos kereta dan hisap.

29.Berapa rakaat paling sedikit untuk solat terawih?

Paling sedikit 8 rakaat.

30.Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?

Tak batal.

31.Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal ke tidak?

Tak batal.

32.Saya mengandung dan tidak boleh berpuasa kerana muntah-muntah serta pening jika berpuasa. Adakah saya kena bayar fidyah atau saya kena qadha puasa sahaja?

Qadha puasa sahaja.

33.Betulkah pahala solat terawih tidak dikira jika tak buat solat witir dipenghujung?

Tak betul. Masing-masing adalah sunat yang tersendiri. Buat satu dapat satu.

34.Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di 'wall' Facebook?

Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.

35.Apakah hukum berpuasa di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad?

Tidak haram puasa pada hari tersebut. Cuma Rasulullah SAW suka kita puasakan Jumaat dengan Sabtu atau Khamis dengan Jumaat atau Isnin dengan Khamis.

36.Betulkah kalau puasa hari Jumaat kena puasa juga hari Sabtu?

Sunat tambah hari Sabtu atau Khamis. Kalau puasa hari Jumaat sahaja kurang afdhal tetapi sah.

37.Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?

Tak batal melainkan ditelannya baru batal.

38.Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?

Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.

39.Betulkah puasa sunat tak boleh dibuat selagi tak ganti puasa fardhu?

Boleh buat.

40.Qiamullail boleh dilakukan secara berjemaah?

Boleh.

41.Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?

Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.

42.Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?

Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak 'pump' sinki yang tersumbat tu..

43.Betulkah nabi SAW tidak pernah berbuka puasa di rumah, hanya di masjid?

Nabi SAW ada juga berbuka dengan isteri-isterinya di rumah.

44.Secebis makanan tersangkut di antara halkum. Adakah patut membuangnya atau menelan?

Bila berada di tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh buang.

45.Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?

Makruh.

46.Apakah hukum berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh"?

Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.

47.Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?

tidak benar.

48.Boleh tak saya kumpulkan sekali denda fidyah yang tahun-tahun lepas, beri kepada masjid dan orang miskin?

Wajib bayar denda bila saja mampu. Boleh bayar denda asing-asing atau disekalikan untuk satu golongan penerima. Tak sah denda diberi kepada masjid. Wajib kepada faqir dan miskin sahaja.

49.Apakah hukum berbuka puasa bersama pakwe/makwe?

Sah, tetapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual.

50.Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?

Harus, dan jika berlebihan jirus jadi makruh.

51.Apakah hukum suami isteri bermanja-manja ketika berpuasa?

Nabi SAW harus manakala kita makruh. Jika keluar mani jadi haram.

52.Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?

Tempat kita bekerja.

53.Antara waktu berbuka dan waktu bersahur, yang mana banyak kelebihan?

Berbuka.

54.Seorang tinggalkan puasa tahun dulu-dulu, dalam 50 hari. Tahun lepas dia dah ganti 20 hari, tapi tak sempat bayar fidyah. Tahun ini dia kena ganti 50 hari juga atau 30 hari sahaja? Bayar fidyah adakah perlu digandakan?

Puasa yang sudah diqadha tidak lagi berganda fidyahnya. Bilangan fidyah hanya mengikut bilangan baki yang belum diqadha sahaja.

55.Korek telinga dengan putik kapas hingga ke gegendang telinga, makruh tak?

Jangan sampai ke gegendang kerana ada pendapat yang mengatakan batin rongga telinga bermula pada gegendang telinga manakala ulamak-ulamak lain mengatakan belakang gegendang dekat otak baru membatalkan.

56.Seorang tua dinasihati doktor supaya kerap minum air. Si tua ini juga sesak nafas jika puasa. Macam mana?

Kalau memang benar tak minum air boleh jadi sesak nafas, harus berbuka dan wajib qadha apabila hilang penyakit. Kalau penyakit yang tiada sembuh lagi pada adatnya tak wajib qadha hanya wajib bayar fidyah.

57.Kita sedang puasa sunat, tetapi ada orang jemput menghadiri undangan ke rumahnya. Mana lagi afdhal?

Afdhal puasa kerana menghadiri jemputan tidak disyaratkan makan jamuan di situ. Jika kita makan dia juga gembira, afdhal makan.

58.Terdetik hati untuk niat puasa lepas isyak, tetapi terlupa. Jadi ke tidak niat puasa itu?

Kalau ada dalam hati nak berniat puasa qadha lepas isyak dikira sah kerana niat nak berniat lepas isyak sudah terkandung di dalamnya nak puasa qadha esok. Dengan syarat masa niat itu sudah malam.

59.Jika tak tunai solat fardhu, adakah sia-sia amalan solat terawih?

Amalan sunat tergantung jika tak buat yang wajib.

60.Keadaan yang macam mana, tidak berpuasa, tetapi tidak boleh makan dan minum?

-Orang yang batal puasanya bukan sebab haid seperti orang yang telah memasukkan air sampai ke batin telinganya.

-Orang yang sengaja tidak berniat ataupun lupa niat pada malamnya.

-Orang yang tidak mahu berpuasa tanpa uzur.

61.Adakah hadis berkenaan ganjaran solat terawih itu sohih? Boleh tak disebarkan hadis itu untuk tujuan menarik orang untuk menunaikan solat terawih?

Hadith tersebut ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan ia palsu. Ini yang paling banyak di sisi ulamak. Oleh itu, sebaiknya jangan disebarkan.

62.Adakah batal puasa jika telan kahak yang keluar dari dalam anak tekak?

Batal telan kahak dari dalam tekak.

63.Berapakah bilangan sebenar solat terawih? 8 rakaat atau 20 rakaat? Yang manakah lebih afdhal?

Lebih banyak rakaat lebih afdhal.

64.Apa sunnah Nabi SAW makan berbuka?

Kurma dan air.

65.Jika kita mandi wajib selepas subuh, bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?

Sah puasa dalam keadaan junub.

66.Selepas habis waktu sahur, disebabkan perut kosong, angin dari perut naik balik ke tekak bersama minuman dan makanan. Macam mana? Puasa masih sah?

Kalau naik balik tak melepasi kerongkong, tak batal kalau makanan/minuman masuk semula.

67.Seorang kawan kerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai tengah hari. Apakah hukum puasa dia?

Tidak batal puasa dan tidak makruh kerana berkerja syif malam. Jika tidur sepanjang hari, makruh hukumnya.

68.Saya ada seorang kawan muallaf. Dia berpuasa tetapi di badan dia ada 'tattoo' dan lidah bertindik. Adakah puasa dia sah?

Jika 'tattoo'-nya dalam masa Islam dan menghalang sahnya wuduk dan mandi hadas, puasanya tidak diterima sebab solatnya tidak sah. Jika 'tattoo' itu dibuat dalam masa kafir, tak wajib buang dan sah solatnya.

69.Tahun ini kita kurang sebulan berpuasa, jadi hari raya pertama boleh tak puasa?

Perkataan yang mengatakan puasa 29 hari tak cukup itu bukan perkataan ulamak. Dalam Islam puasa Ramadhan berkisar antara 29 dan 30 hari.

70.Adakah sah puasa orang yang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?

Sah. Tetapi berdosa kerana buat maksiat. Melakukan dosa ketika puasa menafikan hikmah puasa yang mahu kita jadi orang bertakwa.

71.Inhaler untuk orang selsema, adakah batal puasa jika digunakan?

Jika dihisap dengan kuat boleh membatalkan sebab masuk air ubat ke dalam kerongkong. Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.

72.Mana lebih baik, niat puasa sebulan atau setiap malam sebelum imsak? Adakah batal jika niat di siang hari?

Aku berniat mengerjakan puasa Ramadhan tahun ini sebulan kerana Allah s.w.t. Tak batal puasa dengan sebab niat di siang hari.

73.Apakah hukum ke bazar Ramadhan apabila bazar itu dihadiri oleh wanita-wanita berpakaian seksi?

Bazar tersebut dikiaskan dengan pasar yang mana Nabi SAW menyuruh siapa yang pergi hendaklah menjaga pandangan. Sengaja melihat aurat hukumnya adalah haram sama ada kita peniaga atau pembeli.

74.Boleh tak saya ajak kawan-kawan saya dari Jepun (bukan Islam) yang buat dokumentari pasal Ramadhan berbuka di masjid?

Boleh dan wajib minta kebenaran ahli jawatankuasa masjid.

75.Kalau saya dari tanah air pukul 3 petang bertolak ke Jeddah sampai pukul 6 petang (waktu sana) sedangkan waktu Malaysia sudah pukul 9 malam. Waktu mana patut saya ikut berbuka puasa?

Wajib ikut waktu negeri mana kita berada.

76.Adakah dosa dilipat gandakan apabila melakukan kesalahan(dosa) di bulan puasa?

Tak berlipat ganda dosa tetapi berkurang pahala puasa.

77.Boleh ke niat puasa waktu bersahur?

Sah niat antara waktu Maghrib sampai waktu Subuh.

78.Apa hukumnya wanita memakai wangi-wangian ke bazar Ramadhan?

Wanita haram memakai wangi-wangian yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi sama ada bulan puasa atau bulan lain.

79.Kalau qadha puasa, kemudian berbuka bukan sebab uzur. Kena qadha ganda ke?

Tak ganda. Kena qadha semula.

80.Apakah hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat?

Sah berjual beli. Haram jika sengaja pandang auratnya.

81.Adakah batal puasa jika pakai 'contact lens'?

Tak batal puasa.

82.Batal tak puasa jika terima rawatan suntikan?

Suntikan jika mengenyangkan pesakit membatalkan puasa.

83.Kenapa pada bulan puasa masih berlaku histeria?

Yang diikat adalah kepala-kepala jin kafir yang jahat. Jika ada berlaku lagi gangguan, itu adalah daripada jin-jin yang tidak diikat.

84.Apakah hukum memaksa solat terawih dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk kerana rehat dan tidur yang tidak mencukupi?

Memaksa seperti itu tidak menjadi kesalahan. Yang tak elok ialah sampai tubuh badan sakit-sakit dan mudarat kesihatan. Kalau letih, berhenti sahaja. Sunat bukan wajib..

85.Jika seseorang wanita mandi wajib semasa subuh sah kan puasanya? Boleh ke sebenarnya dia mandi wajib sebab masuk rongga faraj?

Faraj anak dara biasanya berbeda dgn faraj wanita yg pernah disetubuhi yaitu ketika duduk mencangkung mcm nak buang air besar faraj anak dara tdk terbuka manakala faraj yg pernah bersetubuh terbuka..ada yg terbuka sedikit dan ada yg terbuka banyak..sama ada terbuka sikit atau banyak, wajib disampaikan air disitu dan biasanya air tdk masuk lebih dr kawasan yg terbuka melainkan disumbat paip ke mulut faraj..perlu diketahui, bila duduk mencangkung tu, biarkan saja ia terbuka dgn sendirinya dan bukan dibuka..apa yg masih tdk terbuka ketikla duduk tu adalah dikira batin faraj yg tdk wajib disampaikan air..dan perlu diketahui..ada juga faraj wanita yg pernah disetubuhi itu tertutup rapat sekalipun sudah banyak kali disetubuhi maka tidaklah wajib disampaikan air ke kawasan farajnya yg tidak terbuka itu..

86.Apa hukum sedut asap welding ketika puasa?

Asap rokok disedut sampai ke dalam dada manakala asap welding hanya sedikit yang sampai ke mulut.

87.Sah tak puasa jika berniat puasa untuk sebulan itu di tengah-tengah bulan?

Kena niat di awal bulan baru sah melainkan wanita yang pada awal bulan itu sedang haid maka hendaklah dia niat sebulan setelah dia suci. Kalau tengah bulan datang haid, tak perlu niat semula setelah suci, hanya wajib niat setiap malam macam biasa.

88.Hadith "Ummu Salamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda 'sebaik-baik masjid bagi wanita ialah kamar-kamar yang paling dalam dirumah mereka?(HR Ahmad)". Boleh ustaz ulas?

Hadith ini bukan mengharamkan wanita ke masjid tetapi menyebut kelebihan solat dirumah berbanding di luar rumah sahaja. Jika wanita ke masjid, hukumnya adalah harus dengan syarat dia menjaga peraturan-peraturan syarak yang telah ditetapkan.

89.Adakah hadis kelebihan solat dirumah bagi wanita ini mesti diambil dulu dari hadith-hadith lain tentang kelebihan solat berjemaah? Adakah lebih afdhal wanita solat di rumah meskipun sendirian berbanding di masjid berjemaah?

Ya..

90.Boleh tak kita terawih sebelum Isyak?

Tak boleh.

91.Kalau sedang selsema, telan hingus yang turun ke mulut dari laluan hidung (bukan dari lubang hidung), batal tak puasa?

Batal.

92.Apakah hukum pergi takbir raya?

Sunat.

93.Apakah hukum zakat fitrah bagi anak-anak zina? Siapa yang wajib bayar ke atasnya?

Ibu si anak. Lihat kitab al-Mufassal fi ahkamil mar-ah.

94.Sebenarnya orang yang tak solat, suka tinggal solat boleh beraya tak?

Tak boleh sebab Hari raya adalah kemenangan bagi orang yang bertaqwa. Orang yang tak solat tak masuk dalam kumpulan orang taqwa.

95.Boleh tak pergi beraya di malam-malam hari contohnya ketika waktu Maghrib?

Bergantung kepada uruf. Jika uruf tidak memandangnya sebagai adab yang buruk, tidaklah menjadi kesalahan.

96.Apakah hukum pasang lampu kelip-kelip pada hari raya nanti?

Jangan anggap ia kemestian sambut raya. Niat pasang tu untuk hias halaman rumah, 'okay' lah..

97.Saya seorang pelajar yang mendapat biasiswa. Adakah wajib saya membayar zakat fitrah ataupun bapa yang kena membayarnya?

Jika pelajar tersebut telah mampu menyara hidupnya sendiri, bapa tidak lagi membayar zakat fitrahnya..

98.Adakah balik beraya boleh dikira sebagai urusan? Berapa lama seseorang itu boleh jamak qasar kalau dia tak tahu berapa lama dia balik beraya kat kampung?

Ya, dikira urusan. Kalau tak pasti, boleh jamak 18 hari.

99.Tak apa ke kalau kita saja-saja bertakbir raya? Ada orang kata tak elok bertakbir masa bukan hari raya.

Bida'ah tapi tidak berdosa.

100.Boleh sebut "Gong Xi Raya" dan "Deepa Raya"?

Lakum diinukum waliadin (bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami).

101.Katakan hari raya jatuh pada hari Jumaat. Pagi dah solat sunat hari raya dan dengar khutbah raya. Boleh tak kalau tak pergi solat Jumaat?

Wajib solat Jumaat. Yang tak wajib solat Jumaat jika dah solat raya ialah orang yang tinggal di pedalaman yang jauh dari masjid. Bila mereka dah datang pada paginya solat hari ray, tak diwajibkan lagi datang sekali lagi untuk solat Jumaat.

102.Niat puasa sunat untuk diet dan kurus, dapat pahala tak puasa tu?

Dapat pahala jika masih ada niat kerana Allah.

103.Kalau saya tinggal puasa dua tahun lepas, wajibkah bayar fidyah walaupun saya masih dalam tangunggan ibu bapa?

Jika anda masih budak-budak yang belum layak berkerja, fidyah dibayar oleh bapa.

104.Adakah puasa yang ditinggalkan 400 hari mesti diqadha dalam masa sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang?

yang wajib qadha sebelum masuk Ramadhan baru hanyalah bilangan yang muat pada tahun tersebut. Jika bilangan tersebut lebih daripada bilangan yang muat, tidak mengapa dibayar pada tahun selepasnya.

Bagaimana pula dengan fidyah? Adakah berganda? Jika tak mampu macam mana?

Tak mampu tak wajib bayar. Wajib bayar setakat yang mampu sahaja.

Setahun ada 365 hari. Kena puasa 365 hari penuh?

Melainkan dua hari raya dan 11,12 dan 13 Zulhijjah.

105.Adakah puasa sunat yang lain selain Isnin dan Khamis?

Sunat Rejab dan Syaaban.

106.Jika cabut gigi di bulan puasa, batal puasa tak?

Batal jika ditelan gigi tersebut.

107.Sengaja membatalkan puasa dengan makan dan minum kerana ingin berjimak dengan isteri. Adakah tetap dikenakan denda?

Tak kena menurut satu pendapat dalam mazhab Syafie.

108.Saya tinggal di Finland. Di sini Maghrib pukul 9.20 malam manakala Subuh pukul 3.21 pagi. Boleh atau tidak berbuka puasa ikut waktu Mekah kerana tidak larat berpuasa panjang sangat.

Wajib puasa ikut waktu berdekatan yang mampu diikut berpuasa. Contoh di Finland puasa 18 jam sehari jadi berat sangat menanggung, maka harus ikut negeri terdekat dulu yang ringan seperti Belanda 15 jam. Tak boleh terus nak ikut France umpamanya jika France 13 jam.

109.Apa hukum sengaja menayangkan makanan atau gambar makanan depan orang berpuasa?

Makruh.

110.Boleh tak kalau kita tak habis lagi puasa ganti dan sambung puasa enam? Selepas habis puasa enam baru sambung puasa ganti balik.

Boleh niat puasa enam dan qadha sekaligus menurut setengah ulamak fiqh.

111.Boleh niat puasa qadha dan sunat sekaligus?

Harus.

112.Kalau sudah niat puasa untuk sebulan Ramadhan, selepas itu datang haid. Adakah perlu perbaharui niat berpuasa sebulan yang telah dibuat? Adakah perlu niat setiap hari selepas itu?

Sunat niat semula malam suci dari darah dan wajib niat setiap hari selepas itu.

113.Boleh tak niat puasa ganti, puasa sunat Isnin dan puasa enam sekaligus?

Dapat dua puasa sahaja iaitu puasa sunat dan puasa wajib.

114.Jika saya demam dan sakit kepala, adakah saya bersalah/berdosa jika saya membatalkan puasa saya?

Pesakit sendiri dapat mengetahui adakah kesakitan yang dialami memerlukan berbuka atau meneruskan puasa. Jika memang sakit yang melemahkan badan, harus berbuka.

115.Kawan saya terpandang gambar orang kemalangan lalu muntah dan terus pengsan. Adakah sah puasa kawan saya itu?

Sah.

116.Kawan saya cakap sahur itu wajib, jika tidak sahur maka puasa batal. Betul ke?

Kawan awak memang sudah tidak betul akalnya sebab bercakap perkara hukum sedangkan dia tidak mengerti apa-apa. Sahur bukan wajib tetapi sunat sahaja dan sah puasa tanpa sahur.

117.Saya niat berpuasa. Tiba-tiba pukul 10.00 pagi kawan ajak hisap rokok, saya pun hisap. Pukul 3.00 petang baru sahaja sedar saya puasa. Batal tak?

Tak sengaja buat perkara yang membatalkan puasa tidaklah membatalkan puasa.

118.Adakah rumah terbuka dikira ibadah?

Harus pada syarak.

119.Korek telinga menggunakan putik kapas (cotton bud), adakah batal puasa?

Tak batal sebab kalau ditusuk jauh pun, takkan melepasi gegendang telinga. Di belakang gegendang telinga dikira batin yang boleh dimasuki oleh air.

120.Boleh atau tidak kawan saya mahu ganti puasa 30 hari selepas hari raya kerana takut puasa dia tidak diterima Allah?

Tak boleh, cara yang betul adalah buat puasa sunat sebagai menampung kekurangan puasa kita yang wajib.

121.Apakah hukum menziarah kubur di pagi raya?

Harus dan jangan iktikadkan sunat ziarah hari raya.

122.Apa hukum jika niat puasa sunat, kemudia berbuka?

Puasa wajib, wajib diteruskan melainkan ada keuzuran. Puasa sunat, makruh berbuka tanpa keuzuran.

123.Tak jumpa orang miskin untuk bayar fidyah di kawasan saya. Boleh tak saya buat kenduri beri makan kepada orang ramai?

Kena beri kepada orang miskin di tempat lain.

124.Puasa bulan Syaaban lagi banyak pahala ke bulan Ramadhan lagi banyak pahala?

Bulan Ramadhan mengatasi segala bulan kerana ada padanya Lailatul Qadr.

125.Antara puasa qadha(ganti) dengan puasa puasa nazar, yang mana lebih afdhal didahulukan?

Boleh pilih.

126.Dapat fadhilat juga ke bersahur utk puasa As syura?

Dapat kerana perintah Nabi SAW suruh bersahur itu umum untuk semua puasa.

127.Kalau kita puasa hanya 10 Muharram sahaja boleh tak?

Boleh cuma kurang afdhal.

128.Ada hadis puasa sehari itu dihapuskan dosa setahun yang lepas. Bagaimana puasa separuh hari, adakah dihapuskan dosa 6 bulan yang lepas?

Tak dikira. Cuma berpahala jika bukan sengaja berbuka.

129.Ada tak jenis gastrik yang tak boleh puasa langsung?

Ada. Sesetengah pengidap gastrik kena makan setiap dua jam.

130.Jika sengaja tinggalkan puasa wajib digantikan dengan puasa dua bulan?

Wajib ganti sehari sahaja bukan dua bulan. Wajib ganti dua bulan itu hanya untuk mereka yang jimak isteri di siang hari Ramadhan sahaja.

131.Sekiranya arwah abah meninggal, macam mana ahli keluarga nak qadha puasa arwah yang lepas-lepas? Boleh tak bayar fidyah sahaja?

Bayar fidyah sahaja.

132.Apakah hukum berbuka puasa dengan jimak?

Harus kalau di rumah, haram kalau di masjid.

133.Ibu 'ABC' telah menunaikan umrah baru-baru ini. Beliau telah mula berpuasa di Mekah satu hari lebih awal. Bagaimanakah kedudukan puasa beliau sekarang di Malaysia berpuasa Ramadhan 30 hari?

Beliau wajib jadikan puasanya campur di Mekah dan di sini tidak lebih 30 hari sahaja.

134.Bagaimana gabung puasa qadha dengnn puasa sunat Isnin-Khamis?

Sesetengah ulamak kata boleh. "Sahaja aku puasa qadha Ramadhan esok hari serta sunat Isnin kerana Allah

*Share dan tag kawan2