Sabtu, 16 Mac 2024

RACUN DAN PENAWARNYA

(Tausiyah Tn Guru Hj Yahya Zakaria di Masjid Qaryah Paroi, Seremban, Petang Semalam 16/03/2024)

Tamak pada dunia, ianya akan menjadi racun. Penawarnya adalah zuhud, yakni merasa cukup dengan apa yang ada. 

Umur yang dihabiskan dan tidak dimanfaatkan utk kebaikan didunia akan menjadi racun, dan penawarnya adalah menjadikan hidup sebagai amal ibadah. 

Harta benda yang dipunyai akan menjadi racun jika diperolehi dengan jalan yang salah, dan penawarnya adalah sedekah, zakat, dan infaq. 

Mulut akan menjadi racun melalui keburukan lisan yang keluar seperti mengumpat, mencaci, dan mencela, dan penawarnya adalah zikrullah.

Hidup akan menjadi racun dengan segala kelalaiannya dan kemaksiatan yang terdapat didalamnya, dan penawarnya adalah Ramadhan yang akan menghapuskan dosa-dosa pada tahun tersebut melalui pengampunan dan rahmat Allah Ta'ala dalam bulan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.hu katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mendirikan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" 
(HR Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan