Sabtu, 2 Mac 2024

HAKIKAT MATI DIRI

HAKIKAT itu Kenyataannya adalah HIDUP. 

HAKIKAT itu adalah QIAM. 

QIAM itu pula adalah BERDIRI. 

Bukanlah Berdiri dengan kaki, akan tetapi adalah "BERDIRINYA KEBENARAN".

Didalam diri adanya BAIK, dan didalam diri juga adanya JAHAT.

Didalam diri adanya SYURGA, dan didalam diri juga adanya NERAKA.

Didalam diri adanya KEBATILAN, dan didalam diri juga adanya KEBENARAN.

MATI itu adalah tidak HIDUP !

Maka, Allah SWT tidak akan sesekali dapat Dikenali dengan sebenar-benarnya Kenal kecuali setelahnya MATI. 

MATI itu pula adalah KOSONG, dan KETIADAAN itu pula adalah MA'RIFAT. 

Hakikatnya MATI itu tidaklah dapat Diperihalkan, dan tidaklah pula ianya Berhuruf dan Berupa, akan tetapi ianya tetap ADA. 

MATI itu pada Hakikatnya adalah KIAMAT KECIL bagi seluruh manusia. 

DIRI itu ada kesemuanya, iaitu pada DIRI itu adalah Kenyataan WUJUD ALLAH SWT. 

DIRI itu MENGENAL TUHAN. 

DIRI itu adalah IMAM kepada kesemua DIRI. 

Didalam DIRI Empunya DIRI adanya NAFSU. 

Adanya Jahat, adanya Baik dan sebagainya. 

Maka IMAM itu adalah Kepala SOLAT. 

Maka ianya Diketuai oleh segala NAFSU dan KEINGINAN daripada segala Sifat MAZMUMAH.

Dan juga Dibimbing pula oleh IMAM didalam KHUSYUK.

Diantara JALAN MENGENAL DIRI itu adalah Mengetahui dan Memahami akan Hakikatnya "MATI SEBELUM MATI".

Maka, HAKIKAT MATI itu adalah didalam SOLAT. 

HAKIKAT SOLAT itu pula adalah DA'IM, iaitu :

Disepanjang hidup dan membawa kepada Sifat Hayat dan HAYAT ALLAH SWT itu Tersedia ADA. 

Iaitu QIDAM... 

Sebabnya, hanya Insan-Insan yang telah MATI sahaja akan dapat "MENGENAL ALLAH SWT".

Dan apabila kita mengenali seseorang itu, bermaknanya kita telahpun membina suatu Perhubungan dengan orang tersebut. 

Maka samalah Qiasnya dengan SOLAT yang dapat Ditakrifkannya sebagai :

- PENGHARAPAN.

- PERHUBUNGAN.

- DOA. 

Dan sebagainya... 

Insan-Insan yang telah MATI sahaja akan dapat MENGENAL ALLAH SWT dengan sebenar-benarnya KENAL. 

Kerana, dahulunya kita itu tersedianya MATI (ALAM ROH).

Ketika mana kita semua Mengucapkan sahaja SYAHADAH ROH dan Kenyataan WUJUD. 

Maka Wujudnya ALAM PENYAKSIAN (ALAM SYAHADAH). 

Iaitu : Alam yang didiami kita pada masa ini.

Maka kaitan MATI secara ILMU itu adalah berkaitannya dengan Lafaz TAKBIRATULIHRAM didalam SOLAT.

Dan juga berkaitannya dengan HAYAT manusia yang bernama INSAN didalam segala urusan sehari-hariannya. 

Pada Hakikatnya, TAKBIRATULIHRAM itu di ibaratkannya "KUNCI GERBANG SOLAT". 

Kerana kaitannya adalah dengan "ALLAH HU AKBAR..."

USUL :

1) Mengapakah disebutkan ALLAH HU AKBAR ? 

Disebabkan ALLAH SWT itu terlalu MAHA AGUNG dan MAHA SUCI, maka ALLAH SWT sememanglah tersedianya AKBAR.

2) Apakah itu ALLAH ?

3) Apakah itu HU ?

4) Apakah itu AKBAR ?

KETIADAAN itu pada Hakikatnya adalah MA'RIFAT, dan MA'RIFAT itu pula adalah HAKIKAT MENGENAL. 

MENGENAL itu pada Hakikatnya adalah HAKIKAT TAHU (MENGETAHUI). 

Dan TAHU itu pula membawa kepada HAKIKAT KHUSYUK. 

Sedangkan KHUSYUK itu pula membawa kepada HAKIKAT FAHAM (MEMAHAMI).

Maka, hendaklah Kosongkan akan segala-galanya Nama, Kuasa, Pangkat, Harta dan Kehendak Diri (Hawa Nafsu) apabila mengangkat sahaja TAKBIRATULIHRAM. 

Bawalah bersama-sama Ke MAHA BESARAN ALLAH SWT yang dipinjamkan kepada diri ini. 

Pada Hakikatnya, MATI itu tidaklah akan dapat berbuat apa-apa langsung. 

Kerana MATI itulah Tarafnya adalah HAMBA ! 

Itulah sebabnya didalam Surah al-Isra' Allah SWT berfirman : 

"ALLAH Memperjalankan Hamba-NYA..."

Bukanlah KEKASIH-NYA atau NABI MUHAMMAD atau MUHAMMAD ataupun RASUL-NYA. 

HAKIKAT MATI DIRI itu di ibaratkannya "TERKUNCI DIRI".

Maka, KUNCILAH DIRI kamu itu sewaktunya SOLAT.

Agar kamu dapat MENYATAKAN HAL KEADAAN ALLAH SWT. 

Maka, Terbebaslah kamu daripada MENSYIRIKKAN (MENYEKUTUKAN) ALLAH SWT.

Jikalau tidak, 5 waktu sehari semalam senantiasa sahaja kamu MENSYIRIKKAN ALLAH SWT didalam SOLAT !

Hendaklah difahamilah bahawasanya, pada Hakikatnya SOLAT dan SEMBAHYANG itu adalah berbeza.

"ADA RAHASIA DIDALAM RAHASIA... "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan