Isnin, 25 Mac 2024

JANGAN MENGAMBIL ILMU DARIPADA AHLI BIDAAH

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Pada zaman yang serba moden ini, banyak daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah Asyairah wal Mathuridhiah memandang dengan keilmuan kepada sesuatu ilmu tanpa melihat kepada ahli ilmu tersebut. Ketahuilah setiap ilmu itu mempunyai Nur sendiri yang akan menentukan ilmu tersebut memberi manfaat kepada pemiliknya dan penerimanya ataupun sebaliknya.

Maka sayugialah (hendaklah) bagi ahli ilmi atau tholibul ilmi itu memilih ia akan ilmu yang memberi manfaat kepada dirinya dan tidak membinasakan dirinya. Pemilihan nur ilmu itu adalah satu perkara yang penting. Adalah nur ilmu itu hanyalah diwarisi oleh pewarisnya sama ada diwarisi daripada gurunya ataupun futuhat dan kurniaan daripada Allah sendiri (sepertimana ilmu para auliya yang diperoleh daripada pembukaan² ilahi). 

Dengan lazimnya kewajipan memilih ilmu yang bermanfaat (yang mempunyai nur) itu maka lazim lah juga memilih orang yang menyampaikan ilmu itu sendiri (guru). Memilihlah olehmu hai saudaraku akan orang yang mewarisi nur ilmu. Janganlah engkau memilih akan yang merosakkanya (nur ilmi) hanya dengan helaian kertas yang dimilikinya yang adalah terkadang diberikan oleh penyembunyi kebenaran (orang kafir). Adalah mereka itu (orang kafir) tidak boleh dipercayai. Jika mereka (orang kafir) boleh memalsukan kalam ilahi (sepertimana pendeta² yang memalsukan kalam Allah) apatah lagi memalsukan ilmu kepada musuhnya (orang islam).

Lazim daripada orang kafir begitu jugalah dengan ahli bidaah. Adalah fahaman mereka ahli bidaah menyalahi akan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah Asyairah wal Mathuridhiah.

Timbul persoalan "Bukankah kita boleh mengambil ilmu daripada ahli biadaah jika adalah ilmu itu benar ?" Maka aku jawab jika adalah ilmu itu benar apakah tiada ilmu itu disisi ulama ahli sunnah wal jamaah ? Jika ada ilmu itu disisi ahli sunnah wal jamaah jadi mengapa harus mengambil ilmu yang sama daripada ahli bidaah ? Jika tiadalah ilmu itu disisi ulama ahli sunnah wal jamaah maka bagimana kamu mengetahui ilmu tersebut benar dan tidak menyalahi ahli sunnah wal jamaah ?

Jika adalah ilmu itu disini ulama ahli sunnah wal jamaah maka hendaklah kita mendahului ulama yang pegangannya sahih berbanding sebaliknya. Mengambil ilmu islam daripada orang yang menyimpang dengan alasan untuk inovasi akan menghina orang yang hebat daripada kalangan orang yang benar. Ketahuilah Allah telah mengcukupkan ilmu islam kepada ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Maka tiada lagi sebab atau alasan untuk mengambil ilmu islam daripada ahli bidaah.

Dan adalah ahli bidaah juga banyak mengambil ilmu dan manfaat daripada Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah maka mengapa olehmu hai saudara Ahli Sunnah wal Jamaah mengambil ilmu daripada golongan ahli bidaah sedangkan kamu berada didalam kapal keilmuan. Mana boleh matahari mengambil cahaya daripada bulan yang mengambil manfaat cahaya daripadanya.

Sekian daripada hamba yang dhoif Al Faqir Muhammad Alif Imran At Tijani

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan