بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Bagaimana kamu (berani) mendakwa (bahawa kamu) berkhidmat (mensyiarkan agama/berdakwah) untuk Tuhan kamu, dan pada masa yang sama (pula) kamu membenci akan hamba-hamba-Nya? Perkara ini adalah tidak benar! Barangsiapa yang menyukai akan Penciptanya Subhanahu Wata'ala, (maka) nescaya dia juga akan menyukai (apa) yang diciptakan-Nya.
Bagaimana kamu menyebabkan hati seseorang itu terasa? Menyakiti dan melukai (hati) makhluk Allah Subhanahu Wata'ala yang lain? Dan bagaimana kamu ingin kekal diperhatikan di dalam Hadrah Tuhan kamu (disebabkan perbuatan kamu itu)?
Tidak ada yang paling mulia, dan tidak ada yang paling disukai oleh Allah Subhanahu Wata'ala selain daripada hati para hamba-Nya, kerana tidaklah Allahﷻ menciptakan sesuatu makhluk, akan sesuatu yang terlebih penting, terlebih utama dan besar serta mulia, melainkan daripada hati orang yang beriman.
Dan bukan sahaja hati orang yang beriman, bahkan hati orang kafir juga, seandainya hati mereka itu dimasuki iman, (maka hati mereka akan) jadi hati yang disukai Allahﷻ. Maka itu hanyalah pengecualian bagi hati yang dalam kekufuran, bukanya hati yang asal. Kerana, asalnya semua hati-hati manusia ini disukai oleh Allahﷻ, kerana Allahﷻ menjadikan hati tersebut rumah bagi Allah.
Sebab itulah tidak ada ibadat disisi Allahﷻ yang seumpama meraikan hati orang (yang lain), (iaitu perbuatan) yang memasukan kegembiraan ke dalam hati orang-orang yang beriman, dan juga orang yang kafir, (yakni) orang yang bukan harbi, untuk menariknya kepada agama Allahﷻ. Sebab itulah sebenarnya, (yakni) pada hakikatnya (mereka yang kafir itu) bukannya musuh Allahﷻ. Mereka hanyalah musuh Allahﷻ pada syariatnya sahaja.
Kalaulah kita menisbahkan permusuhan pada orang (yang orang kafir) itu, (maka demikian itu samalah maknanya) macam dia bebas daripada perbuatan Allahﷻ, macam dia mencipta diri sendiri, macam orang kafir itu pilih agama sendiri. Itu syariat!! Ianya dibenci oleh Allahﷻ secara syariat, Mahasuci Allahﷻ daripada kebencian, itu syariat sahaja.
Hakikatnya, mana mungkin Allahﷻ yang menciptakan sesuatu dan (lantas) membencinya pula (membenci ciptaan-Nya sendiri). Janganlah menyangka Allahﷻ ada (sifat) geram, berdendam dan membalas, ini adalah sifat makhluk.
[Naqal syarahan Kitab Ira_ah, karangan Sayidi Ahsan Al Baqili r.hu yang disyarahkan oleh Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala]
Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan