Isnin, 11 Mac 2024

PARA AULIYA DISEMBUNYIKAN ALLAH SWT

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Ada golongan yang mengatakan bahawa "jika adalah Auliya Allah itu masih ada pada zaman ini kenapa kita tidak jumpanya ?" 

Maka aku jawab daripada ini soalan dengan apa yang telah dikhabarkan kepada kami daripada guru kami Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Magribi At Tijani yang mafhumnya ;

"Sebab Allah ﷻ menyembuyikan Auliya-Nya pada zaman ini yakni dengan dithohmah mereka dengan kesesatan(tidak sahih @ tidak diiktiraf kewaliannya di sisi masyarakat) kerana jika sahih @ diiktiraf kewalian mereka disisi masyarakat maka akan kebinasaan keatas ummah jika ada ummat tidak mengikut mereka (Auliya Allah) tapi selama mana tak diiktiraf kewalian mereka (disisi masyarakat) maka masyarakat akan selamat (daripada binasa keingkaran). Kalau dah yakin dengan kewalian mereka (disisi masyarakat) maka akan jadi rahmat (kepada yang mengikut mereka) dan kebinaasaan (kepada yang mengingkari mereka). Jadi hikmah Allah ﷻ pada zaman ini menyembunyikan Auliya-Nya agar ummat selamat daripada kebinasaan (kerana tidak mengikuti Auliya Allah)."

Timbul soalan "kenapa Auliya Allah menjadi penyebab kepada orang yang mengingkarinya ?" Maka aku jawab bahawa telah disampaikan oleh Allah ﷻ di dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (boleh dirujuk dalam kitab Sahih Bukhori), Sabda Baginda :

"Allah ﷻ berfirman :

 مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ

Maksudnya: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengishtiharkan perang terhadapanya."

Dalil ini menerangkan tentang orang yang menginkari keatas Auliya Allah dengan memerangi atau memusihi mereka (Auliya Allah) maka Allah ﷻ akan mengishtiharkan perang kepada mereka (yang memusuhi Auliya Allah).

Pada zaman ini telah timbulnya banyak ahli bidaah atau ahli ingkar kepada tasawuf sehingga ada yang menyesatkan ahli sufi dan thoreqoh. Ada juga golongan ilmuan dan intelektual yang menjadikan ilmu mereka untuk menimbangi para Auliya Allah dengan kajian² mereka yang bersumberkan daripada golongan² kafir (musuh kepada islam) untuk dijadikan hujjah mereka bagi menyesatkan para Auliya Allah.

Jadi hikmah Allah ﷻ menutup para Auliya-Nya daripada pandangan masyarakat untuk menyelamatkan masyarakat daripada keingkaran keatas para Auliya Allah. Jika tidak nescaya ramai golongan yang telah aku sebutkan sebelumnya mengingkari para Auliya Allah yang akan menyebabkan kebinasaan mereka.

Timbul pula soalan lain pula "Kalau Auliya Allah disembunyikan daripada masyarakat, bagimana masyarakat ingin menyerah diri (mengikuti) kepada para Auliya Allah ?" Maka aku jawab hendaklah bagi seorang yang ingin menyerahkan diri kepada Auliya Allah dengan mengamalkan dan memperbanyakkan akan selawat kerana adalah selawat itu membimbing pengamalkan kepada Auliya Allah yang telah diamanahkan untuk membimbing mereka.

Oleh itu, maka hendaklah bagi orang yang masih tidak mempunyai mursyid mengikhlaskan niat dalam berselawat dan selalu mendoakan agar dipertemukan kepada mursyid rabbani yang dapat membimbing rohani kita sampai kepada hadrah ilahi. Insyaallah akan dipertemukan dengan para Auliya Allah yang dapat membimbingmu.

[ Peringatan ] hendaklah seorang yang sedang mencari mursyid itu terselamat daripada fahaman ahli bidaah dan ahli ingkar kerana adalah fahaman tersebut menghijabkan seseorang itu daripada mengenal akan Auliya Allah. Dan hendaklah orang tersebut selalu menjaga diri dan menjauhlan diri daripada golongan ahli bidaah.

Sekian jawapan dan penjelasan daripada diri yang dhoif Al faqir Muhammad Alif Imran At Tijani.


۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan