Jumaat, 22 Mac 2024

TELAH BERLALU UJIAN 10 RAMADHAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Sayidi Ahmad Al Mubarak berkata didalam Kitab Ibriiz yang masyhur iaitu ketika beliau menaqalkan perkataan gurunya, iaitu Qutub Sayidi Abdul Aziz Bin Mas'ud Ad-Dibaagh Al Hasani Al Faasi Al Maghribi; 

Ertinya;
Bahawasanya Thoriqah Syukur adalah Thoriqah Asal, iaitu Thoriqah yang terbina atasnya hati para Nabi-Nabi dan Hamba-Hamba pilihan Allah Ta'ala, mereka adalah daripada kalangan sahabat-sahabat Nabi dan lainnya. 

Ibadah mereka kepada Allah Taala berteraskan keikhlasan semata-mata, dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus kedalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah Taala, dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan Tuhan, dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman. 

Maka apabila Allah Taala mengetahui kejujuran mereka dalam beribadah kepada Allah Ta'ala, maka dengan sifat kemurahan Allah Ta'ala, Allah Ta'ala pun membalas kesungguhan mereka dengan satu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka seperti pembukaan ilahi dalam makrifah akan Allah Ta'ala dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar. 

KITAB IRSYADUL ASFIYA, AL ARIFBILLAH SAYIDI AHMAD AL HADI AL HASANI AL MAGHRIBI AT TIJANIY HAFIZAHULLAHU TA'ALA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan