Jumaat, 8 Mac 2024

PERBEZAAN JALAN SULUK MUJAHADAH DENGAN JALAN SYUKUR KURNIAAN ILAHI

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Telah menasihati oleh Murobbina Syeikh Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Magribi At Tijani Hafizahullahu Ta'ala akan kami, yang mafhumnya ;

Jalan mujahadah ialah jalan yang menuju tuhan dengan kesedaran yakni kesedaran dalam amalan dan tingkatan (maqam). Dia sedar dengan amalannya dengan nafsunya yakni kalau buat macam ini akan dapat maqam ini dan kalau buat macam tu akan dapat maqam itu. Dia tahu dengan keadaan semasanya yakni kedudukannya (maqam).

Umpama orang bawak kereta naik 'highway' menuju destinasinya. Dalam perjalanannya dia tahu sekarang baru sampai di sekian², berapa lama lagi untuk sampai destinasi, berapa jauh lagi dengan destinasi, sekarang dah melepasi tempat sekian². Dia tahu dimana lokasi dirinya sekarang dan berapa lama lagi tempoh atau jarak untuk sampai ke tujuan atau destinasi.

Mereka tidak boleh lalai sedikit pun. Kalau lalai sedikit, tertidur atau seumpamanya maka akan binasa yakni terbabas. Kena selalu dalam kesadaran. Kalau tak akan binasa yakni terbabas daripada jalan.

Jalan Syukur pula adalah jalan jazbah (jalan tarikan) yakni dia masih dalam keadaan mempersiapkan diri tiba² sampai kepada tujuannya. Dia tidak sadar akan perjalanannya. Tiada usaha dalam menempuhi perjalanan. Hanya usaha sedikit dalam mempersiapkan diri. Usaha mereka ialah siap diri untuk menyerah diri. Itu sahaja yakni siap diri untuk menyerahkan diri kepada mursyid yang akan membawanya sampai kepada tuhan ﷻ.

Umpama orang yang naik kapal terbang menuju destinasi. Bila naik kapal terbang dia tidak tahu sekarang berada dimana kerana tak nampak bawah. Hanya berserah diri kepada pilot yang membawanya untuk sampai ketujuan. Menyerahkan urusan kepada orang yang sudah pakar. 

Cukup dia naik kapal terbang lalu diam di dalamnya. Tak perlu kesedaran. Naik kapal terbang lepas tu diam atau makan dan tidur, bagun² sampai kepada tujuan atau destinasi.

Kesanya orang yang mengambil jalan mujahadah akan bangga dengan ibadahnya dan nakkan pembalasan diatas amalannya yakni buat amalan ini akan dapat ini (nakkan Allah ﷻ berikan pembalasan atas amalan tersebut). Adapun orang yang mengambil jalan syukur tidak merasakan bangga dengan amalannya dan melihat amalan itu semata² kurnian daripada Allah ﷻ. 

Dia akan merasakaan malu dengan amalannya kerana Allah ﷻ mengurniakannya dengan taat dan tak diuji dengan kemaksiatan. Sepertimana orang maksiat malu dengan maksiatnya begitu juga dia akan merasakan malu dengan amalannya. Mereka selalu lihat anugerah Allah ﷻ kepada mereka bukan melihat amalan sendiri dihantar kepada Allah ﷻ.

Itu beza antara kedua jalan tersebut walaupun kedua²nya jalan suluk yang benar dan sahih. Perumpamaan beza di antara keduanya ialah jalan darat (mujahadah atau jalan usaha) dan jalan udara (syukur atau jalan kurniaan).

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan