Sabtu, 16 Mac 2024

Hati penuh rahmat

بِسْــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــــــمِ 
الْحَمْــدُ لِلَّــه ، وَصَـلَّى اللَّـهُ عَلَـى سَــيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْــفَاتِحِ الْخَـاتِـم وَعَلَـى آلِـهِ حَــقَّ قَــدْرِهِ وَمِــقْدَارِهِ الْـعَــظِيـم 

Hati yg penuh dgn rahmat akan memandang manusia dgn pandangan penuh rahmat. Murabbina Sayyidi Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani حفظه الله تعالى menyatakan selayaknya orang yg beriman itu memandang setiap orang islam dengan pandangan dan anggapan bahawa mereka itu adalah para wali. Demikianlah husnu dzon yg diajarkan kepada kami agar memandang setiap umat islam dengan pandangan yang penuh dengan kebaikan. 

Suatu arahan yang mudah untuk mengubat hati, daripada seorang Murobbi untuk mengubat penyakit² hati atau zulumat dan khususnya merawat sifat keakuan yang menjadi hijab dlm diri - merasakan diri hebat dan lebih dari org lain.

Bahkan Murabbina حفظه الله تعالى menambah lagi bahawa setiap pandangan keatas orang² yang munafik itu hendaklah dibangsakan pandangan tersebut keatas diri sendiri, bahawa munafik itu adalah cerminan diri kita sendiri. Itulah sifat diri kita sebenarnya yang penuh dengan sifat² munafik. 

Maka diteruskan nasihat beliau agar kami semua melazimi memandang wajah² ahbab dan alim ulama yg saling mengasihi pada hari Isnin dan Jumaat. 

Maka pandanglah wajah² saudara kita dengan pandangan yg penuh dengan sangkaan kebaikan, mudah²an hati² kita yg penuh dengan zulumat dan sifat keakuan ini bisa dirawat dengan memandang keadaan diri sendiri yg sentiasa hidup dgn keburukan.

Suhbah dgn Ahlillah ini memperlihatkan keburukan diri.

Semoga Allah ﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbi kami Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani حفظه الله تعالى , dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yg terpuji yakni disisi Sayyidi Ahsan al Ba'qily رضي الله عنه , disisi Sayyidi Sheikh Ahmad at Tijany رضي الله عنه . dan disisi Sayyidul Wujud Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ. 

==========

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan