Sabtu, 16 Mac 2024

Pandangan Syariat dan Hakikat

Berkata Sayyidi AlHajj AlAhsan AlBa'qili ra..

“..Siapa yang memandang manusia melalui pandangan syariat semata² pasti dia akan membenci mereka.. 

..dan sesiapa yang memandang mereka(manusia) melalui pandangan haqiqat nescaya dia pasti memaafkan(kekurangan & kesilapan) mereka..
 
..dan sesiapa yang memandang mereka dengan pandangan Allah(tatkala lenyapnya keAKUan diri) nescaya dia akan sentiasa mencintai mereka.. 

..MAKA..
Jadilah bg dirimu hamba yg sentiasa mendirikan syariat(memperkukuhkan diri sendiri dengan syariat)..

..dan jadilah pemerhatian(engkau) terhadap manusia dengan pandangan haqiqat.. 

..dan jadilah(segalanya muamalahmu untuk dirimu & muamalahmu bersama manusia) hanya semata² kerana Allah, bersama Allah(melalui daya & upayaNya) serta karamlah didalam lautan makrifahNya..
 
..jadilah engkau menjadi hamba Allah yg sebenar zahir dan batin.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan