Sabtu, 9 Mac 2024

Hikmah dijadikan manusia

Hikmah dijadikan manusia tiada lain melainkan semata² mengabdikan diri kepada Penciptanyaﷻ 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan tidak Daku mencipata jin dan manusia itu melainkan semata² mengabdikan diri(kepadaKu)..

Maka apa jua keadaan kita, apa jua tindakan kita wajiblah menghalakan seluruh niat, keazaman, tingkah laku kpd satu tujuan sahaja iaitu mengHAMBAkan diri kpd Tuannyaﷻ..

..Samada urusan kita itu berbentuk keduniaan maupun berbentuk keagamaan...
Bekerja kerana ibadah, berniaga juga kerana ibadah, beribadah kerana Allah, berdakwah jg kerana Allah...
#bukan kerana selain Allahﷻ

..Disini.. 
mengisyaratkan tiada tujuan yg paling utama bg seorang hamba melainkan hanyalah "..memperHAMBAkan dirinya zahir & juga bathin kpd Allahﷻ..”

..Namun..
 tidak akan mencapai sebenar² peng'ABDIan melainkan setelah hilang(fana') dari semua selain Allahﷻ dlm hatinya..

..Maka perkara yg paling sukar, rumit utk dihilangkan adalah keinginan² dlm kita melaksanakan ibadah kpdNyaﷻ...

..keinginan² itu berupa niat mencari pahala, kesenangan² ukhrawi melalui ibadahnya, juga mencari fadhilat² yg terkandung didlm amalan², mencari kedekatan(maqam/martabat), keketuaan(merasa  
layak menjadi guru/sheikh/khalifah), merasa senang terzahir karamah pd diri, seronok dgn timbulnya kasyaf dgn terbukanya rahsia² alam & rahsia rabbani..

Maka dengan menghilangkan semua tujuan selain Allah dlm ibadah seorang hamba kpd Tuannya adalah satu²nya jln utk menjadi sebenar² hambaNya zahir & batin
#dipanggil hamba yg jujur(sidiq)

...Inilah sebenar² HIMMAH bg seorang rijal(lelaki haqiqi) iaitu menghabiskan seluruh usaha, fikiran, perasaan dlm memastikan dirinya benar² jujur(siddiq) dlm keHAMBAannya..

...Inilah HIMMAH yg sebenar²nya, tetapi sedikit sangat yg ingin menjalaninya, sedikit sangat yg bersungguh mempraktikkannya, sedikit pula yg berjaya ke penghujungnya..

..Hanyasanya..
Untuk berjaya dlm liku² perjalanan ini adalah melalui bimbangan guru yg telah berjaya melaluinya serta mendapat keIZINan yg khusus bg membimbing serta memimpin tangan² muridnya..

..Memadailah sebagai murid mengikuti setiap tapak langkah gurunya tanpa perlu byk bersusah payah..
Ikut sahaja arahan dah rehatkan diri & fikiran..

Kesimpulan..
Murid dikira berjaya setelah mampu mengikuti setiap jejak langkah & arahan gurunya..
Tutup mata & enjoy the trip..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan