Kurma + tembikai,
Kurma + timun, atau
Madu + tembikai
Kerana tiada ubat lain mampu menghancurkan lemak-lemak di perut melainkan mengamalkan rahsia menggabungkan dua sifat makanan ber-zat sejuk dan panas yg diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ini.
Berdasarkan sebuah hadith Nabi ﷺ
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل البطيخ بالرطب، فيقول: نكسر حر هذا ببرد هذا، وبرد هذا بحر هذا
Dari ummul mukminin Aisyah r.ha : "Dahulu Rasulullah ﷺ memakan buah tembikai dgn kurma basah dan berkata:
Panasnya(zat) kurma ini akan dineutralkan dengan sejuknya(zat) tembikai yg ini. Dan sejuknya(zat) ini akan dineutralkan dengan panasnya(zat) yg ini.
Begitu juga dengan hadith lainnya Nabi ﷺ bersabda:
عن عبد الله بن جعفر رضي الله عنهما قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل الرطب بالقثاء..
Dari Abdullah bin Ja'far berkata:
"Aku telah melihat Rasulullah ﷺ makan timun batang disertai dgn kurma ruthab.
Rasulullah ﷺ telah menggabungkan timun batang + kurma ruthab(atau kurma basah) adalah kerana kedua-duanya mempunyai dua sifat zat panas dan sejuk.
Para ulama mengkaji rahsia inti dari hadith-hadith ini, menunjukkan mereka telah faham apa yg dimaksudkan oleh Nabi ﷺ.
Dengan sentiasa menggabungkan dua sifat makanan, ianya akan menjadi penawar, dan membuang segala penyakit yg bersarang dan berpunca dari perut.
Berdasarkan firman Allah swt;
سبحان الذي خلق الأزواج كلها مما ينبتسبحان الذي خلق الأزواج كلها مما تنبت الأرض ومن أنفسهم ومما لا يعلمون
”Maha suci Allah yang telah menciptakan segala sesuatu dengan BERPASANG-PASANGAN، baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Maka, rahsia para kedoktoran arab klasik memahami rahsia Allah menciptakan segala sesuatu dari makhluk-Nya adalah berpasang pasangan.
Allah telah menciptakan gelap-terang, siang-malam, jantan-betina, lelaki-wanita, langit-bumi, syurga-neraka, haq-bathil, dosa-taubat serta syirik-tauhid.
Pada organ jantung kita juga ada pam sodium-potassium, walaupun dalam zarah yg paling kecil terdapat ion(+)-ion(-), lembab-kering, PANAS-SEJUK dan lain-lain.
Soalan, bilakah waktu yg sesuai untuk mengamalkan kurma beserta timun atau tembikai ini?
Waktunya adalah ketika waktu perut kosong semasa sarapan pagi, dan ketika sebelum makan makanan berat setelah jam 12 atau 1 tengah hari.
Tidak sesuai memakan makanan berat seperti tepung dan nasi sebelum waktu ini.
Kerana organ-organ dalaman kita masih bekerja keras untuk detox dan membuang racun di dalam tubuh.
Namun tidaklah berhasil jika kita masih mengamalkan makanan berat selepas 7 atau 8 malam.
Kerana waktu ini semua organ-organ di dalam tubuh sudah kelelahan dan perlu berehat dari pencernaan.
Maka makanan tadi akan menjadi العفونة, iaitu menjadi pembusukkan di dalam usus dan menimbulkan segala penyakit ketika waktu tidur.
Insya Allah, hanya seminggu sudah blh lihat hasil perut yang buncit akan kempis dan berat badan akan menyusut secara sihat.
*Perbahasan kajian dari;
1. طب النبوي للإمام ابن القيم
2. زاد المعاد في هدي خير العباد
3. كتاب الأطعمة - باب في الجمع بين لونين في الأكل
Tiada ulasan:
Catat Ulasan