Daripada Muʿādz bin Anas رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan daripada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bahawa:
أَنَّ رَجُلًا سَأَلَهُ (النَّبِيَّ) صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: أَيُّ الْمـُجَاهِدِينَ أَعْظَمُ أَجْرًا؟، قَالَ: (( أَكْثَرُهُمْ ِلِلهِ ذِكْرًا ))، قَالَ: وَأَيُّ الصَّائِمِينَ أَعْظَمُ ِلِلهِ أَجْرًا؟، قَالَ: (( أَكْثَرُهُمْ ِلِلهِ ذِكْرًا ))، ثُمَّ ذَكَرَ الصَّلَاةَ وَالزَّكَاةَ وَالْحَجَّ وَالصَّدَقَةَ، كُلُّ ذٰلِكَ رَسُولُ اللهِ ق يَقُولُ: (( أَكْثَرُهُمْ ِلِله ذِكْرًا ))، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُرَضِيَ اللهُ عَنْهُ لِعُمَرَ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ: يَا أَبَا حَفْصٍ ذَهَبَ الذَّاكِرُونَ اللهَ بِكُلِّ خَيْرٍ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( أَجَلْ ))
“Sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Baginda [Nabi] صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dengan berkata: “Mujahidin yang manakah mempunyai pahala yang paling besar?.” Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab: “Yang paling banyak berzikir kepada Allah (menyebut dan mengingatiNya) daripada kalangan mereka.”
Dia bertanya lagi: “Orang berpuasa yang manakah mempunyai pahala yang paling besar di sisi Allah?.” Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab: “Yang paling banyak berzikir kepada Allah (menyebut dan mengingatiNya) daripada kalangan mereka.”
Kemudian lelaki tadi bertanya tentang [perkara yang sama] bagi solat, zakat, haji, dan sedekah, dan bagi tiap-tiap soalan tersebut, Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab dengan sabdaan: “Yang paling banyak berzikir kepada Allah (menyebut dan mengingatiNya) daripada kalangan mereka.”
Maka [Saidina] Abu Bakar al-Ṣiddīq رَضِيَ اللهُ عَنْهُ pun berkata kepada [Saidina] Umar رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: "Wahai Abū Ḥafs! Ahli-ahli zikir kepada Allah itu telah pergi dengan [membawa] segala kebaikan. Maka Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: "[Ya], begitulah.”
T: (al-Ṭabarānī (360H): al-Muʿjam al-Kabīr), No. 16845 [Lafaz di atas]; (al-Ṭabarānī (360H): al-Duʿā'), No. 1887; (al-Rāfiʿī (623H): al-Tadwīn fi Akhbār Qazwīn), No. 1283; (al-Shajari (499H): al-Amali al-Khamisiyyah), No. 1428 dan (al-Būṣīrī (840H): Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah), No. 8117 dan beliau berkata: (هَذَا إِسْنَادٌ ضَعِيفٌ لِضَعْفِ زَبَّانَ بْنِ فَائِدٍ الْبَصَرِيِّ، وَالرَّوِاي عَنْهُ).
*Diriwayatkan seumpamanya secara mursal oleh Rajā’ bin Ḥaywah al-Kindī dan al-Ḍaḥḥāk di dalam: (al-Bayhaqī (458H): Shuʿab al-Imān), No. 558 dan Abū Saʿd Saʿīd al-Maqburī di dalam: (Ibn al-Mubarak (181H): al-Zuhd wa al-Raqa'iq).
PENUNTUT ILMU
Rujukan: 40 Hadith Puasa dan Ramadan (2016)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan