Khamis, 14 Mac 2024

PUASAKAN NAFSU

PUASA itu pada Hakikatnya adalah "HAK ALLAH SWT".

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda, 

“Allah berfirman : ‘Semua amal anak Adam untuknya kecuali Puasa. Ia Untuk-KU dan AKU yang akan membalasnya.”

HAK ALLAH SWT itu pula adalah yang sebenar-benarnya HAK dan ianya akan Kekal Abadi. 

HAK tetaplah akan menjadi HAK selama-lamanya, dan tiadalah sama akan HAK ALLAH SWT dengan Hak Makhluk. 

Maka, apakah pula Kaitannya yang dikatakan PUASA itu adalah HAK ALLAH SWT ?

PUASA itu bolehlah kita menyimpulkannya, iaitu :

"Tidak Makan dan Minum mulai daripada Terbitnya Fajar dan sehinggalah Terbenamnya Matahari..."

Apakah pula Pengertiannya Tidak Makan dan Minum ? 

Serta, apakah Kaitannya dengan PUASA adalah HAK ALLAH SWT ? 

Maka, PUASA itu boleh dibahagikan kepada beberapa Tingkatan, iaitu :

1) Tingkatan Puasa Orang Awam. 

2) Tingkatan Puasa Orang Pertengahan. 

3) Tingkatan Puasa Orang Khusus. 

Pecahan bagi Tingkatan tersebut itu bolehlah kita Merumuskannya, Iaitu :

1) PUASA ORANG AWAM.

Iaitu, yang Memelihara Dirinya daripada Makan dan Minum dari Terbitnya Fajar sehinggalah Terbenamnya Matahari... 

2) PUASA ORANG PERTENGAHAN. 

Iaitu, yang Memelihara Dirinya daripada Makan dan Minum dari Terbitnya Fajar sehinggalah Terbenamnya Matahari.

Serta yang Memelihara Hatinya daripada segala Sifat-Sifat Mazmumah dan Sifat-Sifat Keji... 

3) PUASA ORANG KHUSUS.

Iaitu, yang Memelihara Dirinya daripada Makan dan Minum dari Terbitnya Fajar sehinggalah Terbenamnya Matahari.

Serta yang Memelihara Hatinya daripada segala Sifat-Sifat Mazmumah dan Sifat-Sifat Keji. 

Dan juga yang senantiasa pada setiap masa MENG"ESA"KAN ALLAH SWT daripada sudut DZAT, SIFAT, ASMA' dan AFA'AL.

Sesungguhnya...

Pada Pengertian PUASA ORANG KHUSUS itulah yang dikatakan sebenar-benarnya HAKIKAT BERPUASA ! 

Pada Hakikatnya, 

Yang dikatakan HAK ALLAH SWT itu ialah HAMBA yang senantiasa MENG"ESA"KAN ALLAH SWT pada setiap masa walaupun dimana ia berada. 

Dan segala SIFAT-SIFAT-NYA daripada sudut DZAT, SIFAT, ASMA' dan AFA'AL.

"SEHINGGALAH TERBENAMNYA MATAHARI..." 

Pada Hakikatnya, 

MATAHARI itu adalah hanya sebuah Kiasan semata-mata. 

Bahawa MATAHARI itu adalah "CAHAYA" yang Memberikan Kehidupan kepada sekelian Mahluk Allah SWT, juga yang Menyuburkan segala Tanam-Tanaman dan segala Isi Dunia ini sememangnya sangat-sangatlah memerlukan CAHAYA MATAHARI. 

Jikalau tiadalah MATAHARI, maka itu serupalah bermaksudnya KIAMAT BESAR.

SEHINGGA TERBENAMNYA MATAHARI itu pada Hakikatnya bermaksud ;

Kita perlulah membawa akan Pengertian sebenar-benarnya HAKIKAT PUASA ini daripada SEAWAL HAYAT kita, sehinggalah KIAMAT KECIL pun sampai kepada kita.

"TIDAK MAKAN DAN MINUM..."

Adapun Pengertian Kiasan kepada TIDAK MAKAN DAN MINUM ini ;

Pada Hakikatnya adalah bermaknanya KETUNDUKAN NAFSU (PENAKLUKAN HAWA NAFSU). 

Insan-Insan yang KURANG MAKAN DAN MINUM (Senantiasa BERPUASA daripada segala Perkara dan Benda) ini, maka akan Terbitlah daripadanya akan segala Sifat-Sifat KEMULIAAN dan KESUCIAN. 

Dan juga dikatakannya HAMBA yang senantiasa "INGAT" akan TUHANNYA (MENG"ESA"KAN ALLAH SWT). 

Maka KETUNDUKAN NAFSU (PENAKLUKAN HAWA NAFSU) itu perlulah kita Melaksanakannya sedari ;

TERBITNYA FAJAR SEHINGGALAH TERBENAMNYA MATAHARI... 

NOTA :

Jikalau sekadar BERPUASA untuk Menahan Lapar (Makan) Dan Dahaga (Minum) semata-mata, maka Hal Keadaan yang sebegitu tidaklah akan berguna sama sekali. 

Bahkan ianya akan menjadi Hampa Belaka jikalau tidak dapat ;

"PUASAKAN HAWA NAFSUNYA... "

Iaitu : 

PUASAKAN JASMANIMU, agar ROHANIMU kembali Suci Sesucinya disepanjang masa sehinggalah Ajal datang Menjemputmu pulang.

PUASAKAN MATA. 
PUASAKAN TELINGA. 
PUASAKAN MULUT. 
PUASAKAN FIKIRAN. 
PUASAKAN HATI. 
PUASAKAN PERGERAKAN. 
PUASAKAN KEHENDAK. 
PUASAKAN GAYA HIDUP. 
PUASAKAN EGO. 
PUASAKAN EMOSI. 
PUASAKAN AMARAH. 
PUASAKAN PERASAAN. 

PUASAKANLAH SEGALA-GALANYA... 

Kerana TUGAS dan MATLAMAT terakhir kita di Duniawi Tipu Daya Yang Sementara ini hanyalah kembali MENSUCIKAN DIRI kita semula untuk mencapai Martabat INSAN KAMIL MUKAMIL... 

"Sesungguhnya aku bernazar Diam Membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".
(QS. Maryam : 26)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

”Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka."
(HR. Ahmad dan Baihaqi)

"Betapa banyak orang yang Berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari Puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” 
(HR. At-Thabaroni)

*"Illahi Anta Maqsudi, Waridhaka Matlubi 'Atini Muhabbatika Wama'rifatika"...*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan