"Barangsiapa yang tidak Mengenali Allah SWT yang Maha Wujud dan tidak Mengenali akan Dirinya yang sesungguhnya. Maka dirinya itu dengan Haiwan tiadalah bezanya..."
Al-Imam Al-Ghazali juga telah berkata didalam kitabnya "MIZANUL AMAL" :
"Sesiapa yang memusatkan Perhatiannya untuk menuruti Keinginan Hawa Nafsu dan Kelazatan Tubuh, ia makan seperti Binatang, maka ia akan jatuh menurun (darjatnya) bersama kelompok Binatang. Ia adakalanya menjadi Bodoh seperti Binatang, atau pelahap seperti Babi, bergulat seperti Anjing, dengki seperti Unta, sombong seperti Harimau, membuat liang membelak-belok seperti Musang, atau mengumpulkan sifat-sifat tersebut seperti Syaitan yang jahat..."
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
"Siapa yang tidak Berdzikir kepada Allah, ibaratnya ia telah menjadi Bangkai walaupun jasadnya masih berjalan di muka bumi."
(HR. Bukhari)
Jiwa Keinsanan itu akan sentiasa dibelenggu oleh Konsep dan Kefahaman yang ada didalam Fikirannya.
Cubalah kamu membayangkannya sejenak...
Apabila seorang bayi yang terlahir dengan menggunakan Kostum Biawak sejak kelahirannya.
Begitu sahaja ianya dilahirkan, maka ia akan digendong pula oleh si ibunya yang Bertopengkan Biawak juga.
Maka bayi itupun akan dipanggilnya sebagai Anak Biawak !
Diberikannya pula makan serangga-serangga dan segala macam cacing dan haiwan-haiwan melata yang lainnya.
Si bayi manusia itu tentu sahaja dengan segera akan membentukkan Konsep dan Kefahaman bahawa dirinya itu adalah seekor Biawak (Padahal dirinya itu adalah seorang manusia).
Begitu dia telah tumbuh dewasa sahaja, maka dia akan bermain-main pula dengan anak-anak lainnya yang sama sepertinya memakai Kostum Biawak juga.
Dan kesemuanya anak-anak itu akan merasakan bahawa dirinya itu adalah seekor Biawak.
Pada akhirnya Jiwa Keinsanan itu pun akan Bertindak, Bertabiat, Bertingkah Laku dan kebiasaannya sepertilah seekor Biawak.
Mangsa memangsa dan khawin-khawinan sepertimananya Biawak.
Maka, terbungkuslah oleh Topengnya !
TITIK JIWA KESEDARAN yang telanjang itu selalu membuat hubungan-hubungan "Dari" dirinya "Ke" objek-objek diluar dirinya didalam hubungan-hubungan Qadaliyah.
Ianya terbiasa dengan segala kisah-kisah yang berawal "Dari" dan menuju "Ke" alam fikiran seekor Biawak.
Apa-apapun sahaja yang tidak sesuai dengan segala kisah yang dia yakini, maka dia akan segera mengabaikannya ataupun menolaknya dengan sekeras-kerasnya.
Oleh kerana tidak sesuai dengan Konsep dan Kefahaman terhadap dirinya.
Contoh-contoh yang akan dikatakan olehnya :
"Tidak ada urusannya denganku !..."
"Ikuti sahaja apa-apa yang telah disediakan, tidak perlu dipedulikan yang lain-lainnya !..."
"Mengapa aku harus peduli dengan meneliti DNA dan menjejakinya kedalam sejarah asal-muasalku ?..."
"Semenjak bumi diciptakan adalah Biawak. Maka Adam adalah Biawak raksasa !..."
(Didalam imaginasi si anak-anak Biawak).
Maka demikianlah kisah tragisnya terhadap anak-anak manusia yang terlahir dengan mengenakan Topeng Biawak semenjak dilahirkan diatas bumi Allah SWT ini.
TITIK JIWA KESEDARAN yang telanjang itu telahpun Tertipu Daya oleh ilusi bahawa merasakan JATIDIRI nya adalah seekor Biawak.
Ianya sama sekali tidak mengetahui bahawa siapakah 'DIRINYA' yang sebenar-benarnya (Yang sebetulnya diluar ilusi pemikirannya).
Padahal ianya jauh lebih 'MULIA' dan 'SEMPURNA' daripada hidup yang Bersyarat didalam kotoran dan ketidaksempurnaan.
Betapa beban Dosa yang ditanggungnya ketika telahpun Mengingkari akan segala Fitrah-Nya sebagai anak-anak manusia yang 'MERDEKA' !
Untuk melukiskan pelbagainya warna warni seni budaya kehidupan dengan aman damai serta Kebenaran dan Keadilan diatas bumi Allah SWT yang sungguh indah ini.
Bukankah begitu ?
Maka, marilah BERISTIGHFAR...
"Bertaubat, Bertauhid dan Berserah Dirilah Kepada-Nya secara seluruhnya wahai anak-anak Biawak !..."
Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang Biawak pun kalian akan memasukinya."
(HR. al-Bukhari dan Muslim)
NOTA : Hanya yang benar-benar dapat fahaminya sahaja akan dapat memahaminya dengan Benar...
Cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan