Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, mafhumnya tiadalah lebihnya Sayyiduna Abu Bakar atas kamu pada banyak solat, puasa, ibadah tapi lebihnya Sayyiduna Abu Bakar ialah kerana apa yang terpateri di hatinya
Dan Sayyiduna umar Alkhattab رضى الله عنه telah berkata pada haknya;
عنْ هُزَيْلِ بنِ شُرَحْبِيلَ ؛ قَالَ : قَالَ عُمَرُ بنُ الخطَّابِ _ رَضِيَ اللَّهُ عنهُ _ : لَوْ وُزِنَ إِيمَانُ أَبِي بَكْرٍ بِإِيمَانِ أَهْلِ الأَرْضِ لَرَجَحَ بِهِمِ .
أقولُ : هَذَا إسنادٌ صَحِيحٌ ، وَقَدْ تَابَعَ ابنَ المُبَارَكِ عليهِ كُلٌّ مِنْ : ضَمْرَةَ بنِ رَبِيعَةَ ، وَأَيُّوبَ بنِ سُويدٍ الرَّمْلِيِّ .
kalaulah ditimbang Iman Sayyiduna Abu Bakar dengan Iman seluruh Ahli bumi, maka lebih berat timbangan Iman Sayyiduna Abu Bakar atas mereka.
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan apa yang ada di dalam hati Sayyiduna Abu Bakar?
Telah berkata Sidi Ahsan Al-Ba'qili dalam menyatakan cara hidup para sahabat dan umat kurun ketiga, kemuliaan mereka di sisi Allah dan sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik kurun ialah kerana mereka menumpukan hidup mereka kepada Allah
Mereka beribadah dan hidup kerana Allah, bukan kerana habuan sendiri, mereka solat dan beribadah serta berzikir bukanlah kerana mengharapkan ganjaran pahala, syurga, martabat, rahsia dan sebagainya selain Allah, mereka tidak menjadikan matlamat hidup mereka kepada selain Allah, akan tetapi hidup dan mati mereka hanya kerana Allah semata-mata. Inilah rahsia kejayaan hidup mereka.
Dan berkata guruku yang mulia, Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani, berhati-hatilah dalam perjalanan hidup kamu, mestilah kamu menjadikan Allah sebagai matlamat bukanlah berpaling kepada selain Allah, seperti golongan yang menjadikan habuan sendiri sebagai matlamat dalam beribadah, seperti solat dengan mengharapkan ganjaran, berzikir dengan menunggu pembukaan, nur, cahaya, martabat, dan sebagainya.
Maka apabila seseorang hamba menjadikan Allah sebagai matlamatnya dan berpaling dari selainNya dengan sebaik mungkin, hanya menumpukan pandangan (ifradul wujhah) semata-mata, maka Allah akan menumpukan kepadanya, begitu juga seluruh makhlukNya.
Sebagaimana satu kaedah, BUANG SEMUA DAPAT SEMUA
Semoga Allah meredhai kita semua walaupun pada hakikatnya kita tiada sebarang kelayakan
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan