Selasa, 27 Jun 2023

HAKIKAT IBADAH HAJI


HAJI itu adalah "WAJIB" bagi setiap Muslim yang Berakal Sihat yang berkemampuan untuk melaksanakannya. 

HAJI itu adalah memakai Pakaian Ihram pada tempat yang telahpun ditentukan, Singgah di A’rafah, Mengelilingi Ka’bah, dan Berlari diantara Safa dan Marwah. 

Tidak sesekali diperbolehkan untuk memasuki "KAWASAN SUCI" (HARAM) tanpanya Berpakaian Ihram. 

KAWASAN SUCI itu disebut sedemikian adalah kerana di situ terdapatnya Makam Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim AS mempunyai dua Makam, iaitu :

1) MAKAM JASADNYA, yakni 'MEKKAH'.

2) MAKAM ROHANINYA, yakni 'PERHUBUNGAN' (Dengan Allah SWT).

a) Barangsiapa yang mencari MAKAM JASADNIAHNYA, maka haruslah Menafikan akan kesemua :

- Hawa Nafsu, keselesaan dan kesenangan.

- Memakai Pakaian Ihram.

- Mencegah daripada perbuatan-perbuatan yang Diharamkan. 

- Mengendalikan sepenuhnya akan kesemua Panca Indera (Alat perasa yang lima).

- Hadir di Arafah dan daripada sana menuju ke Muzdalifah dan Masy’ar Al-Haram. 

- Mengambil Batu-Batu dan Mengelilingi Ka’bah.

- Mengunjungi Mina dan tinggal disana selama tiga hari.

- Melemparkan Batu-Batu dengan cara yang sudahpun ditentukan.

- Memotong Rambutnya.

- Melaksanakan Korban dan memakai pakaian biasa (Sehari-hari).

b) Tetapi, barangsiapa yang mencari MAKAM ROHANIAHNYA, maka haruslah Menafikan akan kesemua :

- Pergaulan dengan sesamanya.

- Mengucapkan Selamat Tinggal kepada keselesaan, kesenangan dan kemewahan.

- Tidak akan pernah berfikir lain selain daripada Allah SWT.

- Kemudian haruslah Singgah di Arafah Ma'rifah.

- Dan daripada sana pergi ke Muzdalifahnya Perhubungan (Dengan Allah SWT).

- Dan daripada sini menyuruh Hatinya untuk Mengelilingi Ka’bahnya Penyucian ILAHI.

- Melemparkan Batu-Batu Hawa Nafsu dan Fikiran-Fikiran Kotor di Mina Keimanan.

- Mengorbankan Jiwa Rendahnya di Gerbang Musyahadah (Penyaksian Mata Hati terhadap Allah SWT).

- Sampai pada Makam Perhubungan (Dengan Allah SWT).

* PENGHURAIAN.

KA'BAH itu adalah QIBLAT JASAD, manakala ALLAH SWT pula adalah QIBLAT HATI...

Memasuki MAKAM JASADNIAH itu berertinya Aman Damai daripada segala kekafiran musuh-musuh dan pedang-pedang kezaliman dan kemungkaran.

Tetapi, memasuki MAKAM ROHANIAH itu pula berertinya Ketenangan daripada Keterpisahan (Dari Tuhan) dan segala akibat-akibatnya.

Muhammad bin Al-Fadhl mengatakan bahawa :

“Aku hairan pada orang-orang yang mencari Ka’bah-Nya didunia ini. Namun mengapa mereka tidak berupaya melakukan Musyahadah Tentang-Nya didalam Hati mereka ? 

Tempat Suci kadangkala mereka SAMPAI dan kadangkala mereka Tinggalkan, tetapi Musyahadah boleh mereka Nikmati selalu. 

Jika mereka harus Mengunjungi Batu (Ka’bah), yang dilihat hanya setahun sekali atau seumur hidup sekali.

Sesungguhnya mereka lebih harus Mengunjungi Ka’bah Hati, dimana Dia boleh dilihat tiga ratus enam puluh kali sehari semalam.

Tetapi setiap Langkah Suci adalah Simbol Perjalanan menuju Mekkah, dan bilamana ia mencapai Tempat Suci dia menerima Jubah Kehormatan, bagi setiap Langkahnya...”

Dan Abu Yazid al-Bustomi pula mengatakan bahawa :

“Pada Hajiku yang pertama aku hanya Melihat Ka’bah, kedua kalinya aku Melihat Ka’bah dan Tuhannya Ka’bah. Dan ketiga kalinya, aku hanya Melihat Tuhan sahaja...” 

Pendek kata, "TEMPAT SUCI" itu pada Hakikatnya berada dimana-mana sahaja, jikalau disitu adanya "MUSYAHADAH".

Oleh kerana itu, 

Yang sebenar-benarnya Bernilai itu bukanlah Ka’bah semata-mata, namun yang lebih utama sekali ialah "PENYAKSIAN HATI" (MUSYAHADAH) dan "PELEBURAN" (FANA) didalam "ISTANA PERHUBUNGAN". 

Dan pada Hakikatnya, Melihat Ka’bah itu adalah merupakan sebab tidak langsung semata-mata.

Tetapi, haruslah mengetahui bahawa, setiap sebab itu bergantung kepada Pencipta sebab-sebab.

Daripada tempat tersembunyi mana sekalipun, Kuasa ILAHI akan jelas Ternyata, dan daripada manapun keinginan si pencari akan boleh dipenuhi. 

Tujuan Suci dengan melintasi belantara dan padang pasir itu bukanlah Tempat Suci itu sendiri pada Hakikatnya.

Tujuan sebenar-benarnya adalah "MUJAHADAH" didalam suatu "KERINDUAN" yang membuatkan seseorang Insan itu tidak mampu untuk Bertenang, dan "LEBUR" didalam "CINTA" yang tidak akan pernah berakhir.

* RAHSIANYA IBADAH HAJI.

Seorang lelaki telah datang kepada Junaid Al-Baghdadi, maka Junaid Al-Baghdadi pun bertanyalah kepadanya. 

Dari manakah dia datang, lalu lelaki itupun menjawab :

”Aku baru sahaja melakukan Ibadah Haji...”

Junaid Al-Baghdadi pun bertanya lagi :

“Dari saat engkau pertama kali berjalan daripada rumahmu, apakah engkau juga telah meninggalkan kesemua Dosa ?...”

Lelaki itu menjawab :

“Tidak !..." 

Junaid Al-Baghdadi pun berkata :

“Berertinya...

Engkau tidak pernah mengadakan Perjalanan. 

Disetiap tahap dimana engkau beristirahat dimalam hari, apakah engkau telahpun melintasi sebuah Makam di Jalan Menuju Allah ?...”

Lelaki itu berkata :

“Tidak !...”

Junaid Al-Baghdadi pun berkata :

“Berertinya engkau tidak pernah menempuhi Perjalanan Tahap Demi Tahap. 

Ketika engkau mengenakan pakaian Ihram ditempat yang telahpun ditentukan, apakah engkau telah membuang segala sifat-sifat manusiawi sebagaimana engkau melepaskan pakaian-pakaian sehari-harimu ?...”

Lelaki itu menjawab :

“Tidak !...”

Junaid Al-Baghdadi pun berkata :

“Berertinya engkau tidak mengenakan Pakaian Haji. 

Ketika engkau Singgah di Arafah, apakah telah singgah barang sebentar didalam MUSYAHADAH kepada Tuhan ?...”

Lelaki itu menjawab :

“Tidak !...”

Junaid Al-Baghdadi pun berkata :

“Berertinya engkau tidak pernah Singgah di Arafah. 

Ketika engkau pergi ke Muzdalifah dan mencapai keinginanmu, apakah engkau sudah meniadakan kesemua Hawa Nafsu ?...”

Lelaki itu menjawab :

“Tidak !...”

Junaid Al-Baghdadi pun berkata :

“Berertinya engkau tidak pernah pergi ke Muzdalifah. 

Ketika engkau Mengelilingi Ka’bah, apakah engkau sudahpun memandang Keindahan Tuhan Ditempat Suci ?...”

Lelaki itu menjawab :

“Tidak !...”

Junaid Al-Baghdadi pun berkata :

“Berertinya engkau tidak pernah Mengelilingi Ka’bah. 

Ketika engkau Berlari diantara Safa dan Marwah, apakah engkau telahpun Mencapai Peringkat Kesucian dan Kebajikan ?...”

Lelaki itu menjawab :

“Tidak !...”

Junaid Al-Baghdadi pun berkata :

“Berertinya engkau tidak pernah Berlari. 

Ketika engkau datang ke Mina, apakah kesemua keinginanmu telahpun Termakbul ?...”

Lelaki itu menjawab :

“Tidak !...”

Junaid Al-Baghdadi pun berkata :

“Berertinya engkau belum lagi Mengunjungi Mina. 

Ketika engkau sampai ditempat Penyembelihan dan melakukan Korban, apakah engkau telah Mengorbankan segala Hawa Nafsumu ?...”

Lelaki itu menjawab :

“Tidak !...”

Junaid Al-Baghdadi pun berkata :

“Berertinya engkau tidak pernah Berkorban. 

Ketika engkau Melemparkan Batu-Batu, apakah engkau telahpun Melemparkan segala Fikiran-Fikiran Hawa Nafsu yang menyertaimu ?...”

Lelaki itu menjawab :

“Tidak !...”

Junaid Al-Baghdadi pun berkata :

“Berertinya engkau belum Melemparkan Batu-Batu, dan engkau belum pun Melaksanakan Ibadah Haji pada Hakikatnya.

Maka kembalilah dan lakukanlah Ibadah Haji seperti yang telahpun aku gambarkan, supaya engkau boleh SAMPAI kepada Makam Ibrahim...”

* KESIMPULANNYA.

HAJI itu memiliki dua jenis, iaitu :

1) DIDALAM KETIDAKHADIRAN (BERSAMA ALLAH SWT).

2) DIDALAM KEHADIRAN (BERSAMA ALLAH SWT).

Sesesorang yang tidak pernah "HADIR" dengan Allah SWT di Mekkah, maka dia pada Hakikatnya didalam kedudukan yang seolah-olahnya dia sendiri tidak pernah "HADIR" Bersama-Sama Allah SWT dirumahnya sendiri.

Dan seseorang yang telahpun "HADIR" Bersama-Sama Allah SWT dirumahnya sendiri, maka dia pada Hakikatnya berada didalam kedudukan yang seolah-olahnya dia "HADIR" Bersama-Sama Allah SWT di Mekkah.

HAJI itu pada Hakikatnya adalah suatu tindakan "MUJAHADAH" untuk memperolehi "MUSYAHADAH".

Dan "MUJAHADAH" tidak menjadi sebab langsung "MUSYAHADAH" melainkan hanya sarana ataupun alat untuk mencapai "MUSYAHADAH". 

Maka daripada itu, kerana sarana tidak mempunyai pengaruh lebih jauh diatas realiti segala Hal.

Tujuan HAJI yang sebenar-benarnya bukanlah Mengunjungi Ka’bah semata-mata.

Melainkan untuk memperolehi "MUSYAHADAH HAL KEADAAN ALLAH SWT"...

Isnin, 26 Jun 2023

Ar-Rahman

Telah kami ambil dengan silsilah rantaian riwayat yg sambung menyambung daripada Syeikh zaila'i al yamani r.anhu sehingga kpd gurunya Al Muhaddith Al A'llamah Syed Muhammad bin alawi bin abbas al maliki r.anhu sehingga dari mulut Guru kami yg mulia lagi diberkati Sayyidina wa Murabbina as syarif ahmad al hadi al hasani hafizahullahu taala..
Bersabda Rasulullah saw
الرَّاحِمُ يَرْحَمُ الرَّحَمَنَ اِرْحَمَواْ مَن فِي الأَرْضِ يَرْحَمَكُمُ مَن فِى السَّمَاءِ
Org yg berbelas kasihan akan dibelas kasih oleh Tuhan yg Maha pemurah..berbelas kasihan lah kamu sekalian terhadap penduduk bumi,nescaya kamu akan dibelas kasih oleh mereka yg di langit... 
Murabbiku pernah menyatakan bahawa, para auliya'illah itu telah mengusai pintu 'الرحمن' sbelum memasuki pintu atau hadrah 'الله' ...
kerana makna Ar rahman itu adalah rahmat seluruh alam.
sesungguhnya sifat ini menzohirkan tajalli af'alNya yg melangkaui rahmatnya pada setiap makhluq ciptaannya samaada yg mukmin atau yg kufur..
sehingga hambanya yg ingkar dan tiada beriman juga memperolehi makan,minum,kehidupan dn sebagainya dari jumlah kesenangan dunia dan rahsia alam...
demikianlah yg berlaku kepada hakikat mahabbah yg ada pada kekasihNya yg mulia iaitu Baginda saw yg begitu rahmat kepada umatnya,sehingga Baginda saw diangkat oleh Allah sebagai " رحمة للعالمين "
yg meliputi kasih sayangnya terhadap seluruh umat samaada yg beriman mahupun yg ingkar,kerana jauh dari sudut hati Baginda saw itu kebencian terhadap batang tubuh org2 yg mengingkarinya dan hanya membenci maksiat dan kekufuran yg dilakukan oleh mereka sahaja..kerana Baginda sangat mengharapkn keselamatan bagi umatnya dihari alkhirat,melainkan mereka yg dikecualikan dari rahmat TuhanNya..والعياذ بالله
Sayugia wahai saudara2ku yg inginkan kejayaan dlm perjalanan ini..
perhatikanlah hikmah dijadikan kalimah الرحمن 
selepas dari lafaz lafzul jalalah الله pada lafaz basmalah yg tiada sunyi bagi seseorg islam daripadanya....
bahawa lafaz tersebut yg byk mengandungi rahsia yg amat besar ini memberi isyarat bagi hamba yg ingin mendapatkan Allah dan masuk kpada hadrahNya yg suci..suci dari sebarang bentuk dakwaan2 dan tujuan2 kduniaan disampingNya..hendaklah ia memahami dgn hati yg luas makna Ar Rahman dan mempraktikannya dlm kehidupan..nescaya akan hasil kemudahan baginya untuk mengenal akan الله 
nama bagi zatNya yg maha Agong...
Firman Allah...
قُلِ ادْعُوا اللهَ اَوِدْعُوا الرَّحْمَن..
katakanlah olehmu wahai nabi Muhammad saw..serulah nama Allah atau Ar rahman...
صدق الله العظيم...
والحمد لله رب العالمين...

Cpf

Ahad, 25 Jun 2023

Perkara pertama Salik

Antara perkara pertama yang perlu dibuat oleh orang yang bersalik ialah pastikan lorong dirinya untuk dia berjalan.

Apakah lorongnya Syadzili, Tijani, Qadiri, Ghazali, Ba'alawi, Rifa'e, Naqsyabandi, Jishti, Khalwati dan sebagainya.

Ini kerana Allah mencipta setiap nafsu itu terkunci. Dan Allah juga mencipta kunci kepada nafsu itu yang akan dipegang oleh Khalifah-khalifah dan Muqaddam-Muqaddam Toriqah.

Mencari pemegang kunci nafsumu itulah permulaan jalan Ilahi.

Dalam Al-Quran, Sayyidina Musa A.S diperintah untuk mencari Sayyidina Khidir kerana Sayyidina Musa telah berkata kepada ummatnya apabila ditanya siapa manusia paling alim sekarang maka jawab Sayyidina Musa "akulah".

Jawapan Sayyidina Musa bukanlah jawapan yang takbur tetapi itu satu jawapan yang tegas kepada ummatnya kerana mereka dah ada Nabi yang boleh berkata-kata dengan Allah masih lagi mereka tanya siapa manusia paling alim umpama tak cukup dan syukur dengan Nabi yang ada bersama mereka.

Dan kisah Sayyidina Musa mencari Sayyidina Khidir juga untuk menjadi pengajaran kepada kita jika masih ada "akulah" keakuan maka kenalah orang itu mencari guru mursyid untuk menghabiskan keakuannya.

Dari kisah ini ada 2 pengajaran kepada kita
1) Pastikan lorong kita, cari pemegang nafsu kita untuk menghilangkan keakuan kita.
2) Dah ada mursyid, taslim kepadanya, jangan menimbang kewaliannya, kealimannya atau sebagainya.

Wallahu'alam 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

DZIKIR DZIKIR WAJIB SUDAH MENCUKUPI

#FAIDLOH #TIJANIYAH

*بِسٔمِ اللّٰهِ الرَّحٔمٰنِ الرَّحِئمِ ،الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩*

يقول سيدي الأحسن البعقيلي فى "إراءة عرائس فلك الحقائق العرفانية ..." : ( وفي أذكار الطريقة كفاية وفى رجالها كفاية ، فإنك تعطى في الورد اللازم إذا ذكرته ما لم يعطه من قبلك من تمام الصفاء وكمال الرضي ،...).
وقال ايضٱ : ( ولاتتعلق بخواص الأذكار ، فإن التعلق بالخواص يخرج الطريقة عن حدها ...).

Sidi Al Haj Al Ahsan Al Ba'qili At Tijany berkata dalam kitabnya "IROAH 'AROISI FALAKI ALHAQOIQ AL 'IRFANIYAH" :

Dalam dzikir-dzikir wajib thoriqoh(tijaniyah) sudah mencukupi, dan dalam diri para rijal(masyaikh) thoriqoh sudah mencukupi, karena sesungguhnya dalam wirid wajib thoriqoh jika engkau membacanya, engkau akan diberikan sesuatu yang tidak diberikan pada orang sebelummu dari kesucian dan keridloan yang sempurna... 

Beliau juga berkata :

Janganlah engkau bergantung pada dzikir-dzikir khusus(seperti hizb dan asma), karena bergantung pada dzikir-dzikir khusus akan mengeluarkan thoriqoh dari batasannya...
=============================
dzikir-dzikir wajib dalam thoriqoh sudah mencukupi segala kebutuhan hidupmu dan meraih semua apa yang telah dijanjikan oleh syekhuna Ahmad At Tijany rodliyallahu 'anhu. Tak perlu mencari dan memburu asma, asror dan dzikir khusus lainnya. Cukup menekuni dzikir-dzikir wajib dengan penuh keyakinan dan memperbanyak sholawat fatih... 

*الله يقبل علينا وعليكم بمحض فضله ورضاه*
=============================

Khamis, 22 Jun 2023

Amalan khusus

Amalan khusus dikalangan Ashab Sheikh Tijani rhm ialah menghadiahkan kesemua pahala amalan mereka untuk Rasulullahﷺ, sama ada amalan fardhu atau pun amalan sunat, sehingga tidak terpandang adanya usaha/ikhtiar mereka(dlm mengerjakan ibadah) kecuali hanya utk diniatkan sebagai gantian drp pahala itu utk dihadiahkan kpd Nabiﷺ & sebagai permintaan agar disyafaatkan dari kesalahan maksiat dgn semata² kurniaan(bukan dari sebab amalan mereka) dgn kemuliaan Bagindaﷺ...

Sidi AlHaji AlAhsan AlBa'qili ra

CUKUPLAH MENYIBUKKAN DIRIMU DENGAN SELAWAT FATIH SEBAGAI AMALAN DAN WIRID UTAMA HARIAN KAMU

#PERBENDAHARAAN ALLAH YG TERAGONG

#NASIHAT PENTING SIDI SYEIKH AHMAD TIJANI R. ANHU 

Surat utusan drp Sheikh Tijani ra kpd salah seorang sahabatnya ra agar menyibukkan diri dgn selawat fatih..

"..Kemudian sesungguhnya engkau meminta drpku penambahan zikir² selain drp wirid(asas tijani)..

..ketahuilah..
Daku ijazahkan dikau setiap apa yg engkau mahukan drp zikir², asma'², ayat² & doa² kemana & bagaimana shj yg engkau kehendaki(beramal dgnnya)...

...melainkan yg selain drp wirid² para masyaikh yg merupakan kewajipan bg memasuki jalan² mereka..
maka(wirid² para masyaikh) tidak diizinkan utkmu..

..ketahuilah..
setiap yg daku sebutkan drp zikir² & selawat keatas Bagindaﷺ serta doa² jikalau kamu tawajjuhkan(berhadap sepenuhnya zahir/batin) selama 100 RIBU tahun, setiap hari kamu melakukan zikir² tersebut 100 RIBU kali serta dihimpunkan pahalanya semua sekali..NESCAYA tidak akan menyamai/tercapai pahala SEKALI shj SELAWAT FATIH lima ughliqa..

...maka jika engkau mahukan manfaat utk dirimu diakhirat.. maka sibukkanlah dirimu dgn selawat fatih mengikut kadar kesungguhanmu..

..kerana sesungguhnya(selawat fatih) merupakan perbendaharaan Allahﷻ yg teragung bg mereka yg berzikir dgnnya..

..& tiap² zikir² yg kamu mahukan(yakni selain drp wirid yg wajib) tambahilah sebagai tambahan drp wirid(yg wajib)..

..sesungguhnya daku telah menasihati engkau kerana Allahﷻ.."

HAQIQI DIRI INSANI


Didalam diri MANUSIA itu tempatnya IBLIS, SYAITAN, JIN, 10 MALAIKAT (Sifat Malaikat), SYURGA dan NERAKA.

7 LAPIS LANGIT dan 7 LAPIS BUMI (Hati yang lapang)... 

Makna-makna yang terkandung didalam setiap KITAB SUCI itu semuanya dirangkumkan didalam AL-QUR'AN.

Makna-makna yang terkandung didalam AL-QUR'AN itu telahpun dirangkumkan kesemuanya didalam Surah AL-FATIHAH.

Dan makna-makna yang terkandung didalam Surah AL-FATIHAH itu dirangkumkan didalam Kalimah BISMILLAAH. 

Makna-makna yang terkandung didalam Kalimah BISMILLAAH itu pula dirangkumkan didalam Huruf "BA-NYA".

Makna yang terkandung didalam Huruf "BA" adalah :

"OLEH-KU telah terjadi sesuatu yang telah terjadi dan OLEH-KU akan terjadi sesuatu yang akan terjadi..." 

Makna TITIK pada Huruf "BA" adalah HATI. Iaitu :

Pintu Masuk = 

"MAN AROFA NAFSAHU FAQOD AROFA ROBBAHU..."

”Sesungguhnya Syaitan berjalan didalam Tubuh manusia di tempat peredaran Darah.” 
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

“Ketika Allah menciptakan Adam (CAHAYA = Sifat Malaikat) di Syurga, Allah pun meninggalkannya sesuai dengan Kehendak-Nya. Maka Iblis pun mengelilingi (Adam) dan memperhatikan bagaimana keadaannya, ketika melihat ada sisi yang Kosong, maka dia pun mengetahui bahawa Allah telah menciptakan satu ciptaan yang tidak mampu untuk menahan diri.”

Ketika berpindah ke ALAM SYAHADAH, maka Adam telah dimasukkan kedalam Jasad.

HAKIKAT JASAD itu adalah merupakan PENJARA DUNIAWI.

Allah SWT hanya menciptakan NIKMAT dan RAHMAT.

Dan Allah SWT tidak menciptakan NERAKA ketika Adam berada di Alam RAHMAT.

Disaat IBLIS tidak mahu Bersujud ataupun Tunduk Hormat kepada Adam, maka lahirlah NERAKA. 

NERAKA adalah 'BUAH TEKAD' IBLIS, ketika permohonannya telah dikabulkan oleh Allah SWT untuk menggoda seluruh Anak Cucu Adam sampailah ke Hari Kiamat.

Sifat-Sifat IBLIS, SYAITAN dan JIN, iaitu :

HUBBUD DUNIA (CINTA DUNIAWI) adalah pangkal daripada kesemua sifat-sifatnya, iaitu :

- Sombong.

- Ujub.

- Riya.

- Takkabur.

- Fasik. 

- Munafik.

- Iri.

- Dengki.

- Dendam.

- Benci.

- Dusta.

- Sum’ah.

- Bohong.

- Zalim.

- Khianat.

- Rakus.

- Tamak.

- Bakhil.

- Kikir.

- Fitnah.

- Ghibah.

- Mencela.

- Menghina.

- Mencemooh.
 
- Perkataan kasar dan kotor. 

Dan lain-lainnya...

RAHMAT ALLAH SWT dan SYAFA'AT RASULULLAH sangat-sangat sulit untuk menitis kedalam Hati yang telahpun dipenuhi oleh Penyakit-Penyakit Hati.

Sabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam :

"Allah tidak memandang RUPA dan HARTAMU tetapi Allah memandang HATI dan AMALANMU."

MUSYRIK DHOLALAH : 

Latta, Uza, Manat dan Hubal. 
 
SYIRIK KHOFI : 

Islam yang tekadnya berubah-ubah.

SYIRIK LIJATI : 

Hati Islam, tetapi pekerjaannya Musyrik. 

SYIRIK LI’IJATI : 

Berpindah-pindah Agama.  

KUFUR : 

Ucapan yang buruk-buruk.

KAFIR : 

Manusia yang jahat Hatinya.

KUFFAR : 

Prilaku dan langkah yang buruk.

* HADAST-HADAST BATIN.

Berhala-berhala yang berada didalam Hati, yang mana uapnya itu akan menutupi BATIN seseorang.

Sifat membuktikan Isi Hati 
AKHLAK BATIN yang sudah buruk, kerana IBLIS, SYAITAN dan JIN telahpun menutupi HATI yang membuatkan manusia itu Berubah-Ubah TEKADNYA.

PERKATAAN, TEKAD dan TINGKAH LAKUNYA adalah cerminan daripada Sifat-Sifat IBLIS, SYAITAN dan JIN.  

Mereka akan selalu membuat pelbagai perangkap, jebakan-jebakan halus, menghalangi dan membelokan jalan daripada menuju yang HAQQ (KEBENARAN), KEADILAN dan KEBAIKAN. 

Ibaratnya : 

Menawarkan SYURGA, tetapi mengajak ke NERAKA.

* SATU KEBENARAN, DIBUNGKUS DENGAN 1000 KEPALSUAN.

"Sepertinya semut hitam yang berjalan diatas batu hitam, dikegelapan malam didalam gua yang gelap..." 

HADAST BATIN menjadi BENIH KEBENCIAN akan menghasilkan HALUSINASI JIWA, iaitu :

- Merasa paling baik.

- Merasa paling benar.

- Merasa paling pandai.

- Merasa banyak amal.
 
- Merasa paling soleh.

- Merasa ahli ibadah.

- Ingin dipuji.

- Ingin disanjungi.

- Ingin dihormati.

- Mengagumi diri.

- Melupakan dosa.
 
- Melupakan azab.

- Berandai-andaian terhadap Allah SWT.

- Berangan-angankan syurga.

- Benci kepada umat yang tidak solat.

- Benci kepada manusia yang tidak disukai.

- Menghina.

- Melecehkan.

- Mencemooh.
 
- Panjang angan-angan.

Dan lain-lainnya...

Ibadah yang bersama-sama dengan 'URUSAN PERASAAN' akan membukakan jebakan-jebakan dan perangkap-perangkap yang sangat halus, iaitu Pintu Masuknya SYAITAN kedalam Hati, sepertinya :

- Ahli Ibadah.

- Ahli Beramal.

- Ahli Agama.

- Orang Cerdik Pandai.
 Ahli Syurga.

- Orang Baik-baik.

"Maka, pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan HAWA NAFSUNYA sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya Sesat berdasarkan Ilmu-Nya. 

Dan Allah telah MENGUNCI MATI PENDENGARAN dan HATINYA dan meletakkan penutup atas PENGLIHATANNYA ? 

Maka siapakah yang akan memberinya Petunjuk sesudah Allah (Membiarkannya Sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran ?" 
(QS. Al-Jasiyah : 23)

Jikalau KEGELAPAN telahpun menutupi MATA BATINNYA, maka itu akan menyebabkan BATINNYA sendiri akan terpisah daripada KEBENARAN. 

Hakikatnya BATINLAH yang tertutup, sedangkan KEBENARAN tidak akan pernah tertutup !

Dalil ataupun Bukti yang dicari-carinya bukanlah untuk menyatakan KEBENARAN dan KEYAKINAN, tetapi hakikatnya adalah untuk mengeluarkan BATIN daripada LEMBAH KEGELAPAN kepada CAHAYA YANG TERANG BENDERANG KEYAKINAN (IMAN).

Didapati melalui PENGAMALAN, sehinggalah CAHAYA akan MENERANGI ataupun Membuka Hijab Hatinya.

Kekuatan ILMU yang diperolehi akan dapat ditentukan oleh Kekuatan Hati.

Maka bekasnya haruslah Bersih dan Suci, kerana ILMU tidak akan sesekali masuk kedalam Hati yang kotor !

Apabila Hatinya Bersih dan Suci, maka CAHAYA ILLAHI akan semakin BERSINAR MENERANGI dan Insan pula akan mendapatkan ILMU yang lebih jelas.

Lalu BATINNYA pula akan menghadap kepada yang lebih BENAR, sehinggalah dia menemui KEBENARAN HAQIQI. 

Terbukanya MATA BATIN memperlihatkan KEBERADAAN ALLAH SWT, 

KESAKSIAN MATA BATIN memperlihatkan ketiadaan dirinya selain WUJUD-NYA,

KESAKSIAN HAQIQI MATA BATIN memperlihatkan bahawa hanya DZAT yang WUJUD. 

Tidak akan terlihat lagi ketiadaan dan kewujudan diri, hal inilah yang disebutkannya NAFI dan ISBAT.

BATIN yang terlantar tanpa makanannya akan mengakibatkan peredaran Darahnya menjadi kotor, dan akibatnya akan menjadi Penyakit-Penyakit. sepertinya :

- Mudah marah.

- Depresi.

- Stress.

- Was-was.

- Keraguan.

- Hati resah.

- Jiwa gelisah.

- Fikiran tidak tenang.

- Hati panas.

- Hati membatu.

- Stroke.

- Penyakit jantung.

- Kanker.

- Darah tinggi.

- Tumor.

- Sakit yang panjang dimasa tua.

- Sakaratul Maut yang lama. 

Dan lain-lainnya...  

Kesan daripada HADAST-HADAST BATIN, akan membuatkan BATIN Terhijab dan Qalbu menjadi gelap dan juga Hatinya mengalami Kebutaan. 

"Sesungguhnya bukan Mata itu yang Buta, tetapi yang Buta ialah Hati yang didalam dada."  
(QS. Al-Hajj : 46)


Perkuburan-Perkuburan Utama Di Permakaman Al-Hujun


1) Maqam Sayyidatina Khodijah al-Kubro

🌟 - lokasi maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/NhVFhUqojUiKs6yT6

2) Maqam Sayyidina al-Qosim bin Rasulullah Sollallohu Alayhi Wa Alihi Wasallam

🌟 - lokasi maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/8vpCz2erc3pzkdmd8

3) Maqam Sayyidina Abdul Rohman bin Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq

🌟 - lokasi petak maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/42EaJY9W9wZYHFgQA

4) Maqam Sayyidatina Asma binti Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq

🌟 - lokasi petak maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/FRVVNmVuW7nRNQGF8

5) Maqam Sayyidina Abdullah bin Sayyidina Al-Zubayr bin al-'Awwam

🌟 - lokasi petak maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/kXAFxCvyzWzGkk817

6) Maqam Sayyidina Abdul Muttolib bin Sayyidina Hashim bin Sayyidina Abdu Manaf

🌟 - lokasi maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/GpqWeWD6Ex4Y5JAK8

7) Maqam bapa saudara Rasulullah Sollallohu Alayhi Wa Alihi Wasallam yang bernama Abu Tolib bin Sayyidina Abdul Muttolib

🌟 - lokasi maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/DDe3E9oFtKM6Xf8R7

8) Maqam al-Imam Fudhayl bin 'Iyadh

🌟 - lokasi petak maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/2RsKuErp2f6i8ier5

9) Maqam al-Imam Ibnu Hajar al-Haytamiyy al-Shafi'iyy

🌟 - lokasi petak maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/ySk3o9NiURxSxeXe7

10) Maqam al-Imam Muhammad Nawawiyy bin Umar al-Bantaniyy

🌟 - lokasi maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/W1bKZ8r5hsS2ZqSR6

11) Maqam al-Imam al-Syeikh Yasin bin Muhammad Isa al-Fadaniyy

🌟 - Lokasi petak maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/PxrJtRYa3AyLgciA8

12) Maqam al-Imam Muhammad bin 'Alawiyy bin 'Abbas al-Malikiyy

🌟 - lokasi petak maqam beliau:

https://maps.app.goo.gl/34R4vpZysZXTkffh7

____

Sekiranya ada pembetulan atau tambahan, sangat dialu-alukan.

#dalam_dirimu_ada_rasulullah

Jalan Allah sangat suci

Jalan Allah sangat bersih, jalan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. dan para sahabat, mensahihkan kehambaan, dan hamba tiada milik, tiada apa-apa, dia hak kepada tuan dia, tiada mendakwa saya, keakuan, tiada langsung, tidak gembira dengan amalannya, tidak rasa bahagia dengan amalan dia, malu dari amalan dia, malu dari martabat yang dia dapat, sebab itu semua hak tuhan, bukan hak dia, itu kehambaan,

Jadi jalan Allah sangat bersih, bila campur sikit, bila ada selain Allah akan jadi jalan gelap,memang boleh dapat pembukaan, tapi janganlah kira jalan Allah dengan pembukaan sebab orang sufi hindu, sufi siam, buddha boleh dapat pembukaan tapi pembukaan zulmani( GELAP) mereka boleh tasarruf atas alam, boleh terbang, boleh karamat, boleh jadi bomoh dan macam2, tapi semua di dalam pembukaan gelap, jadi maksud perkara kharqul adat( خرق العادة) karamat, luar biasa bukan itu timbangan kewalian, sebab orang kafir pun boleh dapat,

Jadi bukan maksud kita dapat sesuatu yang luar biasa maksudnya jalan itu betul, itu kira tak betul, timbangan tak betul, jadi janganlah kira jalan Allah dengan timbangan itu, sebab kadang2 ada istidraj syaitan main atas orang nak masukkan lagi dalam jalan yang tak betul, jadi bagi karamat, kasyaf, luar biasa itu istidraj, maklum istidraj itu tarikan kepada kesesatan, berhati2 memang jalan sufi itu jalan kepada Allah dan juga jalan kepada syaitan, sebab itulah sekarang banyak gangguan atas jalan sufi hikmah dari Allah, bukan wahabi nak buat tu, bukan jabatan agama nak buat macam tu, itu semua adalah hikmah dari Allah.

Itu masalah, jadi guna jalan Allah nak jadi guru, guna jalan Allah untuk dapat perkara luar biasa, nak guna jalan Allah untuk dapat martabat mulia, itu bukan kehambaan, itu selain kehambaan, itu ketuanan, fitnah, Nauzubillahi min zalik

Alhamdulillah.. Jln muhammadi.. Jalan kholis bersih dari tujuan habuan.. كما خلقك من غير غرض فاعبده من غير غرض spt mana engkau d jdkan tnpa tujuan maka smbahlah Dia juga tanpa tujuan2 habuan2

Jadilah spt cacing makin dicari makin lari.. Atau mcm kepala kura.. Org tgk terus masuk kepala.. 

Makna Selawat Fatih

*_اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞_* 
_Ya Allah, limpahkan selawat keatas Penghulu kami Muhammad_

*_الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞_* 
_Pembuka apa yang tertutup_

*_وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞_* 
_Penutup apa yang telah berlalu_

*_نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞_* 
_Penolong kebenaran dengan kebenaran_

*_وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞_* 
_Penunjuk kepada jalanMu yang lurus_

*_وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩_*
_dan keatas keluarganya sesuai dengan kedudukan hakikat mereka yang agung._

Daurah kitab Syamail Muhammadiyah


Qasidah tema:
https://fb.watch/hQD65EpsCs/

1. https://fb.watch/hQCWBfCB8j/
2. https://fb.watch/hQCZJyu6cz/
3. https://fb.watch/hQC-kvz961/
4. https://fb.watch/hQD0zsQJDB/
5. https://fb.watch/hQD1FT1ZT0/
6. https://fb.watch/hQD338ZnpC/
7. https://fb.watch/hQD43IHP2z/
8.

Rujukan Bulan Rejab dan Isra’ Mi’raj


https://drive.google.com/drive/folders/19cIDPyEt3DMpARNMauXk-TN5R07BRXuL

Rujukan Bulan Sha’ban dan Nisfu Sha’ban

https://drive.google.com/drive/folders/1JFsdfw9Ujmj6hmzKaTmiZVNiln0hzNA-

“Banyakkan mengaji, bukan mengeji.”

Kitab Arab

HAKIKAT ASMA2 DAN ZAT

Aku mendengar drpd Syarif Ahmad Alhadi Alhasani Hafizahullah taala tentang hasilan yg terhasil drpd bacaan selawat fatih dengan bilangan huruf selawat fatih..

padanya rahsia yg sangat besar,tiada harus/mampu bagi seseorang untuk menyelami serta mendalami didalam lautan rahsianya melainkan seseorang itu telah memutuskan sebarang kecenderungan utk menghasilkan serta berusaha utk mendapat suatu rahsia atau khasiat tertentu pd amalannya

keutamaan selawat fatih bandingannya seperti diri Baginda saw yg dibaca atasnya tidak menerima perkongsian (tujuan/khasiat)pd mana2 cara

barangsiapa menghendaki/mencari akan Hakikat Muhammadiah yg agung,maka hendaklah ia meninggalkan apa yg selainnya

hendaklah ia berusaha keras akan dirinya dengan setinggi2 tajrid drpd akar2 gharad dan tujuan beserta dengan tuhannya dan hambanya
maka pd ketika itu akan tersingkap sebahagian drpd rahsia2 Hakikat Muhammadiah tersebut

Dan sahlah hubungannya dengan Hakikat Muhammadiah secara tahkik,bukan dengan waham dan sangkaan 
sepertimana berlaku kpd kebanyakan pendakwa2

maka sir/rahsianya ialah pada meninggalkan keinginan utk mendapat sir dan pembukaan dengan menyucikan drpd syahwat hendak kpd pembukaan serta menanti akan pembukaan

berkata Maulay Albaqili RA pd penghujung kitab iraahnya ketika membicarakan tentang Syeikhul Akbar Syeikh Ahmad Tijani Ra drpd perbahasan bilangan huruf selawat fatih,yaitu 489x setiap pagi dan petang
wajiblah baginya pembukaan didunia dan akhirat

caranya ialah :
1-
أَعُوذُ بِاللهِ مَنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 
بسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الذِّينَ أَنْعَمْتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ولآ الضَّآلِّين ، آمِين ............1x

2-

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ والهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وعَلَى آلِهِ حقّ قَدْرِهِ ومِقْدَارِهِ العَظِيمِ .....489x

3-
اللَّهُمَّ بِجَاهِ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ إِفْتَحْ لِي مِنْ كُلِّ بَابِ خَيْرٍ فَتَحْتَه عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولِكَ وَبِجَاهِ الخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ إِخْتِمْ لِي بِخَاتِمَةِ النَّاجِينَ الرَّاجِينَ الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ 
 " قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ " 
وَبِجَاهِ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ أُنْصُرْنِي عَلَى جَمِيعِ الأَعْدَاءِ نَصْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُ أَتَتَّخِذُنَا هُزُءَا " قَالَ أَعُوذُ بِاللهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الجَاهِلِنَ " 
وَبِجَاهِ الهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ إِهْدِنَا ًصِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ " مِنَ النَّبِيِّينَ والصِّدِّيقِينَ والشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ اللهِ " ............... 3x

peringatan bahawa asas dan tunjang kpd amalan ini dan zikir2 dalam toriqah kita ialah tiada menanti kpd sesuatu (khasiat) dan berusaha utk mendapatkannya
kerana ia adalah pendakwaan atas kelayakan dan keahlian terhadap sesuatu yg diamalkan

ia melepasi dan berpisah drpd hadrah kehambaan kpd hadrah ketuanan dan memperzahirkan akan sifat ketuanan

moga Allah melindungi kira drpd kehinaan dan maksiat

hadrah ini adalah hadrah fadhlul ilahi yg tidak terhenti atas meminta2 atau buat kerja atau usaha utk dpt sesuatu ,atau syuhud keahlian dan kelayakan 

adalah ditegah atas seorang hamba mengharapkan upah atas kerjanya,apatah lagi ia berusaha utk mendapatkan upah drpd tuannya

maka seorang hamba tidak harus atasnya pada uruf dan pada akal meminta gantian/upah atas kerjanya (walaupun dengan lintasan hati)

via ~ zawiyah iraah Malaysia

KAROMAH THORIQOH TIJAANI


ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ۞ ﺍﻟﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ۞ ﻭَﺍﻟﺨَﺎﺗِﻢِ ﻟِﻤَﺎ ﺳَﺒَﻖَ ۞ ﻧَﺎﺻِﺮِ ﺍﻟﺤَﻖِّ ﺑِﺎﻟﺤَﻖِّ ۞ ﻭَﺍﻟﻬَﺎﺩِﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺻِﺮَﺍﻃِﻚَ ﺍﻟﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢِ ۞ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﺣَﻖَّ ﻗَﺪْﺭِﻩِ ﻭَﻣِﻘْﺪَﺍﺭِﻩِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴﻢِ *۞
ﺇﻥ ﻷﻫﻞ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻄﺮﻳﻘﺔ ﻋﻼﻣﺔ ﻳﺘﻤﻴﺰﻭﻥ ﻋﻦ ﻏﻴﺮﻫﻢ . ﻭﻳﻌﺮﻑ ﺑﻬﺎ ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻫﻮ ﺻﺎﺣﺒﻬﺎ ﺑﻮﺟﻪ . ﻭﻫﻲ ﻛﻤﺎ ﻗﺎﻟﻪ ﺣﻮﺍﺭﻱ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﺍﻟﻤﺸﻬﻮﺩ ﻟﻪ ﻓﻲ ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺃﺳﺮﺍﺭﻫﺎ ﺑﺎﻟﺘﺒﺮﻳﺰ ﻭﺍﻟﺘﺤﻘﻴﻖ :

Sesungguhnya para pengikut thoriqoh Tijani ini mempunyai tanda tanda yang membedakan mereka dari mereka orang lain.
Dengan tanda tanda ini dapat dikenali bahwa Rosululloh SAW adalah shohabat atau pembimbingnya dalam bentuk khusus.
Itu seperti yang dijelaskan oleh para tokoh terkenal dalam thoriqoh ini, berkenaan dengan Rahasia-rahasianya, yaitu sebagai orang-orang luhur dan orang-orang benar. Ia mengatakan :

ﺇﻥ ﻟﻜﻞ ﻭﺍﺣﺪ ﻣﻦ ﺃﻫﻠﻬﺎ ﻣﻜﺘﻮﺏ ﺑﻴﻦ ﻋﻴﻨﻴﻪ ﺑﻄﺎﺑﻊ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ " ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ " ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻭﻋﻠﻰ ﻗﻠﺒﻪ ﻣﻤﺎ ﻳﻠﻲ ﻇﻬﺮﻩ " ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪﺍﻟﻠﻪ " ، ﻭﻋﻠﻰ ﺭﺃﺳﻪ ﺗﺎﺝ ﻣﻦ ﻧﻮﺭ ﻣﻜﺘﻮﺏ ﻓﻴﻪ " ﺍﻟﻄﺮﻳﻘﺔ ﺍﻟﺘﺠﺎﻧﻴﺔ ﻣﻨﺸﺆﻫﺎ ﺍﻟﺤﻘﻴﻘﺔ ﺍﻟﻤﺤﻤﺪﻳﺔ " ﺇﻩ ﻛﻼﻣﻪ ﻓﻴﻤﺎ ﻭﻗﻔﻨﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﻣﻦ ﺑﻌﺾ ﻣﺆﻟﻔﺎﺗﻪ .

Sesungguhnya setiap orang dari pengikut thoriqoh Tijaniyyah tertulis di antara kedua matanya *stempel* Nabi SAW.

ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ

Muhammadun Rosululloh,.
Dan pada hatinya yang dekat dengan punggungnya tertulis

ﻣﺤﻤﺪ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺪﺍﻟﻠﻪ

Muhammad Ibnu 'Abdillah.
Pada bagian kepalanya ada sebuah mahkota dari cahaya yang tertulis di situ.

ﺍﻟﻄﺮﻳﻘﺔ ﺍﻟﺘﺠﺎﻧﻴﺔ ﻣﻨﺸﺆﻫﺎ ﺍﻟﺤﻘﻴﻘﺔ ﺍﻟﻤﺤﻤﺪﻳﺔ

Ath-Thoriqoh at-Tijaniyyah sumbernya adalah hakikat Muhammadiyyah
Seperti itulah perkataannya yang kami dapatkan dari beberapa kitab karangannya.

ﻭﻳﺆﻳﺪﻩ ﻣﺎ ﺗﻮﺍﺗﺮ ﺑﻴﻦ ﺍﻷﺻﺤﺎﺏ ﻋﻦ ﺟﻤﺎﻋﺔ ﻣﻦ ﺃﺭﺑﺎﺏ ﺍﻷﺣﻮﺍﻝ ﺃﻧﻬﻢ ﺻﺮﺣﻮﺍ ﻟﺒﻌﺾ ﺃﻫﻞ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﺑﺄﻧﻬﻢ ﺭﺃﻭﺍ ﻃﺎﺑﻊ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺑﻴﻦ ﻋﻴﻨﻴﻪ .

Juga dikuatkan oleh keterangan yang mutawatir di kalangan para sahabat yang sudah mencapai maqom waliyyulloh, bahwa mereka mengatakan secara terus terang kepada pengikut thoriqoh ini, bahwa mereka melihat cap (stempel) Nabi SAW di antara kedua matanya.

ﻭﻗﺪ ﺭﺃﻳﻨﺎ ﺑﻌﺾ ﺍﻷﺻﺤﺎﺏ ﺇﺫﺍ ﺭﺃﻯ ﺃﺣﺪﺍ ﻣﻦ ﺃﻫﻞ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﻋﺮﻓﻪ ﻭﻗﻄﻊ ﻟﻪ ﺑﺄﻧﻪ ﻣﻦ ﺃﻫﻠﻬﺎ ﻭﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﺭﺁﻩ ﻗﺒﻞ ﺫﻟﻚ، ﻭﻻ ﻳﺒﻌﺪ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﻛﺸﻒ ﻟﻪ ﺍﻟﻐﻄﺎﺀ ﻋﻦ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻄﺎﺑﻊ ﺍﻷﺯﻫﺮ ﻭﺍﻟﺴﺮ ﺍﻷﺑﻬﺮ .

Bahkan kami lihat ada beberapa orang sahabat mana apabila melihat salah seorang dari pengikut thoriqoh Tijani ini, ia dapat mengenalinya dan dapat memastikan bahwa dia adalah pengikutnya, padahal belum pernah bertemu sebelumnya.
Tidak keliru bahwa memanglah sudah dibukakan baginya tutup pada stempel gemilang dan sirr rahasia yang kemilau ini.

ﻭﻣﻌﻠﻮﻡ ﺃﻥ ﻣﺜﻞ ﻫﺬﺍ ﺇﻧﻤﺎ ﻳﺮﺍﻩ ﻣﻦ ﻛﺸﻒ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ ﻋﻦ ﺑﻌﺾ ﺃﺳﺮﺍﺭﻩ ﺍﻟﻐﻴﺒﺔ ﻭﺃﻳﺪﻩ ﺑﺄﻧﻮﺍﺭﻩ ﺍﻟﻮﻫﺒﻴﺔ . ﻓﻼ ﻣﺠﺎﻝ ﻓﻴﻪ ﻟﻸﻓﻜﺎﺭ ﺇﺫ ﻻ ﻧﻔﺎﻕ ﻟﺒﻀﺎﻋﺔ ﺍﻟﻌﻘﻞ ﻓﻲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻤﻀﺎﺭ .

Sebagaimana dimaklumi, bahwa hal seperti ini hanya dapat dilihat oleh orang-orang yang dibukakan oleh Allah sebagian rahasia-rahasia-Nya yang bersifat gaib, dan sudah didukung oleh cahaya-cahaya-Nya dalam bentuk karunia.
Oleh karena itu tidak ada ruang untuk akal pikiran, sebab tidak ada jalan untuk bisa mengupas kandungan ini melalui sarana akal pikiran.

ﻭﻫﻮ ﻣﻦ ﺟﺎﺋﺰ ﺍﻟﻜﺮﺍﻣﺎﺕ ﺍﻟﺘﻲ ﻳﺘﺤﻒ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻬﺎ ﻣﻦ ﺷﺎﺀ ﻣﻦ ﻋﺒﺎﺩﻩ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﺍﻷﺧﻴﺎﺭ .

Ini termasuk karunia karomah-karomah yang Allah anugerahkan kepada orang-orang yang Dia kehendaki dari kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman lagi bijak.

ﻭﻳﺨﺘﺺ ﺑﻬﺎ ﻣﻦ ﺃﺭﺍﺩ ﻣﻦ ﺃﻭﻟﻴﺎﺋﻪ ﺍﻟﻤﻜﺮﻣﻴﻦ ﺍﻷﺑﺮﺍﺭ . ﻓﺴﻠﻢ ﺳﻠﻢ

Dan Yang Dia khususkan kepada orang-orang yang Dia kehendaki di antara Wali-wali-Nya yang terhormat lagi orang-orang yang berbakti. Maka percayalah, niscaya engkau akan selamat.
Bughyatul Mustafid 100-101.
 PADHOL ALLOH, YANG KITA HARUS SYUKURI, 

Keutamaan thoriqoh tijaniyah.
Keutamaan Thariqah At Tijany ada 2 (dua) :
a. Keutamaan bagi semua orang yang menyakini kewalian Sayyidi Syeikh Ahmad At Tijany dan hormat serta cinta kepada beliau juga senang dan hormat terhadap pengikut Thariqah At Tijany sampai mati, dengan catatan “ Tidak pernah merasa aman dari ancaman murka Allah Swt”. maka ia akan mendapatkan jaminan Allah SWT melalui Rasulullah SAW dengan jaminan antara lain:
1. Akan mati membawa Islam dan Iman.
2. Dimudahkan dalam sakaratul maut
3. Mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam kubur
4. Allah Swt. menjamin keamanan baginya dari semua jenis siksaan dan semua kesulitan, sejak matinya sampai masuk kedalam surga.
5. Diampuni semua dosanya yang terdahulu dan kemudian
6. Mendapat Rahmat Allah karena semata-mata karunia Allah Swt. bukan karena kebaikan orang tersebut.
7. Allah tidak akan menghisab / memperhitungkan amalnya dan tidak akan mengurangi sedikitpun serta tidak akan ditanya apapun tentang amalnya di hari kiamat.
8. Allah memberi naungan kepada mereka dibawah Arasy di hari kiamat
9. Allah akan memberi kekuatan ketika melewati syirath, sehingga sampai kesurga dalam sekejap mata dengan kawalan Malaikat.
10. Diberi minum oleh Allah SWT. dari telaga Rasulullah Saw.
11. Masuk surga tanpa hisab dan tanpa disiksa dalam rombongan pertama bersama Rasulullah SAW.
12. Allah meletakkannya / memberi tempat tinggal di Illiyyiin dalam surga Firdaus dan Aden.
13. Rasulullah Saw. cinta pada orang yang cinta Sayyidi Syeikh Ahmad At Tijany dan dia tidak akan mati kecuali sudah menyandang predikat sebagai wali Allah.
14. Sayyidi Syeikh Ahmad At Tijany RA. cinta pada orang yang cinta kepadanya.
Untuk keutamaan no.1 s/d 14 ini Allah Swt. memberikan kepada siapa saja yang cinta dan taslim kepada Sayyidi Syeikh Ahmad At Tijany sampai akhir hayat walaupun tidak mengikuti / tidak mengamalkan thariqah At Tijaniyah.
b. Keutamaan bagi mereka yang mengikuti / mengamalkan Thariqah Tijany dengan baiat Shahiih akan mendapatkan keutamaan yang lebih banyak lagi diantaranya :
1. Kedua orang tuanya, istri istrinya serta anak anaknya dijamin masuk surga tanpa hisab (tanpa dihitung amalnya) dan tanpa disiksa serta diampuni dosa dosanya baik besar maupun kecil. Dengan catatan mereka itu semua orang Islam yang tidak benci dan tidak mencela Sayyidi Syeikh Ahmad bin Muhammad At Tijany ra. Lebih terjamin lagi jika mereka itu cinta kepada Sayyidi Syeikh Ahmad Bin Muhammad At Tijany RA, walaupun tidak ikut mengamalkan wirid Thariqah Tijany.
2. Rasulullah SAW menjadi sandaran utama mereka sebagaimana sabda Rasulullah SAW kepada Sayyidi Syeikh Ahmad bin Muhammad At Tijany RA pada pertemuan barzakhi dalam sadar bukan mimpi yang artinya:
ﻗَﺎﻝَ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ " ﻓُﻘَﺮَﺍﺀُﻙَ ﻓُﻘَﺮَﺍﺋِﻰ ﻭَﺗَﻼَﻣِﻴْﺬُﻙَ ﺗَﻼَﻣِﻴْﺬِﻯ ﻭَﺃﺻْﺤَﺎﺑُﻚَ ﺃﺻْﺤَﺎﺑِﻰ " ﻓَﻤَﺎ ﺃﺷْﺮَﻑُ ﻫَﺬِﻩِ ﺍﻻِﺿَﺎﻓَﺔُ؟ ‏( ﺍﻟﻔﻴﺾ ﺍﻟﺮﺑﺎﻧﻲ 28 : )
“Para fuqara’ (para pengamal thariqah Tijani) itu adalah fuqara’ku, murid muridmu itu semua adalah murid muridku, sahabat sahabatmu adalah sahabat sahabatku”. Adakah tempat bersandar yang lebih mulya dari Rasulullah ?..... (Al Faidlur Rabbani : 28).
3. Ketika naza’ / sakaratul maut, Rasulullah SAW akan hadir menjemput ruhnya.
4. Rasulullah SAW akan mendampinginya ketika ditanya oleh 2 malaikat (Munkar dan Nakiir).
5. Imam Mahdi Al Muntadzar menjadi ihwan Thariqah At Tijaniyah, dan sebagai tanda akan datangnya Imam Mahdi Al Muntadzar yaitu jika Ihwan Thariqah At Tijaniyah sudah banyak, merata, tersebar di berbagai Negara sampai ke desa desa.
6. Martabat atau pangkat Ihwan Thariqah Tijany lebih tinggi dapi pada para wali qutub walaupun mereka hanya sebagai orang awam.
ﻓَﻌَﻠِﻢَ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : ﺇِﻥَّ ﺑَﻴْﻦَ ﺃَﺻْﺤَﺎﺑِﻪِ ﻭَﺑَﻴْﻦَ ﺃَﺻْﺤَﺎﺏِ ﻫَﺬَﺍ ﺍﻟﺸَّﻴْﺦِ ﻣُﻨَﺎﺳَﺒَﺔً ﺗَﺎﻣَﺔً، ﻭَﺑِﺘِﻠْﻚَ ﺍﻟْﻤُﻨَﺎﺳَﺒَﺔِ ﻛَﺎﻧُﻮْﺍ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺃَﻛْﺒَﺮُﻣِﻦْ ﺃَﻛَﺎﺑِﺮِ ﺍﻷَﻗْﻄَﺎﺏِ ﻭَﺍﻟْﻌَﺎﺭِﻓِﻴْﻦَ ﻭَﺍﻷَﻏْﻮَﺍﺙِ ﻭَﺇِﻥْ ﻛَﺎﻧُﻮْﺍ ﻓِﻰ ﺍﻟﻈَّﺎﻫِﺮِ ﻣِﻦْ ﺟُﻤْﻠَﺔِ ﺍﻟْﻌَﻮَﺍﻡِ . ‏( ﺍﻟﻔﻴﺾ ﺍﻟﺮﺑﺎﻧﻲ : 28 )
Rasulullah Saw. Memberi tahu kepada Syeikh Ahmad At Tijany Ra. bahwa antara sahabat Rasululullah dan sahabat Syeikh Ahmad At Tijany mempunyai persamaan yang sempurna dan dengan kesamaan inilah ihwan Thariqah Tijany bagi Allah Swt. lebih tinggi nilainya dari pada Qutub, Arifin dan Al Ghauts walaupun tampang dhohirnya hanyalah orang awam. (Al Faidlur Rabbani : 28)
7. Pada saat mereka berdzikir, ikut berdzikir bersama mereka 70.000 malaikat selama dzikir berlangsung dan pahala berdzikir para malaikat tersebut ditulis untuk mereka.
8. Dalam wirid lazim terdapat syighat Ismul A’ dzam cuma berbeda dengan Syighat Ismul A’dzom yang khusus untuk Nabi Saw.
9. Mendapat pahala membaca Ismul A’dzam walaupun tidak mengetahui Ismul A’dzam tersebut.
10. Tidak akan mencicipi pedih / sakitnya prahara sakaratul maut.
11. Diakhirat mendapat tempat khusus dibawah naungan Arasy
12. Tidak mengalami atau merasakan dasyatnya mauqif / mahsyar, akan tetapi ihwan Tijani dikumpulkan bersama orang-orang yang aman di suatu tempat dekat pintu surga, sampai masuk kedalam surga bersama Rasulullah Saw. dan para sahabatnya dirombongan pertama.
13. Kelak di surga akan ditempatkan di tempat yang tinggi dan menjadi tetangga Rasulullah dan para sahabatnya.
14. Dan masih banyak lagi keutamaan karomah lainnya yang belum disebutkan dalam risalah ringkas ini.

ﺍﻟﺤﺐ ﻫﻮ ﺍﻻﻧﺴﺠﺎﻡ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻭﺍﻟﺮﻭﺡ ﻣﻊ ﺍﻟﺤﺒﻴﺐ ، ﻻ ﻳﺘﻢ ﻓﺼﻞ ﺍﻟﻮﺣﺪﺓ ﺃﺑﺪﺍ ، ﻷﻥ ﺷﺨﺺ ﻣﺎ ﻣﻊ ﺷﺨﺺ ﻳﺤﺐ ...

Cinta adalah kebersamaan hati dan jiwa dengan sang kekasih,dalam sebuah kebersamaan yang tidak pernah terpisahkan.Karena seseorang itu bersama orang yang di cintainya ...
Ihsan menyembah Allah seakan-akan kau melihat-nya
Cinta menyembah Allah dan kau melihat-nya.
Jika Aku talah menjadi kekasihnya, maka Aku adalah telinganya utk mendengar, penglihatannya utk melihat, tangannya utk memegang, kakinya utk berjalan,  
Hamba yg sdh menjadi kekasih(WALI) Allah, tidalah sesuatu kekuatan dari bangsa jin dan manusia, yg bisa menandinginya, termasuk juga kekuatan Malaikat, tidak akan mampu menyamai kekuatan para kekasihkU, WALIYULLAH.

المرء مع من احب

SESEORANG AKAN BERSAMA DGN YG DICINTAINYA,  

Apabila kamu tidak masuk pada suatu Thoriqoh, maka semua amalmu akan di naekan kepada Allah swt sesuai kemampun mu,

Seadangkan jika kamu mencintai seorang syekh (wali Allah) yang memiliki keagunan nan kemulyaan disi Allah Swt, maka semua amalmu kelak di angkat sesuai dengan ke agungan orang yang kau cintai itu.

Kelak pada hari kiamat engkau akan dikumpulkan dengan derajat orang (wali Allah) yang engkau cintai itu.

Rasulullah Saw pernah bersabda :
Seseorang itu kelak akan bersama orang yang kau di cintai nya."

Maksudnya, Jadikan semua amalan yang engkau lakukan sebagai perwakilan dari amalan nya (waliyullah) sayyidi syekh ini.
Imam sholahudin At Tijani.

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ۞ ﺍﻟﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ۞ ﻭَﺍﻟﺨَﺎﺗِﻢِ ﻟِﻤَﺎ ﺳَﺒَﻖَ ۞ ﻧَﺎﺻِﺮِ ﺍﻟﺤَﻖِّ ﺑِﺎﻟﺤَﻖِّ ۞ ﻭَﺍﻟﻬَﺎﺩِﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺻِﺮَﺍﻃِﻚَ ﺍﻟﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢِ ۞ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﺣَﻖَّ ﻗَﺪْﺭِﻩِ ﻭَﻣِﻘْﺪَﺍﺭِﻩِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴﻢِ *۞
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﺟﻌﻠﻨﺎ ﺗﺠﺎﻧﻴﺎ ﺣﻘﺎً ﻭﺃﺣﻴﻨﺎ ﺗﺠﺎﻧﻴﺎ ﻭﺃﻣﺘﻨﺎ ﺗﺠﺎﻧﻴﺎ ﻭﺍﺣﺸﺮﻧﺎ ﻣﻊ ﺷﻴﺨﻨﺎ ﺍﻟﺘﺠﺎﻧﻲ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ... 

ﺍﻟَّﻠﻬُﻢَّ ﺍﺣْﺸُﺮْﻧَﺎ ﻓِﻲ ﺯُﻣْﺮَﺓِ ﺃَﺑِﻲ ﺍﻟْﻔَﻴْﺾِ ﺍﻟﺘِّﺠَﺎﻧِﻲ *
* ﻭﺃَﻣِﺪَّﻧَﺎ ﺑِﻤَﺪَﺩِ ﺧَﺘْﻢِ ﺍﻟْﺄَﻭْﻟِﻴَﺎﺀ ﺍﻟْﻜِﺘْﻤَﺎﻧِﻲ *
* ﺑِﺠَﺎﻩِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﺍﻟْﻤُﺼْﻄَﻔَﻰ ﺍﻟْﻌَﺪْﻧَﺎﻧِﻲ

Ya Allah kumpulkan kami dalam golongan Abil Faidl Tijani
dan anugerahkan pertolongan kepada kami ini dengan anugerah hamparan kewalian Sang Penyempurna Wali Pembesar yang Tersembunyi.

ENERGI SHOLAWAT FATIH LIMA UGHLIQ


2019 Selang empat tahun setelah wafatnya beliau, Saat melakukan penggantian batu nisan di sebuah makam yang terletak di desa kalipucang wetan kecamatan Batang kabupaten Batang, dari liang kubur beliau tercium aroma wewangian seperti wanginya melati. Bahkan saat awal nisan di cabut aroma wangi tersebut mampu tercium sampai radius -+100 meter, sehingga sore itu anak2 sekolah TPQ yang gedungnya berada di dekat komplek makam, begitu mencium aroma wangi semua berhamburan dan mencari asal wewangian tersebut yang ternyata berasal dari makam yang sedang di ganti batu nisannya.
Tepatnya hari senin, saat itu saya di w.a untuk menyaksikan hal itu, tapi saat itu saya sedang di luar kota, dan baru bisa ziaroh ke makam beliau hari jum'at nya, alhamdulillah meskipun sudah berjarak lima hari saya masih mencium aroma harum tersebut meskipun sudah agak samar.

Kejadian tersebut menimbulkan beban moral tersendiri bagi saya untuk menyimpulkan kira2 amaliah apa yang menghantarkan beliau mendapatkan keistimewaan tersebut, dan terlebih kejadian tersebut di saksikan orang banyak, mungkin agar kita bisa meneladani hal positif dari beliau dan itu membuat saya merasa harus menuliskan kejadian itu agar bisa di ambil hikmah nya.

Banyak yang bertanya kepada saya tentang amaliah beliau (hj NUR KHASANAH BINTI SYARIF) semasa hidup, dan saya hanya dapat mengira2 amalan ibu saya tersebut...
👉mungkin karna solawat "ALFATIH LIMA UGHLIQO" yang selalu beliau wiridkan tiap hari 100×
👉mungkin juga bacaan surat alikhlas 100ribu yang beliau cicil tiap ada kesempatan dengan menyediakan batu kecil(krikil) tiap baca surat alikhlas 100x beliau mengambil krikil satu. Sampai jumlah krikil yang terkumpul ada 1000 biji. dengan tujuan فداء من النار (tebusan dari api neraka) .

Bahkan setelah jumlah krikil mencapai seribu, beliau mengulang lagi hitungan dari nol dengan niat untuk فداء من النار yang nantinya beliau hadiahkan kepada ibu beliau .
Dan setelah genap seribu, beliau mengulang lagi hitungan dari nol , kali ini beliau niatkan bacaan surat alikhlas tersebut untuk di hadiahkan pahalanya kepada ayah beliau. Tapi sayang sebelum mencapai 100ribu beliau sudah keburu wafat,

Sebelum meninggal, beliau di uji oleh ALLAH dengan penyakit kangker payudara kurang lebih tiga tahun sampai akhirnya beliau wafat.

Adapun solawat alfatih yang beliau baca adalah 

.اللهم صل على سيدنا محمد(ن) الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى أله حق قدره ومقداره العظيم

Syariat, tarekat, hakikat dan makrifat

Ada juga mengibaratkan Syariat itu seperti sabut kelapa yang melindungi isi dalam kelapa. Rosak sabut maka rosaklah isinya. Rosak syariat maka rosaklah Agama. Isi kelapa yang putih diibaratkan sebagai Tarekat setelah hati dihiasi dengan sifat terpuji. Santannya pula sebagai Hakikat kepada kelapa. Dan rasa santan yang lemak itu adalah Makrifat - Rahsia Kenal. Rasa lemak santan tidak sama atas seseorang. Lemaknya tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Itulah yang dimaksudkan Rahsia Diri. Tempurung yang keras ibarat i'tiqad yang jazam, kemas, lagi benar. Meskipun begitu. Terdapat banyak pendapat mengenai ini. Betapa luasnya ilmu Allah.

Rabu, 21 Jun 2023

MEMAHAMI MAKSUD SELAWAT ALLAH ATAS RASULULLAH SAW


اللهم ِّصَلِّ على سيّدنا محمد  

kalimah ( ِّاللهُمَّ صَل )

Bermaksud Solawatnya Allah SWT atas NabiNya (Baginda SAW) adalah satu urusan yang diserahkan maksud sebenar kepada Allah SWT sahaja. 
Kita hanya mampu turut apa yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Tidak mengetahui akan maksud Hakikat Solawat itu melainkan Allah SWT dan hamba yang Allah SWT kehendaki mengetahui akannya daripada kalangan hamba-hamba yang terpilih. 

Dan tidaklah diambil kira apa yang dinaskan oleh pimpinan-pimpinan ulamak sebagainya kerana Hakikat Solawat Allah atas Rasul, hanya Allah Ta'ala sahaja tahu dan orang-orang pilihanNya sahaja.

Dan tidaklah diambil kira dengan apa yang dinaskan oleh ulamak yang zahir, firman Allah SWT, 
" Telah mengetahui setiap kelompok manusia itu masyrab mereka masing-masing". 
Dan sebahagian daripada sudut-sudut terjemahan akan makna-makna Solawat tersebut bahawasanya Allah Ta'ala telah Tajalli pada Baginda SAW dengan kesempurnaan ZatNya, Martabat-martabatNya, 
Nama-namaNya dan Sifat-SifatNya 
kerana Allah SWT tidaklah Tajalli pada seseorang hambaNya dengan kesempurnaanNya yang Zaati melainkan pada diri Rasulillah SAW
Adalah Rasulillah SAW adalah Imam Yang Nyata yang merangkumi setiap perincian-perincian akan Hakikat-hakikat Pencipta dan CiptaanNya. 
Firman Allah SAW, 
"Setiap sesuatu Kami kira akannya pada Imam yang nyata".

Maksud Imam yg Nyata itu adalah Imam yang memberi petunjuk(BAGINDA SAW)

nukilan drpd syarah selawat fatih bagi Syeikh Ahmad Alhadi Alhasani

CIRI CIRI SEORANG HAMBA YG BENAR ( صادقا خالصا لوجه الله)


"Alamat kehambaan itu, tidak terlintas padanya akan sesuatu ganjaran, bukan sahaja meminta ganjaran, BAHKAN TIDAK TERLINTAS, TIADA LINTASAN LANGSUNG. Barangsiapa yang mengajak kamu kepada sesuatu (habuan/tujuan/ganjaran/pahala/maqam) sesungguhnya dia telah menipu kamu. 

Abu Bakr bin Abdullah ra berkata : "Siapa yang sibuk dengan nuansa hikmah dan rahsia rahsianya,maka ia akan terhijab dari hakikatnya.Dan aku tak pernah diperlihatkan maksiat yang lebih bahaya ketimbang melupakan Allah SWT dan penggantungan hati pada selain Allah SWT".
"Setiap hasrat dan zikir pada selain Allah Ta'ala adalah hijab antara dirimu dengan Allah SWT".
-------------------------------------------------------------------

kita hanya hamba Allah sahaja, jika dikurniakan sesuatu pemberian Dan anugerah dari Allah sepatutnya kita rasa malu dari pemberian tersebut sebab kita tahu kita tidak layak,Rasa( Zauqi) kehambaan yg sebenarnya hamba itu merasa malu dari amalan dia macam orang yang maksiat malu dengan maksiat dia, itulah jalan Allah yg haq, berhati2 lah dengan jalan sufi, sebab memang jalan sufi jika ada Gharad dlm amalan (tujuan selain Allah ) Maka rosak lah amalannya Dan menjadi hamba kepada hawa nafsu Dan tertipu dengan mainan syaitan Dan iblis .نعوذبالله من ذلك

#Cnp

Selasa, 20 Jun 2023

Pasrah

Telah berkata Qutb Sayidi Al Haj Al Ahsan Al Baqili r.hu; 

ولا يشغلون بازالة الحجب بل رضوا بما هم عليه وهو عين الفتح 

Dan tidak menyibukkan hati tentang bagaimana untuk menghilangkan hijab BAHKAN pasrah (redha) dengan apa jua keadaan mereka yang telah ditentukan (sama ada futuh atau terhijab), itulah pembukaan yang sebenar (Ain Futuh).

Isnin, 19 Jun 2023

FAEDAH DAN KELEBIHAN DIRI WALI ALLAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Ketahuilah pada diri Awliya Allah itu, disisi mereka itu sentiasa beserta dengannya himpunan lautan faedah dan kelebihan rahmat-rahmat Allah Ta'ala. 

********** 

Suatu hari Sidi Ali Harazim mengadu kepada gurunya Syeikh Ahmad Tijani r.hu keadaan buruk yang berlaku kepadanya, dan telah berkata gurunya; 

"Jangan engkau berkata apa-apa mengenai hal itu kepadaku sekarang. Lakukan saja apa yang aku perintahkan kepada engkau". 

Dan Syeikh Ahmad Tijani r.hu memberi isyarat kepada Sidi Ali Harazim untuk duduk bersamanya. Kemudian Sidi Ali Harazim bertanya gurunya; 

"Wahai Sayidi! Yang manakah terlebih utama diantara solat sunat, zikir, amalan sunat yang lain dengan duduk bersama seorang Syeikh?". 

Jawab Syeikh Ahmad Tijani r.hu; 

"Duduk bersama Syeikh lebih baik. Tidak ada yang setandingnya. Dan dudukmu bersama Guru Mursyid lebih baik dari dunia dan isinya serta apa yang berkaitan dengannya. Dudukmu bersama gurumu yang Mursyid adalah umpama biri-biri yang sedang disusui oleh ibunya." 

■ Petikan Kitab Jawahirul Ma'ani, CPF Ustz Ubaidah 

Perhatikan ungkapan Al-A'rif Sayidi Abu Abdullah Muhammad Al-Quraisyi r.hu; 

" إني أعلم من لا ينام حتى يعتق لأجله ألفت من الخلق 

Ertinya : 

Sesungguhnya aku mengenali seseorang yang tidaklah ia tidur, melainkan sehingga terselamat 1,000 orang hamba Allah kerananya (maksudnya adalah dirinya sendiri). 

Dan ditambah lagi ungkapan daripada Sayidi Abu-Bakar Al-Hawwari r.hu 

" أخذت من ربي عز وجل عهذا أن لا يعذب بالنار جسدا دخل تربتي" 

Ertinya; 

Aku telah mengikat perjanjian dengan Tuhanku, iaitu perjanjian bahawa tidak diazabkan jasad orang memasuki tanahku (kuburnya). 

Dan diriwayatkan bahawa seseorang telah memasukkan daging ke kawasan tanah kuburnya, dan daging itu kekal mentah (seperti sebelum dimasak) apabila dimasak. 

Demikian juga ungkapan Wali Kamil Sayidi Ruslan Ad-Dimisyk r.hu; 

" لا تأكل النار لحما دخل زاويتي " 

Ertinya: 

Api neraka tidak membakar daging seseorang yang memasuki zawiahku. 

Demikian juga ungkapan Syeikhul-Akbar Ibnu-Arabi pengarang Kitab Futuhat Makiyyah; 

" إن ربي أعطاني ووعدني بالشفاعة فيمن أدركه بصري ممن اعرف وغيره" 

Ertinya: 

Sesungguhnya Allah telah memberi syafaat dan berjanji kepada aku, iaitu syafaat kepada sesiapa yang sampai pandangan mataku kepadanya, sama ada aku kenal akannya atau tidak. 

" والله إني لأعرف تلاميذي من يوم " ألمنث يريكم " ونقلبهم في أصلاب الرجال واستقرارهم في الجنة أو النار وأعرف من كان يومنذ عن يميني ومن كان عن شمالي ' 

Ertinya : 

"Demi Allah, sesungguhnya aku mengenali sekelian anak muridku sejak daripada ditanya oleh Allah "ألست بربكم" (Bukankah Aku ini tuhan kamu?) (ketika di alam ruh), dan aku mengetahui berpindahnya sekelian ruh mereka daripada tulang sulbi seorang lelaki kepada lelaki yang lain, dan aku mengetahui tempat tinggal mereka kelak, di syurga ataupun di neraka, dan aku mengetahui mereka pada hari itu, siapa yang berada di sebelah kanan aku dan siapa yang berada di sebelah kiriku." 

Dan demikian ini jua ungkapan Sayidi Muhammad Bahau'ddin Naqsyabandi Al-Husaini berketurunan daripada Bukhara pengasas toriqah Naqsyabandi; 

" أنا بريء من محبة الله تعالى إن لم تكن بدايتي نهاية أقدام أنا يزيد البسطامي . 

Ertinya: 

Aku akan menjauhkan diriku daripada menyintai akan Allah, jikalau tidaklah permulaan makrifah aku ini, adalah penghujung makrifah Abu Yazid Al-Bustami.

Dan demikian jua ungkapan Sayidi Abu Madyan Al-Ghaus At-Tilimsan Al-Ansori Al Maghribi, beliau adalah pengarang kitab Hikam Al-Ghaus yang masyhur, dan daripada didikan beliaulah, lahirnya 12 ribu wali, dan beliau adalah Tuan Toriqah kepada Ba-A'lawi yang masyhur, beliaulah yang menalqin Toriqah Madaniah kepada Imam dan Wali Al-Kabiir, Faqih Muqaddam Al Hadrami Al-Husaini; 

" لولا حزمة الشريعة لدخلت على النساء في خدورهن
فإن الله وعدني أن لا يعذب من وقع عليه بصري " 

Ertinya : 

Jikalaulah tidak kerana Aku menghormati Syariat, nescaya aku sudah masuk menuju kepada perempuan yang berada disebalik tirai/hijab, kerana Allah telah berjanji denganku, bahawa Allah tidak akan menyiksa orang sampainya penglihatan mataku padanya. 

Berpeganglah kamu kepada maklumat dan keterangan yang lalu dengan pegangan yang kukuh, kerana maklumat dan perbicaraan yang lalu, sudah memadai bagi orang mempunyai hati yang terbuka dan pendengaran yang jelas. 

■ Naqal dari Kitab Irsyadul Asfiya, karangan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala. 

********** 

Demikian itulah antara faedah dan kurniaan Allah Ta'ala kepada Wali Allah. Maka dengannya, dilazimi oleh sekelian orang yang terdahulu dari kita, akan menziarahi Wali Allah, bahkan walaupun Maqam mereka selepas kewafatan mereka. Berziarahlah dan dampingilah Wali Allah, mereka adalah kolam tadahan segala ilmu dan sir warisan kenabian. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

TAJRID

Satu hari tengah engkau masih berseronok dengan dunia, masih penuhi masa dengan dosa dan maksiat tiba-tiba engkau ditangkap oleh seorang Raja untuk dijadikan hamba.

Lalu dibawalah engkau ke Istana Raja untuk diperhambakan. Semua tugasan-tugasan diberikan dan engkau pon buat tanpa harap apa-apa balasan bahkan engkau gerun dengan sosok Raja itu hingga nak angkat kepala pon tak berani kerana engkau telah melihat kebesaran dan keagungan Raja tersebut.

Makanan dan minuman engkau dijamin selama mana engkau menjadi hambanya bahkan engkau juga dinikahkan kepada hamba perempuan Raja itu. Semua perkara diatur oleh Raja itu dari makan, minum, tidur, pakaian, penempatan, jodoh dan sebagainya. Takda satu pon yang kurang dengan kehidupan engkau.

Engkau rasa sangat beruntung kerana secara tiba-tiba (hujumi) engkau dipilih menjadi hamba kepada Raja yang sangat hebat, ketika engkau dalam Istana, engkau melihat bahkan arif terhadap sifat Kebesaran/Kegagahannya (Jalal) dan sifat Keindahan (Jamal) Raja tersebut.

Bagaimana engkau mahu bebas dan berkehendak sendiri kerana kehendak Raja itu lebih baik, lebih bijaksana. Segala penampakan (tajalli) engkau lihat sendiri tatkala engkau jadi hambanya maka engkau tahu pilihan Raja itu adalah yang terbaik untuk diri engkau.

Itulah gambaran seseorang yang secara tiba-tiba(hujumi) berada dalam keadaan tajrid. Mereka tidak sibuk dengan tujuan dan habuan lain. Ibadahnya "Ibadah Tajrid" yang tiada nafsu dalam ibadahnya, ibadah paling murni, menyembah Allah semata-mata.

Wallahu'alam

Meniti jalan hidayah menuju Toriqah Khotmul Auliya


Bersyukur kepada Allah SWT yang telah menerang hati wali-walinya dengan Nur makrifahnya… 
yang mendekatkan mereka kepadanya dengan dengan Nur tersebut..dan dengan Nur itulah mereka tenggelam dan hanyut dalam lautan makrifahnya…..
Allah SWT yang menyediakan bagi wali-wali anugerah kejayaan, kemuliaan taufik dan hidayahnya…
…dan yang menjadikan mereka tauladan yang terbaik untuk ummah(selepas para nabi2),dan merekalah yang memberi tunjuk ajar dan yang memandu arah dengan Nurnya kepadaNya,
juga kepada orang2 pilihan yang dipillih secara khusus dengan pertolongan dan inayah Allah SWT
Merekalah pemimpin sebenar diatas muka bumi ini… 
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Cinta dan Mahabbah kepada beliau menjadi asas dan tunjang kekuatan Iman seseorang hamba Allah …
….dan daripada Nur Nabi Muhammad SAW terjadinya segala makhluk ciptaan Allah SWT yang lain…
…dan dengan sebab Nur yang mulia itu juga,tercipta dan bertaburannya sekelian makhluk dialam semesta ini…….
…serta selawat dan salam atas sekelian keluarga baginda SAW                            
...dan kepada para sahabat2nya,merekalah sebaik2 pemimpin

Syarat Suhbah


Muqaddimah
Berkata Syeikh Tijani RA :
" إعلمْ أنّ اللّه سبحانه وتعالى جعلَ في سابِقِ مشِيئَتهِ أنّ المَدَدَ الواصِلَ إلى خلقهِ مِنْ فيْضِ رحمتهِ هُو في كلِّ عصرٍ يجري مع الخاصَّةِ العُليا مِنْ خلْقِهِ مِنَ النبِيّينَ والصِّدِّيقينَ فمن فَزِعَ إلى أهلِ عصْرهِ الأحياءِ مِنَ الخّاصَّةِ العلْيا وصَحِبَهُمْ واقْتدَى بهمْ واسْتَمدَّ مِنهم فازَ بِنيْلِ المَددِ الفَائِضِ مِنَ الله عزوجلّ ومَنْ أعْرضَ عن أهلِ عصْرهِ مُسْتَغْنِيًا بِكلامِ مَنْ تقَدَّمَهُ مِنَ الأولياءِ الأمواتِ طُبِعَ عليهِ بطابِعِ الحِرمانِ وكان مَثَلُهُ كمَنْ أعْرضَ عنْ نبيِّ زمانهِ مُسْتَغْنِيًا بشرائِع النّبيّينَ الّذينَ خَلَوْا قَبلهُ فيُسَجَّلُ عليهِمْ بطابعِ الكفر                                                     
Ertinya :
bahawasanya Allah SWT telah memjadikan pada permulaan kehendak dengan menjadikan segala madad yang mengalir kepada makhluk ciptaannya itu berpunca daripada limpahan rahmatNya
…dan madad tersebut terus mengalir kepada hamba-hambanya menerusi beberapa tingkatan dan saluran , ya’ni mengalir melalui diri orang -orang tertentu yang terpilih daripada kalangan Nabi-nabi dan orang-orang siddiqin,dan madad tersebut berterusan mengalir hingga akhir zaman…
Barangsiapa yang menyedari kewujudan mereka (wali2 dan siddiqin) dan mengambil faedah daripada mereka dengan bersuhbah dan berdamping dengan mereka dan mengharapkan madad ilahi terus melimpah kepada dirinya pada masa hayatnya (orang yang hidup sezaman dengan wali2 tersebut)
sesungguhnya ia adalah orang yang beruntung kerana memperolehi limpahan madad yang mengalir ke atas dirinya daripada Allah SWT melalui orang-orang pilihannya,
…dan begitu jugalah sebaliknya,barangsiapa yang berpaling daripada mengikut wali-wali dan siddiqin sezaman dengannya kerana berpegang kepada perkataan wali-wali terdahulu yang telah lama meninggalkan kita sejak berzaman-zaman(dengan berpandukan kepada kitab mereka untuk mentarbiah dan mendidik masayarakat mutakhir ini),
sesungguhnya ia telah ditetap dan dilabel sebagai orang yang terlepas dan kehilangan madad ilahi tersebut….
Perumpamaannya:
barangsiapa yang berpaling daripada Nabi dan syariat yang dibawa oleh nabi yang sezaman dengannya,kerana masih lagi berpegang dengan syariat nabi –nabi yang terdahulu..
maka mereka ini disenaraikan dan dilabel sebagai orang yang kufur (orang yang tidak mengikuti tuntutan zaman.. )
…dan dalil bahawasanya suhbah (berdamping)itu hanya berlaku kepada orang yang masih hidup berdasarkan kepada dalil hadis Rasulullah SAW kepada Abi Quhafah RA:

سَلِ العُلَمَاءَ وَخَالِطِ الحُكِمَاءَ وآصْحَبِ الكُبَرَاءَ 

Ertinya :
Tanyalah ulama’,berurusanlah dengan ahli-ahli hikmah dan bersahabatlah dengan alkubara’(orang-orang mulia,mursyid dan murabbi)

Peranan ulama’, ahli-ahli hikmah dan alkabiir(syeikh murabbi)

Pertama;Ulama’:(ulama’ syariat )
Peranannya ialah memberi tunjuk ajar akan perkara yang berkait dengan urusan yang bersifat umum,sama ada pada perkara yang berkait dengan suatu perintah Allah SWt atau larangan Allah SWT
Yaitu perkara yang menggugurkan celaan Allah SWTdan murkanya terhadap hamba Allah , dan perkara yang mendapatkan pujian Allah SWT dan matlamat hamba tersebut ialah syurganya 

Kedua:Ahli hikmah ( ahli hati )

Peranannya ialah memberi tunjuk ajar kepada seseorang supaya dapat menghampirkan diri kepada Allah yaitu dengan menyucikan jiwa dan hati seseorang daripada terjebak kepada keinginan hawa nafsu, dan matlamat hamba tersebut ialah dapat menghampirkan diri kepada Allah SWT..

Ketiga:Alkabir(wali-wali,mursyid dan syeikh murabbi)
Peranannya ialah memberi tunjuk ajar kepada hamba Allah supaya dapat menuju kepada Allah SWT yaitu dengan menghapuskan dan menghalang kehendak hawa nafsu daripada perkara yang menarik dan mendatangkan manfaat keinginan bagi hawa nafsu,sama ada di dunia atau di akhirat …
Yaitu supaya terselamat diri daripada mengikut keinginan hawa nafsu tersebut… 
Matlamatnya ialah Allah SWT dapat makrifah zat Allah SWT yang maha mulia)

Ahad, 18 Jun 2023

Kesedaran yang menghambat sifat buruk

1 hari ketika kita nak menghadiri satu program, kawan kita bagi pinjam satu set persalinan pakaian yang mewah dan cantik, termasuk kereta mewahnya untuk kita gunakan.

Ketika sampai ke tempat program dijalankan, kita menjadi tumpuan manusia kerana penampilan dan mewahnya kita. Bermacam pujian dilontarkan kepada kita.
 
Ajaibnya hati kita tidak merasa apa-apa atas pujian itu bahkan rasa tak layak terima pujian itu kerana kita menyedari apa yang kita ada itu bukan kepunyaan kita.

Inilah ibarat seorang hamba dengan TuhanNya, 

Allah.... bukan saja kereta, rumah, dan rezeki yang kita ada ini satu pinjaman bahkan jasad/jasmani kita ini satu pinjaman yang melekat dengan kita. Kita adalah roh yang dipakaikan dengan jasmani/jasad bangsa Adam ini. 

Jasad/jasmani kita ini ibarat pakaian yang termewah Allah pakaikan kepada kita dan dengan jasad inilah kita bernikmat-nikmat.

Fahami ini dan sedarlah kita hanya meminjam tubuh ini yang dengannya kita bernikmat-nikmat. Orang yang meminjam kena sedar diri bahawa dia adalah peminjam bukan pemilik. Jaga elok-elok barang pinjaman jangan sampai hancur dimakan ulat dalam liang kubur nanti.

Orang berjaya adalah orang yang bangun di akhirat nanti dengan jasadnya didunia ini (barang vintage) yang akan disempurnakan dengan sesempurnanya. 

Orang yang takut kepada Allah didunia ini sehingga menjaga baik barang pinjaman itu (jasadnya) dia akan bangun dengan jasad yang sama didunia, dan orang yang tak menjaga baik barang pinjaman ini sampai Allah ciptakan semula jasadnya ni memang akan rasa takut dengan keadilan Allah pada hari tersebut. 

Semua orang tahu ini dengan yaqin tetapi tak ramai yang merasanya dengan yaqin. Guru syariat boleh ajar kita ilmu yakin tetapi nak dapat rasa(zauq) ni kena caru guru yang sudah ada zauq tersebut. 

Zauq kehambaan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩
#cnp Sidi Ubaidah alFasi

Hukum ziarah kubur/maqam Wali dan mengucup maqam wali

Merungkai kekhilafan masalah ziarah wali dan yg berkaitan dengannya

#رفع_الخلاف
#بعقيليات
عن زيارة الاضرحة يقول سيدي الحاج الاحسن البعقيلي رضي الله عنه:

"..فالحرام ظاهر كالسجود بالجباه، و اما التقبيل و التمسح و التباكي عند اضرحتهم فجائز عند الشافعي و الجمهور. فمن بنى مذهبه على سد الذرائع يكره مثله. (طوبى لمنتشق منه و ملتثم). و كانت فاطمة تقبل قبر حمزة و تبكي عنده و تقبل قبره صلى الله عليه و سلم و تشمه. و قبل صلى الله عليه و سلم عثمان بن مظعون و جعفرا، و عانقه و صافحه. و قبل ابوبكر جبهته صلى الله عليه و سلم لما مات، و كانت الوفود تقبل يديه صلى الله عليه و سلم و رجليه و راسه و جبهته...و قد وضع صلى الله عليه و سلم حجرة حملها بنفسه مع غيره على قبر عثمان ليعرف بها..."

berkata Qutubul Aqtab Sidi Ahsan Albaqili RA:

perkara yg haram secara terang-terangan adalah seperti sujud dengan dahinya (pd maqam tersebut)

adapun mengucup,menyentuh/mengusap dan menangisi disisi maqam
mereka adalah hukum harus disisi mazhab syafie dan jumhur ulama

dan sesiapa yg membina mazhabnya atas kaedah سد الذرائع (sadd zarai’)
maka hukumnya makruh perbuatan tersebut..

adalah sayidah fatimah telah mengucup akan kubur sayidina hamzah dan juga menangis disisi kubur tersebut
juga sayidah fatimah mengucup kubur/maqam Baginda saw

dan Baginda Saw sendiri mengucup othman bin mazh'un dan sayidina Jaa’far dan juga memeluk dan musafahah dengannya

dan Sayidina Abu Bakar mengucup akan dahi Baginda Saw tatkala wafatnya Baginda Saw

dan rombongan para sahabat mengucup kedua tangan,kaki,kepala dan dahi Baginda Saw

dan adalah Baginda Saw telah meletakkan batu ke atas kubur Othman bin mazh'un yg dibawa oleh Baginda Saw sendiri beserta para sahabat yg lain,supaya diketahui akannya dengan batu tersebut(buat tanda kubur)

THARIQAT TIJANIYAH ADALAH SYUKUR


Thariqat Tijaniyah adalah thariqat yang menekankan syukur sebagai jalan menuju kepada Allah. Syukur menjadi asas pokok dan prinsip utama Thariqat Tijaniyah. Oleh kerana itu nama lain Thariqat Tijaniyah adalah Thariqat Syukur (At-Thariqat Asy-Syukr). Syeikh Ahmad At-Tijani berkata:

"Syukur adalah pintu terbesar Allah dan jalan-Nya yang terlurus. Kerana itu, syaitan selalu duduk di jalurnya, menghalang orang-orang yang beriman melaluinya."
Masih dalam kitab yang sama, beliau menyatakan pokok fikirannya:

"Pintu yang paling dekat menuju kepada Allah adalah pintu syukur. Siapa yang pada masa ini tidak masuk melalui pintu syukur, dia tidak akan dapat masuk. Kerana jiwa manusia saat ini telah mengeras."
Pokok pikiran utama ini diteruskan oleh murid terdekatnya, Sayid Ali Harazim bin Arabi yang berkata:

"Seluruh manusia tenggelam dalam lautan nikmat. Sungguh mereka tidak bersyukur."
Pokok fikiran ini merupakan inti dari Firman Allah SWT:
"Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang pandai bersyukur." (Surah As-Saba ': 13)
Ayat-ayat yang menerangkan tentang nikmat dan syukur ini banyak dijumpai dalam Kitabulloh (al-Quran).
Sayid Arabi ban Sa-ih berkata: "Tujuan tarbiyah dalam Thariqat ini (Tijaniyah) adalah untuk mengencangkan nafsu dan mempereratnya. Tanpa terus menyepi (khalwat) dan tanpa mengelak dari manusia atau masyarakat dan lain sebagainya. Tarbiyah seperti ini mengingatkan bahawa Thariqat ini selaras dengan cara-cara yang telah ditempuh orang-orang soleh generasi pertama. Yang mana cara-cara ini merupakan thariqat (kaedah) yang masih asli. Iaitu thariqat yang mengembangkan syukur (Thariqah asy-syukr) dan bahagia dengan Allah SWT sebagai Pemberi nikmat (Al- Mun'im) serta melakukan latihan hati (riyadhah qalbiyah).
Sebagaimana telah difahami bahawa corak semua thariqat ada dua macam. Pertama thariqat yang pola utamanya adalah syukur dan bahagia dengan Sang Pemberi Nikmat (Al-Mun'im). Tanpa memperberat dan membebankan diri. Kedua adalah thariqat yang pola utamanya dibina atas latihan-latihan (riyadhah), memperberat dan menyusahkan diri, berjaga sepanjang malam (sahar) dan puasa sepanjang tahun (ju ').
Mengenai dua corak thariqat ini diterangkan lebih lanjut dalam Adz-Dzahab Al-Ibriz Fi Manaqib Sayyidi Abdil Aziz. Bahawa thariqat syukur adalah thariqat yang berasal dari sumber asli. Corak seperti ini ada dalam hati para nabi, para sahabat dan orang-orang suci yang lain. Iaitu kaedah ibadah dengan memurnikan penghambaan (ubudiyah) dan melepaskan semau pamrih. Secara bersamaan juga mengakui adanya kelemahan dan kecuaian serta kegagalan dalam memenuhi hak ketuhanan (Rububiyah). Semua itu dilakukan dalam rangka memperoleh ketenangan hati dalam semua keadaan perjalanan masa dan zaman. Setelah Allah mengetahui kejujuran mereka dalam melakukan semua itu, maka Allah akan memberikan kepada mereka sesuatu yang pantas sebagai anugerah. Kerana Allah mempunyai sifat dermawan (Karim). Pemberian itu berupa terbukanya tirai makrifat (fatah) dan pemahaman rahsia-rahsia iman kepada Allah SWT.
Ketika ahli riyadhah mendengar kejayaan semacam ini (fathul ma'rifat), maka mereka menjadikan itu sebagai tujuannya. Mereka berusaha mencapainya dengan puasa, solat, menjaga malam dan terus menerus dalam penyepian (khalwah). Sehingga mereka memperoleh apa yang mereka inginkan.
Hijrah yang ditempuh thariqat corak pertama adalah hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Bukan kepada hasilnya seperti terbukanya tirai makrifat (fatah) atau tirai ghaib (kasyaf). Sedangkan hijrah ditempuh dari corak thariqat kedua adalah memperoleh beberapa kedudukan (martabat). Perjalanan thariqat pertama adalah hati. Sedangkan perjalanan thariqat kedua adalah badan. Fatah yang diperolehi dalam thariqat pertama adalah pemberian yang tidak dihasilkan oleh hamba yang meliriknya. Berbeza dengan fatah yang kedua.
Kedua-dua corak thariqat ini semua benar. Hanya saja thariqat syukur lebih baik dan lebih murni. Kedua-duanya selaras dalam hal latihan-pelatihannya (riyadhah). Namun riyadhah dalam thariqat corak pertama adalah hati yang sentiasa berhubung dengan Allah, berdiri di depan pintu-Nya dan berpindah kepada-Nya dalam gerak dan diamnya. Walaupun secara lahinya tidak terlebih memperbesar ibadah. Kerananya para penempuhnya tetap melakukan puasa dan berbuka, solat di sebahagian malam dan tidur di sebahagian yang lain, mendekati isteri-isterinya, menunaikan semua aktiviti (wadhifah) syari'at. Adapun latihan-latihan (riyadhah) dalam thariqat kedua adalah sebaliknya.
Syeikh Ahmad bin Muhammad At-Tijani berkata: "Sesungguhnya jiwa-jiwa manusia telah mengeras. Sehingga tidak dapat dikawal hanya dengan perhitungan amal (muhasabah) atau perdebatan akal (munaqasyah). Juga tidak tersentuh oleh bekas-bekas latihan (riyadhah). Akan tetapi ketika perasaan bahagia dengan Sang Pemberi Nikmat (AL-Mun'im) telah menguasai dirinya, maka semua kekerasan jiwa itu akan lenyap dan menyatukan keretakan-keretakannya. "

Jawahirul Ma'ani, Sayid Ali Harazim bin Arobi, J.: I, hal.: 97.
Kasyiful Ilbas 'An Faidhati al-Khotmi Abi al-' Abbas, Hujjatul Arifin Sayid Ibrohim bin Abdillah bin Muhammad at-Tijani, hal.: 114-115, Syirkah Maktabah Musthafa al-Halabi, Kano, Nigeria. Jawahirul Ma'ani, Sayid Ali Harazim bin Arabi, j.: I, hal.: 97.
Jawahirul Ma'ani, Sayid Ali Harazim bin Arobi, j.: I, hal.: 97.
Kasyif al-Ilbas Fi Faidhah al-khatmi Abi al-Abbas, Sayid Ibrahim bin Abdillah At-Tijani, hal.: 18, Maktabah Musthafa Al-Babi, Nigeria.
Kasyful Ilbas 'An Faidhoti Al-Khotmi Abil Abbas, hal.: 114-115.

Sabtu, 17 Jun 2023

Allahﷻ menerima daripadamu dengan semata² kurniaanNya & semata² keredhaanNya

Adalah Sheikh Tijani ra apabila diminta oleh seseorang utk mendoakan, maka kebiasaan doanya ialah..
"الله يقبل عليك بفضله وارضاه"
semoga Allahﷻ menerima drpmu dgn semata² kurniaanNya & semata² redhaNya..

Telah meminta seorang sahabat Sheikh ra utk didoakan agar mampu istiqamah(tetap teguh diatas kebaikan) maka Sheikh Tijani ra berdoa..
"الله يقبل عليك بفضله وارضاه"
semoga Allahﷻ menerima drpmu dgn semata² kurniaanNya & semata² keredhaanNya..

Maka sahabatnya bertanya kenapa tidak mendoakan dia agar dapat istiqamah..?

Lalu jawab Sheikh Tijani Ra..
"mereka yg mahu istiqamah pada zaman ini seumpama dia hendak membuat tangga sampai ke langit(yakni seakan² mustahil)..

kemudian sahabatnya tetap meminta untuk didoakan dgn istiqamah..

maka kata Sheikh Tijani ra 
"telah aku katakan..
Allahﷻ menerima drpmu melalui kurniaannya & keredhaannya, tidak kira sama ada engkau lurus(istiqamah) atau bengkok..apabila Allahﷻ menerima dirimu/amalanmu melalui semata² kurniaNya & Diaﷻ pun redha tentang apa jua keadaanmu..
nescaya Diaﷻ tidak ambil kisah adakah engkau lurus(istiqamah) ataupun bengkok..
tiada lg insan yg mampu istiqamah pd zaman ini & tidak diperoleh lg mereka yg mampu istiqamah..

namun bukanlah bererti seorang insan itu tidak perlu mencuba utk istiqamah tetapi pengertian disini bahawa utk istiqamah(berdiri tetap diatas jalan yg lurus) pada zaman ini sangat sukar berbanding pada zaman² terdahulu. Tidak akan mampu utk istiqamah melainkan mereka yg dari kalangan khawasul khawas..
Adapun manusia kebanyakkan(awam)maka yg sepatutnya bg mereka adalah bersegera bertaubat yg benar(nasuha) bilamana tersalah & jangan berniat utk melakukannya(dosa & kesalahan)..

Wali yg sempurna(kamil)
tidak akan berdoa melainkan perkara yg telah diilhamkan oleh Allahﷻ...
dgn bahawa muafakat(menyamai) kehendaknya dgn kehendak Allahﷻ beserta sempurna penyerahan(taslim) kepada Allahﷻ & menyerah hatinya kepada apa jua yg berlaku dari ketentuan taqdirNya..

والله اعلم

#tidak_bergantung_kpd_amal
#tetapi_bergantung_kpd_kurniaan&simpatiNya

KESAKTIAN YANG SESUNGGUHNYA



“Tuanku, engkau bisa berjalan di atas air.!” murid-muridnya berkata dengan penuh kekaguman kepada Syeikh Jumadil Kubro. “Itu bukan apa-apa. Sepotong kayu juga bisa,” Syeikh Jumadil Kubro menjawab. 

Murid: “Tapi engkau juga bisa terbang di angkasa.” Syeikh Jumadil Kubro: “Demikian juga burung-burung itu bisa,” 

Murid: “Engkau juga bisa bepergian ke Ka’bah dalam sedetik.” Syeikh Jumadil Kubro: “Setiap Jin yang kuat pun akan mampu pergi dari India ke Demavand dalam waktu sedetik,” 

Murid: “Engkau juga kebal senjata dan kebal api..!” Syeikh Jumadil Kubro: "Batu karang dipantai pun bisa kebal seperti itu!” 

Murid: “Kalau begitu, apa kehebatan seorang Manusia Sakti yang sebenarnya?” murid-muridnya ingin tahu.

Syeikh Jumadil Kubro tersenyum lalu menjawab: “Manusia sakti ialah mereka yang bisa menjaga hatinya agar tidak berpaling kepada sesuatu pun selain Allah, hatinya selalu bisa zikrullah dalam keadaan apapun, sehingga bisa BERSABAR ketika di uji dan bisa BERSYUKUR ketika di beri, dengan dzikirnya maka rasanya rata datar seperti AIR sehingga Tidak senang ketika DIPUJI dan Tidak sakit hati ketika DIHINA, dengan dzikrullah maka ia bisa TERBANG Hijrah dari kegelapan perbuatan dosa ke jalan ketaqwaan penuh cahaya, dan KEBAL dari segala godaan syetan, sehingga bisa ringan secepat KILAT membawa badannya untuk shalat 5 waktu...!".

Maka ISTIQAMAH lebih hebat dari 1000 KAROMAH. Di zamannya Sayyid Jumadil Kubro dijuluki "PANDITO RATU" karena mempunyai Ilmu rahasiah Kaysaf Laduni yang langsung dari Allah seperti Nabi Khidir AS, yang mengetahui hal ghaib dan ilmu-ilmu rahasiah yang tidak diketahui oleh umum, Syeikh Sayyid Jumadil Kubro merupakan tokoh kunci proses Islamisasi tanah Jawa yang hidup sebelum Walisongo. Beliau Seorang Qutubul alamin Wali Mursyid Agung Sultan Aulia terbesar dizamannya, penyebar Islam pertama yang mampu menembus dinding kebesaran Kerajaan Majapahit. Syeikh Sayyid Jumadil Kubro adalah cucu ke-18 Rasulullah Muhammad SAW dari garis Sayidah Fatimah Az Zahra. Semoga ada hikmahnya, dan menjadikan kita semuanya istiqomah dijalan yang di ridhai Allah SWT, Aamiin. Barakallahu Al-fatihah Sayyid Syeikh Maulana Jumadil Kubro Jamaluddin al-Husain al-Akbar ra.

(Sumber dari Kitab Al-Jawahir al-Saniyyah oleh Sayyid Ali bin Abu Bakar Sakran Dan Kitab Risalah Syams al-Zahirah oleh Sayyid Abdul Rahman Al-Masyhur, Kitab Babad Tanah Jawi karya Raden Hadiwijaya pajang).

Syeikh Ibnu Arabi dan seekor ikan

#Kisah ahlillah#

-Di kisahkan bahawasanya ibnu Arabi RA Musafir menggunakan kapal . .
Tiba2 laut bergelora dengan kuat, maka marahlah ibnu Arabi dengan keadaan yg berlaku...
Kemudian beliau mengambil kertas dan menulis:
"Tenanglah kamu wahai laut sesungguhnya yg berada di atas kamu adalah laut ( بحر العلم والحقائق ).."
-Kemudian beliau melontar kertas tadi ke dalam laut...
Maka jadi Tenanglah laut yg bergelora tadi...
-Dan pd masa yg sama datanglah seekor ikan besar dan bertanya:
"Jikalau seorang suami ditukar rupa/keadaan diri menjadi batu dengan Tiba2. ..
Adakah iddah si isteri 3 bulan? 
Atau iddah 4 bulan 10 hari ??? 
(iddah kematian suami) "
-maka ibnu Arabi tidak dapat menjawab Soalan tersebut, dan beliau mengetahui bahawa Soalan itu dituju kpdnya akibat dari ungkapan beliau :
"Lautan di atas lautan"
-maka sujudlah ibnu Arabi dan memohon keampunan drpd Allah SWT
-Ikan tersebut bukanlah sebarangan ikan..
Bahkan ia adalah Malaikat yg Dihantar oleh Allah SWT supaya mengajar beliau bahawa setiap martabat tinggi dlm keilmuan yg diperolehi oleh seseorang, masih ada martabat yg lebih tinggi daripadanya...
Sesungguhnya tiada had dlm bidang keilmuan...
-Apabila ada seseorang berusaha utk berbangga dengan sesuatu yg dimilikinya, maka akan didatangkan dgn sesuatu yg melemahkan kedudukan seseorang....
Sebab itu..., 
-janganlah takabbur dengan makhluk lain
-kerana Allah SWT berkuasa utk merendahkan seseorang..
Kerana Allah SWT bersifat dengan Ar-Rofi' dan al-khafid..
Wallaua'lam ...

#SELAWAT AL FATIH SATU KURNIAAN YANG BESAR UNTUK UMMAT AKHIR ZAMAN


Hamba naqalkan sebahagian daripada kalam MurobbinaAl Arifbillah Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, pada menerangkan akan satu kurniaan yang besar dari Allahﷻ kepada ummat kekasih-Nya di akhir zaman, pada sedemikian ini; 

Fahamilah jua bahawa Allahﷻ mengurniakan anugerah-Nya bukan melalui ukuran kelayakan. Hadiah daripada Allahﷻ tidak ada orang yang boleh mempersoalkannya dengan Allahﷻ, kerana apa diberi? Ini semua hanyalah semata-mata kerana Allahﷻ ingin mengurniakannya pada akhir zaman ini kerana ummat itu lemah, ummat itu dikasihani, ummat itu ramai yang sakit, ummat akhir zaman itu tidurnya banyak, ummat akhir zaman itu makan syubhah dan banyak tidur banyak, fahamilah.  

Ummat akhir zaman ini tidak boleh menjaga wudhuk, dua tiga jam sekali kena ambil wudhuk yang baharu. Ummat terdahulu sembahyang Subuhnya sekali dengan wudhuk Isyaknya. Ummat akhir zaman ini banyak kelemahannya. Allahﷻ daripada hadrah kurniaan-Nya, anugerah-Nya, hendak memberi kepada orang yang lemah diakhir zaman kerana mereka ummat Baginda ﷺ. Fahamilah !! 

Dan daripada itu, akhir zaman itu bermaksud hujung umur ummat, yakni yang dah tua. Ummat yang dah tua, banyak aib, macam orang tua, pakcik kita, makcik kita yang dah tua, kadang-kadang boleh buang air atas baju, air kecil, tetapi perkara itu tidak menafikan kemuliaan ibu bapa kita. Demikianlah perumpamaan bagi ummat islam itu, walaupun dah tua, banyak aib, banyak kekurangan, tapi disisi Allahﷻ mereka adalah ummat Baginda Rasulullah ﷺ, faham!! 

Oleh yang demikian, Rahmat Allahﷻ itu jika dipandang dari sudut kurniaan-Nya, adalah Ia-Nya ingin menganugerahkan dan menghadiahkannya kepada ummat akhir zaman. Seandainya kamu berada di dalam dewan Awliya, kamu akan mendengar cerita daripada Awliya Allah tentang Selawat Al Fatih itu sebagai hadiah, sehinggakan Awliya yang terdahulu, yang mati sebelum Selawat Al Fatih berasa cemburu kerana tidak berpeluang untuk berselawat ke atas Baginda Nabi ﷺ dengan Selawat Al Fatih. 

Dan ditambah lagi di dalam Dewan Awliya itu dengan sebahagian daripada Awliya itu yang telah mati, mengkhabarkan akan kesedihan mereka kepada Awliya yang masih hidup, akan kesedihan mereka kerana tidak dapat berselawat dengan Selawat Al Fatih semasa mereka masih hidup. 

Wallahu kata Awliya yang telah mati, seandainya Allahﷻ memberi kami pilihan samada untuk menjadi Wali Besar seperti mana yang telah kami dapati, atau dapat menyebut Selawat Al Fatih walaupun sekali, nescaya kami akan pilih untuk menyebut Selawat Al Fatih satu kali walaupun kewalian kami dibuang. 

Fahamilah dan ketahuilah !! Bahawasanya kita tidak dapat mengenali dengan sebenarnya apakah Selawat Al Fatih itu. Cukuplah ianya adalah selawat Tuhan atas Nabi-Nya sendiri, cukup. Jangan cari lain. 

# Petikan Syarahan Selawat Al Fatih 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

SIFAT KEHAMBAAN PARA SAHABAT


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Telah berpesan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala pada sifat suluknya para sahabat yang diredhai Allahﷻ;

"Dalam mengikut ahwal sahabat, hendaklah mengosongkan hati daripada amalan, tidak mengharapkan natijah daripada amalan, melihat amalan penuh dengan kekurangan, dan layak dihumban daripada Allahﷻ dan bukannya menghampirkan diri kepada Allahﷻ.

Tidaklah sahabat itu mengharap apa-apa daripada Allahﷻ, melainkan merasa malu dengan Allahﷻ apabila dia menunjukan amalannya".

Semoga Allahﷻ merahmati dan memberkati Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yang terpuji, yakni disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra., disisi Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan disisi Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Jumaat, 16 Jun 2023

PERHATIAN KHUSUS ALLAH سبحانه وتعالى PADA AHLI SELAWAT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Telah berkata Syeikh Ahmad Bin Muhammad At-Tijani رضى الله عنه dlm Kitab JAWAHIRUL MA'ANI: 

"Kecintaan dan perhatian Allah سبحانه وتعالى pada Rasulillah صلى الله عليه وسلم sangat besar. Maka barang siapa yang dilihat oleh Allah bertawajjuh pada kekasih-NYA صلى الله عليه وسلم dengan SELAWAT, nescaya Allah سبحانه وتعالى akan memperhatikannya lantaran kecintaanNya pada kekasih-NYA dengan berselawat pada nya." 

Bentuk kecintaan dan perhatian dari Allah سبحانه وتعالى pada orang yang berselawat, apabila orang tersebut menekuni selawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم , seandainya orang tersebut datang menghadap Allah dengan membawa dosa semua penghuni bumi mulai dari wujud nya alam semesta sampai akhir dengan dosa yang berlipat-lipat, niscaya Allah سبحانه وتعالى akan memasukkan semua dosa itu dalam lautan maaf dan FadlNya (Limpahan kasih sayangNya) ..dan Allah akan menghadapkannya dalam mencapai angan-angannya diakhirat dengan menyampaikan nya pada martabat keridhaanNya yang paling tinggi dan hukumNya dialam ghaib. 

Setiap kali malaikat naik pada Allah سبحانه وتعالى dengan membawa Sohifah (lembaran) amalnya yang penuh dengan dosa, Allah berfirman pada malaikat : Sesungguhnya, dia memiliki perhatian pada kekasih Kami صلى الله عليه وسلم dosa-dosanya tidak seperti dosa-dosa orang lain...dia tidak akan terkena siksa seperti para pendosa lainnya.." 

Note: Copy Paste Forward

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞