Segala pujian hanyasanya kepada Allah SWT jua
Jawapanku;
Barangsiapa bercita-cita untuk menyelami di dalam rahsia (perkara-perkara yang tersembunyi) dalam Hakikat Muhammadiah maka tidak lain dan tidak bukan, hendaklah ia menunggalkan arah arah kepada Hakikat Muhammadiah dengan cara berpaling daripada selainnya, daripada -maqam-maqam
-karamah-karamah
-kasyaf-kasyaf
-tasrif-tasrif
-dan yang lain daripada itu dari apa yang menjadi penghalang bagi seorang hamba dari mendapat kehendak yang mulia (sebenar)
Dan kerana itu, hendaklah seorang itu menyibukkan diri pada malam dan siangnya dengan me-lalukan akan Hakikat Muhammadiah (Solawat Al Fateh) di atas lidahnya dan juga me-lalukan ia ke dalam hatinya
Berserta menghadirkan apa yang ia mampu atasnya daripada kefahaman tentang Syamail Muhammadi secara zahir dan Sifat-sifat Muhammadi (sifat-sifat Baginda) yang mulia
Hal keadaan menjadi sebati dengan Asbab yang mengetuk akan pendengarannya daripada kalam Para Akabir pada pengkhususan rahsia-rahsia Hakikat Muhammadiah yang mulia.
Dan tidak ada yang terlebih manfaat pada yang demikian itu ialah daripada syarahan-syarahan oleh Sayyidina Syeikh Tijani RA atas selawat-selawat ke atas Nabi yang melimpah atasnya daripada Hadrah Kenabian yang disebutkan ia diakhir Kitab Jawahirul Ma'ani.
Maka hendaklah murid itu meneruskan akan bacaan Selawat Al Fatih (menyibukkan diri dengan Hakikat Muhammadiah)..
hal keadaan memutuskan bahan/asbab berpalingnya kepada selain daripada Hakikat Al Muhammadiah (berpaling kepada selain daripada Allah SWT).
Dan ia mengiktiraf daripada dirinya bahawasanya ketiadaan ahli dan tiada berkelayakan dan menganggap jijik drpd apa yang atasnya ( daripada beribadah kepada tuhannya yang dicampurkan dengan tujuan serta habuan).
Dan hendaklah ia melazimi akan yang demikian itu (kefahaman pada Syamail Muhammadi dan Sifat Nabi SAW (Sifat budi pekerti Nabi SAW yang mulia)
dan menetapkan ( atas dirinya) akhlaq-akhlaq kehambaan (yang telah disebutkan)
Yai berlepas daripada memandang kepada zat dirinya dan kewujudannya dan ketiadaan menisbahkan sesuatu kepadanya sama sekali iaitu ia berlepas diri daripada berlumuran pada amalan itu (selain Allah)
Menjauhkan diri daripada hendak kepada ganjaran dan pahala..
apatah lagi mencari akan pahala tersebut atau ganjaran tersebut atau menantikan pahala ataupun ganjaran tersebut.
Sehinggalah ketahap dikejutkan akannya oleh kemunculan Hadrah Kenabian yang mulia secara zahir ataupun secara batin kepadanya.
Kataku, dikejutkan dengan kemunculan secara zahir itu
-ialah dengan dapat syuhud akan Zat Baginda SAW yang mulia yang melihat akannya dan menikmati akannya oleh para Sahabat Nabi SAW.
-Dan secara batinnya dengan syuhud Zat Nabi SAW yang Bangsa Nurani yang merasai kelazatannya dengan asbab hubungan para Arifin dan para Auliya' dengan hadrah Baginda SAW
-Dan tidaklah kekal baginya setelah itu melainkan ia dapat memahami secara tahqiq akan Ayat Allah SWT,
"هذا عطاؤنا فامنن أو أمسك بغير حساب "
" Inilah pemberian Kami, jagalah ia tanpa hisab"
Selawat dan Salam atas Baginda SAW iaitu tempat rujukan,
Dan juga Selawat dan Salam atas Ahli Keluarga Baginda, para Sahabat dan sesiapa yang menyanjungi akan mereka dan mencintai akan mereka, moga dibukakan keseluruhan pintu-pintu yang tertutup.
والله اعلم
Syarif Ahmad Al-Hadi Alhasani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan