HAJI itu adalah "WAJIB" bagi setiap Muslim yang Berakal Sihat yang berkemampuan untuk melaksanakannya.
HAJI itu adalah memakai Pakaian Ihram pada tempat yang telahpun ditentukan, Singgah di A’rafah, Mengelilingi Ka’bah, dan Berlari diantara Safa dan Marwah.
Tidak sesekali diperbolehkan untuk memasuki "KAWASAN SUCI" (HARAM) tanpanya Berpakaian Ihram.
KAWASAN SUCI itu disebut sedemikian adalah kerana di situ terdapatnya Makam Nabi Ibrahim AS.
Nabi Ibrahim AS mempunyai dua Makam, iaitu :
1) MAKAM JASADNYA, yakni 'MEKKAH'.
2) MAKAM ROHANINYA, yakni 'PERHUBUNGAN' (Dengan Allah SWT).
a) Barangsiapa yang mencari MAKAM JASADNIAHNYA, maka haruslah Menafikan akan kesemua :
- Hawa Nafsu, keselesaan dan kesenangan.
- Memakai Pakaian Ihram.
- Mencegah daripada perbuatan-perbuatan yang Diharamkan.
- Mengendalikan sepenuhnya akan kesemua Panca Indera (Alat perasa yang lima).
- Hadir di Arafah dan daripada sana menuju ke Muzdalifah dan Masy’ar Al-Haram.
- Mengambil Batu-Batu dan Mengelilingi Ka’bah.
- Mengunjungi Mina dan tinggal disana selama tiga hari.
- Melemparkan Batu-Batu dengan cara yang sudahpun ditentukan.
- Memotong Rambutnya.
- Melaksanakan Korban dan memakai pakaian biasa (Sehari-hari).
b) Tetapi, barangsiapa yang mencari MAKAM ROHANIAHNYA, maka haruslah Menafikan akan kesemua :
- Pergaulan dengan sesamanya.
- Mengucapkan Selamat Tinggal kepada keselesaan, kesenangan dan kemewahan.
- Tidak akan pernah berfikir lain selain daripada Allah SWT.
- Kemudian haruslah Singgah di Arafah Ma'rifah.
- Dan daripada sana pergi ke Muzdalifahnya Perhubungan (Dengan Allah SWT).
- Dan daripada sini menyuruh Hatinya untuk Mengelilingi Ka’bahnya Penyucian ILAHI.
- Melemparkan Batu-Batu Hawa Nafsu dan Fikiran-Fikiran Kotor di Mina Keimanan.
- Mengorbankan Jiwa Rendahnya di Gerbang Musyahadah (Penyaksian Mata Hati terhadap Allah SWT).
- Sampai pada Makam Perhubungan (Dengan Allah SWT).
* PENGHURAIAN.
KA'BAH itu adalah QIBLAT JASAD, manakala ALLAH SWT pula adalah QIBLAT HATI...
Memasuki MAKAM JASADNIAH itu berertinya Aman Damai daripada segala kekafiran musuh-musuh dan pedang-pedang kezaliman dan kemungkaran.
Tetapi, memasuki MAKAM ROHANIAH itu pula berertinya Ketenangan daripada Keterpisahan (Dari Tuhan) dan segala akibat-akibatnya.
Muhammad bin Al-Fadhl mengatakan bahawa :
“Aku hairan pada orang-orang yang mencari Ka’bah-Nya didunia ini. Namun mengapa mereka tidak berupaya melakukan Musyahadah Tentang-Nya didalam Hati mereka ?
Tempat Suci kadangkala mereka SAMPAI dan kadangkala mereka Tinggalkan, tetapi Musyahadah boleh mereka Nikmati selalu.
Jika mereka harus Mengunjungi Batu (Ka’bah), yang dilihat hanya setahun sekali atau seumur hidup sekali.
Sesungguhnya mereka lebih harus Mengunjungi Ka’bah Hati, dimana Dia boleh dilihat tiga ratus enam puluh kali sehari semalam.
Tetapi setiap Langkah Suci adalah Simbol Perjalanan menuju Mekkah, dan bilamana ia mencapai Tempat Suci dia menerima Jubah Kehormatan, bagi setiap Langkahnya...”
Dan Abu Yazid al-Bustomi pula mengatakan bahawa :
“Pada Hajiku yang pertama aku hanya Melihat Ka’bah, kedua kalinya aku Melihat Ka’bah dan Tuhannya Ka’bah. Dan ketiga kalinya, aku hanya Melihat Tuhan sahaja...”
Pendek kata, "TEMPAT SUCI" itu pada Hakikatnya berada dimana-mana sahaja, jikalau disitu adanya "MUSYAHADAH".
Oleh kerana itu,
Yang sebenar-benarnya Bernilai itu bukanlah Ka’bah semata-mata, namun yang lebih utama sekali ialah "PENYAKSIAN HATI" (MUSYAHADAH) dan "PELEBURAN" (FANA) didalam "ISTANA PERHUBUNGAN".
Dan pada Hakikatnya, Melihat Ka’bah itu adalah merupakan sebab tidak langsung semata-mata.
Tetapi, haruslah mengetahui bahawa, setiap sebab itu bergantung kepada Pencipta sebab-sebab.
Daripada tempat tersembunyi mana sekalipun, Kuasa ILAHI akan jelas Ternyata, dan daripada manapun keinginan si pencari akan boleh dipenuhi.
Tujuan Suci dengan melintasi belantara dan padang pasir itu bukanlah Tempat Suci itu sendiri pada Hakikatnya.
Tujuan sebenar-benarnya adalah "MUJAHADAH" didalam suatu "KERINDUAN" yang membuatkan seseorang Insan itu tidak mampu untuk Bertenang, dan "LEBUR" didalam "CINTA" yang tidak akan pernah berakhir.
* RAHSIANYA IBADAH HAJI.
Seorang lelaki telah datang kepada Junaid Al-Baghdadi, maka Junaid Al-Baghdadi pun bertanyalah kepadanya.
Dari manakah dia datang, lalu lelaki itupun menjawab :
”Aku baru sahaja melakukan Ibadah Haji...”
Junaid Al-Baghdadi pun bertanya lagi :
“Dari saat engkau pertama kali berjalan daripada rumahmu, apakah engkau juga telah meninggalkan kesemua Dosa ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !..."
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya...
Engkau tidak pernah mengadakan Perjalanan.
Disetiap tahap dimana engkau beristirahat dimalam hari, apakah engkau telahpun melintasi sebuah Makam di Jalan Menuju Allah ?...”
Lelaki itu berkata :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah menempuhi Perjalanan Tahap Demi Tahap.
Ketika engkau mengenakan pakaian Ihram ditempat yang telahpun ditentukan, apakah engkau telah membuang segala sifat-sifat manusiawi sebagaimana engkau melepaskan pakaian-pakaian sehari-harimu ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak mengenakan Pakaian Haji.
Ketika engkau Singgah di Arafah, apakah telah singgah barang sebentar didalam MUSYAHADAH kepada Tuhan ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah Singgah di Arafah.
Ketika engkau pergi ke Muzdalifah dan mencapai keinginanmu, apakah engkau sudah meniadakan kesemua Hawa Nafsu ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah pergi ke Muzdalifah.
Ketika engkau Mengelilingi Ka’bah, apakah engkau sudahpun memandang Keindahan Tuhan Ditempat Suci ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah Mengelilingi Ka’bah.
Ketika engkau Berlari diantara Safa dan Marwah, apakah engkau telahpun Mencapai Peringkat Kesucian dan Kebajikan ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah Berlari.
Ketika engkau datang ke Mina, apakah kesemua keinginanmu telahpun Termakbul ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau belum lagi Mengunjungi Mina.
Ketika engkau sampai ditempat Penyembelihan dan melakukan Korban, apakah engkau telah Mengorbankan segala Hawa Nafsumu ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah Berkorban.
Ketika engkau Melemparkan Batu-Batu, apakah engkau telahpun Melemparkan segala Fikiran-Fikiran Hawa Nafsu yang menyertaimu ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau belum Melemparkan Batu-Batu, dan engkau belum pun Melaksanakan Ibadah Haji pada Hakikatnya.
Maka kembalilah dan lakukanlah Ibadah Haji seperti yang telahpun aku gambarkan, supaya engkau boleh SAMPAI kepada Makam Ibrahim...”
* KESIMPULANNYA.
HAJI itu memiliki dua jenis, iaitu :
1) DIDALAM KETIDAKHADIRAN (BERSAMA ALLAH SWT).
2) DIDALAM KEHADIRAN (BERSAMA ALLAH SWT).
Sesesorang yang tidak pernah "HADIR" dengan Allah SWT di Mekkah, maka dia pada Hakikatnya didalam kedudukan yang seolah-olahnya dia sendiri tidak pernah "HADIR" Bersama-Sama Allah SWT dirumahnya sendiri.
Dan seseorang yang telahpun "HADIR" Bersama-Sama Allah SWT dirumahnya sendiri, maka dia pada Hakikatnya berada didalam kedudukan yang seolah-olahnya dia "HADIR" Bersama-Sama Allah SWT di Mekkah.
HAJI itu pada Hakikatnya adalah suatu tindakan "MUJAHADAH" untuk memperolehi "MUSYAHADAH".
Dan "MUJAHADAH" tidak menjadi sebab langsung "MUSYAHADAH" melainkan hanya sarana ataupun alat untuk mencapai "MUSYAHADAH".
Maka daripada itu, kerana sarana tidak mempunyai pengaruh lebih jauh diatas realiti segala Hal.
Tujuan HAJI yang sebenar-benarnya bukanlah Mengunjungi Ka’bah semata-mata.
Melainkan untuk memperolehi "MUSYAHADAH HAL KEADAAN ALLAH SWT"...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan