Jumaat, 9 Jun 2023

Ketahuilah hakikat Tuhan itu...

ialah DIA lah yg Maha Tinggi
(mengatasi) drp tiap² yg selainNya...
sebahagian ulama menyebut
"arrabwatu(الربوة/kedudukan yg tinggi) kerana ketinggian martabatnya...

Pengertian "robb" ialah merangkumi makna Pemilik/Penguasa, 
Yg Menguruskan & Mentadbir, 
Yg Menjadikan & Yg Menguasai, 
Yg Melaksanakan ketetapanNya & kemahuanNya dan KalimahNya (peringatan tentangNya) didlm setiap selainNya...

Hadrah Uluhiyyah pula ialah...

hadrah yg meliputi segala nama², sifat² & "kedekatan beserta kemuliaan"(hadrah) yg disandarkan kpd ketuhanan...

Sementara hakikat uluhiyyah...

ialah hanya Dia-lah yg dihadapkan
(tawajjuh) oleh sekalian perkara yg ada(موجودات) kpdNya melalui ibadah dgn penuh rasa kerendahan, kehinaan, keberhajatan, beserta rasa pengagungan(تعظيم) ,membesarkan & kecintaan(محبة)...

Adapun pengertian uluhiyyah pula yg diisyaratkan kpd Zat Yg Maha Tinggi...

ialah Yg Ada(maujud) pada tiap² sesuatu secara syuhudiah
(penyaksian mata hati), yakni pandangan tersingkap melalui tiap² sesuatu NAMUN
menghilang drp tiap² sesuatu pd pandangan mata kasar & pada pandangan realiti...

Perbandingan...
seorang yg tampak kelihatan didalam cermin,engkau lihat dirinya ada didalam cermin sedangkan sebenarnya bukanlah dia didalam cermin itu & bukan juga dia berdekatan dgn cermin tersebut..
sebaliknya dia terpisah dgn cermin tersebut pd setiap sudut pandang & aspek, berlain-lainan drp setiap pertimbangan(اعتبار),
engkau lihat dia didalam cermin, sebenarnya bukanlah dia didalamnya..

....intaha...
والله اعلم

جواهر المعاني وبلوغ الاماني في فيض سيدي ابي العباس التجاني رضي الله عنه

Tiada ulasan:

Catat Ulasan